awcl – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Aug 2026 15:08:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png awcl – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 AWCL : Sabah FA gagal mara, East Bengal FC raih tiket ke pusingan seterusnya https://sabahmedia.com/2026/08/23/awcl-sabah-fa-gagal-mara-east-bengal-fc-raih-tiket-ke-pusingan-seterusnya/ https://sabahmedia.com/2026/08/23/awcl-sabah-fa-gagal-mara-east-bengal-fc-raih-tiket-ke-pusingan-seterusnya/#respond Sun, 23 Aug 2026 15:01:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102160
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Impian Sabah FA untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada wakil India, East Bengal FC, dalam aksi penentuan Kumpulan A Peringkat Awal di Stadium Likas, malam Ahad.

Kekalahan itu menyaksikan skuad wanita Sabah menamatkan kempen mereka di peringkat kumpulan, manakala East Bengal FC muncul juara Kumpulan A dan mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya pertandingan berprestij itu.

Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, East Bengal berjaya memecahkan kebuntuan menerusi Olivia Anokye pada minit ke-67 sebelum Soumya Guguloth menambah gol kedua pada minit ke-86 untuk memastikan kemenangan pasukan pelawat.

Sabah yang turun dengan misi wajib menang bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya berusaha memberikan tentangan sengit, namun gagal menembusi benteng pertahanan lawan yang tampil lebih tersusun sepanjang perlawanan.

Sebaliknya, East Bengal hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kemaraan berikutan kelebihan jaringan yang dimiliki selepas mencatat kemenangan besar dalam dua perlawanan terdahulu.

Kemenangan itu membolehkan kelab dari India berkenaan menamatkan saingan Kumpulan A dengan rekod sempurna sembilan mata daripada tiga perlawanan tanpa kalah.

Sebelum ini, East Bengal menewaskan Rajshahi Stars FC dari Bangladesh 4-0 dan membelasah Rovers FC dari Guam 12-0, sekali gus muncul antara pasukan paling dominan dalam peringkat awal kejohanan.

Walaupun gagal mara, Sabah FA tetap boleh berbangga dengan pencapaian mereka dalam penampilan di pentas AWCL apabila mencatat dua kemenangan daripada tiga perlawanan.

Sabah FA membuka kempen dengan kemenangan besar 13-0 ke atas Rovers FC sebelum menundukkan Rajshahi Stars FC 2-1 menerusi dua jaringan penting penyerang import, Enzi Hekima. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/23/awcl-sabah-fa-gagal-mara-east-bengal-fc-raih-tiket-ke-pusingan-seterusnya/feed/ 0 102160
AWCL: Sabah FA wajib menang ke atas East Bengal untuk teruskan kemaraan https://sabahmedia.com/2026/08/21/awcl-sabah-fa-wajib-menang-ke-atas-east-bengal-untuk-teruskan-kemaraan/ https://sabahmedia.com/2026/08/21/awcl-sabah-fa-wajib-menang-ke-atas-east-bengal-untuk-teruskan-kemaraan/#respond Fri, 21 Aug 2026 10:31:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102047
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Sabah FA berdepan tugas getir apabila wajib menewaskan East Bengal FC dari India pada aksi terakhir Kumpulan A Peringkat Awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 di Stadium Likas, Ahad ini, bagi memastikan tempat ke pusingan seterusnya.

Ketua Jurulatih Sabah FA, Bobby Gonzales, menyifatkan perlawanan itu sebagai misi “do or die” buat pasukannya kerana keputusan seri atau kalah akan menutup peluang skuad wanita Sabah untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan berprestij Asia itu.

Menurutnya, kedudukan semasa kumpulan memberikan kelebihan kepada East Bengal yang kini mendahului carta selepas mencatat dua kemenangan dalam dua perlawanan.

“Untuk perlawanan terakhir ini, bagi saya ia adalah misi ‘do or die’ kerana kita tidak boleh seri. Mahu atau tidak, kita mesti menang dalam perlawanan itu nanti kalau kita mahu layak ke peringkat seterusnya.

