asnaf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Mar 2026 01:50:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png asnaf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita GRS Sabah santuni asnaf melalui Program Penyerahan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2026/03/06/wanita-grs-sabah-santuni-asnaf-melalui-program-penyerahan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/wanita-grs-sabah-santuni-asnaf-melalui-program-penyerahan-bakul-makanan/#respond Fri, 06 Mar 2026 01:50:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92732
Read Time:1 Minute, 11 Second

TUARAN: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus memperkukuh komitmen kebajikan terhadap masyarakat dengan menganjurkan Program Penyerahan Bakul Makanan kepada golongan asnaf sempena Ramadan, melibatkan kawasan Parlimen Kota Belud dan Tuaran.

Program yang diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, di sini, disempurnakan Ketua Wanita GRS Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, yang turut menyampaikan bakul makanan kepada para penerima.

Turut hadir Ketua Wanita PCS, Simi Linggom; Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait; Penolong Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Belynda Buntot; Timbalan Ketua Penerangan Wanita GRS, Julia ABT; serta Penyelaras Wanita GRS Parlimen Kota Belud, Nurul Fadzilah Noordin.

Hadir sama Penyelaras Wanita GRS Parlimen Tuaran, Datuk Jamaliah Antalip bersama barisan EXCO Wanita GRS.

Program itu turut disertai penyelaras Wanita GRS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) serta ahli-ahli Wanita GRS dari kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan.

Dalam ucapannya, Azizah berkata kepimpinan wanita bukan sahaja perlu kukuh dari segi organisasi, malah harus berteraskan nilai kasih sayang, empati serta semangat kebersamaan dalam mendekati masyarakat yang memerlukan.

Beliau berkata bulan Ramadan merupakan masa terbaik untuk memperkukuh amalan kebajikan selain mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban golongan memerlukan, malah memperkukuh semangat perpaduan serta memperluas peranan Wanita GRS dalam mendekati masyarakat,” katanya.

Program itu berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Wanita GRS dalam melaksanakan aktiviti kebajikan serta memperkukuh perjuangan GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/wanita-grs-sabah-santuni-asnaf-melalui-program-penyerahan-bakul-makanan/feed/ 0 92732
61 anak yatim dan asnaf dirai, santunan perlu konsisten bukan bermusim – Julita https://sabahmedia.com/2026/03/04/61-anak-yatim-dan-asnaf-dirai-santunan-perlu-konsisten-bukan-bermusim/ https://sabahmedia.com/2026/03/04/61-anak-yatim-dan-asnaf-dirai-santunan-perlu-konsisten-bukan-bermusim/#respond Wed, 04 Mar 2026 10:09:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92636
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Usaha menyantuni anak yatim dan golongan asnaf tidak seharusnya bersifat bermusim atau tertumpu pada bulan tertentu sahaja, sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan berterusan demi menjamin kebajikan serta masa depan mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki.

Katanya, keprihatinan terhadap anak yatim dan golongan rentan perlu diterjemahkan melalui tindakan berterusan serta dasar yang inklusif, bukan sekadar program bermusim yang bersifat sementara.

“Kita tidak boleh hanya mengingati anak-anak ini pada bulan tertentu sahaja. Mereka adalah sebahagian daripada komuniti kita dan berhak menerima perhatian, sokongan serta peluang yang berterusan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Majlis itu menghimpunkan seramai 61 kanak-kanak membabitkan anak yatim dan golongan asnaf daripada beberapa institusi kebajikan, sekali gus memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan pemimpin masyarakat serta merasai kemeriahan dan semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.

Tambah Julita lagi, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan di Sabah bagi membantu golongan rentan termasuk anak yatim dan mereka yang memerlukan, agar kebajikan mereka terus terbela.

