Autisme – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jul 2026 09:43:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Autisme – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah: Kerajaan negeri disaran laksana pelan tindakan autisme Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/21/kerajaan-negeri-disaran-laksana-pelan-tindakan-autisme-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/kerajaan-negeri-disaran-laksana-pelan-tindakan-autisme-sabah/#respond Tue, 21 Jul 2026 09:41:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100309
Read Time:2 Minute, 35 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri disaran menyediakan satu pelan tindakan autisme yang menyeluruh bagi Sabah, lengkap dengan sasaran, jadual pelaksanaan dan peruntukan khas bagi memperkukuh sokongan kepada kanak-kanak autisme serta keluarga mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Ir. Chin Shu Ying, berkata pelan tindakan itu penting bagi memastikan perancangan berkaitan pendidikan, kesihatan, intervensi dan kebajikan golongan autisme dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan sokongan terhadap RUU berkenaan yang memperuntukkan tambahan RM16.21 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, termasuk bagi perbelanjaan Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Autisme.

Menurut Chin, dianggarkan lebih 7,000 kanak-kanak di Sabah memerlukan sokongan berkaitan autisme, namun angka sebenar dipercayai lebih tinggi kerana masih ramai yang belum menjalani pemeriksaan, menerima diagnosis rasmi atau didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata, walaupun Sabah mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), isu kekurangan tempat, guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid masih perlu diberi perhatian.

Katanya, terdapat guru yang terpaksa mengendalikan murid dengan tahap keperluan yang berbeza dalam satu kelas, termasuk murid yang memerlukan bantuan secara individu bagi komunikasi, pengurusan emosi dan penjagaan diri.

“Kerajaan juga perlu memperkukuhkan latihan khusus mengenai autisme kepada guru supaya mereka mempunyai kemahiran dalam komunikasi, pengurusan tingkah laku, keperluan sensori serta penyediaan pelan pendidikan individu,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan penubuhan Pusat Autisme Sabah (PAUS) di Kota Kinabalu serta pembangunan pusat seumpamanya di Tawau, namun menegaskan jumlah pusat sedia ada masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan di seluruh negeri.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pusat rawatan, intervensi dan latihan autisme diwujudkan secara berperingkat di wilayah utama seperti Sandakan, Keningau, Kudat, Beaufort dan pantai timur.

Bagi kawasan pedalaman pula, katanya, kerajaan boleh memperkenalkan pasukan intervensi bergerak serta perkhidmatan teleterapi bagi mengurangkan beban perjalanan keluarga yang memerlukan rawatan berkala.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan kerajaan menyalurkan geran tahunan, subsidi sewa premis, latihan tenaga pengajar dan bantuan peralatan kepada pusat autisme yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan bukan berasaskan keuntungan yang memenuhi piawaian ditetapkan.

Mengulas kebajikan keluarga, Chin berkata ibu bapa dan penjaga turut memerlukan bantuan kewangan, latihan serta sokongan emosi bagi menguruskan anak-anak autisme.

Beliau mencadangkan subsidi terapi bulanan diperluaskan kepada keluarga B40 dan M40, selain bantuan perjalanan kepada keluarga luar bandar yang perlu membawa anak mendapatkan rawatan atau intervensi.

Katanya, kerajaan juga wajar menyediakan program penjagaan sementara (respite care) bagi membantu ibu bapa yang menjaga anak autisme sepenuh masa.

Beliau turut menekankan keperluan merancang sokongan jangka panjang untuk remaja dan orang dewasa autisme melalui latihan kemahiran, peluang pekerjaan, program kehidupan berdikari dan pusat aktiviti harian.

Selain itu, Chin mencadangkan penubuhan Pangkalan Data Autisme Sabah menerusi kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, sekolah dan pusat intervensi.

“Tanpa data yang tepat, kerajaan sukar merancang keperluan sekolah, guru, pakar, pusat rawatan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.

