Atau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 13 Jan 2022 03:40:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Atau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 10 Kompaun Dikeluarkan, Gagal Daftar Masuk Premis Guna Mysejahtera atau Buku Pendaftaran https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/#respond Thu, 13 Jan 2022 03:40:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11034
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran selain dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu operasi di City Mall pada Selasa lalu.

Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan (JP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), DBKK telah melaksanakan satu operasi ‘Ops Putus Khas’ di City Mall, Kota Kinabalu pada 11 Januari 2022, bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.

“Operasi ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di kawasan tersebut yang mana telah diketuai oleh Timbalan Pengarah JP, Fohny Garampang,”katanya.

Menurut Noorliza, seramai 240 orang pelanggan dan 95 orang pekerja diperiksa dalam operasi pemeriksaan pematuhan SOP melibatkan sebanyak 44 premis perniagaan dan makanan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pengusaha premis perniagaan untuk sentiasa patuh terhadap SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/feed/ 0 11034
Tiga MP Bersatu Cabar PH Tidak Merancang Rebut Kuasa atau Bentuk Kerajaan dengan Sokongan Kleptokrat https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4617
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Tiga ahli Parlimen Bersatu hari ini mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan secara terbuka kepada rakyat bahawa mereka tidak merancang untuk merebut kuasa atau membentuk kerajaan dengan sokongan kleptokrat.

Gesaan itu dibuat hari ini oleh Anggota Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Ali Biju (Saratok), Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Di dalam satu kenyataan bersama itu mereka merujuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membenarkan kleptokrat memegang jawatan dalam pemerintahan.

“Hari ini, DAP (Parti Tindakan Demokratik) telah menyatakan calon Perdana Menteri mereka adalah Datuk Seri Anwar ibrahim. Walaupun mengakui hakikat bahawa Anwar tidak memiliki angka dan dia tentu akan bergantung kepada sokongan kleptokrat dan kelompok mahkamah, mereka tetap menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya. “

“Setelah membuat penentangan terhadap pemerintahan kleptokrat pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), apakah ini yang DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat), Amanah (Parti Amanah Negara) mahukan ? iaitu mengambil kuasa walau dengan apa cara sekalipun dengan menjalinkan kerjasama bersama bukan rakan seperjuangan, soal mereka lagi.

Menurut mereka lagi sekiranya tindakan untuk mengambil kuasa itu diteruskan, apakah harga yang dibayar untuk meneruskan kerjasama dengan kumpulan kleptocrat itu? sila nyatakan dan tentunya rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Ahli Parlimen Bersatu itu menambah bahawa apa pun yang berlaku sekarang, Muhyiddin tetap gah menjalankan tanggungjawabnya , walaupun karier politiknya terancam dia tetap enggan menyerah kepada kleptokrat, enggan campur tangan dalam kes mahkamah dan enggan menjual masa depan negara kepada pembida tertinggi.

Sementara itu, dalam ucapan khas Muhyiddin yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam, beliau telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar gabungan Perikatan Nasional (PN) setelah undi percaya di Parlimen yang dijadualkan pada 7 September.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mengatakan bahawa tidak seorang pun MP dapat membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menghadirkan diri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai perdana menteri yang baru.

Terdahulu, Muhyiddin berkata tujuh cadangan bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.

Antara lain Perdana Menteri menjanjikan suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen, jika memperoleh sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.

Beliau juga berkata kerajaan memberi jaminan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah MP Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menjemput semua pimpinan parti politik untuk bersama membincangkan cadangan tersebut dan sekiranya dipersetujui akan memanggil sidang khas untuk membentang usul undi percaya dengan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/feed/ 0 4617