Atas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Feb 2022 10:31:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Atas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Maritim Malaysia Tahan Dua Bot Pukat Tunda Atas Pelbagai Kesalahan https://sabahmedia.com/2022/02/18/maritim-malaysia-tahan-dua-bot-tunda-atas-pelbagai-kesalahan/ https://sabahmedia.com/2022/02/18/maritim-malaysia-tahan-dua-bot-tunda-atas-pelbagai-kesalahan/#respond Fri, 18 Feb 2022 10:30:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12351
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Dua bot pukat tunda ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di perairan Tuaran dan Kota Belud pada awal pagi Jumaat. (18 Feb)

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksaman Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, radar Sistem
Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah telah mengesan dua aktiviti mencurigakan di Tanjung Tembungo, Tuaran dan Teluk Ambong, Kota Belud awal pagi tadi.

“Maklumat berkenaan disalurkan kepada aset laut yang sedang melaksanakanoperasi rutin di sekitar perairan Kota Kinabalu untuk lokasi-lokasi tersebut bagi pengesanan dan pemeriksaan.

“Setiba di perairan Tanjung Tembungo jam 3.30 pagi tadi , bot ronda Maritim Malaysia mendapati sebuah bot pukat tunda sedang melakukan aktiviti menunda di bawah 3 batu nautika dan setelah diperiksa didapati nama-nama kru tidak sama seperti tercatat di lesen bot tersebut.

“Bot berkenaan serta kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60,” katanya.

Di lokasi berbeza, bot ronda Maritim Malaysia juga telah manahan sebuah lagi bot pukat tunda di perairan Teluk Ambong pada jam lebih kurang 4.50 pagi tadi. Bot pukat tunda tersebut didapati sedang melakukan aktiviti menunda di persisir pantai.

Menurut Mohd Rosli, bot tersebut telah diperiksa dan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana empat kru tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Kedua-dua bot tunda itu telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Sabah, Sepanggar untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk terus menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar perairan Kota Kinabalu ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah ke talian 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/18/maritim-malaysia-tahan-dua-bot-tunda-atas-pelbagai-kesalahan/feed/ 0 12351
4,864 Orang Berjaya Peroleh Pekerjaan Atas Inisiatif Kerajaan Melalui PERKESO https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/ https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/#respond Sun, 24 Oct 2021 04:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7854
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Seramai 4,864 orang di negeri ini telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini atas inisiatif bantuan kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seramai 7,141 rakyat Sabah juga telah berjaya kembali bekerja berdasarkan statistik yang dikeluarkan PERKESO Sabah pada tahun 2020.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tiga dari kanan) menyerahkan faedah PERKESO (sistem insurans pekerjaan) kepada salah seorang penerima di majlis itu.

“Jelaslah bahawa inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui PERKESO di bawah program PEMULIH memberi impak yang positif, sekali gus dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.

“Ini merupakan satu langkah yang amat baik dalam proses negara memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi negara,” kata Hajiji ketika merasmikan Karnival Kerjaya Urban Poor Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di Dataran Astaka Padang Tuaran, hari ini.

Program Karnival Kerjaya Urban Poor peringkat negeri Sabah 2021 Daerah Tuaran ini, adalah yang pertama dan karnival seumpama ini akan diteruskan secara berperingkat ke daerah luar bandar di Sabah.

Hajiji berkata, kerajaan sememangnya sudah bersedia berhadapan dengan isu pemberhentian kerja dan pengangguran ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.

“Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif tanpa menunggu keadaan menjadi bertambah serius. Dalam tempoh Pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 hingga September 2021, PERKESO Sabah telah berjaya menganjurkan sebanyak 307 aktiviti temuduga, iaitu 267 temuduga secara maya dan 40 aktiviti secara fizikal yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai industri dan majikan.