“Sekarang kita terpaksa membuat percaturan dan perancangan bagi menghalang kemaraan pasukan East Bengal dari India ini,” katanya pada sidang media selepas kemenangan 2-1 Sabah FA ke atas Rajshahi Stars FC dari Bangladesh di Stadium Likas, malam tadi.

Bobby berkata, anak buahnya perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin kerana East Bengal hadir sebagai pasukan yang memiliki kekuatan tersendiri, termasuk beberapa pemain import berkualiti.

Beliau turut mengakui pasukan dari India itu mempamerkan prestasi meyakinkan sepanjang saingan kumpulan apabila membelasah Rovers FC dari Guam 12-0 pada perlawanan kedua mereka, selain menewaskan Rajshahi Stars 4-0 dalam aksi pembukaan.

“Kita tahu mereka mempunyai pemain yang bagus termasuk tiga pemain import. Jadi, kita perlu mengkaji permainan mereka dan mencari kelemahan yang boleh dimanfaatkan pada perlawanan Ahad nanti,” katanya.

Sabah sebelum ini memulakan kempen AWCL dengan kemenangan besar 13-0 ke atas Rovers FC, namun hanya menang tipis 2-1 ketika menentang Rajshahi Stars malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan East Bengal memperoleh kelebihan dari segi kedudukan dan jaringan gol, sekali gus menjadikan pertembungan antara kedua-dua pasukan pada Ahad ini sebagai penentu utama tiket ke pusingan seterusnya.

Bagi Sabah FA, kemenangan bukan sahaja penting untuk menghidupkan impian beraksi lebih jauh dalam saingan AWCL, malah menjadi peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan pasukan wanita negeri itu bersaing di pentas tertinggi bola sepak wanita Asia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/21/awcl-sabah-fa-wajib-menang-ke-atas-east-bengal-untuk-teruskan-kemaraan/feed/ 0 102047
AWCL : Dua gol Enzi bantu Sabah tewaskan Rajshahi Stars https://sabahmedia.com/2026/08/21/awcl-dua-gol-enzi-bantu-sabah-tewaskan-rajshahi-stars/ https://sabahmedia.com/2026/08/21/awcl-dua-gol-enzi-bantu-sabah-tewaskan-rajshahi-stars/#respond Thu, 20 Aug 2026 22:22:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102005
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Penyerang import Sabah FA, Enzi Hekima Starks Broussard muncul wira pasukan apabila meledak dua gol untuk membantu skuad itu menewaskan Rajshahi Stars FC dari Bangladesh 2-1 dalam aksi Kumpulan A Peringkat Awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 di Stadium Likas, malam tadi.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat itu mempamerkan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol pada minit ke-41 dan minit ke-79 bagi memastikan Sabah meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan kumpulan.

Aksi cemerlang Enzi Hekima sekali lagi membuktikan peranannya sebagai tonggak penting jentera serangan Sabah yang kini terus berada dalam landasan terbaik untuk memburu slot ke peringkat seterusnya.

Gol pembukaan Sabah hadir menjelang tamat separuh masa pertama apabila Enzi Hekima bijak memanfaatkan peluang yang terhidang untuk meletakkan pasukannya di hadapan selepas kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak wisel permulaan.

Memasuki babak kedua, Rajshahi Stars tampil lebih agresif dalam usaha memburu gol penyamaan, namun benteng pertahanan Sabah berjaya menyerap tekanan yang diberikan pasukan pelawat itu.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan kelebihan tipis satu gol, Enzi Hekima sekali lagi mencuri tumpuan pada minit ke-79 apabila berjaya melepasi benteng pertahanan lawan sebelum berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Rajshahi Stars, Rupna Chakma.

