AWCL Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Sep 2024 09:34:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png AWCL Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 AWCL : Kehadiran Steffi, Intan Serah dalam Sabah FA bantu promosi Sabah peringkat antarabangsa https://sabahmedia.com/2024/09/27/awcl-kehadiran-steffi-intan-serah-dalam-sabah-fa-bantu-promosi-sabah-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/awcl-kehadiran-steffi-intan-serah-dalam-sabah-fa-bantu-promosi-sabah-peringkat-antarabangsa/#respond Fri, 27 Sep 2024 09:10:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61321
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kehadiran kapten skuad bola sepak wanita kebangsaan Steffi Sarge Kaur dan Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah dalam pasukan bola sepak wanita Sabah FA mampu membantu mempromosi Sabah diperingkat antarabangsa.

Pasukan bola sepak wanita Sabah FA akan bersaing pada kejohanan Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (AWCL) yang berlangsung di Wuhan, China bermula 3 Oktober ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, pencapaian pasukan wanita itu bukan sahaja membawa kebanggaan kepada Sabah tetapi turut membantu meningkatkan reputasi negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan yang melahirkan bakat luar biasa.

“Saya juga difahamkan ada dua pemain iaitu Intan Sarah, yang mempunyai 559,000 pengikut di Instagram, dan Steffi Kaur, yang mempunyai 97,000 pengikut.

“Dengan jumlah pengikut media sosial ini, Intan Sarah dan Steffi Kaur bukan sahaja atlet yang cemerlang tetapi juga secara tidak langsung menjadi pempengaruh untuk Sabah, dan membantu kita mempromosikan potensi pelancongan kita serta mencapai audiens yang lebih luas,”‘katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan tajaan baju jersi daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak wanita Sabah FA di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Pasukan Bolasepak Wanita Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Sabah Mohd Arziz Afizy Rumsani dan Ketua Jurulatih Bolasepak Wanita Sabah Justin Ganai.

Joniston yang juga Pengerusi STB berkata, sebagai anak muda Sabah, para pemain harus memanfaatkan media sosial dan membantu mempromosikan kebaikan serta keindahan Negeri Sabah.

Katanya, pihaknya turut berbangga untuk menyokong pasukan bola sepak wanita Sabah FA bagi meningkatkan profil negeri ini di pentas antarabangsa melalui sukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khas kepada Ketua Jurulatih, Justin Ganai dan pasukan pengurusan atas dedikasi dalam membimbing pemain-pemain berbakat ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arziz berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada STB atas sumbangan tajaan baju jersi kepada pasukan bola sepak wanita Sabah FA.

“Ini adalah satu perkembangan baik yang mana pasukan bola sepak wanita Sabah sebelum ini kita kurang dari segi penajaan

“Sebelum ini orang tidak lagi dimana kekuatan kita dan apa yang kita lakukan untuk pasukan dan untuk Sabah. Alhamdulilah STB dapat melihat yang mana kita membawa nama Sabah ke Wuhan dan ini merupakan satu pertandingan taraf antarabangsa,” katanya.

Beliau turut berkata, penajaan baju jersi itu juga merupakan satu kaedah pemasaran bagi membawa nama negeri dan negara bagi menarik pelancong ke Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/awcl-kehadiran-steffi-intan-serah-dalam-sabah-fa-bantu-promosi-sabah-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 61321
AWCL : Ini hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan, Hari Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/01/awcl-ini-hadiah-bermakna-sempena-hari-kebangsaan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/awcl-ini-hadiah-bermakna-sempena-hari-kebangsaan-hari-sabah/#respond Sun, 01 Sep 2024 11:19:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60045
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kemenangan pasukan bola sepak wanita Sabah FA pada saingan aksi pusingan awal Kumpulan C Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) di Stadium Likas, malam tadi hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tahun ini.

Pengurus pasukan bola sepak wanita Sabah Muhd Arziz Afizy Rumsani berkata, kemenangan itu juga merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua yang terlibat dengan kejayaan tersebut.

“Ya, betul. Pada hari ni (semalam), 31 Ogos adalah Hari Sabah dan juga Hari Kebangsaan dan inilah hadiah pasukan bola sepak Sabah terutamanya kepada negeri Sabah dan juga negara kita, Malaysia.