“Kanak-kanak autisme bukan satu beban. Mereka mempunyai bakat dan potensi yang perlu dibangunkan melalui intervensi awal, pendidikan yang sesuai serta sokongan masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/kerajaan-negeri-disaran-laksana-pelan-tindakan-autisme-sabah/feed/ 0 100309
Razali cadang PAUS dinaik taraf jadi rumah kedua anak Autisme https://sabahmedia.com/2025/12/16/razali-cadang-paus-dinaik-taraf-jadi-rumah-kedua-anak-autisme/ https://sabahmedia.com/2025/12/16/razali-cadang-paus-dinaik-taraf-jadi-rumah-kedua-anak-autisme/#respond Tue, 16 Dec 2025 06:56:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88383
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah dicadang untuk menaik taraf Pusat Autisme Sabah (PAUS) sebagai rumah kedua untuk anak-anak autisme di negeri ini dan bukan sekadar sebagai pusat pendidikan awal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Mohamed Razali Razi berkata, cadangan itu bagi membolehkan golongan kanak-kanak serta individu dalam spektrum autisme dapat penjagaan berterusan dan menyeluruh.

Katanya, cadangan itu dikemukakan susulan kebimbangan berterusan ibu bapa anak-anak autisme, khususnya mengenai masa depan dan kebajikan anak mereka apabila ibu bapa sudah tiada.

” Justeru itu, saya ingin mencadang agar PAUS dinaiktaraf untuk menjadi bukan sekadar pusat latihan, tetapi sebagai rumah kedua untuk mereka (anak-anak autisme) agar mereka lebih selamat, terurus, ada penjagaan rapi berterusan, ada latihan kemahiran, rutin kehidupan dan aktiviti sosial supaya mereka boleh terus
hidup, belajar, bekerja dan berasa diterima.

“Pusat ini juga bukan sahaja untuk menjaga mereka tetapi menenangkan hati ibu bapa, kerana mereka tahu, jika mereka sudah tiada, anak mereka masih ada tempat berpaut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.

Razali berkata, pihaknya turut mencadangkan biasiswa khas dan dana latihan kemahiran melibatkan soft skills dan latihan vokasional, agar anak- anak autisme dapat berdikari mengikut keupayaan masing-masing.
Dalam Belanjawan Sabah, sebanyak RM670,000 diperuntukkan bagi menambah baik PAUS untuk menyediakan pendidikan awal berkualiti dan mampu milik kepada kanak-kanak autisme berusia antara tiga hingga tujuh tahun.

Sehubungan itu, penambahbaikan fungsi PAUS dilihat bukan sahaja mampu meningkatkan kesejahteraan golongan autisme, malah memberi ketenangan kepada ibu bapa kerana mengetahui anak-anak mereka masih mempunyai tempat berpaut dan sokongan berterusan pada masa hadapan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/16/razali-cadang-paus-dinaik-taraf-jadi-rumah-kedua-anak-autisme/feed/ 0 88383
Yuran Pusat Autisme Sabah lebih rendah, Kerajaan sedia subsidi https://sabahmedia.com/2025/08/15/yuran-pusat-autisme-sabah-lebih-rendah-kerajaan-sedia-subsidi/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/yuran-pusat-autisme-sabah-lebih-rendah-kerajaan-sedia-subsidi/#respond Fri, 15 Aug 2025 00:34:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79265
Read Time:3 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri melalui Jabatan  Perkhidmatan Kebajikan Am (JKPA) mengambil langkah proaktif dengan menanggung subsidi yuran pesakit Autisme di Sabah sebanyak RM350 sebulan bagi setiap pesakit di Pusat Autisme Sabah (PAUS).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) James Ratib berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa selain mencerminkan komitmen dan keikhlasan Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan rakyat selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Yuran dikenakan setiap seorang pesakit berjumlah RM650, tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM300 sahaja kerana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) menanggung subsidi RM350.

“Setiap anak-anak yang dimasukkan di sini yang berusia antara tiga  hingga tujuh  tahun, ibu bapa akan mendapat subsidi secara automatik lebih kurang RM350 selebihnya RM300 akan dibayar oleh ibu bapa itu bagi setiap bulan.

“Jika dibandingkan dengan pusat swasta, yuran disini jauh lebih rendah. Ada pusat swasta mengenakan caj RM1,300 sebulan malah mencecah  RM2,700 jika pusat swasta tersebut mempunyai fasiliti yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Pusat Autisme Sabah disini, pada Khamis. 