Dengan penuh tenang, beliau meleretkan bola ke dalam gawang untuk gol kedua peribadi dan pasukannya sekali gus memberikan kelegaan kepada penyokong tuan rumah.

Rajshahi Stars bagaimanapun tidak mengalah dan berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan pemain gantian, Most Sultana pada minit ke-86, namun gol itu gagal menghalang Sabah daripada mencatat kemenangan berharga.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah terus mengekalkan rekod kemenangan sempurna selepas sebelum ini membelasah Rovers FC dari Guam 13-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan.

Setakat ini, Sabah telah mengumpul 15 jaringan dengan hanya satu gol dibolosi, sekali gus membuktikan kekuatan skuad kendalian mereka di kedua-dua bahagian serangan dan pertahanan.

Prestasi cemerlang Enzi Hekima juga memberikan petanda positif menjelang pertemuan paling penting menentang East Bengal FC dari India pada Ahad ini yang akan menentukan juara Kumpulan A.

East Bengal ketika ini mendahului kumpulan selepas mencatat kemenangan besar 12-0 ke atas Rovers FC dan memiliki kelebihan satu jaringan berbanding Sabah.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/21/awcl-dua-gol-enzi-bantu-sabah-tewaskan-rajshahi-stars/feed/ 0 102005
AWCL: Sabah FA sedia hadapi ujian lebih getir selepas belasah Rovers FC https://sabahmedia.com/2026/08/18/awcl-sabah-fa-sedia-hadapi-ujian-lebih-getir-selepas-belasah-rovers-fc/ https://sabahmedia.com/2026/08/18/awcl-sabah-fa-sedia-hadapi-ujian-lebih-getir-selepas-belasah-rovers-fc/#respond Tue, 18 Aug 2026 05:53:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101843
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Selepas membuka kempen Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 dengan kemenangan bergaya 13-0 ke atas Rovers FC dari Guam, Sabah FA kini mengalihkan fokus kepada dua ujian lebih getir menentang Rajshahi Stars FC dan East Bengal FC.

Ketua Jurulatih Sabah FA, Bobby Gonzales, berkata kemenangan besar ke atas Rovers FC tidak boleh membuatkan pemainnya leka kerana dua perlawanan berikutnya dijangka menuntut pendekatan berbeza.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan akan meneliti rakaman aksi kedua-dua pasukan berkenaan bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan mereka sebelum merangka strategi terbaik.

“Kita akan meneliti rakaman permainan pasukan mereka dan merancang strategi pasukan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

“Apa yang penting kita perlu tahu kekuatan dan kelemahan mereka kerana setiap pasukan ada kelemahan dan kekuatan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Rovers FC di Stadium Likas, malam tadi.

Sabah FA kini berada di tangga teratas Kumpulan A dengan mengumpul tiga mata, hasil kemenangan besar 13-0 itu yang turut memberikan kelebihan dari segi perbezaan jaringan.

East Bengal FC turut mengutip tiga mata selepas aksi pertama, namun hanya mempunyai kelebihan empat jaringan.

Sabah FA akan turun menentang Rajshahi Stars FC dari Bangladesh pada Khamis ini sebelum berdepan East Bengal FC pada Ahad.

Bobby berkata, anak buahnya sebelum ini berjaya melaksanakan perancangan yang disusun sehingga mampu mengawal permainan dan menghasilkan kemenangan besar.

Katanya, keinginan tinggi pemain untuk menang turut menjadi antara faktor penting kejayaan pasukan dalam aksi pembukaan berkenaan.

“Saya amat berpuas hati dengan semua pemain kerana mereka ada keinginan untuk menang.

“Mereka bukan saja berjaya memenangi bola daripada pihak lawan, malah menang besar dalam perlawanan ini,” katanya.

Kemenangan 13-0 itu menyaksikan Sabah FA menjaringkan lima gol pada babak pertama sebelum menambah lapan lagi pada separuh masa kedua.