“Ini adalah sangat-sangat manis dan sangat-sangat memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua jurulatih, pemain dan saya sendiri pun sama,” katanya dalam satu temubual bersama HarimauMalaya sebaik tamat perlawanan kedua pusingan kelayakan AWCL kumpulan C menentang PFC Nasaf di sini semalam.

Pada aksi perlawanan semalam, pasukan bola sepak wanita Sabah FA membuat kejutan apabila memenangi saingan aksi pusingan awal Kumpulan C AWCL mengatasi PFC Nasaf dari Uzbekistan dengan jaringan 2-1 walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan lawan yang kelihatan lebih kuat dan bertenaga.

Kedua-dua gol Sabah FA dijaringkan penyerang import dari Myanmar, Win Theinge Tun pada minit ke-31 dan 44, sekali gus meletakkan Sabah FA di hadapan dengan 2-0 sehingga pada babak pertama.

Hanya pada minit ke-82 gawang Sabah FA bolos hasil jaringan pemain lawan, Alvine Emma Ngonja yang mendapat peluang melakukan cubaan hasil hantaran sepakan sudut rakan pasukannya.

Berikutan kemenangan malam tadi, Sabah layak mewakili Kumpulan C ke peringkat seterusnya dalam saingan AWCL 2024 / 2025. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FA WOMEN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/awcl-ini-hadiah-bermakna-sempena-hari-kebangsaan-hari-sabah/feed/ 0 60045
AWCL 2024-25 : Sabah jadi tuan rumah semua aksi kumpulan C Ogos ini https://sabahmedia.com/2024/07/19/awcl-2024-25-sabah-jadi-tuan-rumah-semua-aksi-kumpulan-c-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/awcl-2024-25-sabah-jadi-tuan-rumah-semua-aksi-kumpulan-c-ogos-ini/#respond Thu, 18 Jul 2024 16:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57718
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kuala Lumpur : Sabah bakal menjadi tuan rumah bagi semua aksi Kumpulan C secara berpusat untuk peringkat kelayakan Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) 2024-25 bermula 25 hingga 31 Ogos depan.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu menyaksikan pasukan bola sepak wanita Sabah FA diundi dalam Kumpulan C bersama wakil Uzbekistan, PFC Nasaf dan juara Nepal, APF FC dengan juara kumpulan bakal layak ke peringkat kumpulan untuk merebut kejuaraan sulung kejohanan wanita elit ini.

Majlis undian rasmi itu telah berlangsung di AFC House Kuala Lumpur di sini semalam.

Sabah menjadi wakil pertama Malaysia selepas muncul juara Liga Wanita Nasional musim 2023 yang akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri sebagai penguat semangar untuk memberikan saingan.

Lawan di peringkat kumpulan, APF FC dari Nepal adalah juara liga wanita Nepal musim 2023 dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga musim manakala PFC Nasaf dari Uzbekistan juga adalah juara liga wanita Uzbekistan musim lalu 2023 yang juga kejuaraan kelima dalam sejarah kelab.

Sementara itu, pengurus pasukan Sabah, Arziz Afizy Rumsani berkata, Sabah amat berbangga untuk membawa nama Malaysia selain teruja apabila Kota Kinabalu dipilih sebagai salah satu venue oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Gembira kerana kami mewakili Malaysia dalam kejohanan yang julung kali diadakan dan saya harap para pemain dapat berikan saingan serta mendapatkan pengalaman apabila beraksi di peringkat tertinggi kelab wanita Asia ini.

“Sangat baik kami menjadi tuan rumah dan kelebihan ini adalah buat negeri Sabah dan berharap para penyokong akan hadir memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 21 pasukan telah mengesahkan tempat untuk bersaing dalam kejohanan itu dengan AFC mensasarkan satu pertandingan yang kompetitif sekaligus meningkatkan lagi mutu bola sepak wanita di benua ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/awcl-2024-25-sabah-jadi-tuan-rumah-semua-aksi-kumpulan-c-ogos-ini/feed/ 0 57718