autonomi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Nov 2024 10:02:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png autonomi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Autonomi pendidikan di Sabah perlu diberikan sepenuhnya https://sabahmedia.com/2024/11/10/autonomi-pendidikan-di-sabah-perlu-diberikan-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2024/11/10/autonomi-pendidikan-di-sabah-perlu-diberikan-sepenuhnya/#respond Sun, 10 Nov 2024 10:02:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63545
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Autonomi terhadap bidang pendidikan di negeri ini perlu diberikan sepenuhnya dalam memacu pembangunan modal insan Sabah dengan lebih baik.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Silam  Datuk Mizma Appehdullah berkata, pendekatan itu adalah bagi membolehkan jurang pendidikan yang wujud antara Sabah dan Semenanjung dapat dirapatkan namun tidak menggugat atau mengubah dasar pendidikan Nasional yang sudah ditetapkan.

“Oleh itu, autonomi Pendidikan yang ingin saya cadangkan agar kita wujudkan kembali peperiksaan untuk darjah enam dan tingkatan tiga yang mungkin boleh dinamakan sebagai Peperiksaan Rendah Wilayah Sabah (PRWS) dan Peperiksaan Menengah Wilayah Sabah (PMWS).

“Jika ada pelajar yang kurang cemerlang, kita berikan kelas tambahan SMJ percuma dan jika ada pelajar yang cemerlang kita berikan biasiswa SMJ kepada mereka. Semua ini tidak mustahil sekiranya kita berjaya mewujudkan kelas digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bagi menyokong usul pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mizma berkata, seramai 984 pelajar tidak hadir untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu dan angka itu belum dikira jumlah anak-anak Sabah yang tidak sambung sekolah di peringkat sekolah menengah. 

Katanya, hal itu sangat membimbangkan dan pewujudan Peperiksaan Sijil Pendidikan Wilayah Sabah yang dioperasikan dalam kelas digital akan memudahkan pengelasan pelajar dan sekaligus menentukan sama ada mereka boleh menceburi STEM ataupun Sastera. 

“Ini secara tidak langsung akan memastikan pelaburan bidang STEM dinikmati oleh anak-anak Sabah dan saya amat menyokong kewujudakn kelas digital di seluruh sekolah-sekolah Wilayah Sabah.

“Jika autonomi pendidikan dilaksanakan, akhirnya anak-anak kita juga yang menikmatinya. Kita mahu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dikenali bukan sahaja sebagai parti politik tetapi merupakan satu jenama yang meniti di bibir dan hati setiap rakyat Sabah

“GRS inilah ibu dan bapa kepada kecemerlangan anak-anak Wilayah Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma turut mencadangkan agar autonomi pengambilan dan penempatan guru-guru di negeri ini diberikan sepenuhnya kepada Sabah.

Beliau tidak mahu Sabah ini sebagai makmal ujian guru-guru baharu terutamanya daripada Semenanjung.

“Guru lama yang sudah bekerja cemerlang, tiba-tiba dipindahkan pula ke Semenanjung dan diganti lagi dengan guru baru yang kurang berpengalaman dan proses ini terus berulang di Sabah.

“Oleh itu, autonomi pendidikan yang saya cadangkan, akan mengawal daripada kes perpindahan guru cemerlang ini terus berlaku. Mungkin dengan autonomi ini, secara tidak langsung telah mengutamakan anak-anak Sabah yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, diserap terus sebagai guru tetap sekolah-sekolah di seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/10/autonomi-pendidikan-di-sabah-perlu-diberikan-sepenuhnya/feed/ 0 63545
Sabah alu-alukan autonomi penuh projek di bawah RM50 juta https://sabahmedia.com/2023/01/04/sabah-alu-alukan-autonomi-penuh-projek-di-bawah-rm50-juta/ https://sabahmedia.com/2023/01/04/sabah-alu-alukan-autonomi-penuh-projek-di-bawah-rm50-juta/#respond Wed, 04 Jan 2023 09:19:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27386
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan keputusan Kabinet Persekutuan memberi autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak untuk pembangunan projek di bawah RM50 juta.

“Ia adalah satu lagi berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas penyerahan kuasa pengawalseliaan sumber gas kita.

“Ia pasti akan membantu dalam kelulusan dan pelaksanaan projek pembangunan yang sentiasa dihalang oleh kerenah birokrasi yang rumit sebelum ini,” kata Hajiji.

