Awam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Jun 2026 03:42:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Awam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kenderaan pengangkutan darat barangan, awam perlu daftar segera SKDS https://sabahmedia.com/2026/06/15/kenderaan-pengangkutan-darat-barangan-awam-perlu-daftar-segera-skds/ https://sabahmedia.com/2026/06/15/kenderaan-pengangkutan-darat-barangan-awam-perlu-daftar-segera-skds/#respond Mon, 15 Jun 2026 03:42:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98239
Read Time:2 Minute, 43 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kenderaan sektor pengangkutan darat barangan dan awam di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan yang layak menerima subsidi diesel digesa mendaftar segera di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memastikan mereka terus menikmati subsidi yang disediakan kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penggunaan SKDS bersama fleet card akan diwajibkan bagi mendapatkan subsidi diesel untuk sektor pengangkutan darat barangan dan awam pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua syarikat yang mempunyai kenderaan di bawah 33 kategori yang layak supaya tidak menangguhkan permohonan bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam penerimaan subsidi diesel.

“Melalui SKDS, syarikat yang layak akan menerima subsidi diesel menerusi mekanisme fleet card pada kadar RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat barangan dan RM1.88 seliter bagi sektor pengangkutan darat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Fleet Card SmartPay PETRONAS kepada sebahagian syarikat pengangkutan darat barangan yang telah mendapat kelulusan pendaftaran SKDS di Kepayan, di sini, hari ini.

Menurut Armizan, pendaftaran SKDS bagi sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan telah dibuka sejak 4 Mei lalu, manakala sektor pengangkutan darat awam telah menikmati kemudahan subsidi bersasar itu sejak Jun 2024.

Sehingga 14 Jun 2026, sebanyak 8,060 syarikat melibatkan 29,631 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Daripada jumlah itu, Sabah merekodkan 3,922 syarikat dengan 14,415 kenderaan, Sarawak mencatatkan 3,869 syarikat melibatkan 14,447 kenderaan, manakala WP Labuan merekodkan 269 syarikat dengan 769 kenderaan.

Armizan berkata, peluasan SKDS merupakan langkah kerajaan memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan subsidi diesel secara digital bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasar serta mengurangkan ketirisan.

Katanya, penggunaan fleet card membolehkan pemantauan penggunaan diesel bersubsidi dilakukan dengan lebih berkesan sekali gus mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan penyalahgunaan subsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk warga asing dan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun bagi subsidi diesel di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun, jumlah itu terus meningkat pada tahun ini susulan krisis tenaga global yang tercetus akibat konflik di Asia Barat.

“Pada Januari dan Februari 2026, subsidi diesel yang ditanggung kerajaan bagi Sabah dan Sarawak masing-masing berjumlah RM103 juta dan RM106 juta.

“Namun selepas konflik bermula pada 28 Februari lalu, jumlah subsidi melonjak kepada RM563 juta pada Mac dan RM647 juta pada April,” katanya.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan subsidi diesel yang ditanggung kerajaan bagi Sabah dan Sarawak bagi tempoh Januari hingga April 2026 telah mencecah RM1.4 bilion.

Armizan menegaskan kerajaan akan terus menanggung peningkatan kos subsidi diesel selagi harga minyak dunia kekal tinggi dan krisis tenaga berterusan.

Katanya, kerajaan kekal komited menyalurkan subsidi diesel secara bersasar kepada rakyat dan industri sebagai langkah membantu menangani peningkatan kos sara hidup serta menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.

“Pada masa sama, pelaksanaan subsidi bersasar penting bagi mengurangkan risiko ketirisan serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa penggunaan wajib SKDS dan fleet card bagi sektor pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikuatkuasakan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sehubungan itu, syarikat yang layak digesa membuat permohonan segera melalui portal MySubsidi dan tidak menunggu sehingga saat akhir.

