atas air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Sep 2024 14:57:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png atas air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Larangan bina Rumah Mesra SMJ atas air wajar dikaji semula – Masiung https://sabahmedia.com/2024/09/26/larangan-bina-rumah-mesra-smj-atas-air-wajar-dikaji-semula-masiung/ https://sabahmedia.com/2024/09/26/larangan-bina-rumah-mesra-smj-atas-air-wajar-dikaji-semula-masiung/#respond Thu, 26 Sep 2024 14:57:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61274
Read Time:1 Minute, 46 Second

SANDAKAN: Larangan membina bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di atas air wajar dikaji semula bagi memastikan akses pembinaan dapat diterjemahkan kepada golongan sasar mengikut kesesuaian tempat.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, Urusetia SMJ perlu terlebih dahulu meneliti kesesuaian tempat atas air yang tidak mempunyi risiko bencana alam.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Gagasan Rakyat Bahagian Sekong di Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarian, selepas merasmikan MAT di Bahagian Karamunting minggu lalu.

” Resolusi MAT kedua-dua bahagian itu adalah sama, mereka meminta kerajaan negeri mengkaji semula polisi supaya rumah SMJ dapat dibina di tapak atas air.

” Banyak projek rumah Mesra SMJ tertangguh pembinaan di kedua-dua kawasan itu hanya kerana kedudukan tapak yang dicadangkan di atas air payau.

” Saya melihat tapak atas air payau di kawasan itu selamat daripada bencana ombak dan air pasang besar kerana kedudukan rumah tradisi penduduk di situ terlindung dengan dataran dan pulau berdekatan, ” jelasnya.

Menurut beliau, sudah menjadi tradisi turun-temurun kebanyakan penduduk di Sekong dan Karamunting membina rumah di atas air payau dan tidak pernah berlaku sebarang bencana alam melibatkan tsunami atau ombak pasang besar.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mengesa kerajaan negeri melonggarkan syarat agar pembinaan rumah SMJ dapat dibina di atas air yang tidak berisiko.

Masiung mahukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KLPB) Sabah mengkaji semula polisi tersebut agar bantuan SMJ dibolehkan dibina di atas air mengikut keperluan golongan sasar.

Beliau memberi contoh, bangunan kerajaan atau rumah atas air sudah menjadi teradisi di Sabah seperti di daerah Tuaran, Menumbok, Tawau dan perkampungan Pulau Gaya di Kota Kinabalu yang dilengkapi bangunan sekolah, masjid dan bangunan milik kerajaan.

Ramai penerima bantuan rumah SMJ tidak memiliki tanah di dataran. Satu-satunya lot yang mereka ada cuma tapak rumah atas air, jelasnya.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, banyak bantuan rumah SMJ di seluruh negeri kini tertangguh pembinaanya kerana polisi KPLB tidak membenarkan ia dibina atas air.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri, Hajiji Noor mengumumkan, pembinaan bantuan Rumah Mesra SMJ akan dinaikan 40 buah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri tahun depan berbanding 20 buah sebelum ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/26/larangan-bina-rumah-mesra-smj-atas-air-wajar-dikaji-semula-masiung/feed/ 0 61274
Kerajaan Sabah Rancang Susun Semula Perkampungan Atas Air https://sabahmedia.com/2021/06/05/kerajaan-sabah-rancang-susun-semula-perkampungan-atas-air/ https://sabahmedia.com/2021/06/05/kerajaan-sabah-rancang-susun-semula-perkampungan-atas-air/#respond Sat, 05 Jun 2021 11:01:58 +0000 http://sabahmedia.com/?p=611
Read Time:1 Minute, 36 Second

5 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri merancang untuk menyusun semula perkampungan atas air bagi memastikan kawasan berkenaan kelihatan lebih tersusun dan selamat didiami oleh penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia termasuklah akan dilengkapi dengan kemudahan asas khususnya bekalan bekalan elektrik dan air bersih.

“Seperti yang kita sedia maklum, isu kebakaran perkampungan atas air di negeri ini perlu dilihat secara holistik oleh semua pihak bagi mengelakkan tragedi sama terus berulang.

“Namun isu ini perlu dilihat secara keseluruhan merangkumi dasar pemilikan tanah atau hak persempadanan, kebenaran dan kawalan pembangunan, kewujudan kemudahan asas seperti elektrik dan air, termasuk keperluan keselamatan kebakaran,”katanya.

Bung bersama kepimpinan Umno Sabah menyerahkan sumbangan kepada Mohd Redzuan yang mewakili mangsa yang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai rombongan UMNO Sabah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru  petang tadi.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan ,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin , Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya dan Pemimpinan Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru  Mohd Reduan Datuk Aklee.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam perancangan ini dengan penglibatan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Bomba, dan lain lain agnesi yang berkaitan.

“Penyusunan semula penting bukan sahaja untuk menyusun sebuah perkampungan yang teratur malah  akan mengubah taraf perkampungan berkenaan daripada setinggan kepada perkampungan yang sah.

“Kita perlu susun semula perkampungan khususnya di perkampungan di atas air ini agar lebih tersusun dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti pili Bomba, jambatan yang tersusun dan lain lain kemudahan,”katanya.

Terdahulu, pada 25 Mei lalu sebanyak  33 buah rumah jenis tidak kekal  musnah  sama sekali dalam kebakaran yang berlaku kira-kira  jam 12.40 malam. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan  kecederaan dilaporkan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/05/kerajaan-sabah-rancang-susun-semula-perkampungan-atas-air/feed/ 0 611
30 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Batu Sapi Pagi Tadi https://sabahmedia.com/2021/04/21/30-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-sapi-pagi-tadi/ https://sabahmedia.com/2021/04/21/30-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-sapi-pagi-tadi/#respond Wed, 21 Apr 2021 04:25:05 +0000 http://sabahmedia.com/?p=357
Read Time:1 Minute, 15 Second

 Kira-kira 30 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi dekat sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Martin Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.55 pagi dan sepasukan bomba dengan empat jentera tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.

“Anggaran keluasan kebakaran adalah 100 x 200 meter dengan anggaran rumah terbakar sebanyak 30 buah jenis tidak kekal.

“Kami telah mengambil sumber air daripada tangki air sejauh 1,300 kaki (396.24 meter) daripada lokasi kebakaran kerana pada ketika kejadian air laut telah surut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 9.17 pagi dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dalam siasatan.

Martin berkata pihaknya dengan bantuan penduduk kampung turut melaksanakan “firebreak” iaitu kaedah memutuskan kemerebakan api dengan merobohkan rumah dan jambatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Alias Sani berkata kebanyakan mangsa akan ditempatkan di dewan serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, manakala sebahagian kecil ditempatkan di balai raya kampung terjejas dan rumah saudara mara.

Seorang penduduk Mohd Zam Abdul, 60, yang tinggal di kampung itu sejak lebih 20 tahun, berkata kejadian kebakaran itu merupakan yang kedua berlaku selepas 2018.

Beliau yang tinggal bersama isteri dan enam anaknya berjaya menyelamatkan diri bersama enam ekor kucing peliharaan mereka.

Beliau turut membantu penduduk kampung lain untuk merobohkan rumah atas air terlibat bagi mengelak kebakaran merebak ke rumah lain di kampung itu.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/04/21/30-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-sapi-pagi-tadi/feed/ 0 357