Ayam sejuk beku – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Aug 2026 06:31:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ayam sejuk beku – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MAFFI sambut baik tindakan import ayam sejuk beku tidak sah https://sabahmedia.com/2026/08/12/maffi-sambut-baik-tindakan-import-ayam-sejuk-beku-tidak-sah/ https://sabahmedia.com/2026/08/12/maffi-sambut-baik-tindakan-import-ayam-sejuk-beku-tidak-sah/#respond Wed, 12 Aug 2026 06:31:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101431
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membanteras kegiatan import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah.

Jamawi

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, tindakan itu selari dengan arahan beliau ketika mengadakan lawatan ke Pelabuhan Sepanggar pada 19 Julai lalu.

“MAFFI mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM menahan tiga individu serta merampas 10 kontena ayam sejuk beku yang dipercayai diimport secara tidak sah dari China menerusi Ops Chick pada 11 Ogos lalu.

Menurutnya, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti import produk makanan perlu mendapatkan permit secara sah serta mematuhi prosedur dan peraturan ditetapkan.

“Saya nasihatkan kepada semua supaya memohon permit import secara sah dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan melancarkan Ops Chick dengan kerjasama AKPS dan JKDM, yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.

Ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Siasatan awal mendapati 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari China itu dipercayai diisytiharkan secara tidak benar serta tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

SPRM juga sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/12/maffi-sambut-baik-tindakan-import-ayam-sejuk-beku-tidak-sah/feed/ 0 101431
Rampasan 27,000 kg ayam sejuk beku tanpa permit bernilai RM268,410 https://sabahmedia.com/2026/02/05/rampasan-27000-kg-ayam-sejuk-beku-tanpa-permit-bernilai-rm268410/ https://sabahmedia.com/2026/02/05/rampasan-27000-kg-ayam-sejuk-beku-tanpa-permit-bernilai-rm268410/#respond Thu, 05 Feb 2026 03:24:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91022
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah) berjaya merampas sebanyak 27,000 kilogram produk paha ayam sejuk beku tanpa permit import sah dengan nilai anggaran RM268,410 menerusi satu operasi penguatkuasaan hasil risikan yang dijalankan pada 30 Januari lalu.

Unit penguatkuasa telah memeriksa isi kandungan di dalam kotak dan mendapati paha ayam sejuk beku.

Operasi yang diketuai DVS Wilayah Kota Kinabalu itu melibatkan pemeriksaan sebuah kontena 40 kaki di Pelabuhan Sepanggar sebelum tindakan susulan diambil di sebuah premis bilik sejuk di Inanam Laut.

Pemeriksaan mendapati pemilik gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Susulan itu, tindakan sitaan diambil ke atas keseluruhan produk berkenaan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, menzahirkan penghargaan kepada pasukan DVS Sabah atas kejayaan operasi tersebut serta menyifatkannya sebagai tindakan pantas, berkesan dan profesional dalam melindungi keselamatan makanan dan kepentingan rakyat Sabah.

“Kerajaan Negeri memandang serius sebarang cubaan membawa masuk produk makanan tanpa kelulusan sah kerana ia boleh menjejaskan kesihatan awam, biosekuriti serta kepercayaan rakyat terhadap sistem kawalan makanan negara, sekali gus membuktikan ketegasan dan komitmen Sabah dalam memastikan hanya produk yang mematuhi piawaian dan undang-undang dibenarkan berada di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah DVS Sabah, Dr Zul Bahar, menjelaskan operasi berkenaan dilaksanakan secara terancang dan berperingkat dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan DVS Wilayah Kota Kinabalu, Unit Pemeriksa Veterinar serta Unit Kuarantin DVS KKIA/Kargo sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan itu dalam memperkukuh keselamatan makanan dan biosekuriti negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas kerjasama erat dan sokongan padu yang diberikan, yang membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan dan berintegriti.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/05/rampasan-27000-kg-ayam-sejuk-beku-tanpa-permit-bernilai-rm268410/feed/ 0 91022