“Selain itu, bagi memudahkan lagi proses temuduga dalam talian, PERKESO Sabah telah mengadakan kerjasama strategik dengan Pusat Internet Desa bagi memastikan capaian internet untuk pencari kerja di luar bandar dapat diakses dengan mudah. Usaha ini bagi membantu pencari kerja di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata sejajar dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, PERKESO telah menjalin kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri dalam membantu menstabilkan dan menguruskan hal berkaitan pasaran buruh menerusi aktiviti perkhidmatan pekerjaan yang dilaksanakan secara berterusan.

“Saya melihat usaha ini akan membantu lebih ramai belia dan lepasan sekolah di negeri ini untuk mendapat peluang pekerjaan termasuk dalam pelbagai sektor industrii,” katanya.

Menurut Hajiji, terdapat lebih 1,000 kekosongan jawatan menanti dan 15 buah majikan mengambil bahagian dalam program temuduga sempena Karnival Kerjaya Urban Poor itu.

“Ini adalah antara inisiatif kerajaan melalui PERKESO dalam membantu rentan bandar, khususnya golongan B40 berkaitan menyediakan peluang carian pekerjaan dan penempatan kerja dalam kalangan belia lepasan sekolah, graduan dan pekerja yang kehilangan pekerjaan,” katanya sambil berharap pencari kerja akan mengambil peluang menyertai mana-mana karnival yang dianjurkan oleh PERKESO.

Karnival Kerjaya Urban Poor anjuran PERKESO Sabah adalah penganjuran yang kedua, selepas Karnival e-Kerjaya PERKESO Negeri Sabah pada 25 September lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/feed/ 0 7854
Ibubapa bina pondok atas pokok untuk anak ikuti PdPR ekoran capaian internet yang lemah https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/#respond Sun, 08 Aug 2021 14:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4326
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Ibu bapa di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan terpaksa membina sebuah pondok di atas pokok bagi memberi kemudahan kepada anak mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Ini kerana capaian internet yang lemah dan tidak stabil menyebabkan anak-anak mereka terpaksa mencari lokasi yang lebih tinggi.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Sosondoton, Kampung Torolobou dan Kampung Ratau.

Salah seorang penduduk, Saifuddin Abdullah berkata, penduduk terlibat telah mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti kelemahan capaian internet di kawasan berkenaan.

“Kami telah mengajukan surat rasmi kepada SKMM beberapa tahun lalu namun sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan positif berhubung masalah capaian internet.

“Justeru itu, kami terpaksa mencari alternatif lain membina pondok atas pokok agar anak-anak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang mengakui pembinaan pondok itu akan memberi risiko terhadap anak-anak mereka namun terpaksa berbuat demikian bagi memastikan sesi pembelajaran dan ulangkaji berjalan lancar.

“Anak-anak kami amat memerlukan capaian internet yang baik agar sesi pembelajaran mereka berjalan lancar kerana kita belum tahu bila sesi sekolah secara bersemuka akan dibuka.

“Justeru itu kami memohon pihak berwajib termasuk pemimpin setempat khususnya wakil rakyat kami agar dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/feed/ 0 4326
Sebuah rumah PPR atas air roboh di Kampung Bokara Sandakan https://sabahmedia.com/2021/07/30/sebuah-rumah-ppr-atas-air-roboh-di-kampung-bokara-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/sebuah-rumah-ppr-atas-air-roboh-di-kampung-bokara-sandakan/#respond Fri, 30 Jul 2021 13:43:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3819
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) roboh terjunam ke dalam air di Perkampungan atas air Kampung Bokara dekat sini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, pihak balai menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 3.04 petang, hari ini 30 Julai 2021.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba dengan pelbagai pangkat bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya 8 kilometer dari Balai Bomba daerah.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Burhanudin Kadir dan satu jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah PPR telah rebah terjunam separuh ke dalam air, ini disebabkan tiang rumah telah reput, bagaimanapun dilaporkan semua penghuni dalam rumah tersebut dalam keadaan selamat.

“Bertindak atas kejadian itu, pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan kejadian tersebut dan memastikan tiada bahaya lain,” jelas Affendy.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 petang, namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/sebuah-rumah-ppr-atas-air-roboh-di-kampung-bokara-sandakan/feed/ 0 3819