Babi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Jan 2025 01:37:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Babi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keningau diklasifikasi sebagai zon merah Demam Babi Afrika https://sabahmedia.com/2025/01/13/keningau-diklasifikasi-sebagai-zon-merah-demam-babi-afrika/ https://sabahmedia.com/2025/01/13/keningau-diklasifikasi-sebagai-zon-merah-demam-babi-afrika/#respond Mon, 13 Jan 2025 01:37:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66858
Read Time:2 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Daerah Keningau diklasifikasikan semula sebagai zon merah iaitu zon terjangkit selepas satu kes demam babi afrika (ASF) pada 7 Januari lalu melibatkan seorang penternak khinzir.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, virus itu menjejaskan 12 daripada 20 khinzir yang dipelihara penternak terbabit.

Katanya, pelupusan dan kawalan pergerakan khinzir di  ladang tersebut telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)  Wilayah Keningau.  

Penemuan ini menjadikan daerah Keningau bertukar semula status daripada zon hijau (Zon Pemulihan) kepada zon merah (Zon Terjangkit).

“Penemuan ini menjadikan daerah Keningau bertukar semula status daripada zon hijau (Zon Pemulihan) kepada zon merah (Zon Terjangkit).

“Berdasarkan siasatan lapangan, ternakan babi tersebut menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti kurang selera makan, lemah, hidung berair dan akhirnya mati. Sampel telah diambil, diuji dan keputusan makmal adalah positif terhadap penyakit ASF,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, tindakan kawalan pantas telah diambil oleh pihak DVS selaras dengan arahan di bawah Subseksyen 45(2) Enakmen Haiwan 2015.

Katanya, ia termasuklah dengan mengenakan sekatan kawalan pergerakan khinzir dan produk khinzir daripada daerah Keningau.

“Selain itu, servalens aktif dan pasif juga dipertingkat di seluruh Sabah bagi memastikan penyakit ini tidak menular dan para penternak dinasihatkan untuk  mempertingkat biosekuriti ladang dan kandang menternak.

“Para penternak babi dilarang memberi sisa buangan dapur yang tidak dimasak semula kepada ternakan babi dan melawat kandang atau ladang yang berpenyakit

“Penternak dinasihatkan tidak membeli khinzir hidup ataupun daging khinzir daripada sumber yang tidak diketahui tahap kesihatan ternakannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ASF adalah penyakit yang disebabkan oleh kuman Asfvirus dan ia menjangkiti khinzir melalui sentuhan secara langsung dengan khinzir yang berpenyakit ASF dan juga secara tidak langsung melalui sentuhan dengan perkakasan atau pengendali yang tercemar dengan kuman ASF.

Katanya, orang awam terutama para penternak dan pengusaha ladang babi adalah dinasihatkan untuk melaporkan kejadian khinzir sakit atau mati berterusan kepada mana-mana pejabat DVS terdekat untuk tindakan segera agar penyakit dapat dibendung dengan kadar segera.

“Kementerian melalui DVS juga memaklumkan bahawa bekalan daging khinzir menjelang perayaan Tahun Baru Cina adalah mencukupi dari ladang khinzir tempatan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Terdahulu Keningau telah diisytihar sebagai daerah dijangkiti ASF pada 1 Julai 2021.  Buat masa ini, tiada kes terbaru dikesan pada khinzir hutan.

Semua ladang khinzir komersil di Tawau, Sandakan, Tenom, Papar, Tuaran dan Penampang juga masih bebas penyakit ASF.

Sekali lagi diingatkan bahawa ASF hanya menjangkiti ternakan khinzir sahaja dan tidak bersifat zoonotik (ASF bukan  penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia). Oleh itu masyarakat tidak perlu risau akan kesan ASF terhadap kesihatan manusia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/13/keningau-diklasifikasi-sebagai-zon-merah-demam-babi-afrika/feed/ 0 66858
Kontena mengandungi daging ayam beku berlogo halal campur daging babi, dirampas https://sabahmedia.com/2024/05/22/kpdn-sabah-terima-kes-serahan-kontena-mengandungi-daging-ayam-beku-berlogo-halal-campur-daging-babi/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/kpdn-sabah-terima-kes-serahan-kontena-mengandungi-daging-ayam-beku-berlogo-halal-campur-daging-babi/#respond Wed, 22 May 2024 07:34:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54841
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah menerima kes serahan yang disyaki terlibat dengan pelanggaran takrifan halal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu Sabah pada Selasa.

Menurut Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas, pada 21 Mei 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pekhidmatan Veterinar Sabah menjalankan pemeriksaan bersepadu ke atas sebuah Stor Tanpa Nama di Jalan Burung Keleto, Inaman, telah menemui sebuah kontena sejuk beku yang mengandungi daging ayam beku yang mempunyai logo halal pada kotak disimpan bersekali dengan daging babi.