James berkata, kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan pusat seumpama itu di daerah lain dalam masa terdekat.

“Tiga pusat autism kita akan perluaskan di Sabah iaitu di daerah Tawau, Sandakan dan Kudat dan juga akan datang di Beaufort,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Sabah Maju Jaya Energy (SMJE) selaku peneraju tenaga Sabah dalam industri minyak dan gas untuk menyalurkan sumbangan kepada pusat-pusat autisme di negeri itu.

“Kita minta pelaksanaan tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), untuk menyumbang kepada pembangunan dan kelengkapan Pusat Autisme di negeri ini.

“Jadi saya mengucapkan juga terima kasih kepada Ketua Menteri kerana merestui pusat autisme ini dan seterusnya membantu dari segi kewangan.

“Kita minta juga kerajaan supaya dapat membantu lebih banyak peruntukan agar projek ataupun pembinaan pusat autisme di Sabah ini dapat berjalan dengan lancer,” katanya.

Dalam pada itu, James turut memuji inisiatif JPKA yang diketuai Jais Asri bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) membangunkan pusat autisme pertama di negeri ini, susulan peningkatan jumlah pesakit autisme daripada 4,700 orang pada 2023 kepada kira-kira 6,122 orang pada 2025.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada JPKA yang diketuai oleh Tuan Jais Asri kerana mempunyai inisiatif bersama dengan UMS untuk membangunkan pusat autisme di negeri Sabah yang mana pesakit autisme ini semakin hari semakin meningkat. Tahun 2023 lebih kurang 4,700 sahaja tahun 2025 meningkat ke 6,122 lebih kurang.

“Jadi, peningkatan ini amat orang bilang menggusarkan kita jadi sebab itu terlintas di fikiran saya bersama dengan JPKA dan UMS supaya dapat membina pusat Autisme.

“Saya juga mengharapkan supaya guru-guru yang ada sekarang ini lebih kurang 10 orang dibantu oleh empat orang dapat ditambah dan pihak UMS dapat membantu dari segi penambahan guru ini.

“Kita minta akan datang supaya guru-guru ini dapat dihantar ke Singapura untuk membuat rakan strategik bagaimana untuk menangani ataupun bagaimana mereka memperluaskan ilmu pengetahuan mereka dari segi mengurus anak-anak autisme ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme agar tidak malu untuk menghantar anak ke pusat Autisme tersebut.

“Saya mengharapkan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme ini supaya jangan malu dan jangan segan supaya anak-anak mereka dapat dihantar ke pusat autisme yang letaknya di Sembulan ini. 

“Insya Allah tidak lama lagi pusat Autisme di Sandakan itu akan dibuka dan saya minta supaya ibu bapa yang mempunyai masalah autism di Sandakan dan di Tawau itu jangan malu, jangan segan hantar anak-anak mereka ke pusat asuhan anak-anak ini supaya apabila mereka masuk ke sekolah menengah masalah itu dapat dikurangkan dari segi pengendalian anak-anak autisme ini. 

“Lebih baik kita rawat lebih awal anak-anak autisme ini jangan sampai mereka sudah dewasa baru kita ubat mereka ini akan mendapat satu masalah besar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/yuran-pusat-autisme-sabah-lebih-rendah-kerajaan-sedia-subsidi/feed/ 0 79265
Semua pihak perlu terus bantu kanak-kanak istimewa, Autisme https://sabahmedia.com/2025/05/28/semua-pihak-perlu-terus-bantu-kanak-kanak-istimewa-autisme/ https://sabahmedia.com/2025/05/28/semua-pihak-perlu-terus-bantu-kanak-kanak-istimewa-autisme/#respond Wed, 28 May 2025 05:13:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74682
Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu:    Semua pihak termasuk sektor kerajaan, korporat serta swasta perlu terus membantu golongan kanak-kanak istimewa dan Autisme agar tidak terpinggir dari arus pembangunan sosial.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman berkata dengan bantuan yang dihulurkan sekurang-kurangnya dapat memberi kegembiraan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup golongan berkenaan.