“Saya percaya di Sabah, golongan ini tidak dipinggirkan kerana terdapat banyak program yang sedang dilaksanakan untuk membantu mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih terdapat ruang untuk memperkukuh dan memperluaskan program sedia ada supaya lebih ramai kanak-kanak memerlukan, termasuk pelajar di madrasah, terus mendapat bimbingan, sokongan dan galakan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Haslina Ismail, serta Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/04/61-anak-yatim-dan-asnaf-dirai-santunan-perlu-konsisten-bukan-bermusim/feed/ 0 92636
Gagasan Rakyat Api-Api santuni 50 kanak-kanak asnaf https://sabahmedia.com/2025/03/23/gagasan-rakyat-api-api-santuni-50-kanak-kanak-asnaf/ https://sabahmedia.com/2025/03/23/gagasan-rakyat-api-api-santuni-50-kanak-kanak-asnaf/#respond Sun, 23 Mar 2025 05:54:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70979
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Api-Api menyantuni seramai 50 kanak-kanak asnaf dalam Program Iftar di Masjid Al-Mawaddah, Taman Seri Gaya, semalam. 

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Api-Api, Datuk Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego berkata, penganjuran program seumpama ini terutama di bulan Ramadan dapat membantu memupuk semangat keprihatinan dan solidariti terhadap golongan memerlukan. 

“Ini juga dapat mewujudkan rasa kebersamaan dan keprihatinan di kalangan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu, kita turut berharap agar masyarakat kini lebih peka dan prihatin terhadap kesusahan golongan-golongan asnaf ini. 

“Seterusnya lebih aktif membantu mereka, bukan hanya di bulan mulia ini tetapi perlu berterusan setiap tahun,” katanya pada majlis itu, di sini semalam. 

Kanak-kanak asnaf itu turut diberikan sedikit bantuan bagi persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 

Program anjuran Pemuda Gagasan Rakyat Api-Api ini turut dihadiri oleh warga Collage Almacrest bersama ahli jawatankuasa Gagasan Rakyat Api-Api. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/23/gagasan-rakyat-api-api-santuni-50-kanak-kanak-asnaf/feed/ 0 70979
KYS rai 20 golongan asnaf di Tenom https://sabahmedia.com/2025/03/18/kys-rai-20-golongan-asnaf-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/kys-rai-20-golongan-asnaf-di-tenom/#respond Tue, 18 Mar 2025 05:00:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70623
Read Time:28 Second

Tenom :  Seramai 20 orang golongan asnaf diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) di Masjid Ar-Rahman di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail dan wakil pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Melalap, Tenom Simon Mamat. 

Pada majlis itu, Zulkhairi turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang golongan asnaf pada majlis yang turut dihadiri lebih 100 orang tetamu.

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan KYS dan komuniti setempat. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/kys-rai-20-golongan-asnaf-di-tenom/feed/ 0 70623
KYS sumbang bantuan tunai kepada 130 golongan asnaf https://sabahmedia.com/2025/03/16/kys-sumbang-bantuan-tunai-kepada-130-golongan-asnaf/ https://sabahmedia.com/2025/03/16/kys-sumbang-bantuan-tunai-kepada-130-golongan-asnaf/#respond Sun, 16 Mar 2025 04:21:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70511
Read Time:1 Minute, 7 Second

Tuaran : Seramai 130 orang golongan asnaf menerima sumbangan bantuan tunai daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) bagi meringankan beban penerima menjelang Aidilfitri.

Sumbangan yang diserahkan sempena Majlis Berbuka Puasa KYS di Masjid Umar Al Khattab, Taman Telipok Ria, Tuaran itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.

Hadir sama, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail; Pengerusi Masjid Umar Al Khattab, Nasruddin Muhd Ali, bersama seramai 400 orang penduduk Taman Telipok Ria.

Program itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KYS dengan masyarakat setempat serta menyantuni golongan yang memerlukan melalui sumbangan kebajikan.

Selain menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, pihak masjid turut menerima pelbagai sumbangan keperluan asas, termasuk tangki air, kipas industri, kit jenazah, serta dapur gas lengkap dengan tong gas.

Majlis ini dimulakan dengan penyampaian sumbangan, diikuti sesi tazkirah, sebelum para tetamu menikmati jamuan berbuka puasa bersama.

Selepas solat Maghrib, program diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah.

