arifin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Dec 2025 09:04:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png arifin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kita kehilangan sebutir bintang di langit perjuangan di Sabah – Arifin https://sabahmedia.com/2025/12/05/kita-kehilangan-sebutir-bintang-di-langit-perjuangan-di-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2025/12/05/kita-kehilangan-sebutir-bintang-di-langit-perjuangan-di-sabah-arifin/#respond Fri, 05 Dec 2025 09:04:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87785
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai seorang pemimpin berani, cemerlang dan menjadi guru kepada ramai pejuang generasi baharu.

Arifin berkata, pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dianggap antara bintang paling bersinar dalam dunia perjuangan negeri itu.

Beliau berkata, pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu meninggalkan kekosongan besar dalam arena politik negeri dan nasional, khususnya bagi mereka yang pernah bekerjasama serta berguru dengan beliau.

“Kita kehilangan sebutir bintang di langit perjuangan di negeri Sabah. Iaitu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar, seorang tokoh yang berani, seorang tokoh yang cemerlang dalam kepimpinannya dan beliau juga adalah guru kepada perjuangan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Hadir memberi penghormatan terakhir Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Arifin turut menzahirkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta segala jasa yang disumbangkan sepanjang hayatnya diberkati.

Beliau menegaskan bahawa perjuangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dari peringkat kawasan, negeri hingga ke peringkat kebangsaan memberikan kesan besar kepada pembangunan politik serta masyarakat Sabah.

“Mudah-mudahan Allah memberkati roh beliau dan semua amal bakti yang telah dicurahkan oleh beliau… Dan setiap perjuangan beliau akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” tambahnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/05/kita-kehilangan-sebutir-bintang-di-langit-perjuangan-di-sabah-arifin/feed/ 0 87785
Arifin ingatkan jangan anggap enteng saingan, Anifah sandar sokongan belia di Bongawan https://sabahmedia.com/2025/11/15/arifin-ingatkan-jangan-anggap-enteng-saingan-anifah-sandar-sokongan-belia-di-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/arifin-ingatkan-jangan-anggap-enteng-saingan-anifah-sandar-sokongan-belia-di-bongawan/#respond Sat, 15 Nov 2025 07:01:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85886
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Normimie Diun

MEMBAKUT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut, Tan Sri Anifah Aman dan Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, menyatakan keyakinan masing-masing dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 dengan fokus kepada sokongan rakyat dan pembangunan belia.

Anifah berkata sokongan akar umbi yang ditunjukkan sepanjang kempen merupakan petanda positif.

“Alhamdulillah, apabila saya melihat sokongan yang diberi oleh ahli-ahli kita, ia menunjukkan tanda yang baik. Insya-Allah kita akan menang dan saya bersama Datuk Arifin akan mewakili bukan sahaja parti tetapi negeri yang kita cintai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kesenian Islam di sini, hari ini.

Mengulas komposisi hampir separuh pengundi Bongawan yang terdiri daripada belia bawah 40 tahun, beliau menegaskan pendekatannya adalah memberi kefahaman dan harapan kepada golongan itu.

“Tidak perlu ‘tackle’. Kita beri pengertian dan beri mereka harapan mengenai apa yang akan kita lakukan untuk mereka, supaya mereka juga mampu menjaga keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, penyandang lima penggal DUN Membakut, Arifin mengingatkan bahawa saingan 10 penjuru bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Semua calon yang bertanding percaya mereka boleh bersaing. Kita di GRS yakin, insya-Allah. Namun kita tidak boleh anggap enteng, tidak boleh anggap remeh rakan-rakan yang turut bersaing,” katanya.

Beliau berkata keyakinan GRS adalah berdasarkan rekod kerja dan perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta perancangan pembangunan yang sedang digerakkan.

“Seperti yang dinyatakan Tan Sri Anifah, aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan belia adalah keutamaan. Pemerkasaan belia melalui pendidikan dan kemahiran merupakan fokus kami bersama,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suzlan Suhaili mengumumkan 10 calon layak bertanding bagi merebut kerusi DUN Membakut manakala sembilan calon di DUN Bongawan bagi PRU DU Sabah ke-17 kali ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/arifin-ingatkan-jangan-anggap-enteng-saingan-anifah-sandar-sokongan-belia-di-bongawan/feed/ 0 85886
Kejayaan MSSM bukti potensi besar atlet muda Sabah – Arifin https://sabahmedia.com/2025/08/24/kejayaan-mssm-bukti-potensi-besar-atlet-muda-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2025/08/24/kejayaan-mssm-bukti-potensi-besar-atlet-muda-sabah-arifin/#respond Sun, 24 Aug 2025 00:45:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79933
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada kontinjen Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah yang berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 dengan pencapaian membanggakan termasuk mencipta enam rekod baharu kejohanan.

Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama negeri di persada kebangsaan, malah menjadi bukti kepada potensi besar bakat muda Sabah dalam arena sukan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai kontinjen Sabah yang berjuang gigih hingga mempertahankan kejuaraan MSSM tahun ini.

“Kejayaan ini adalah hasil disiplin, kerja keras dan semangat juang tinggi yang wajar dicontohi,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Ahad.

Kontinjen Sabah berjaya membawa pulang 19 pingat emas; 22 perak dan 17 gangsa.

Berikutan kejayaan itu, Arifin berkata, Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar (AKSA) akan diberikan kepada 19 penerima pingat emas yang merupakan antara inisiatif penghargaan dari Kerajaan Sabah.

“Pemberian Anugerah AKSA ini adalah simbol pengiktirafan kita terhadap pencapaian atlet muda negeri yang telah mengharumkan nama Sabah.

“Kita mahu mereka terus bersemangat untuk melangkah lebih jauh, sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, anugerah AKSA diberikan kepada pelajar cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tambahnya, sehingga Ogos 2025, lebih 20 pelajar telah menerima anugerah tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM116,000.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Perlis, kontinjen Sabah mengungguli pelbagai acara termasuk 4×100 meter bawah 18 tahun, 4×400 meter bawah 15 tahun, acara 400 meter lelaki bawah 15 tahun serta lempar cakera bawah 15 tahun.

Turut cemerlang ialah atlet muda yang mencipta rekod baharu dalam 80 meter berpagar kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, Kerajaan negeri akan terus memperkukuh sokongan terhadap pembangunan sukan peringkat akar umbi melalui program sekolah, pusat latihan dan inisiatif bersama MSS Sabah.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, turut menzahirkan penghargaan sama kepada semua pihak yang menjayakan kejayaan tersebut.

“Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada atlet yang mewakili Negeri Sabah dalam kejohanan olahraga MSSM Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

“Anak-anak murid ini telah berjaya melaksanakan visi mempertahankan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut. Tahniah juga kepada semua jurulatih yang terlibat,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan ini diyakini bakal menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih besar, termasuk persediaan kontinjen Sabah menghadapi temasya SUKMA akan datang.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan strategik Jabatan Pendidikan Sabah yang terus memberi kerjasama kepada jabatan ini.

“Saya yakin kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha menjayakan landskap baharu pendidikan di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/24/kejayaan-mssm-bukti-potensi-besar-atlet-muda-sabah-arifin/feed/ 0 79933
Kes Zara Qairina: Menteri KDN akui kekhilafan ketika menyebut nama anak Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/20/kes-zara-qairina-menteri-kdn-akui-kekhilafan-ketika-menyebut-nama-anak-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/20/kes-zara-qairina-menteri-kdn-akui-kekhilafan-ketika-menyebut-nama-anak-menteri-sabah/#respond Wed, 20 Aug 2025 10:07:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79712
Read Time:52 Second

Kuala Lumpur  : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui berlaku kekhilafan ketika menyebut nama anak kepada Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang mengaitkan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina dalam sesi persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah yang meminta penjelasan dan pembetulan berhubung kenyataan terdahulu, selepas nama anak serta bapanya disebut secara tidak tepat.

Saifuddin berkata, beliau mengakui kesilapan berkenaan dan segera menarik balik kenyataan yang dibuat.

“Tan Sri Yang di-Pertua, saya akui khilaf ketika menyebut nama. Nama bapa itu betul, cuma nama anak ada kekeliruan sedikit. 

“Saya tarik balik kenyataan itu dan membuat pembetulan,” katanya di sini pada Rabu.

Penjelasan itu sekali gus meleraikan kekeliruan yang timbul berhubung sebutan nama tersebut.

Terdahulu, Matbali memohon kepada Menteri Dalam Negeri untuk membuat satu pencerahan dan pembetulan berkenaan kenyataan sebelum ini.

