armada – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Jan 2022 09:38:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png armada – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Golongan Muda Digalak Sertai Aktiviti Gaya Hidup Sihat https://sabahmedia.com/2022/01/12/golongan-muda-digalak-sertai-aktiviti-gaya-hidup-sihat/ https://sabahmedia.com/2022/01/12/golongan-muda-digalak-sertai-aktiviti-gaya-hidup-sihat/#respond Wed, 12 Jan 2022 09:38:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11021
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA BELUD : Kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan golongan muda dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang menjurus kepada gaya hidup sihat.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Japlin Akim berkata, melalui aktiviti sukan, golongan muda juga akan dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak diingini.

“Mempunyai tubuh badan yang sihat sudah tentu akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan negeri dan negara.

“Sukan dianggap sebagai pengisian yang mampu memupuk konsep persaudaraan, fahaman, penghormatan dan menyatukan masyarakat dalam satu hala tuju serta matlamat yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Japlin di BahKu Island, Pituru Laut Kota Belud disini semalam.

Japlin berkata, Kerajaan juga sentiasa menggalakkan aktiviti-aktiviti sukan bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat terbuka bagi memberi peluang kepada generasi muda mendampingi bidang sukan yang diminati dan dapat ditonjolkan di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

“Bidang sukan merupakan salah satu agenda penting yang ditekankan dalam program pembangunan negara.

“Saya ingin menyeru kepada golonga belia di daerah ini agar lebih aktif merancang kegiatan dalam bidang sukan masing-masing dengan tumpuan untuk melahirkan lebih banyak atlet remaja yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat nasional dan seterusnya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran  bersama Armada Cawangan Bersatu Pituru Laut dan Armada cawangan Bersatu Pituru Darat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/12/golongan-muda-digalak-sertai-aktiviti-gaya-hidup-sihat/feed/ 0 11021
Ganding Bahu Dekati Golongan Muda https://sabahmedia.com/2022/01/10/ganding-bahu-dekati-golongan-muda/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/ganding-bahu-dekati-golongan-muda/#respond Mon, 10 Jan 2022 06:22:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10958
Read Time:53 Second

KOTA BELUD : Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Belud perlu berganding bahu dalam mendekati golongan muda sebagai usaha untuk mendengar pendapat serta pandangan mereka dalam menentukan dasar-dasar kerajaan.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin Akim berkata, langkah berkenaan perlu diambil memandangkan mereka adalah pelapis kepada kepimpinan negara di masa hadapan.

Beliau berkata, tidak dinafikan suara serta pandangan generasi Y amat memainkan peranan penting dalam menentukan kelangsungan hidup Perikatan Nasional pada masa akan datang.

“Kita perlu mengambil inisiatif untuk mendekati generasi Y ini memandangkan mereka ini adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan maklumat di media sosial tanpa soal selidik.

“Oleh itu, Armada serta Srikandi perlu memainkan peranan penting untuk mendengar pendapat serta pandangan menarik generasi muda sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Free Fire Terbuka Kota Belud di Kuala Abai di sini semalam.

Pertandingan Free Fire terbuka Kota Belud merupakan anjuran Persatuan Belia Kuala Abai Kota Belud.

Sebanyak 75 kumpulan dimana setiap kumpulan disertai 4 orang telah menyertai pertandingan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/ganding-bahu-dekati-golongan-muda/feed/ 0 10958
SPN Bersatu Sabah Bantu Penduduk Terjejas Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/07/spn-bersatu-sabah-bantu-penduduk-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/spn-bersatu-sabah-bantu-penduduk-terjejas-banjir/#respond Fri, 07 Jan 2022 08:57:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10829
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU:  Skuad Prihatin Negara (SPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah menggerakkan anggota ke beberapa buah kampung bagi membantu membersihkan rumah mangsa bencana banjir di daerah ini.

Operasi membersihkan rumah mangsa terjejas banjir itu turut disertai Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Malaysia Ceasar Mendela Malakun bersama Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda.

Selain menyerahkan bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada mangsa bencana banjir, SPN Bersatu Sabah turut mengagihkan peralatan jet air untuk digunakan bagi membersih kawasan gereja dan kawasan yang teruk dilanda banjir lumpur.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Morion, Kampung Batiton Kota Marudu, Gereja Katalik St Mary di Kampung Morion.

Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Marudu berkata, penubuhan SPN adalah bagi menyokong dan merealisasikan keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu serta permasalahan rakyat.

“Skuad ini melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.

“Menyedari akan keperluan semasa negara yang berdepan dengan bencana banjir yang telah menjejaskan kehidupan seharian sebahagian penduduk di negeri ini, kita mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pascabanjir,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Redonah berkata, usaha itu merupakan gerakan berterusan daripada Srikandi Bersatu Sabah dan ARMADA Sabah untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.

“Kita akan sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.

“Kita juga ingin berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa rakyat ditimpa kesusahan akibat musibah seperti banjir yang melanda di negara” katanya.

Hadir sama Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah Anna Bell Perian, Setiausaha Kerja Srikandi Bersatu Sabah Aziah Atoh dan Pengerusi Biro Kebajikan Srikandi Bersatu Sabah Salmi Sarinoh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/spn-bersatu-sabah-bantu-penduduk-terjejas-banjir/feed/ 0 10829