azam baki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Apr 2025 15:20:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png azam baki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji tidak terlibat dalam video berkaitan dakwaan rasuah lapan ADUN Sabah – Azam Baki https://sabahmedia.com/2025/04/10/hajiji-tidak-terlibat-dalam-video-berkaitan-dakwaan-rasuah-lapan-adun-sabah-azam-baki/ https://sabahmedia.com/2025/04/10/hajiji-tidak-terlibat-dalam-video-berkaitan-dakwaan-rasuah-lapan-adun-sabah-azam-baki/#respond Thu, 10 Apr 2025 15:20:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71739
Read Time:43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, tidak terlibat dalam sebarang video yang tular berhubung dakwaan rasuah berkaitan isu pelesenan lombong mineral yang membabitkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Azam berkata pihak SPRM telah mengambil kenyataan daripada Hajiji dua kali dalam proses siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk melindungi mana-mana pihak.

“Kita telah mengambil kenyataan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji Noor. Dalam siasatan ini, kita bertindak secara telus. Saya ingin tegaskan, Ketua Menteri Sabah telah memberikan kerjasama penuh dan saya yakin beliau tidak terlibat dalam sebarang video yang dikaitkan dengan kes ini,” jelasnya pada sidang media di sini, hari ini.

Azam turut memaklumkan bahawa siasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan lapan ADUN Sabah kini sedang berjalan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/10/hajiji-tidak-terlibat-dalam-video-berkaitan-dakwaan-rasuah-lapan-adun-sabah-azam-baki/feed/ 0 71739
Dakwaan rasuah ADUN Sabah: SPRM sahkan video tiada kredibiliti, tak boleh guna pakai https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/#respond Sun, 16 Feb 2025 14:13:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68844
Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.

Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial.

Menurutnya, sehingga ke hari ini pemberi maklumat yang mendedahkan video itu masih belum berkongsi sebarang bukti dengan SPRM.

“Video ini telah kita kemukakan kepada bahagian forensik SPRM.

“Laporannya baru-baru ini menunjukkan lapan video di dalam portal itu adalah video yang tidak boleh diguna pakai kerana berlaku editing serta ia juga tidak boleh digunakan dalam penyiasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti,” katanya.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan ADUN berkenaan didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di sebuah negeri.

Azam berkata SPRM tidak bercadang memanggil portal yang menyiarkan video terbabit untuk mengetahui bagaimana ia diperoleh kerana menghormati kebebasan portal itu untuk membuat laporan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/feed/ 0 68844
Pegawai Imigresen Kaunter KLIA Dicadangkan Tidak Guna Telefon Bimbit – Azam Baki https://sabahmedia.com/2024/09/18/pegawai-imigresen-kaunter-klia-dicadangkan-tidak-guna-telefon-bimbit-azam-baki/ https://sabahmedia.com/2024/09/18/pegawai-imigresen-kaunter-klia-dicadangkan-tidak-guna-telefon-bimbit-azam-baki/#respond Wed, 18 Sep 2024 14:25:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60857
Read Time:1 Minute, 35 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA Pegawai imigresen di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika bertugas bagi memastikan sindiket ‘counter setting’ yang membawa masuk warga asing melalui ‘laluan kaunter khas’ tidak berulang.

Demikian antara cadangan penambaikan yang perlu dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengelakkan pegawai terbabit mudah dihubungi pihak ejen dan sindiket, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Selain itu, Azam berkata SPRM turut mencadangkan jadual penetapan pegawai di kaunter dibuat ketika pegawai masuk bertugas dan sudah berada di zon kaunter selain perlu dibuat oleh pihak lain.

“Banyak lagi perkara perlu dilihat JIM termasuk pemilihan pegawai, kaedah bekerja dan cara untuk mengatasi isu rasuah.

“Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) akan membuat penyiasatan lanjut yang mengambil tempoh dua bulan untuk melihat keseluruhan proses kerja dan mencadangkan kepada JIM dan Kementerian Dalam Negeri bagi penambahbaikan proses kerja,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Azam berkata sindiket ‘counter setting’ berlaku berpunca daripada kelemahan dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati ejen dan sindiket serta putaran tempat kerja yang tidak sistematik. 

Beliau berkata faktor lain termasuk kurang pemantauan dan penyeliaan serta kelompangan dalam kaedah kerja, sistem pemeriksaan ke atas kemasukan warga asing yang mudah untuk dimanipulasi dan susah untuk membuat semakan semula.

