Oleh Sitti Nor Azizah Talata
TAWAU: Dua lelaki ditahan polis selepas bertindak nekad merempuh kenderaan pasukan keselamatan serta beberapa kenderaan awam dalam insiden di persimpangan lampu isyarat Batu 3, Jalan Apas, semalam.
Kejadian sekitar jam 1.45 petang itu berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), IPD Tawau sedang menjalankan serbuan Op Tapis ke atas sebuah Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, suspek bertindak agresif apabila mereka bertindak merempuh kenderaan polis dan melanggar beberapa kenderaan milik orang awam dalam usaha meloloskan diri.
“Suspek terus memandu secara melulu menuju ke arah lampu isyarat Jalan Apas dan melanggar lebih banyak kenderaan awam sepanjang laluan sebelum berjaya ditahan selepas polis mengepung kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rakaman insiden tersebut yang dimuat naik ke media sosial tular dalam tempoh singkat dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berisiko tinggi suspek.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut menemui dua paket dadah disyaki syabu seberat 5.13 gram dalam sebuah beg kain dalam kenderaan terbabit, selain kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
“Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan seorang warga asing berusia 18 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.
Champin menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bersikap agresif dan membahayakan keselamatan orang awam.
Beliau turut menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau dadah kepada polis menerusi talian hotline IPD Tawau 089-772121 atau aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
]]>KOTA KINABALU: Penjawat awam adalah nadi kerajaan, kumpulan pelaksana dasar dan jentera penting yang menentukan kejayaan agenda kerajaan khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sektor awam negeri perlu terus merangsang inisiatif transformasi perkhidmatan awam bagi memastikan kejayaan agenda pembangunan Kerajaan Negeri.
“Kita perlu sentiasa mencari dan melaksanakan program transformasi untuk memperkasa perkhidmatan awam. Ini akan memastikan kami mempunyai pasukan terbaik yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan keperluan semasa,” katanya.
Hajiji berkata beliau komited sepenuhnya untuk menyokong sebarang inisiatif yang disasarkan, merencanakan dan memperkukuh penjawat awam negeri atau persekutuan.
“Antara keutamaan ialah memperkukuh integriti dan profesionalisme dalam kalangan penjawat awam, mempertingkat sistem penyampaian kerajaan, menggalakkan budaya kerja produktif, inovasi dan kreativiti serta mewujudkan mekanisme komunikasi strategik supaya semua dasar kerajaan boleh didengar, dilihat dan dirasai oleh rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Penjawat Awam Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada Selasa.
Menurut Hajiji, antara pendekatan transformasi yang sedang diambil pada masa ini adalah pembangunan tiga hab data iaitu People Hub, Business Hab dan Hab Geo di bawah Platform Integrasi dan Pertukaran Data (DIIP).
DIIP ialah platform perkongsian data yang memudahkan perkongsian data Government-to-Government (G2G), Government-to-Business (G2B) dan Government-to-Citizen (G2C), yang telah membuka jalan kepada penciptaan Pasaran Digital Sabah untuk merangsang pertumbuhan perniagaan berorientasikan rakyat.
“Saya mengalu-alukan komitmen perkhidmatan awam negeri untuk melaksanakan Good Regulatory Practice (GRP) mulai 2021,” katanya.
Hajiji juga berbangga kerana Sabah telah menerima anugerah Regulatory Champion iaitu “Negeri Aktif Melaksanakan GRP” daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) semasa Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan 2021.
“Transformasi perkhidmatan awam juga merangkumi aspek kebajikan kakitangan, peluang kenaikan pangkat, pengurusan dan persekitaran kerja, penjagaan kesihatan serta perumahan. Semua ini mesti diutamakan,” katanya.
Di bawah rancangan pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025), beliau berkata, tanah seluas 136 ekar di Papar daerah telah diperuntukkan untuk pembangunan perumahan penjawat awam.
Beliau juga menyokong penuh inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk memperkenalkan Indeks Kegembiraan Organisasi Berprestasi Tinggi (IKOBT), kajian sedang dijalankan kerjasama dengan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS).
“Hasil daripada kajian adalah penting dalam merangka strategi yang sesuai untuk merencana transformasi perkhidmatan awam,” katanya.
Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata maklum balas positif daripada pihak Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 pada 17-18 Januari membuktikan bahawa pelabur dapat melihat potensi pelaburan di Sabah. Seramai 780 delegasi termasuk 57 dari 15 negara, antaranya duta dari 10 negara menghadiri SIBES dua hari di SICC.
Momentum minat dan keyakinan pelabur terhadap Sabah berterusan selepas SIBES dengan banyak permintaan sesi perjumpaan diterima daripada ahli perniagaan dari luar Sabah serta diplomat asing.
Hajiji mendedahkan bahawa rombongan diplomatik Timur Tengah akan datang menemuinya tidak lama lagi,sebagai susulan kepada pertemuan awal antara mereka di Kuala Lumpur tahun lalu.
