arthur joseph kurup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Nov 2021 03:35:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png arthur joseph kurup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Infrastuktur Asas Pendidikan Jadi Keutamaan Di Parlimen Pensiangan https://sabahmedia.com/2021/11/28/infrastuktur-asas-pendidikan-jadi-keutamaan-di-parlimen-pensiangan/ https://sabahmedia.com/2021/11/28/infrastuktur-asas-pendidikan-jadi-keutamaan-di-parlimen-pensiangan/#respond Sun, 28 Nov 2021 03:34:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8993
Read Time:1 Minute, 50 Second

PENSIANGAN : Infrastuktur asas bagi tujuan memberi pendidikan yang inklusif dan mampan kepada anak-anak di kawasan Parlimen Pensiangan akan terus diberi keutamaan.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pegangan teguh kepada asas pendidikan sebagai pemacu yang penting dalam membangun dan meningkatkan sosioekonomi sesebuah kawasan.

Katanya, pendidikan akan membolehkan anak-anak Keluarga Malaysia di kawasan ini mengubah masa hadapan ke arah yang lebih baik.

“Antara yang akan diberi keutamaan termasuklah membina 46 menara telekomunikasi yang baru serta menaik taraf 44 menara yang sedia ada termasuk di kawasan kampung yang jauh.

“Selain itu, kita juga akan memberi keutamaan untuk menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pensiangan dan menaik taraf beberapa buah sekolah daif di kawasan Parlimen Pensiangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pensiangan disini semalam.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, antara sekolah yang akan dinaiktarf ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan, Sekolah K9 Pekan Pensiangan, SK Sepulot, SK Ponontomon serta banyak lagi.

“Saya juga ingin melihat anak-anak muda, barisan pelapis pemimpin negara dari kalangan anak pendalaman mempunyai akses kepada pendidikan yang inklusif dan mampan bagi mewujudkan peluang untuk mereka mencipta masa depan yang cerah dan mengubah masa depan mereka dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur turut menyeru agar warga PPD Pensiangan berpegang teguh kepada moto ‘Pensiangan Sumingkot’, berganding bahu serta mengeratkan kerjasama bagi memperkasakan pendidikan anak-anak di kawasan Pedalaman Sabah seterusnya meningkatkan kedudukan prestasi PPD Pensiangan daripada tangga 16 ke 10 tangga teratas di peringkat Negeri.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 63 orang warga pendidik PPD Pensiangan telah diraikan seterusnya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPD Pensiangan Tahun 2020.

Majlis ini bertujuan meraikan pencapaian cemerlang warga pendidik PPD Pensiangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik walaupun ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 bagi memastikan aktiviti pembelajaran tetap dilaksanakan secara Home-based Learning supaya keterlibatan murid dalam pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dari rumah (PdPR).

Kerjasama dan komitmen warga PPD Pensiangan telah melakarkan pencapaian yang membanggakan di peringkat Negeri antaranya Pingat Emas Program Pendidikan Insklusif ( PPI ) Model Holistik (85.40%), Pencapaian Pdpr 70% Fasa 2 Melepasi Sasaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Lulus 100% STPM Tahun 2020.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/28/infrastuktur-asas-pendidikan-jadi-keutamaan-di-parlimen-pensiangan/feed/ 0 8993
Arthur & Ronald Galas Tanggungjawab Demi Keluarga Malaysia https://sabahmedia.com/2021/08/27/arthur-ronald-galas-tanggungjawab-demi-keluarga-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/arthur-ronald-galas-tanggungjawab-demi-keluarga-malaysia/#respond Fri, 27 Aug 2021 11:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5367
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup menganggap pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya bukan satu keistimewaan tetapi amanah yang besar untuk ditunaikan.

Katanya, tanggungjawab itu juga merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan rakyat.

“Susulan daripada pesanan YAB PM kita, keutamaan akan diberikan kepada kesihatan dan keselamatan rakyat, kebajikan rakyat serta kelangsungan ekonomi negara.

“Kita akan buat yang terbaik untuk Keluarga Malaysia bagi menghadapi cabaran keadaan dunia sekarang yang luar biasa.

“Melalui tanggungjawab yang baru ini, saya berjanji akan terus buat yang terbaik dalam apa jua keadaan. Demi Negara Malaysia!,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dalam Kabinet pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, Arthur diamanahkan memegang portfolio Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Beliau juga adalah antara enam pemimpin Sabah termasuk dia muka baharu dengan masing-masing memegang portfolio menteri dan empat timbalan menteri diumum membarisi Kabinet bahari pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan memberi komitmen bagi memastikan jaminan sekuriti makanan, kelangsungan rantaian bekalan makanan dan industri agro makanan negara diberikan perhatian utama.

Beliau yang dilantik semula memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam Kabinet pimpinan Ismail Sabri.

Ronald berkata, beliau akan terus menumpukan tanggungjawab memelihara kebajikan warga tani keseluruhannya sejajar dengan pendekatan Keluarga Malaysia yang dibawa kepimpinan baharu Perdana Menteri.

“Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia atas kepercayaan yang diberikan melantik saya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Sesungguhnya ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar.  Namun dengan sokongan dan kerjasama jabatan dan agensi-agensi di bawah MAFI, saya akan menggalas tanggungjawab ini dan melakukan yang terbaik untuk memastikan jaminan sekuriti makanan negara, kelangsungan rantaian bekalan makanan dan industry agromakanan serta memelihara kebajikan warga tani keseluruhannya demi Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau dilantik semula memegang portfolio di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang sebelum ini dipegangnya dalam Kabinet diketuani bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/arthur-ronald-galas-tanggungjawab-demi-keluarga-malaysia/feed/ 0 5367