Dalam pada itu, pemain tengah Sabah FA, Mai Lisa Atis muncul antara watak utama kemenangan berkenaan apabila meledak lima gol selain dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Mai Lisa menjaringkan gol pada minit ke-24, 33, 65, 80 serta pada masa tambahan babak pertama.

Namun, pemain itu menegaskan kejayaannya lebih bermakna apabila seluruh pasukan turut menyumbang kepada kemenangan besar berkenaan.

“Saya bukan sekadar gembira menjaringkan gol, malah saya gembira rakan sepasukan juga dapat menjaringkan gol dan membawa kemenangan ini bersama-sama,” katanya.

Sabah FA kini mempunyai dua lagi perlawanan dalam peringkat awal Kumpulan A untuk menentukan kedudukan akhir mereka dalam saingan tersebut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/18/awcl-sabah-fa-sedia-hadapi-ujian-lebih-getir-selepas-belasah-rovers-fc/feed/ 0 101843
AWCL : Lima gol Mai Lisa bantu Sabah FA benam Rovers FC 13-0 https://sabahmedia.com/2026/08/17/awcl-lima-gol-mai-lisa-bantu-sabah-fa-benam-rovers-fc-13-0/ https://sabahmedia.com/2026/08/17/awcl-lima-gol-mai-lisa-bantu-sabah-fa-benam-rovers-fc-13-0/#respond Mon, 17 Aug 2026 15:35:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101800
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Pemain tengah import dari Amerika Syarikat, Mai Lisa Atis muncul wira Sabah FA apabila meledak lima gol untuk membantu pasukan itu membelasah Rovers FC dari Guam 13-0 dalam aksi kedua peringkat awal Kumpulan A Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 di Stadium Likas, malam ini.

Aksi cemerlang Mai Lisa menyaksikan dia menjadi antara tonggak utama pesta gol Sabah FA, apabila menyumbang jaringan pada minit ke-25, ke-34 dan masa kecederaan babak pertama sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-66 dan ke-81.

Tiga gol yang dijaringkannya pada babak pertama membantu Sabah FA menamatkan separuh masa dengan kelebihan 5-0 selepas Ayuri Terawaki membuka tirai jaringan pada minit ke-11 dan Enzi Hekima Starks Broussard menyumbang gol keempat pada minit ke-39.

Memasuki babak kedua, Mai Lisa terus menunjukkan ketajamannya apabila menjaringkan gol kesembilan Sabah FA pada minit ke-66 untuk melengkapkan hatrik peribadinya dalam perlawanan berkenaan.

Antara aksi pertemuan bertemu Rovers FC – Foto Normimie Diun

Belum puas dengan tiga jaringan, pemain tengah itu sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-81 untuk menghasilkan gol ke-11 Sabah FA dan melengkapkan koleksi lima gol peribadi.

Persembahan Mai Lisa bukan sahaja membantu Sabah FA mencatat kemenangan besar, malah menyerlahkan keupayaan barisan serangan pasukan berkenaan yang menguasai sepenuhnya perlawanan sejak wisel permulaan.

Sabah FA sebelum itu sudah mendahului 5-0 pada separuh masa pertama sebelum terus menambah lapan gol pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan 13-0.

Selain lima gol Mai Lisa, Enzi Hekima turut mencuri tumpuan apabila meledak empat gol, manakala Ayuri Terawaki menyumbang dua gol.

An Sebin turut mencetak satu gol bagi melengkapkan pesta jaringan Sabah FA.

Kemenangan besar itu hadir selepas East Bengal FC dari India menewaskan Rajshahi Stars FC dari Bangladesh 4-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Likas pada petang tadi.

