Arus Deras – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 Oct 2026 09:59:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Arus Deras – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki maut tercampak keluar kenderaan, hanyut arus deras https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/#respond Fri, 02 Oct 2026 09:58:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104630
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum dia tercampak keluar dan dihanyutkan arus deras di Jalan Pan Borneo Inanam, berhampiran simpang masuk Kampung Kawakaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain, berkata pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 10.50 pagi hari ini berhubung penemuan mayat seorang lelaki di kawasan Kampung Kawakaan, Inanam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang semalam (1 Oktober) , apabila Honda WR-V dipandu mangsa dari arah Penampang menuju ke Menggatal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam parit.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba terpaksa dihentikan sementara pada malam kejadian berikutan keadaan cuaca dan arus deras sebelum disambung semula pada pagi 2 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrudin berkata, mangsa kemudian ditemukan tersangkut pada kayu di dalam sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/feed/ 0 104630
Dua beradik, kanak-kanak & bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras https://sabahmedia.com/2024/09/25/dua-beradik-kanak-kanak-bayi-dikhuatiri-hanyut-dibawa-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2024/09/25/dua-beradik-kanak-kanak-bayi-dikhuatiri-hanyut-dibawa-arus-deras/#respond Wed, 25 Sep 2024 05:21:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61158
Read Time:45 Second

KENINGAU: Dua beradik kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang bayi dikhuatiri hanyut dibawa arus deras ketika banjir melanda tempat kediaman rumah mangsa di Kampung Dalit, Sook pada jam 5 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.06 malam Selasa (24 Sept).

“Menurut pengadu terdapat tujuh orang mangsa hanyut di bawa arus ketika banjir di tempat kediaman rumah mangsa pada jam 5 petang semalam (24 Sept).

“Lima mangsa selamat manakala dua orang lagi masih hilang merupakan mangsa kanak-kanak berusia dua tahun dan bayi dua bulan.

“Pasukan Bomba dari BBP Keningau (Balai Bantuan) bersama BBP Nabawan berada di lokasi untuk mengambil maklumat mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/25/dua-beradik-kanak-kanak-bayi-dikhuatiri-hanyut-dibawa-arus-deras/feed/ 0 61158
JKR Diminta Baiki Parit, Pembetung Tersumbat, Pecah Akibat Arus Deras Air Hujan https://sabahmedia.com/2022/01/30/jkr-diminta-baiki-parit-pembetung-tersumbat-pecah-akibat-arus-deras-air-hujan/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/jkr-diminta-baiki-parit-pembetung-tersumbat-pecah-akibat-arus-deras-air-hujan/#respond Sun, 30 Jan 2022 03:01:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11725
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau diminta untuk membaiki parit-parit dan pembetung-pembetung yang telah tersumbat dan pecah akibat aliran deras air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Kampung Kundasang Lama, Kg. Dumpiring, Kg. Dumpiring Atas dan jalan menuju ke Kg Bundu Tuhan untuk memantau keadaan jalan dan parit di sini, kelmarin.

Dr. Joachim berada di kampung berkenaan dengan diiringi oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, Japli Madi.

“Parit-parit dan pembetung-pembetung didapati pecah dan tersumbat, ini perlu dibaiki dengan kadar segera,” kata beliau.

Pemilik inap desa (homestay) juga diingatkan untuk memastikan agar pembinaan inap desa berhampiran jalan raya besar tidak menambah masalah terutamanya parit tersumbat dan membersihkan kawasan ataupun membuat pembetung yang lebih besar untuk menampung jumlah air yang mengalir.

Beliau juga menyarankan agar penduduk kampung terutama di kawasan tanah tinggi menanam pokok bagi mengelak tanah runtuh.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian meminta semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar memaklumkan kepada pihak JKR dan konsesi untuk tindakan susulan.

Kelmarin, video mengenai banjir di Kampung Lembah Pantai, Kundasang, Ranau tular ekoran hujan berterusan.

Sehubungan itu, Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan JKR Ranau/ konsesi yang telah membuat pemantauan membersihkan banjir di jalanraya.

Beliau meminta penduduk supaya sentiasa waspada dan berhati-hati apabila hujan lebat melebihi dua jam, kemungkinan berlakunya kejadian tanah runtuh atau banjir kilat berlaku walaupun di kawasan pergunungan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/jkr-diminta-baiki-parit-pembetung-tersumbat-pecah-akibat-arus-deras-air-hujan/feed/ 0 11725