“Seterusnya PGA telah menahan kontena sejuk beku tersebut dan menyerahkan kepada KPDN Sabah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Georgie berkata, hasil pemeriksaan semula yang dijalankan KPDN Sabah ke atas kontena berkenaan telah menghasilkan sitaan sebanyak 847 kotak ayam sejuk beku yang yang mempunyai logo halal dianggarkan bernilai RM121,968.00 dan sebuah kontena sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM30,000.00.

“Jumlah keseluruhan nilai barang rampasan adalah sebanyak RM151,968.00,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, seorang lelaki tempatan pemilik premis yang ditemui di tempat kejadian diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan.

“Sementara daging babi disita oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk tindakan lanjut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Perintah 3 (1) (g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menyimpan barang yang diperihalkan sebagai halal dengan barang yang tidak diperihalkan sebagai halal berdekatan di satu tempat simpanan yang sama.

“Di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh, apabila disabitkan, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

“Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juga ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” tegasnya.

Georgie turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti salah laku dan tidak beretika peniaga berhubung penggunaan logo halal boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

i. WhatsApp iaitu 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/kpdn-sabah-terima-kes-serahan-kontena-mengandungi-daging-ayam-beku-berlogo-halal-campur-daging-babi/feed/ 0 54841
Penampang Daerah Terbaru Diisytiharkan Kawasan Wabak ASF https://sabahmedia.com/2022/01/20/penampang-daerah-terbaru-diisytiharkan-kawasan-wabak-asf/ https://sabahmedia.com/2022/01/20/penampang-daerah-terbaru-diisytiharkan-kawasan-wabak-asf/#respond Thu, 20 Jan 2022 07:19:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11330
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Penampang menjadi daerah ke-20 diisytiharkan sebagai daerah wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, virus itu mula dikesan pada 14 Disember 2021 dan telah merebak ke lima kampung di Inobong, Sugud dan Koidupan.

“Kes itu melibatkan sebanyak 229 ekor khinzir belakang rumah milik enam pemilik berbeza dan kerugian dianggarkan mencecah RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, Penampang mempunyai dua ladang babi komersial dengan anggaran 2,900 ekor.

Katanya, bagi mengelak wabak itu merebak ke daerah berhampiran, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan mengadakan kempen kesedaran di daerah itu bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai ASF.

“Jabatan itu juga akan memantau dan mengawal pergerakan babi dan produk khinzir bagi memastikan tiada yang keluar dari Penampang buat masa ini.

“Sejak wabak ASF pertama kali diisytiharkan tahun lalu,  sebanyak 10 daerah telah diisytiharkan bebas ASF selepas 60 hari berlalu sejak kes terakhir dilaporkan,” katanya.

Katanya, daerah terlibat ialah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.

“Kerajaan menyedari kebimbangan rakyat terutamanya menjelang Tahun Baru Cina yang semakin hampir.

“Bagaimanapun, kami tetap optimis bekalan daging babi di Sabah akan mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/20/penampang-daerah-terbaru-diisytiharkan-kawasan-wabak-asf/feed/ 0 11330
Wabak Demam Babi Afrika di Keningau https://sabahmedia.com/2021/06/24/wabak-demam-babi-afrika-di-keningau/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/wabak-demam-babi-afrika-di-keningau/#respond Thu, 24 Jun 2021 11:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1864
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan bahawa Keningau telah menjadi daerah terbaru yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Katanya, ini susulan penemuan virus tersebut di kalangan babi kampung di Kg Bandukan Lama, di mana 24 ekor babi dilaporkan mati akibat virus tersebut.

“Siasatan awal menunjukkan terdapat kebarangkalian penyakit ASF di kampung tersebut dibawa oleh babi hutan.

Sebelum kematian babi kampung itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menerima laporan kematian babi hutan di hutan berhampiran kampung tersebut.

“Keningau memiliki sekitar 1000 ekor babi, dan semuanya berisiko terkena jangkitan kerana biosekuriti ladang/premis yang tidak sempurna.

“DVS sedang giat menjalankan kempen kesedaran di daerah itu untuk menasihati penduduk agar tidak memindahkan babi peliharaan atau produk berasaskan babi mereka tanpa kebenaran daripada jabatan, ”kata Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Walaupun Sabah mempunyai 12 daerah terjangkit ASF, dua daerah, Pitas dan Kota Marudu kini diklasifikasikan sebagai ‘indeks kuning’ setelah tidak ada kes ASF baru dilaporkan dalam 60 hari terakhir.

Penyakit ini juga diuruskan mengikut prosedur operasi standard DVS.

Zon indeks kuning bermaksud bahawa repopulasi atau penternakan semula babi adalah dibenarkan selagi ladang/premis meningkatkan keselamatan biosekuriti dan babi didapati daripada ladang yang bebas ASF.

Namun demikian, pergerakan keluar masuk babi dan produk babi di daerah indeks kuning masih memerlukan kebenaran daripada DVS.

“Kementerian saya melalui DVS akan terus memantau perkembangan di lapangan dan melaksanakan tindakan yang perlu untuk mengekang ASF daripada menular ke ladang-ladang komersial,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/wabak-demam-babi-afrika-di-keningau/feed/ 0 1864