“Saya ingin menyeru agar kita semua baik individu mahupun organisasi sentiasa mencari ruang untuk menyumbang, tidak kira dalam bentuk masa, tenaga, kepakaran mahupun dana bagi meningkatkan kualiti hidup golongan istimewa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Khidmat Masyarakat (CSR) sempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2025 di Taman Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan dan Pusat Autisme Sabah, di sini pada Selasa.

Teks ucapannya disampaikan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Aidah Awang.

Hadir sama, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri, Datin Dr. Cleopatra @ Claire Asing, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jais Asri, Pengerusi Penganjur Program Khidmat Masyarakat, Zarina Mustapha serta Pengerusi Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Ponisah Mohamad.  

Dalam ucapannya, Zainudin berkata, objektif utama program khidmat masyarakat itu adalah untuk membina kesedaran, mewujudkan sokongan masyarakat serta menyediakan platform inklusif bagi golongan  terbabit.

“Pada hari ini, kita berkumpul dalam suasana yang penuh kasih sayang dan dalam masa yang sama menunjukkan keprihatinan kita sebagai warga perkhidmatan awam.

“Program yang nampak seperti usaha kecil tetapi sangat bermakna itu dapat membina jambatan kefahaman empati dan sokongan terhadap anak-anak istimewa yang unik.

“Aktiviti yang dirancang seperti menyalurkan sumbangan bantuan peralatan dan kelengkapan sekolah, gotong-royong, dan mural painting bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak ini, malah mendidik masyarakat agar lebih memahami cabaran yang mereka hadapi,” katanya.

Selain itu, program seumpama juga membantu memperkasa golongan kanak-kanak autisme dan kelainan upaya melalui pendekatan pendidikan, terapi dan interaksi sosial yang holistik.

“Melalui program ini juga, para pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam akan dapat membina nilai kepimpinan berteraskan belas ihsan serta mewujudkan budaya organisasi yang lebih inklusif dan penyayang.

“Saya percaya bahawa nilai empati dan tanggungjawab sosial bukan sekadar slogan, tetapi perlu diterjemahkan melalui tindakan dan inisiatif yang mampan seperti ini,” katanya.

Beliau turut berharap program itu menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif yang melibatkan pelbagai pihak dalam menyokong perkembangan kanak-kanak autisme dan kurang upaya di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/28/semua-pihak-perlu-terus-bantu-kanak-kanak-istimewa-autisme/feed/ 0 74682
Kanak-kanak autisme hilang lima hari ditemui meninggal dunia di tepi sungai https://sabahmedia.com/2025/04/24/kanak-kanak-autisme-hilang-lima-hari-ditemui-meninggal-dunia-di-tepi-sungai/ https://sabahmedia.com/2025/04/24/kanak-kanak-autisme-hilang-lima-hari-ditemui-meninggal-dunia-di-tepi-sungai/#respond Thu, 24 Apr 2025 07:46:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72591
Read Time:58 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAMPARULI: Harapan selama lima hari berakhir dengan duka apabila jasad Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5 tahun, ditemui tidak bernyawa di tepi sungai Kampung Bahagia II tengah hari tadi.

Mangsa tersebut seorang kanak-kanak autisme, dilaporkan hilang sejak 20 April lalu berhampiran kawasan belakang Pejabat Daerah Tamparuli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Mohamad Nor Amit berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 12.20 tengah hari, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melakukan pencarian secara water rafting di sungai berkenaan. Mayat dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang.

Menurut beliau, operasi pencarian hari kelima dimulakan seawal jam 8.35 pagi, melibatkan kawasan darat dan sungai dengan radius pencarian yang diperluaskan. Teknik “standard line double layer” digunakan di sepanjang laluan yang dikenal pasti berisiko.