Katanya, mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sememangnya berita baik.

Hajiji turut memaklumkan bahawa beliau dan rakan sejawatannya di Sarawak akan bertemu dengan Perdana Menteri Menteri dan memuktamadkan beberapa perkara di bawah MA63, antaranya isu geran khas.

Beliau juga menyatakan bahawa jawatankuasa kerja dan kajian semula mengenai MA63 akan diteruskan di bawah pengerusi yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Berita baik lain dijangka, katanya ialah peruntukan tambahan untuk Projek Pan Borneo lebuh raya untuk Sabah mempercepatkan penyiapannya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama tahun ini, Anwar mengumumkan bahawa autonomi penuh akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk projek di bawah RM50 juta dengan pematuhan yang sewajarnya terhadap peraturan kewangan yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/04/sabah-alu-alukan-autonomi-penuh-projek-di-bawah-rm50-juta/feed/ 0 27386
Isu pendidikan dapat diatasi jika kuasa autonomi diturunkan https://sabahmedia.com/2022/04/10/isu-pendidikan-dapat-diatasi-jika-kuasa-autonomi-diturunkan/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/isu-pendidikan-dapat-diatasi-jika-kuasa-autonomi-diturunkan/#respond Sun, 10 Apr 2022 00:18:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14110
Read Time:2 Minute, 4 Second

MEMBAKUT : Isu berkaitan pendidikan di negeri ini dapat diatasi dengan lebih berkesan sekiranya penurunan kuasa autonomi kepada Sabah direalisasikan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, melalui autonomi itu, para pelajar di Sabah akan dapat menikmati kemudahan dan keselesaan setanding pelajar di negeri lain.

“Sabah memerlukan bantuan yang besar daripada kerajaan persekutuan kerana kita masih ada sekolah-sekolah daif, sekolah berskala tujuh dan ada pula sekolah yang perlu tambahan, bina baru dan sebagainya.

Arifin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek dana penerima bantuan bulanan untuk asnaf fakir.

“Saya yakin isu-isu ini akan dapat segera kita atasi apabila usaha penurunan kuasa autonomi dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Daerah Membakut di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping, disini semalam.

Mohd Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, sekiranya autonomi itu direalisasikan, ianya akan dapat membantu banyak perkara berhubung masalah pendidikan khususnya yang melibatkan prasarana.

“Ini kerana kita memerlukan bantuan dari sudut peruntukan kerana Sabah masih ada sekolah yang dibina dengan kayu, papan dan sebagainya, malah ada sekolah daif dan ini perlu mendapat perhatian.

“Apabila kita mendapat bantuan daripada persekutuan, sudah pasti anak-anak kita akan mendapat kemudahan dan keselesaan setanding dengan anak-anak lain di seluruh negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin dalam usaha menambah baik bidang pendidikan di Sabah dan Sarawak menerusi Jawatankuasa Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Arifin menyampaikan dana penerima bantuan bulanan asnaf fakir miskin berjumlah RM 387,000 kepada Penolong Pegawai Daerah, Ibrahim Terki, di samping sijil penghargaan serta cenderamata kepada 250 peserta tadarus.

Antara peserta yang ditemui ialah pelajar tahun keempat, Tahfiz Darul Yatama Yaacob Khan, Mohd Azuan Mohd Azlan, berasal dari Kimanis menzahirkan rasa syukur kerana dapat bertadarus dalam jumlah yang ramai.

Mohd Azuan bersyukur dapat menyertai majlis tadarus dengan beramai-ramai.

“Syukur kerana setelah dua tahun, hari ini umat Islam sudah dapat bersama-sama menyertai tadarus dan khatam Al-Quran dalam bulan ramadan,” katanya yang membaca Surah At-Taubah.

Turut gembira berakhirnya pandemik COVID-19, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut, Nur Mirrah Hawaniz Pinsu Osman, 19, yang membaca Al 290 hingga 299.

Nur Mirrah Hawaniz merancang untuk berziarah ke rumah sanak-saudara sempena aidilfitri ini.

“Sambutan hari raya pada tahun ini, saya bercadang untuk menziarahi sanak-saudara kerana sudah dua tahun tidak dibenarkan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/isu-pendidikan-dapat-diatasi-jika-kuasa-autonomi-diturunkan/feed/ 0 14110