“Mereka benar-benar mahu datang ke Sabah untuk melihat sendiri potensi (pelaburan) di sini,” katanya.
Dalam hal ini, beliau menggesa komitmen penuh perkhidmatan awam untuk memastikan langkah itu berkembang Ekonomi Sabah melalui strategi pelaburan negeri akan membuahkan hasil.
]]>KOTA KINABALU: Bantuan one-off sebanyak RM500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa 1 kepada 2588 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah akan mula disalurkan hari ini oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah yang melibatkan RM1.29 juta peruntukan.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, pecahan jumlah penerima bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 ini merangkumi pemandu teksi dan kereta sewa seramai 1818 orang, diikuti oleh pemandu bas pelancong seramai 391 orang dan seterusnya pemandu bas sekolah seramai 379 orang.
“Penerima bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 ini merupakan penerima sedia ada yang telah menerima bantuan PERMAI dan Geran Khas Prihatin (GKP) yang akan menerima bantuan ini secara automatik menerusi akaun bank masing-masing,” kata Chin dalam satu kenyataan media hari ini.
LPKP Sabah juga telah menerima senarai nama bagi 4627 pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus iaitu seramai 4461 orang pemandu GRAB, 54 orang pemandu Maxim dan 112 orang pemandu MyCar.
Menurut Chin, jumlah pemandu e-hailing yang layak bantuan selepas saringan oleh LPKP Sabah adalah sebanyak 3690 orang pemandu GRAB, 44 orang pemandu Maxim dan 106 orang pemandu MyCar.
Walau bagaimanapun, jumlah selebihnya telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu pemandu perlu mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangya RM500 sebulan dalam mana-mana tempoh dari Januari hingga Mei 2021 dan pemandu perlu mempunyai lesen EVP (e-vehicle permit) dan lesen PSV (public service vehicle) yang masih aktif pada atau selepas 31 Mac 2021.
Semakan bagi senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa.
Bagi mereka yang tidak layak, rayuan boleh dihantar kepada LPKP Sabah menerusi emel [email protected] beserta dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 9 Ogos 2021.
Manakala, pembayaran bantuan bagi pemandu e-hailing akan dibuat selepas tempoh rayuan ditutup.
“Adalah diharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.
“Suka juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini,” tambahnya.
]]>KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan membuka semula operasi Taman Awam Teluk Likas mulai Ahad ini, 18 Julai 2021.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata dalam kenyataan media hari ini, pembukaan semula operasi taman ini dilaksanakan setelah Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens dibuka pada 13 Julai 2021 yang lalu.
“Sebagai permulaan, had kapasiti kemasukan ke taman ini adalah berdasarkan ‘carrying capacity’ kawasan trek yang diminimakan atas pertimbangan terhadap faktor kesihatan awam.
“Had kapasiti kemasukan ini akan dipertimbangkan dari masa ke semasa berdasarkan tahap pematuhan oleh pengguna taman awam tersebut,”katanya.
Menurut Noorliza, Taman Awam Teluk Likas ditetapkan had kapasiti kemasukan seramai 200 orang bagi setiap 2 jam masa penggunaan yang bermula dari Lampu Trafik Peak Condo ke Jambatan Yayasan Sabah.
Manakala, kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di taman itu.
Masa pembukaan taman adalah bermula seawal 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (dua sesi) manakala hanya sesi petang bermula pada 4.00 petang hingga 6.00 petang (satu sesi).
Namun begitu, tiada sebarang aktiviti mahupun individu dibenarkan berada di taman ini selain dari masa yang tersebut.
Walau bagaimanapun pembukaan taman ini terhad kepada aktiviti untuk berjogging, zumba dan senamrobik dengan maksimum tidak melebihi 10 orang dalam satu masa sahaja.
Aktiviti-aktiviti secara berkumpulan seperti berkelah, berhimpun untuk keraian dan sukan berpasukan adalah dilarang pada ketika ini.
Begitu juga dengan fasiliti-fasiliti lain seperti alat permainan kanak-kanak dan alat senam masih lagi ditutup penggunaannya sebagai langkah keselamatan.
Sementara aktiviti berbasikal masih tidak dibenarkan di taman ini, namun dibenarkan di Taman Cycleway Phase 3 bersebelahan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Dalam pada itu, pengguna perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta sentiasa mematuhi SOP.
Pengguna juga dikehendaki membawa telefon pintar kerana di setiap pintu masuk, mereka dikehendaki mengimbas QR Code (MySejahtera) atau mendaftar di buku pendaftaran yang disediakan bagi tujuan merekod kemasukan di kaunter pendaftaran taman.
“Pengunjung diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan kebersihan kendiri ketika berkunjung ke taman ini.
“Mereka yang gagal mematuhi arahan ini boleh didakwa dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas Noorliza.
]]>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima RM104,837 dari penjawat awam negeri sebagai sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah.