Operasi ini membabitkan seramai 22 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (17 anggota), Angkatan Pertahanan Awam (9), Jabatan Kebajikan Masyarakat (3) serta seramai 41 orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/24/kanak-kanak-autisme-hilang-lima-hari-ditemui-meninggal-dunia-di-tepi-sungai/feed/ 0 72591
Bantu kesan kanak-kanak lelaki lima tahun, hidap autisme, hilang https://sabahmedia.com/2025/04/21/bantu-kesan-kanak-kanak-lelaki-lima-tahun-hidap-autisme-hilang/ https://sabahmedia.com/2025/04/21/bantu-kesan-kanak-kanak-lelaki-lima-tahun-hidap-autisme-hilang/#respond Mon, 21 Apr 2025 01:34:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72369
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAMPARULI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menghidap autisme dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Bahagia II, Tamparuli, pada petang Ahad.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut merayu kepada orang ramai melalui satu hantaran di Facebook agar menghubunginya di talian 016-5874384 sekiranya terjumpa anaknya, Muhammad Aniq Faiz bin Muhammad Ashraf.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, TPgB II Mohamad Nor Amit, berkata bahawa Pusat Gerakan Operasi Bomba Tuaran menerima panggilan kecemasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tamparuli pada jam 1.52 petang Ahad berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Pasukan bomba melancarkan misi pencarian kanak-kanak tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan itu. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Pasukan BBP tiba di lokasi pada jam 2.13 petang bersama kekuatan sepuluh anggota serta dua anggota Unit K9. Turut serta dalam operasi ialah empat anggota PDRM dan lapan anggota dari Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“SAR telah diteruskan pada jam 8.50 malam dengan bantuan tiga lagi BBP dari Kota Kinabalu, Lintas dan Putatan,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi pencarian dijalankan dalam radius 300 meter dan dibahagikan kepada dua sektor dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Pencarian turut dibantu oleh anjing pengesan daripada Unit K9. Bagaimanapun, sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa masih belum ditemui. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/21/bantu-kesan-kanak-kanak-lelaki-lima-tahun-hidap-autisme-hilang/feed/ 0 72369
Program Intervensi Awal Kanak-Kanak autisme dilaksana di 5 daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/30/program-intervensi-awal-kanak-kanak-autisme-dilaksana-di-5-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/30/program-intervensi-awal-kanak-kanak-autisme-dilaksana-di-5-daerah-di-sabah/#respond Sat, 30 Nov 2024 06:23:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64647
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan melaksanakan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak bagi autisme di lima buah daerah di negeri ini pada tahun depan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, program itu merupakan ‘pilot project’ yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi peruntukan sebanyak RM2.5 juta menerusi Belanjawan Sabah 2025.

Katanya, program itu adalah bagi memastikan golongan berkenaan mendapat sokongan dan bimbingan awal yang diperlukan.

“Kita ada lima lokasi dimana kita akan buat sementara dimana ianya adalah ‘pilot project’ itu di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort.

“Selepas itu kita juga mohon Kerajaan Persekutuan supaya dapat membina sebuah Pusat Autisme yang paling besar di Sabah kerana sekarang ini Johor sudah ada mula dan diluluskan peruntukan tahun ini.

“Program intervensi yang akan dilaksanakan tahun depan hanya melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun kebawah dan lebih kurang 1,159 kanak-kanak telah mendaftar dengan kita untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan bulan kebajikan dan Welfare Month Walk di sini hari ini.

James berkata, pihaknya juga akan turut mengambil guru-guru terlatih bagi melaksanakan program berkenaan pada tahun depan

“Lebih kurang 40 orang guru terlatih akan ditemuduga oleh hospital universiti dan program ini adalah kolaborasi dengan Universiti Malaysia Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap James berkata, program tahunan yang dianjurkan JPKA Sabah itu turut disertai lebih 1,500 orang peserta terdiri dari golongan kurang upaya, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Katanya, program itu adalah bagi meraikan komitmen semua pihak untuk mempromosikan keterangkuman, kebajikan dan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat.

“Acara Welfare Month Walk hari ini menjadi simbol perpaduan kita, di mana pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas yang dihormati dan individu berkeperluan khas yang dikasihi turut serta melangkah bersama.

“Langkah-langkah kita tadi bukan hanya langkah fizikal, tetapi juga langkah menuju masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/30/program-intervensi-awal-kanak-kanak-autisme-dilaksana-di-5-daerah-di-sabah/feed/ 0 64647