Penganjuran majlis berbuka puasa ini mencerminkan komitmen KYS dalam menjalankan   tanggungjawab   sosial   korporat   (CSR)   serta   memperkukuh   hubungan   dengan masyarakat  setempat.  

Inisiatif  ini  diharapkan dapat  diteruskan pada  masa  akan  datang sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan kebajikan. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/16/kys-sumbang-bantuan-tunai-kepada-130-golongan-asnaf/feed/ 0 70511
YNJ santuni 50 asnaf,12 ahli PVATM https://sabahmedia.com/2022/04/14/ynj-santuni-50-asnaf12-ahli-pvatm/ https://sabahmedia.com/2022/04/14/ynj-santuni-50-asnaf12-ahli-pvatm/#respond Thu, 14 Apr 2022 01:46:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14235
Read Time:1 Minute, 31 Second

TAMBUNAN: Seramai 50 asnaf dan 12 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan dari Yayasan Nur Jauhar (YNJ) sempena bulan Ramadan.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan  Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ di Rumah Rehat Kerajaan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Cawangan PVATM Daerah Tambunan, Maxentius Budin, 54, yang ditemui media meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas keprihatinan YNJ kepada ahli PVATM.

“Saya bagi pihak PVATM Cawangan Tambunan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Toh Puan Norlidah kerana sudi memberi sumbangan kepada kami pesara-pesara ATM.

“Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan terutama bagi kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Turut menerima sumbangan asnaf, Daisy Stanis, 27 berasal dari Kampung Rompon menzahirkan rasa syukur, berterima kasih atas bantuan yang diberikan dapat meringankan perbelanjaan seisi rumah dalam bulan Ramadan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YNJ dan Toh puan atas sumbangan ini sangat memberi makna dan berasa gembira kerana terpilih untuk menerima sumbangan dari YNJ,” katanya.

Bagi asnaf, Nordin Intang, 60, yang berasal dari Kampung Patau pula menyatakan sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Saya rasa terharu kerana menerima sumbangan daripada Toh Puan Norlidah yang sanggup datang ke Tambunan pada hari ini.

“Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan kewangan dari YNJ dan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban saya sekeluarga,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makjil, Ketua Polis Daerah Keningau, Nor Rafidah Kasim,  Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Dr Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/14/ynj-santuni-50-asnaf12-ahli-pvatm/feed/ 0 14235
Lebih RM10 juta zakat diagih kepada asnaf sempena Aidilfitri https://sabahmedia.com/2022/04/11/lebih-rm10-juta-zakat-diagih-kepada-asnaf-sempena-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2022/04/11/lebih-rm10-juta-zakat-diagih-kepada-asnaf-sempena-aidilfitri/#respond Mon, 11 Apr 2022 08:43:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14155
Read Time:1 Minute, 15 Second

MEMBAKUT : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan mengagihkan zakat kepada 44,474 asnaf di negeri ini melibatkan jumlah zakat sebanyak lebih RM10 juta.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, agihan itu adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan akan dilaksanakan sepanjang Ramadan ini.

“Ramadan ini kita akan memberikan sumbangan zakat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melebihi Rm10 juta.

“Golongan fakir miskin termasuk saudara kita yang susah di seluruh Sabah akan turut menerima sumbangan ini dan sebahagiannya akan menerima terus dari akaun mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Forum Ramadan Saudara Kita di Dewan Sri Wawasan disini kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan hal Ehwal Agala Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzaman Sangol, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais, Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali, Penolong Pegawai Daerah, Ibrahim Terki dan  Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar.

Pada majlis itu, Mohd Arifin menyampaikan sumbangan RM200 kepada 757 asnaf fakir dan saudara kita di kawasan Membakut.

“Pada hari ini (kelmarin), kita telah menyampaikan bantuan kepada 757 orang asnaf fakir dan juga saudara kita untuk membantu mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang sedang diikuti 300 orang saudara kita di Membakut, Mohd Arifin berkata, usaha itu akan diinisiatif oleh MUIS, JHEAINS dan JAKIM untuk golongan saudara kita di seluruh Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/11/lebih-rm10-juta-zakat-diagih-kepada-asnaf-sempena-aidilfitri/feed/ 0 14155