asas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Apr 2024 05:37:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png asas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM450,000 peruntukan laksana projek pembangunan asas luar bandar – Masiung https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/#respond Thu, 18 Apr 2024 05:37:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52714
Read Time:1 Minute, 3 Second

TONGOD: Empat kampung di Mukim Karamuak di sini memperolehi peruntukan RM450,000 untuk melaksanakan projek pembangunan asas luar bandar.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Kuala Karamuak, kelmarin.

Menurutnya, jumlah itu diagihkan menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri bagi membaikpulih tiga dewan masyarakat.

“Antaranya Dewan Kampung Kuala Karamuak dan Tenaga Baru masing-masing diperuntukkan RM150 ribu, manakala RM100 ribu lagi digunakan bagi menyelenggara dewan terbuka Kampung Karamuak Dalam.

“Selebihnya, RM50 ribu digunakan membina tandas awam dan pondok Team Aki Karamuak bagi mengawal kumpulan gajah liar di kawasan itu,” jelasnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri turut meluluskan peruntukanRM800,000 untuk membekalkan tangki air kepada penduduk terjejas bekalan air di seluruh daerah Tongod termasuk perkampungan dalam Mukim Karamuak.

Menurut Masiung, setiap kampung yang terjajas kemarau akan memperolehi 10 buah tangki yang diletakkan pada satu tempat membolehkan penduduk mengambil air yang dibekalkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) turut memaklumkan bahawa kesemua projek-projek asas luar bandar berkenaan akan dilaksanakan bermula awal bulan Mei depan.

Lebih 300 penduduk dari pelbagai kaum dan agama di mukim itu hadir memeriahkan Majlis Aidilfitri berkenaan yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/feed/ 0 52714
Belia Sabah digesa fahami dan dalami asas perjuangan MA63 – Ellron https://sabahmedia.com/2024/03/03/belia-sabah-digesa-fahami-dan-dalami-asas-perjuangan-ma63-ellron/ https://sabahmedia.com/2024/03/03/belia-sabah-digesa-fahami-dan-dalami-asas-perjuangan-ma63-ellron/#respond Sun, 03 Mar 2024 03:38:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50446
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA BELUD: Belia Sabah digesa agar memahami dan mendalami Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) yang menjadi tunggak utama kepada pembentukan negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata pemahaman terhadap MA63 adalah amat penting bagi kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“fakta-fakta dan intipati yang terdapat dalam perjanjian itu seharusnya menjadi asas utama kita sebagai rakyat Sabah untuk menuntut hak-hak yang selama ini dinafikan,” katanya pada program Bootcamp Ahli Dewan Belia Sabah Sesi 2023/2024 yang diadakan di Daradaat View, Kota Belud kelmarin.

Seramai 40 orang peserta menyertai boot camp tersebut yang terdiri daripada Ahli Dewan Belia dan penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA) seperti Cosmopoint College, Almacrest International College dan Ascot Academy.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook berkata penafian hak-hak kita dalam MA63 selama ini menyebabkan keadaan pembangunan dan aktiviti ekonomi begitu lembab di Sabah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di negara ini.

“Daerah Pitas, Nabawan dan beberapa lagi daerah lain yang termasuk dalam kategori daerah miskin adalah contoh utama pembangunan di Sabah masih lagi mundur. Ini disebabkan oleh penafian hak-hak kita antaranya tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang sampai sekarang masih tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini penyediaan kemudahan asas yang terhad seperti air, elektrik dan jalan perhubungan masih menjadi masalah utama yang membebani penduduk luar bandar Sabah.

“Justeru itu, tuntutan dan hak-hak yang termaktub dalam MA63 wajar dipenuhi bagi mengatasi permasalahan ini dan warga belia harus memahami perkara ini untuk dijadikan sebagai asas perjuangan MA63,” ujarnya.

Tambah Ellron lagi, belia haruslah juga mempunyai nilai kepimpinan yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan menjadi tauladan baik kepada masyarakat serta tidak terikut-terikut dengan budaya politik kurang matang di luar sana.

“Jadilah pemimpin yang berwibawa, berintegriti serta berdaya saing agar dapat menyumbangkan dan memajukan Sabah ke arah yang lebih baik,” tegasnya.

Terdahulu beliau hadir ke program tersebut untuk memberikan perkongsian beliau mengenai Perjanjian MA63.