Sabah FA kini berada dalam momentum terbaik untuk meneruskan cabaran dalam saingan peringkat awal AWCL 2026/2027. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/17/awcl-lima-gol-mai-lisa-bantu-sabah-fa-benam-rovers-fc-13-0/feed/ 0 101800
AWCL : Sabah FA sedia hadapi cabaran tiga pasukan terbaik Asia https://sabahmedia.com/2026/08/16/awcl-sabah-fa-sedia-hadapi-cabaran-tiga-pasukan-terbaik-asia/ https://sabahmedia.com/2026/08/16/awcl-sabah-fa-sedia-hadapi-cabaran-tiga-pasukan-terbaik-asia/#respond Sun, 16 Aug 2026 12:46:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101734
Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Sabah FA bakal berdepan cabaran sengit apabila turun beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026 menentang tiga pasukan yang disifatkan antara terbaik di Asia.

Ketua Jurulatih Sabah FA, Bobbey Gonzales, berkata pasukannya sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan daripada Rovers FC dari Guam, East Bengal FC dari India dan Rajshahi Stars FC dari Bangladesh yang akan bersaing di Stadium Likas bermula esok.

Beliau berkata, walaupun berdepan tekanan sebagai wakil negara dalam kejohanan berprestij itu, beliau yakin anak buahnya mampu memberikan tentangan sengit kepada setiap lawan yang dihadapi.

“Sudah semestinya ada banyak tekanan kerana kita tahu pasukan yang datang ke sini dari Bangladesh, India dan Guam adalah pasukan yang berkualiti serta mempunyai kekuatan tersendiri.

“Kita menganggap mereka antara pasukan terbaik di Asia dan sebab itu kami perlu membuat persiapan yang lebih teratur untuk memastikan Sabah FA mampu bersaing,” katanya pada sidang media kejohanan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, fokus utama pasukan ketika ini adalah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap lawan bagi membolehkan strategi terbaik dirangka sebelum perlawanan berlangsung.

Katanya, barisan kejurulatihan turut menggunakan beberapa aksi persahabatan sebagai medan menguji keserasian pemain selain memperkemaskan aspek taktikal menjelang kejohanan.

“Persiapan kita berjalan dengan baik. Selain mengadakan perlawanan persahabatan, kita juga memberi perhatian kepada aspek keserasian dan semangat berpasukan supaya setiap pemain dapat memahami peranan masing-masing di atas padang,” katanya.

Bobbey berkata, walaupun Sabah FA berdepan kekangan apabila 11 pemain sedang mewakili Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, situasi itu tidak menjejaskan fokus pasukan untuk memberikan aksi terbaik.

Menurutnya, semua pemain yang berada dalam skuad AWCL menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tempoh persiapan dan bersedia memikul tanggungjawab membawa cabaran pasukan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Sabah FA menggunakan sepenuhnya kuota enam pemain import yang dibenarkan oleh AFC bagi menambah kekuatan skuad menghadapi persaingan yang lebih kompetitif.

Sementara itu, kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur, berkata semua pemain berada dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran menentang pasukan-pasukan yang memiliki reputasi besar di peringkat Asia.

“Kami sangat teruja untuk beraksi semula di pentas AFC. Semua pemain sudah bersedia dan kami mahu memberikan persembahan terbaik untuk pasukan serta penyokong.

“Bagi saya, semua pasukan yang bertanding mempunyai kekuatan masing-masing. Sebab itu kami perlu fokus kepada setiap perlawanan dan tidak boleh memandang rendah mana-mana lawan,” katanya.

Steffi berkata, tumpuan pasukan ketika ini terarah kepada aksi pembukaan menentang Rovers FC dari Guam sebelum memikirkan cabaran seterusnya dalam saingan kumpulan.

Beliau percaya pendekatan memberi fokus kepada satu perlawanan pada satu masa akan membantu Sabah FA mengekalkan konsistensi dan meningkatkan peluang untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/16/awcl-sabah-fa-sedia-hadapi-cabaran-tiga-pasukan-terbaik-asia/feed/ 0 101734
Skuad wanita Sabah harap sokongan penyokong menjelang aksi AWCL 2026 https://sabahmedia.com/2026/08/15/skuad-wanita-sabah-harap-sokongan-penyokong-menjelang-aksi-awcl-2026/ https://sabahmedia.com/2026/08/15/skuad-wanita-sabah-harap-sokongan-penyokong-menjelang-aksi-awcl-2026/#respond Sat, 15 Aug 2026 11:17:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101633
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Seluruh penyokong di negeri ini diseru untuk memberikan sokongan padu kepada kepada pasukan bola sepak wanita Sabah yang akan berdepan cabaran di pentas Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AWCL) 2026 bermula Isnin ini.