Pegawai bertugas juga katanya terlalu selesa dan lama bertugas di lokasi yang sama.

“Siasatan mendapati wujud amalan dalam pegawai imigresen yang menerima rasuah bagi melepaskan warga asing yang tidak menepati syarat kemasukan. Tiada prosedur operasi standard (SOP), pengawasan yang ketat dan pihak JIM perlu bertanggungjawab buat operasi besar-besaran tangkap pendatang tanpa izin (PATI),” katanya.

Beliau berkata tiada pemantauan dan tapisan pihak ketiga membabitkan semakan dokumen termasuk tiket pulang dan penginapan sepanjang tempoh di Malaysia serta habuan rasuah yang lumayan juga menyebabkan pegawai bertugas terlibat dalam sindiket itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/18/pegawai-imigresen-kaunter-klia-dicadangkan-tidak-guna-telefon-bimbit-azam-baki/feed/ 0 60857
Syukur, Saya Akan Teruskan tanggungjawab sebagai Ketua SPRM – Azam Baki https://sabahmedia.com/2022/01/18/syukur-saya-akan-teruskan-tanggungjawab-sebagai-ketua-sprm-azam-baki/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/syukur-saya-akan-teruskan-tanggungjawab-sebagai-ketua-sprm-azam-baki/#respond Tue, 18 Jan 2022 12:14:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11267
Read Time:48 Second

PUTRAJAYA, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini

Beliau yang memanjatkan rasa syukur berhubung hasil inkuiri oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) itu berkata pihaknya telah dimaklumkan akan keputusan penemuan inkuiri oleh pihak SC.

“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh SC yang telah mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh saya,

“Saya dimaklumkan oleh SC bahawa siasatan terhadap perkara itu telah muktamad dan fail inkuiri tersebut telah ditutup,

“Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat,” katanya.

Terdahulu, SC telah merumuskan pihaknya tidak menemui sebarang penemuan konklusif yang menunjukkan Azam Baki telah melanggar undang-undang berhubung akaun dagangan beliau.

Menurutnya, , siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) telah selesai.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/syukur-saya-akan-teruskan-tanggungjawab-sebagai-ketua-sprm-azam-baki/feed/ 0 11267
Tiada Keperluan Tubuh Badan Bebas – Ismail Sabri https://sabahmedia.com/2022/01/08/tiada-keperluan-tubuh-badan-bebas-ismail-sabri/ https://sabahmedia.com/2022/01/08/tiada-keperluan-tubuh-badan-bebas-ismail-sabri/#respond Sat, 08 Jan 2022 08:33:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10864
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA MARUDU : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada keperluan untuk menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat kes berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Malah Ismail Sabri berkata, beliau juga tidak akan campur tangan dalam kes tersebut kerana SPRM mempunyai tatacara tersendiri bagi mengendalikan kes berkenaan menerusi siasatan dalam iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Katanya, sistem sedia ada juga sudah cukup untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan membiarkan siasatan dilakukan terlebih dahulu.

“Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga sedang melakukan siasatan, kita tunggu keputusan yang dibuat SC dan kalau ada siasatan lain oleh Polis dan sebagai, kita tunggu sehingga siasatan selesai.

“Kita juga tidak boleh membuat andaian sendiri seolah-olah meletakkan Azam Baki itu telah didapati bersalah, itu tidak wajar kerana setiap orang berhak membela diri masing-masing sewaktu siasatan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di Kota Marudu disini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas gesaan Pakatan Harapan (PH) yang meminta supaya satu badan khas bebas menyiasat kes berkaitan pemilikan saham dalam syarikat Bursa Malaysia oleh Azam.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ismail Sabri turut menepiskan dakwaan kononnya kerajaan berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kes berkenaan selain menyatakan tindakan telah dilakukan.

Katanya, SPRM yang ditubuhkan bagi menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“SPRM dulu asalnya adalaha BPR yang diletakkan dibawah JPM, tapi ramai tidak setuju kerana tidak mahu kerajaan terutama Perdana Menteri campur tangan.

“Dan sekarang mereka pula mahu saya campur tangan, jadi kita kena konsisten dengan apa yang kita lakukan,” katanya.

Ismail Sabri turut memberi jaminan bahawa beliau tidak akan berkompromi jika ada isu yang berkaitan salah laku sesiapa sahaja.