“Untuk makluman, anak Datuk Mohd Arifin ialah Sofia Raihana Mohd Arifin dan Safa Arifah Mohd Arifin. Saya mohon Yang Berhormat Menteri membuat pencerahan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/20/kes-zara-qairina-menteri-kdn-akui-kekhilafan-ketika-menyebut-nama-anak-menteri-sabah/feed/ 0 79712
Arifin nafi dakwaan kaitkan anak dengan kes Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/09/arifin-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-dengan-kes-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/09/arifin-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-dengan-kes-zara-qairina/#respond Sat, 09 Aug 2025 04:57:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78852
Read Time:1 Minute, 9 Second

Selangor : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan yang mengaitkan anaknya dengan insiden tragik membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini.

Beliau berkata, semasa Allahyarhamah dirawat di hospital, beliau bersama Ketua Pengarah serta rombongan telah hadir menziarahi ibu pelajar berkenaan. 

“Pertamanya saya ingin menyatakan bahawa semasa beliau dirawat di hospital, saya bersama dengan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hadir menziarah dan bertemu dengan ibu beliau .

“Yang kedua, selepas empat hari Allahyarhamah meninggal dunia, saya juga bersama dengan rakan-rakan rombongan daripada Yayasan Sabah dan wakil Rakyat Sindumin hadir untuk ziarah di Sipitang untuk menyampaikan salam daripada Ketua Menteri.

“Saya ada baca di media berhubung dakwaan yang menyatakan bahawa ada seorang bernama Farisha, anak kepada saya. Sebenarnya saya tidak ada anak yang bernama sedemikian dan tiada anak saya yang belajar di sekolah menengah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bersama mahasiswa Sabah di sini pada Sabtu.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agaman Sabah turut mendoakan agar roh pelajar berkenaan dicucuri rahmat Allah SWT, selain meminta ibu dan keluarga arwah agar tabah menghadapi ujian tersebut.

“Kita tunggu hasil siasatan polis. Kita tidak akan berkompromi berhubung apa yang berlaku kepada pelajar ini, dan kita minta supaya siasatan terbuka terus dilaksanakan demi keadilan untuk anak arwah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/09/arifin-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-dengan-kes-zara-qairina/feed/ 0 78852
Ketua Adat agen perubahan komuniti https://sabahmedia.com/2025/05/12/ketua-adat-agen-perubahan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/ketua-adat-agen-perubahan-komuniti/#respond Mon, 12 May 2025 02:12:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73682
Read Time:1 Minute, 33 Second

Membakut : Penganjuran Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri 3/2025  yang diadakan di daerah ini baru-baru ini menjadi satu usaha strategik dalam membentuk kepimpinan adat yang lebih progresif dan relevan dengan cabaran semasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ketua adat di negeri ini juga diharap dapat berperanan sebagai agen perubahan yang mampu memacu kemajuan dan keharmonian komuniti. 

“Sudah pasti yang kita harapkan ialah mereka mendapat pencerahan yang terkini berhubung dengan usaha-usaha untuk memperkasa Mahmakah Anak Negeri (MAN) dan jawatankuasa yang terlibat ini sangat penting. 

“Mereka jelajah seluruh negeri Sabah, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka  kerana memberikan kefahaman dan usaha untuk memperkasak lagi MAN di daerah-daerah. 

“Ini usaha yang sangat bagus dan saya yakin dapat memberikan impak yang baik kepada pimpinan masyarakat di daerah ketua anak negeri, wakil ketua negeri, ketua-ketua kampung dan mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri 3/2025  di Dewan Kesenian Islam Membakut.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, kursus ini bukan sekadar latihan, tetapi satu usaha strategik dalam membentuk kepimpinan adat yang lebih progresif dan relevan dengan cabaran semasa.

Katanya, peranan ketua adat kini menuntut pendekatan lebih dinamik serta penguasaan terhadap ilmu pentadbiran, undang-undang, komunikasi dan teknologi seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuh tadbir urus masyarakat luar bandar secara holistik dan mampan.

Kursus anjuran Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah melalui Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) itu disifatkan sebagai medan terbaik untuk memperkasa ketua-ketua adat dalam memahami keperluan semasa tanpa mengabaikan khazanah budaya yang diwarisi.

