ATB2 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Jan 2022 12:09:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ATB2 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan Tujuh PATI Masuk Ke Sabah Digagalkan ATB 2 https://sabahmedia.com/2022/01/06/cubaan-tujuh-pati-masuk-ke-sabah-digagalkan-atb-2/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/cubaan-tujuh-pati-masuk-ke-sabah-digagalkan-atb-2/#respond Thu, 06 Jan 2022 12:09:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10802
Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU : Cubaan tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau gagal selepas berjaya ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF) di Kampung Kurnia Jaya, Tawau.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam semalam itu, tujuh PATI itu dikatakan masuk ke daerah ini dengan menaiki bot sebelum menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) ke terminal bas daerah itu.

“Tujuh PATI berusia antara 22 hingga 80 tahun itu ditahan ketika Tim QRF sedang melaksanakan rondaan Op Benteng Bersama dan menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung kehadiran PATI.

“Tim QRF telah berjaya mengesan kedudukan kenderaan tersebut dan bertindak mengekori kenderaan yang disyaki sehingga ke Terminal Bas Tawau bagi membuat pemeriksaan dan pengesahan PATI tersebut.

“Kenderaan yang membawa PATI tersebut telah bertindak menurunkan kesemua penumpang dan melarikan diri dengan memecut laju kenderaan bagi mengelakan diri dari ditahan selepas menyedari kehadiran Tim QRF,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, hasil pemeriksaan terhadap tujuh PATI mendapati kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia bagi mendapatkan peluang pekerjaan di Sabah.

Katanya, kesemua PATI tersebut adalah lelaki dewasa yang ditemui bersama barang persendirian.

“Mereka dimaklumkan telah menaiki bot yang telah diaturkan oleh agen dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau, dan seterusnya akan diambil oleh agen dari Tawau untuk terus dihantar ke Terminal Bas Tawau.

“Semua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tawau pada jam 2.30 pagi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, kerjasama semua agensi penguatkuasaan ini jelas membuktikan sempadan negara dikawal dan ditangani secara serius  bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan demi kedaulatan negara, khasnya di Pantai Timur Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/cubaan-tujuh-pati-masuk-ke-sabah-digagalkan-atb-2/feed/ 0 10802
Cubaan PATI Masuk Ke Sabah Dipatahkan https://sabahmedia.com/2021/12/02/cubaan-pati-masuk-ke-sabah-dipatahkan/ https://sabahmedia.com/2021/12/02/cubaan-pati-masuk-ke-sabah-dipatahkan/#respond Thu, 02 Dec 2021 05:54:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9195
Read Time:1 Minute, 56 Second

TAWAU : Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) berjaya mematahkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau di Kampung Hidayat Batu 4 di sini semalam.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, cubaan masuk kumpulan itu berjaya dikesan hasil operasi rondaan yang dijalankan selepas mendapati sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil tinjauan dan pemerhatian pasukan Tim Quick Reaction Force (QRF) turut mendapati terdapat sebuah kenderaan MPV jenis Toyota Avanza dalam keadaan mencurigakan.

“Kenderaan tersebut juga didapati digunakan oleh ejen untuk mengangkut PATI warganegara Indonesia. Tim QRF bertindak mengekori rapat dan telah menahan kenderaan tersebut di Jalan Utama Jalan Apas Batu 3 pada jam 8.10 malam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan yang dipandu warga tempatan berusia 30 tahun yang menjadi ejen bertindak sebagai penghantar bersama lima warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki berusia 57 tahun, dua wanita berusia 17 dan 47 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia 9 bulan dan 3 tahun ditemui bersama barang persendirian.

“Maklumat awal yang diperolehi dari tahanan memaklumkan bahawa mereka telah menaiki bot yang telah diaturkan oleh ejen dari Pulau Sebatik menuju ke Kampung Hidayat.

“Mereka kemudiannya akan diambil oleh ejen menggunakan kenderaan menuju ke Bandar Tawau. ejen warganegara Malaysia tersebut yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007,”katanya.

Katanya, semua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk saringan COVID-19 sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, operasi itu akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan juga menyekat penularan wabak COVID-19.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada POWB ATB 2 dan Tim QRF yang terlibat di dalam penangkapan PATI tersebut.

Selain itu, beliau turut mengingatkan anggota agar sentiasa meningkatkan tahap kesiapsiagaan setiap masa.

“Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tim OCP Daratan ESSCOM dan IPD Tawau di atas sokongan pelaksanaan operasi ini. Kerjasama ini telah menggambarkan sempadan negara dikawal dan ditangani secara serius oleh semua agensi penguatkuasaan.

“ATB 2 akan mengetatkan lagi kawalan sempadan melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan lain-lain ancaman demi kedaulatan di Pantai Timur Sabah,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/02/cubaan-pati-masuk-ke-sabah-dipatahkan/feed/ 0 9195
Dua Ditahan, Cuba Seludup Barang Kosmetik https://sabahmedia.com/2021/11/21/dua-ditahan-cuba-seludup-barang-kosmetik/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/dua-ditahan-cuba-seludup-barang-kosmetik/#respond Sun, 21 Nov 2021 06:39:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8667
Read Time:1 Minute, 56 Second

SEMPORNA : Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan barang kosmetik di perairan Pulau Danawan disini kelmarin.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad berkata, kes itu dikesan dalam satu rondaan yang dijalankan pada jam 6.51 petang selepas mengesan dua buah bot laju yang mencurigakan.