Pengurus pasukan, Datuk Victor Ationg berkata, sokongan daripada penyokong amat penting bagi memberikan motivasi tambahan kepada pemain sepanjang mengharungi kejohanan yang akan bermula dari 17 hingga 23 Ogos ini.

Beliau berkata, sokongan itu bukan sahaja hadir dalam bentuk kehadiran di stadium, malah doa, mesej semangat dan kata-kata positif daripada penyokong juga mampu memberikan suntikan moral kepada skuad.

“Kepada seluruh penyokong kami di Sabah, kami memerlukan sokongan anda. Di mana sahaja anda berada, teruskan memberikan sorakan dan sokongan kepada para pemain kami.

“Setiap doa, setiap mesej semangat dan setiap kata-kata sokongan amat bermakna buat pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran jersi ketiga Bola Sepak Wanita Sabah sebagai persiapan menghadapi saingan AWCL 2026.

Menurutnya, kejohanan di peringkat Asia itu merupakan satu lagi detik penting dalam perjalanan Bola Sepak Wanita Sabah, sekali gus membuka peluang kepada pemain untuk membawa nama negeri ke pentas lebih tinggi.

Katanya, jersi yang digunakan bukan sekadar pakaian seragam pasukan malah ia melambangkan identiti, kebanggaan dan semangat Sabah.

“Setiap kali pemain kami menyarungkan jersi ini, mereka bukan sahaja mewakili diri sendiri, malah membawa nama Sabah, keluarga mereka, kelab, pasukan serta seluruh penyokong yang percaya kepada bola sepak wanita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan telah menjalani persiapan intensif bagi memastikan pemain bersedia dari segi fizikal, taktikal dan mental sebelum turun beraksi di kejohanan berkenaan.

Katanya, para pemain turut menunjukkan komitmen tinggi sepanjang sesi latihan dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

Beliau yakin sokongan berterusan daripada penyokong akan membantu pemain mengekalkan motivasi dan keyakinan ketika berdepan pasukan yang mempunyai pengalaman serta kekuatan berbeza di pentas Asia.

“Kita mungkin berdepan pasukan yang mempunyai tahap pengalaman dan kekuatan berbeza di pentas Asia.

“Namun, saya benar-benar percaya bahawa semangat juang, kerja berpasukan dan keyakinan yang kita miliki mampu menjadikan kita sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/15/skuad-wanita-sabah-harap-sokongan-penyokong-menjelang-aksi-awcl-2026/feed/ 0 101633
AWCL : Skuad bola sepak wanita Sabah FA diharap mampu pamer prestasi baik https://sabahmedia.com/2024/09/29/awcl-skuad-bola-sepak-wanita-sabah-fa-diharap-mampu-pamer-prestasi-baik/ https://sabahmedia.com/2024/09/29/awcl-skuad-bola-sepak-wanita-sabah-fa-diharap-mampu-pamer-prestasi-baik/#respond Sun, 29 Sep 2024 03:51:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61427
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Putatan : Pasukan bola sepak wanita Sabah FA yang akan beraksi pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) di China, bulan depan diharap mampu mempamerkan prestasi yang baik.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya turut berharap pasukan yang mewakili negara itu akan dapat berada dalam lapan terbaik diperingkat kumpulan.

“Pasukan bola sepak wanita Sabah FA kita telah pun berjaya melayakkan diri bagi mengikuti pertandingan di peringkat AFC dan akan berlepas di China pada hujung bulan ini.