Beliau menyeru agar seluruh ketua adat di negeri ini terus memperjuangkan kelestarian adat resam serta memperkukuh institusi adat agar terus utuh dan dihormati oleh generasi akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/ketua-adat-agen-perubahan-komuniti/feed/ 0 73682
Pusat AI terawal di Sabah bakal diwujudkan, sokong ekosistem pembangunan digital https://sabahmedia.com/2025/02/09/buka-pusat-ai-terawal-di-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/buka-pusat-ai-terawal-di-sabah-arifin/#respond Sun, 09 Feb 2025 01:19:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68271
Read Time:1 Minute, 56 Second

PAPAR: Pusat Kecerdasan Buatan (AI) terawal di Sabah bakal diwujudkan sebagai antara inisiatif menyokong ekosistem pembangunan digital di negeri itu.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah,  Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada langkah strategik menuju transformasi teknologi dan ekonomi digital.

Beliau berkata, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga akan terlibat dalam usaha melaksanakan program berkenaan bagi memanfaatkan kepakaran yang dimiliki UMS dalam bidang AI.

“Kerjasama dengan UMS ini diharapkan mampu membantu usaha kita dalam membuka pusat AI di Sabah ini dan  seterusnya memperkasa bidang berkenaan.

“Perkara ini juga akan dibawa ke Kabinet kerajaan negeri untuk diperkenankan,” katanya semasa merasmikan Bengkel Penerangan Zon 5 dan Zon 6 di Beringgis Resort, Papar semalam.

Hadir sama Bendahari  Gagasan Rakyat, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, ahli majlis tertinggi  Gagasan Rakyat, Datuk Isnin Aliasnih, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua wanita, pemuda, beliawanis serta ketua-ketua penerangan empat peringkat daripada Zon 5 dan Zon 6.

Menurut Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, pelaksanaan sebuah pusat AI di negeri ini juga penting dalam menyokong usaha kerajaan Pusat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pusat data neutral.

Tambah beliau, penggunaan AI hari ini merupakan satu perkara yang tidak lagi boleh dielakkan khususnya melibatkan urusan harian terutama bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam.

“Penggunaan AI merupakan satu anjakan perubahan ke arah kualiti tinggi, produktif serta mampu melaksanakan tugasan lebih sukar serta berimpak tinggi.

“Semua ini juga mampu memperkasakan lagi pembudayaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan rakyat kita,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titiingan pula menggesa ketua-ketua penerangan Gabunan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat akar umbi supaya peka dengan isu semasa terutama melibatkan fitnah dan dakyah yang disebarkan melalui media sosial.

Katanya, mereka juga perlu cepat bertindak balas terhadap dakyah tersebut bagi mengelak daripada maklumat salah yang akhirnya menjejaskan kredibiti, imej parti dan kepimpinan GRS.

“Jangan kita membiarkan isu-isu yang ditularkan terutama di media sosial begitu sahaja apa lagi berita yang berunsurkan fitnah dan provokasi, mengaitkan pemimpin dan parti tanpa fakta sebenar. Jangan jadikan kedai kopi sebagai tempat menyebar berita tidak betul.

“Jika kita (penerangan) tidak bertindak balas, berdiam diri maka seolah-olah mengiakan dan ini akan menimbulkan persepsi negatif serta salah faham kepada umum yang akhirnya turut menjejaskan imej serta kekuatan parti,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/buka-pusat-ai-terawal-di-sabah-arifin/feed/ 0 68271
Bantuan kepada persatuan penulis akan disalurkan, bantu rancakkan penerbitan buku di Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/29/bantuan-kepada-persatuan-penulis-akan-disalurkan-bantu-rancakkan-penerbitan-buku-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/29/bantuan-kepada-persatuan-penulis-akan-disalurkan-bantu-rancakkan-penerbitan-buku-di-sabah/#respond Sun, 29 Dec 2024 05:23:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66112
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada persatuan penulis Sabah yang aktif dan berdaftar bermula tahun depan. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan itu diharap dapat merancakkan lagi program-program penulisan kesusasteraan dan penerbitan buku-buku sastera di Sabah.

“Melalui kementerian saya yang salah satu menjaga bahasa dan sastera, bermula tahun hadapan akan memberikan peruntukan RM10,000 kepada semua persatuan penulis yang aktif yang berdaftar di negeri ini. 

“Peruntukan berkenaan kita harap dibahagi dua, pertama untuk kegiatan program aktiviti dan kedua untuk penerbitan buku sama ada buku puisi, antologi cerpen atau karya-karya sastera yang lain, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Anugerah Karyawan Sastera Utara Sabah (KSUS), di sini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, peruntukan itu adalah untuk memastikan lebih banyak karya diterbitkan oleh penulis Sabah sekaligus mengangkat Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera ke-60 di peringkat global. 