Turut hadir dalam Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Charles William Dabbi, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah, Rafidah Maqbol Rahman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/03/belia-sabah-digesa-fahami-dan-dalami-asas-perjuangan-ma63-ellron/feed/ 0 50446
Jujur, integriti harus jadi asas semua urusan perniagaan https://sabahmedia.com/2023/12/03/jujur-integriti-harus-jadi-asas-semua-urusan-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2023/12/03/jujur-integriti-harus-jadi-asas-semua-urusan-perniagaan/#respond Sun, 03 Dec 2023 13:06:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45997
Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Kejujuran dan integriti harus menjadi asas kepada semua urusan perniagaan agar sesebuah negara termasuk Malaysia, tidak akan menghadapi sebarang isu rasuah dan penyelewengan perniagaan lain, kata Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Dalam pada itu, beliau gembira dengan usaha yang dilakukan oleh organisasi seperti The Asia Pacific International Honesty Book of Records yang memberikan anugerah kepada pemimpin perniagaan yang jujur yang katanya merupakan permulaan perjalanan ke arah masyarakat yang adil untuk semua.

“Saya yakin acara berprestij yang dianjurkan oleh organisasi sejak 2002 ini akan terus menawarkan, untuk memuji dan mengiktiraf usahawan dari Rantau Asia Pasifik yang telah mencapai prestasi cemerlang dengan kejujuran sebagai penanda aras utama dan saya amat berharap lebih banyak perusahaan akan mengambil bahagian dalam acara seperti ini untuk meluaskan pengaruh kejujuran dan membantu menyemai kepercayaan bahawa kejujuran masih merupakan dasar terbaik,” katanya ketika merasmikan The 20th Asia Pacific International Honesty – Book of Records 2023 sempena The Asia Pacific Book of Top Recognition Award di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dr Joachim mengucapkan tahniah dan berharap mereka akan terus menjunjung nilai-nilai yang memberi mereka anugerah di tempat pertama iaitu kejujuran dan integriti.

“Ini telah menjadi perhatian saya bahawa The Asia Pacific International Honesty – Book of Records telah memperoleh pengiktirafan tersendiri sebagai “Anugerah Oscar Perniagaan Antarabangsa” oleh China Central Television (CCTV). Kejujuran adalah salah satu petunjuk utama untuk mendapat anugerah khusus, saya memuji usaha semua usahawan yang menghargai Kejujuran dan Integriti sebagai Petunjuk Prestasi Utama bagi dunia korporat.

“Saya telah menghadiri beberapa penyampaian anugerah yang mengiktiraf keuntungan, prestasi jualan yang tinggi, dan atau pencapaian korporat sebagai standard/penanda aras kejayaan yang sudah tentu penting untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tetapi Anugerah hari ini sangat unik kerana penganjur mengiktiraf dan meraikan syarikat dan perusahaan yang menunjukkan Kejujuran dan Integriti dalam operasi perniagaan mereka. Tahniah kepada Pengerusi dan pihak penganjur atas usaha besar dan pandangan yang bernas dalam memberikan anugerah ini.

“Sebagai pemimpin perniagaan, anda secara automatik dan bertanggungjawab secara langsung untuk meningkatkan ekonomi negara masing-masing. Perniagaan yang baik bermakna lebih ramai kawan, lebih ramai kawan kita lebih aman dunia, lebih aman bermakna perniagaan lebih baik dan supaya kita boleh maju bersama. Anda dan saya juga boleh bertindak sebagai duta ‘keamanan’ untuk negara masing-masing juga,” katanya.

Selain meraikan kejayaan organisasi perniagaan yang jujur, beliau berkata acara itu juga merupakan kesempatan dan peluang terbaik bagi komuniti perniagaan untuk bercakap mengenai perniagaan dan mempunyai kerjasama atau perkongsian baharu serta mengembangkan perniagaan masing-masing.

Turut hadir Pengerusi Kehormat APC
(Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia), Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi Kehormat APC (Bekas Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia), Datuk Heng Seai Kie; Naib Pengerusi Kehormat APC (Ahli Diraja), YM Dato’ Paduka Seri Hasnizal Hassan; Naib Pengerusi Kehormat APC (Ahli Diraja), YM Dr Raja Putra Shah dan Pengerusi Penganjur, Dato’ Prof Dr Albert Tan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/03/jujur-integriti-harus-jadi-asas-semua-urusan-perniagaan/feed/ 0 45997