“Sudah pasti kita mengharapkan mereka boleh mempamerkan prestasi yang baik dan kalau boleh kita menjadi lapan terbaik diperingkat kumpulan. Sama-sama kita doakan agar prestasi mereka berada dalam prestasi yang lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Riang Ria Merdeka di Perpustakaan Desa Ulu Putatan di sini hari ini.

Pasukan bola sepak wanita Sabah FA dijangka akan berlepas ke China esok bagi menghadapi saingan AWCL yang bermula 3 Oktober ini 

Sabah FA diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan Wuhan Jiangda (China); Incheon Hyundai Steel Red Angels WFC (Korea Selatan) dan dan Abu Dhabi Country Club (Emeriah Arab Bersatu).

Pasukan kendalian Justin Ganai itu turut diperkuat dengan lima pemain import antaranya Eri Narita; Misaki Nakayama; Aoi Kizaki dan Saki Ueno dari Jepun serta Win Theingi Tun dari Myanmar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/29/awcl-skuad-bola-sepak-wanita-sabah-fa-diharap-mampu-pamer-prestasi-baik/feed/ 0 61427
AWCL : Lima pemain import bantu perkuat skuad bola sepak wanita Sabah FA https://sabahmedia.com/2024/09/28/awcl-lima-pemain-import-bantu-perkuat-skuad-bola-sepak-wanita-sabah-fa/ https://sabahmedia.com/2024/09/28/awcl-lima-pemain-import-bantu-perkuat-skuad-bola-sepak-wanita-sabah-fa/#respond Sat, 28 Sep 2024 08:57:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61374
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Lima pemain import disasar untuk membantu menguatkan lagi skuad bola sepak wanita Sabah FA bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) di China, bulan depan.

Ketua Jurulatihnya, Justin Ganai berkata, tiga daripada pemain import itu sebelum ini telah membantu Sabah pada aksi pusingan awal Kumpulan C AWCL di Stadium Likas pada Ogos lalu.

Katanya, tambahan dua lagi pemain import dari Jepun itu penting bagi menghadapi cabaran perlawanan AWCL yang dijangka sukar bagi pasukan baharu seperti Sabah FA.

“Bagi saya, semua pemain menjadi sandaran pasukan, cuma saja kita beruntung sebab kita mempunyai pemain import yang mengimbangi keseluruhan pasukan. Kalau tiada pemain import, kita memang ‘terkapai- kapai’. Kita tahu kualiti di sana.

“Seperti yang kita lihat dalam perlawanan kelayakan di Likas hari itu, Nepal dan Uzbekistan begitu mantap. Jadi di sana lebih mantap lagi, kita jangka lebih mantap daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan tajaan baju jersi daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak wanita Sabah FA di sini semalam.

Penyerahan tajaan itu diserahkan Pengerusi STB yang juga Pembantu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Hadir sama Pengurus Pasukan Bolasepak Wanita Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Sabah Mohd Arziz Afizy Rumsani.

Sabah FA diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan Wuhan Jiangda (China); Incheon Hyundai Steel Red Angels WFC (Korea Selatan) dan dan Abu Dhabi Country Club (Emeriah Arab Bersatu)

Selain Eri Narita dan Misaki Nakayama dari Jepun selain Win Theingi Tun dari Myanmar, Sabah menambah lagi dua import dari Jepun iaitu Aoi Kizaki dan Saki Ueno.

Ketika ditanya mengenai persediaan Sabah FA, Justin berkata, persediaan pasukannya untuk menghadapi saingan AWCL dilihat amat suntuk.

“Kita baru juga selesai empat perlawanan di Semenanjung  di Liga Wanita Nasional (LWN). Berada di sana selama 12 hari. Kembali di sini dan kita cuma ada lima hari untuk latihan sebelum berlepas ke China pada 30 September ini.