Katanya, kedua-dua bot berkenaan dikesan pasukan Viper 04 bersama Tim Quick Reaction Force (QRF) Pulau Danawan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Bot berkenaan di dapati datang dari arah utara Pulau Danawan, di luar kawasan perairan Malaysia menuju ke Semporna. Viper 04  telah berjaya memintas sebuah bot laju manakala sebuah lagi bot laju berjaya meloloskan diri.

“Pasukan Viper 04  bersama Tim QRF yang memintas bot laju tersebut telah membuat pemeriksaan awal dan hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut terdiri daripada dua orang awak-awak lelaki berbangsa Bajau berusia 22 dan 26 tahun selain tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, sebanyak 33 buah kotak mengandungi barangan kosmetik ditemui yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 67,453 selain 19 tong minyak kosong berkapasiti 40 liter/tong yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol bagi tujuan penyeludupan yang seterusnya.

Katanya, bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan barangan terkawal yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot laju tersebut telah ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan awak-awak bot tersebut kemudianya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi membuat laporan polis.

“Mereka seterusnya dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan semula kepada pihak IPD Semporna bagi siasatan lanjut oleh PDRM.

“Kerjasama yang erat di antara ATM, ESSCOM, PDRM, KKM dan PPM berada di tahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan di Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut merakamkan ucapan tahniah kepada Tim QRF dan Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 atas kejayaan tersebut.

Beliau turut mengingatkan anggota operasi agar sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani cabaran keselamatan serta lain-lain ancaman sebilang masa.

“Operasi sentiasa dilaksanakan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengetatkan lagi kawalan sempadan melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/dua-ditahan-cuba-seludup-barang-kosmetik/feed/ 0 8667
ATB2 & Reef Guardin Bantu 4 Mangsa Bot Terbakar https://sabahmedia.com/2021/10/19/atb2-reef-guardin-bantu-4-mangsa-bot-terbakar/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/atb2-reef-guardin-bantu-4-mangsa-bot-terbakar/#respond Tue, 19 Oct 2021 11:46:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7689
Read Time:57 Second

SANDAKAN : Empat mangsa bot terbakar di perairan Pulau Billean disini berjaya diselamatkan dan dibantu Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Tim Pasukan Atur Gerak Cepat (QRF) tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bot yang dinaiki mangsa warga tempatan itu terbakar ketika menghidupkan pam air menggunakan teknik ‘jump-start’ ketika berlindung di pulau itu ekoran hujan lebat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Awam ATB2 berkata, bot yang terbakar terpaksa dilepas dan hanyut menuju Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau berkenaan.

Hasil maklumat dari salah seorang mangsa terlibat, memaklumkan bahawa mereka sedang menaiki bot dari Sandakan menuju ke Kudat bagi urusan perniagaan sangkar ikan.

Salah seorang mangsa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan menggunakan ambulans bagi menerima rawatan lanjut

Walau bagaimanapun, ekoran cuaca hujan lebat serta mengalami masalah bot, mereka terpaksa berlindung sementara di Jeti Pulau Billean milik Reef Guardian.

Kesemua mangsa bot terbakar telah dibawa ke Pulau Lankayan oleh bot milik Reef Guardian, sebelum diserahkan kepada Detasmen Bot Sandakan ATB 2 untuk dibawa ke Sandakan menggunakan bot VIPER 7 untuk menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/atb2-reef-guardin-bantu-4-mangsa-bot-terbakar/feed/ 0 7689
Cubaan Seludup Minyak Bersubsidi Dipatahkan ATB2 https://sabahmedia.com/2021/10/02/cubaan-seludup-minyak-bersubsidi-dipatahkan-atb2/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/cubaan-seludup-minyak-bersubsidi-dipatahkan-atb2/#respond Sat, 02 Oct 2021 08:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7099
Read Time:1 Minute, 29 Second

SEMPORNA: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minyak bersubsidi di perairan Pulau Bohayen, di sini semalam.

Semua minyak yang dibawa dua bot laju dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan petugas yang keluar membuat rondaan pada jam 2.45 pagi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ATB2 berkata, kedua-dua bot berkenaan dikesan bergerak dari arah Semporna menuju ke Sitangkai, Filipina.

“Pasukan operasi telah berjaya memintas sebuah bot laju manakala sebuah lagi bot laju berjaya meloloskan diri.   Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut terdiri daripada dua orang awak-awak lelaki warganegara Filipina selain tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Sebanyak 35 tong minyak petrol berkapasiti 35 liter/tong, berjumlah sebanyak 1225 liter berada di dalam bot berkenaan.

“Bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan minyak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, kesemua awak-awak bot telah dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna bagi siasatan lanjut.

Katanya, kerjasama yang erat di antara ATM, ESSCOM, PDRM, KKM dan PPM berada di tahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan di Perairan Pantai Timur Sabah.

Dalam pada itu, Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad turut merakamkan tahniah kepada Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan Tim QRF atas kejayaan tersebut.

Beliau turut mengingatkan anggota operasi agar tidak mudah leka dan sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani cabaran keselamatan serta lain-lain ancaman sepanjang masa.

“Operasi akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengetatkan lagi kawalan sempadan melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/cubaan-seludup-minyak-bersubsidi-dipatahkan-atb2/feed/ 0 7099