Jumlah tersebut adalah daripada pemotongan elaun penjawat awam dari kategori Gred 29 dan ke atas.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menyampaikan replika cek kepada Hajiji di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini pada hari Khamis.
Turut hadir di majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh.
]]>KOTA KINABALU : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sedang mengumpul data maklumat semua pemandu teksi, kereta sewa, bas termasuk bas persiaran serta e-hailing di Sabah bagi membantu mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Sehubungan itu, Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung mahu agar semua kumpulan pemandu yang terlibat ini mengambil peluang dengan mengisi borang di Facebook Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah sebelum atau pada 10 Julai 2021.
“Senarai nama yang diperolehi ini akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dimajukan kepada kementerian berkaitan bagi tujuan penyelarasan pendaftaran dan seterusnya mendapat suntikan vaksin COVID-19.
“Kerajaan mengiktiraf mereka ini sebagai kumpulan barisan hadapan yang turut memainkan peranan penting terutama dalam sektor pengangkutan.
Oleh itu, dengan melengkapkan dua dos suntikan maka adalah lebih mudah bagi mereka untuk beroperasi sepenuhnya semasa negara menghadapi pandemik COVID-19.
“Sebagai contohnya, apabila kerajaan Brunei Darussalam mewajibkan semua pemandu pengangkutan yang melalui sempadan negara itu untuk pergi atau balik ke Sarawak, banyak pemandu yang terjejas kerana kebanyakan mereka ini masih belum mendapat suntikan COVID-19,” kata Chin.
Selain itu, Chin berkata pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan kumpulan pemandu ini diharap dapat membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah suntikan kepada rakyat Malaysia menerusi Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) dan Pelan Pemulihan Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat negara ini melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang November tahun ini bagi mencapai fasa keempat Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya melaksanakan imuniti kelompok.
“Oleh itu, adalah menjadi peranan kita semua, termasuk kumpulan barisan hadapan pemandu ini untuk sama-sama menjayakan Pelan Pemulihan Negara bagi membebaskan negara ini dari COVID-19 dan akhirnya kita semua dapat menjalankan aktiviti ekonomi yang sangat terjejas akibat pandemik ini,” katanya.
]]>KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sutera Harbour dapat memberikan vaksinasi hingga 400 penerima setiap hari.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Dr Roland Chia, semasa lawatannya ke pusat vaksinasi itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Prabakharan Solomon AL Dhanaraj, bahawa program vaksinasi perkongsian swasta-awam di Sutera Harbour beroperasi enam hari dalam seminggu dan memberi vaksinasi kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu dan Putatan.
Dr Roland memuji pihak swasta kerana tampil untuk menawarkan tempat dan sumber mereka kepada Kementerian Kesihatan dan kepada Jabatan Kesihatan Sabah sebagai pusat vaksinasi.
Dia juga memuji para sukarelawan Yayasan Tzu Chi yang menawarkan perkhidmatan sukarela mereka untuk membantu aspek bukan klinikal proses vaksinasi.
“Saya berharap dan ingin mengalu-alukan lebih banyak sukarelawan masyarakat untuk mendaftar dengan Jabatan Kesihatan untuk membantu barisan kesihatan yang ada,” katanya dalam satu kenyataan.
Dia mengatakan bahawa dia berharap masyarakat memahami pengorbanan yang dilakukan oleh agensi kerajaan dari peringkat negeri dan persekutuan untuk memerangi wabak tersebut.
“Mereka melakukan yang terbaik untuk memerangi wabak ini,”katanya.
Dia menyeru masyarakat untuk melakukan vaksinasi dan mendorong satu sama lain untuk tampil mendaftar dan diberi vaksin.
“Untuk mengalahkan pandemik ini, imuniti kelompok sangat penting untuk maju,”kata Dr Roland.
]]>KOTA KINABALU: Selaras dengan pengumuman sumbangan penjawat awam oleh Ketua Setiausaha Negara pada 01 Jun 2021 telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri Sabah.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong hari ini mengumumkan, Pengurusan Tertinggi di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah memutuskan penjawat awam negeri Gred 29 hingga Gred Turus turut menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri (COVID-19) Sabah melalui pengurangan sebahagian dari Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) untuk tempoh dua (2) bulan iaitu Jun dan Julai 2021.
Katanya, “pelaksanaan sumbangan ini sama seperti penjawat awam persekutuan iaitu potongan 50% daripada ITK untuk Gred Turus I hingga Turus III, 50% daripada ITK untuk Gred JUSA A, 20% daripada ITK untuk Gred JUSA B, 10% daripada ITK untuk Gred JUSA C, 5% daripada ITK/ITKA untuk Gred 44 hingga 54 dan RM10.00 daripada ITKA untuk Gred 29 hingga 41.
Sumbangan ini tidak melibatkan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri.
“Pelaksanaan sumbangan ini tanda keprihatinan penjawat awam negeri kepada rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” tambahnya.
]]>