“Jadi, itu merupakan persediaan yang sangat suntuk. Walau macamana pun, kita cuba yang terbaik menyusun strategi untuk dibawa ke China,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/28/awcl-lima-pemain-import-bantu-perkuat-skuad-bola-sepak-wanita-sabah-fa/feed/ 0 61374
AWCL : Persiapan singkat namun tetap beri aksi terbaik – Justin https://sabahmedia.com/2024/08/25/awcl-persiapan-singkat-namun-tetap-beri-aksi-terbaik-justin/ https://sabahmedia.com/2024/08/25/awcl-persiapan-singkat-namun-tetap-beri-aksi-terbaik-justin/#respond Sat, 24 Aug 2024 16:12:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59617
Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Pengendali skuad bola sepak wanita Sabah Justin Ganai mengakui berdepan cabaran sukar bagi menghadapi pusingan awal kejohanan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) yang berlangsung di Stadium Likas, di sini, malam Ahad.

Katanya,  ia termasuklah persiapan yang sangat singkat selain beberapa pemain baru saja dibawa masuk kira-kira seminggu lalu.

Tambahnya, tempoh latihan yang terhad dan selain faktor cuaca tidak mencukupi untuk memperkukuh pasukan turut menjadi antara cabaran yang dihadapi pasukannya.

“Kita sudah cuba sedaya upaya bersedia untuk kejohanan ini, tapi memang banyak masalah kita hadapi terutama cuaca sekarang musim hujan.

“Padang pula, kita tidak dapat guna padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk latihan setiap hari dan hanya beberapa hari lalu baru dapat padang Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk berlatih.

“Maknanya, persiapan kita tidak begitu lengkap untuk kejohanan ini, tapi kita cuba main yang terbaik, itu sasaran kita dan kita sama-sama lihat keputusannya nanti,” katanya pada sidang media sempena  kejohanan pusingan awal ACWL, di sini.

Katanya, sasaran pasukannya hanya untuk bermain dengan baik kerana sedar kedudukan pasukan lawan dari Nepal dan Uzbekistan yang lebih berkualiti.

Skuad bola sepak wanita Sabah FA melakar sejarah sebagai pasukan bola sepak wanita pertama negara berjaya ke kejohanan antarabangsa peringkat AFC.

Sabah bakal bertemu APF FC dari Nepal pada 28 Ogos ini, disusuli perlawanan menentang PFC Nasaf dari Uzbekistan pada 31 Ogos, kedua-duanya berlangsung di Stadium Likas bermula jam 8 malam.

Malam ini adalah pertemuan di antara APF FC dan PFC Nasaf yang juga berlangsung di Stadium Likas pada jam 8 malam.

Dalam pada itu, Justin berkata pengurusan Sabah FA juga berusaha mengukuhkan pasukan dengan kemasukan tiga pemain import, selain pemain kebangsaan iaitu kapten Malaysia, Steffi Sarge Kaur dan Intan Sarah Anisah Zulgafli atau Intan Serah.

Katanya, Sabah FA juga mendapat khidmat penjaga gol wanita nombor satu Malaysia, Nurul Azurin Mazlan.

Pemain import yang baru seminggu menyertai pasukan ialah Eri Narita dan Misaki Nakayama dari Jepun, manakala seorang lagi dari Myanmar.

“Kita mendapatkan khidmat beberapa pemain tambahan iaitu dua dari pemain (kebangsaan) Malaysia, iaitu Steffi dan Intan Serah, selain kita memang ada Azurin yang juga penjaga gol nombor satu Malaysia.

“Import pula ada dua orang dari Jepun dan seorang dari Myanmar, tapi mereka baru sampai seminggu lalu, jadi persediaan sangat singkat.

“Sudah tentu keserasian mereka dengan pasukan juga belum mantap kerana sangat singkat, tapi kita mengharapkan pengalaman mereka dapat membawa semangat dan permainan yang berkualiti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/25/awcl-persiapan-singkat-namun-tetap-beri-aksi-terbaik-justin/feed/ 0 59617