Katanya, pada ketika ini tiada keperluan untuk Azam Baki direhatkan keranan siasatan belum membuktikan dia bersalah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/08/tiada-keperluan-tubuh-badan-bebas-ismail-sabri/feed/ 0 10864
Azam ikrar beri kerjasama penuh kepada SC https://sabahmedia.com/2022/01/07/azam-ikrar-beri-kerjasama-penuh-kepada-sc/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/azam-ikrar-beri-kerjasama-penuh-kepada-sc/#respond Fri, 07 Jan 2022 03:38:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10810
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kuala Lumpur : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam isu pemilikan saham syarikat awam.

“Saya akan berikan kerjasama penuh kepada SC. Tak ada isu berkenaan ini. Saya akan berikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan,” katanya.

Memetik laporan the star Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sedar bahawa pendedahan yang dibuat mengenai akaun yang digunakan adiknya, Nasir, menimbulkan pelbagai persoalan.

Justeru katanya apa yang terbaik dilakukan ialah membiarkan SC meneliti hal tersebut sebelum dia membuat kenyataan lebih lanjut.

Azam dijangka bertemu dengan SC pada minggu depan.

Semalam SC akan menghubungi Azam selepas dia mengakui Nasir telah menggunakan nama akaun dagangannya untuk membeli saham.

“SC akan berhubung dengan pihak terbabit, termasuk Tan Sri Azam Baki, untuk mendapatkan penjelasan dan mengesahkan kenyataan yang dibuat, serta mengumpul sebarang bukti berkaitan,” kata SC.

Menurut SC di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991 (Sicda), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial saham yang didepositkan atau atas nama syarikat yang diberi kuasa oleh penama.

Selain itu, kata SC, seksyen 29A Sicda menetapkan bahawa semua urusan dalam sekuriti hendaklah dilaksanakan hanya oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama yang diberi kuasa.

Manakala di dalam klausa lain, ianya membenarkan pemindahan antara pihak yang memindahkan (orang yang memulakan pemindahan) dan pihak yang dipindahkan (orang yang menerima sekuriti yang dipindahkan), yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:

  • Ibu bapa
  • Anak/Anak angkat
  • Pasangan sah
  • Abang/Adik lelaki
  • Kakak/Adik perempuan
  • Datuk & Nenek
  • Cucu

Pendeposit individu juga boleh membuat pemindahan sekuriti daripada akaun CDS mereka yang dipegang secara terus atas nama pendeposit individu atau akaun penama yang dipegang oleh Penama Sah (iaitu pendeposit individu dinyatakan sebagai pemilik benefisial) kepada akaun CDS yang dipegang secara terus atas nama ahli keluarga mereka. Mereka perlu menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan apabila memulakan pemindahan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/azam-ikrar-beri-kerjasama-penuh-kepada-sc/feed/ 0 10810
Dakwaan Pemilikan Saham : Azam Nafi, LPPR Turut Puas Hati Penjelasan Azam https://sabahmedia.com/2022/01/05/dakwaan-pemilikan-saham-azam-nafi-lppr-turut-puas-hati-penjelasan-azam/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/dakwaan-pemilikan-saham-azam-nafi-lppr-turut-puas-hati-penjelasan-azam/#respond Wed, 05 Jan 2022 08:26:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10727
Read Time:1 Minute, 3 Second

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki hari ini menafikan dakwaan pemilikan sahamnya, dengan mengatakan dakwaan beliau mengawal banyak syarikat adalah “bohong”.

Pada sidang media hari ini, Azam mendakwa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjejaskan kredibiliti SPRM.

Saya tidak melakukan kesalahan. Dakwaan bahawa terdapat konflik kepentingan pada pihak saya adalah tidak berasas,” katanya.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli. Saham dibeli oleh adiknya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM.”

Azam berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan terhadapnya.

Dalam pada itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) turut membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki daripada sebarang salah laku berhubung pembelian saham syarikat.

Pada sidang media tengah hari tadi, Pengerusinya Abu Zahar Ujang berkata, mereka telah meminta penjelasan daripada Azam berhubung perkara terbabit.

Pembelian saham itu dilakukan dalam pasaran terbuka pada 2015 dan tidak ada konflik kepentingan,” katanya.

Zahar berkata, lembaga itu berpuas hati dengan penjelasan Azam dan mendapati tiada elemen konflik kepentingan.

“Malangnya, isu itu telah dibangkitkan oleh bekas anggota panel kami, Terence Gomez dan ia mengejutkan saya,” katanya.

Zahar sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat daripada Gomez berhubung perkara itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/dakwaan-pemilikan-saham-azam-nafi-lppr-turut-puas-hati-penjelasan-azam/feed/ 0 10727