Di Sabah, syarikat minyak yang terlibat dalam pelaksanaan SKDS ialah Petronas, Shell dan Petron.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/15/kenderaan-pengangkutan-darat-barangan-awam-perlu-daftar-segera-skds/feed/ 0 98239
Kerajaan giat semarakkan budaya inovasi dalam sektor awam https://sabahmedia.com/2023/11/02/kerajaan-giat-semarakkan-budaya-inovasi-dalam-sektor-awam/ https://sabahmedia.com/2023/11/02/kerajaan-giat-semarakkan-budaya-inovasi-dalam-sektor-awam/#respond Thu, 02 Nov 2023 06:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44602
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memberi keutamaan dan akan terus menggiatkan usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cepat, cekap dan berkesan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Inovasi dalam sektor awam bukan sekadar mengguna pakai teknologi baharu, ia berkait rapat dengan proses untuk mengubah cara berfikir dan bekerja
secara berkolaborasi demi memberi khidmat yang cemerlang kepada rakyat khususnya di Sabah.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda utama dalam memperkasakan sektor awam Sabah. Beliau berkata, ia kerana perkhidmatan awam adalah tunjang pembangunan negeri dan penggerak utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui intipati modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Penjawat awam perlu tampil dengan idea lebih bernas, berani dan agresif dalam membuat penambahbaikan dan inovasi demi mencapai Hala Tuju SMJ.

“Justeru ketua jabatan memainkan peranan yang amat signifikan dalam menerajui hala tuju inovasi agensi yang diterajui”, katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah Tahun 2023 (ISAS) di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu pada Khamis.

Menurutnya, seiring dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang semakin pesat, agensi kerajaan perlu sentiasa mengorak langkah untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar dan perkhidmatan.

Beliau berkata, inovasi adalah nadi kemajuan dan pembangunan sesebuah negara, selain memberi peluang dan kemungkinan baharu, ia juga merupakan pemacu untuk menggerakkan masyarakat ke hadapan.

“Sabah, negeri yang kaya dan berpotensi besar ini juga tidak terkecuali daripada hakikat ini. Saban hari, kita sering melihat kemajuan luar biasa yang berlaku di serata dunia, baik dalam sektor swasta mahupun dalam bidang penyampaian perkhidmatan awam.

“Semua perubahan ini tidak boleh dicapai tanpa fungsi dan peranan aktif kerajaan dalam membentuk masa depan negeri dan aspek inovasi merupakan kunci untuk
memastikan keberkesanannya”, tegas beliau.

Katanya, Malaysia masih kekal pada tangga ke-36 dalam Global Innovation Index 2023 sejak tahun 2022 yang menuntut persekitaran eko-sistem cara bekerja dalam organisasi dan gaya hidup masyarakat perlu dilonjakkan dengan drastik bagi memastikan negara terus kekal kompetitif dan berdaya saing melalui pemikiran secara kreatif dan inovatif.

Hajiji berkata, senario itu menuntut penjawat awam untuk melipatgandakan usaha bagi mencipta pelbagai cetusan idea yang berinovatif dalam sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan arus globalisasi yang semakin berkembang dewasa ini.

Menurutnya, ISAS 2023 merupakan bukti komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan memupuk kecekapan dan kecemerlangan institusi awam di Sabah melalui aktiviti kreativiti dan inovasi.

Katanya, platform itu bukan sahaja mengiktiraf usaha cemerlang penjawat awam yang berdedikasi, malahan juga saluran bagi kerajaan negeri dan Persekutuan untuk
mempromosikan pemikiran inovatif serta memberi inspirasi kepada semua penjawat awam untuk membudayakan inovasi dalam perkhidmatan awam.

Hajiji berkata, kerajaan menghargai penjawat awam yang tidak pernah bosan untuk terus berinovasi bagi mentransformasikan sektor awam di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/02/kerajaan-giat-semarakkan-budaya-inovasi-dalam-sektor-awam/feed/ 0 44602