“Kita sedang memohon melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan dokongan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan badan bahasa untuk mendapatkan pengiktirafan Kota Sastera.

“Kita memohon kerana persyaratan yang ditetapkan sudah kita miliki antaranya perpustakaan, universiti, kegiatan sastera dan lain-lain, hanya tinggal kita selaras sahaja dan mudah-mudahan permohonan ini dapat dipersetujui untuk kita menjadi salah satu daripada Kota Sastera dunia. 

“Dengan ini, kegiatan-kegiatan sastera dapat diselaraskan dan inilah yang akan kita kongsikan dengan lebih 50 buah lagi Kota Sastera di dunia.

“Sekurang- kurangnya dapat menyumbang kepada pelancongan sastera, ilmu dan budaya kerana kita berharap Sabah akan menjadi dataran sastera serta budaya di Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin turut menyampaikan anugerah serta sijil penghargaan kepada tokoh-tokoh KSUS yang aktif menghasilkan karya-karya sastera. 

Turut hadir, Pengarah DPB cawangan Sabah, Jennitah Noordin, Sasterawan Negeri Sabah, Datuk Jasni Matlani dan Pengerusi KSUS, Awang Karim Kadir.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/29/bantuan-kepada-persatuan-penulis-akan-disalurkan-bantu-rancakkan-penerbitan-buku-di-sabah/feed/ 0 66112
Arifin adakan kunjungan ke KPT, selaras aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/09/arifin-adakan-kunjungan-ke-kpt-selaras-aktiviti-pendidikan-tinggi-anak-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/09/arifin-adakan-kunjungan-ke-kpt-selaras-aktiviti-pendidikan-tinggi-anak-sabah/#respond Wed, 09 Oct 2024 05:00:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61911
Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini.

Pada kunjungan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.

Kunjungan itu adalah bertujuan bagi membincangkan penyelarasan aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Arifin turut memaklumkan kerajaan negeri banyak menyumbang dalam bidang pendidikan yang melibatkan anak sabah di IPT seperti bantuan BUDI, BAIK dan bantuan subsidi tiket penerbangan serta biasiswa dan dermasiswa.

Selain perbincangan sekitar pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Arifin, Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah pada penghujung tahun ini.

“Sabah juga turut memberikan peruntukan kepada semua 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sabah untuk menganjurkan Festival STEM di setiap daerah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/09/arifin-adakan-kunjungan-ke-kpt-selaras-aktiviti-pendidikan-tinggi-anak-sabah/feed/ 0 61911
Enakmen Induk Perkasakan Peranan MUIS – Arifin https://sabahmedia.com/2021/12/04/enakmen-induk-perkasakan-peranan-muis-arifin/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/enakmen-induk-perkasakan-peranan-muis-arifin/#respond Sat, 04 Dec 2021 11:10:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9312
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Enakmen induk akan ditambah baik bagi memperkasa peranan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Jawatankuasa MUIS kini sedang meneliti enakmen berkenaan dalam usaha untuk meneruskan inovasi serta kecemerlangan perkhidmatan badan keagamaan berkenaan.

“Pembuat dasar ini tertakluk juga kepada enakmen-enakmen yang sedia ada dan saya telah minta MUIS melihat sekiranya ada enakmen yang perlu dilaksana atau diwujudkan untuk memperkasakan peranan MUIS.

“Kalau enakmen yang boleh menggerakkan MUIS atau belum wujud atau ditambah baik, kita akan kemukakan ke sidang Dewan Undangan Negeri dan diserahkan kepada Pengerusi jawatankuasa iaitu Peguam Besar Negeri Sabah,” jelas beliau.

Arifin berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, 2019 dan 2020 kepada warga MUIS, selain Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif, Anugerah Khas Yang DiPertua MUIS, Anugerah Khas Sukan 2018 dan 2019 serta Anugerah Perkhidmatan Berdedikasi.

Turut disampaikan beliau, Anugerah Jasamu Dikenang kepada para pesara serta Anugerah Khas Menteri Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Pengarah MUIS, Mohd Zaratkhan Abd Rahman. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/enakmen-induk-perkasakan-peranan-muis-arifin/feed/ 0 9312