Badminton veteran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Nov 2023 03:17:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Badminton veteran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 19 pasukan berentap pada kejohanan badminton bergu veteran https://sabahmedia.com/2023/11/13/19-pasukan-berentap-pada-kejohanan-badminton-bergu-veteran/ https://sabahmedia.com/2023/11/13/19-pasukan-berentap-pada-kejohanan-badminton-bergu-veteran/#respond Mon, 13 Nov 2023 03:17:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45141
Read Time:49 Second

Menumbok : Sebanyak 19 buah pasukan telah berentap pada pertandingan badminton bergu veteran yang diadakan di Dewan Awang Semaun di sini baru-baru ini.

Pertandingan anjuran kelab badminton Menumbok dan Mempakul itu merupakan yang julang kali diadakan melibatkan beberapa daerah di negeri ini.

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya.

Yazri berkata, antara daerah yang menyertai adalah Beaufort, Sipitang dan Kota Kinabalu.

Katanya, kejohanan ini hanya mengkhususnya kepada individu veteran dan ia dilihat merupakan satu inisiatif yang baik.

“Sering kali kita melihat para pemain muda beraksi, namun kali ini kita mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan untuk golongan veteran pula.

“Selain kita mahu melihat aksi mereka, sudah pasti kita juga mahu melihat kehebatan orang lama dalam bidang sukan yang turut digemari oleh pelbagai lapisan usia,” katanya.

Beliau berharap agar program seumpama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang. 

Para pemenang kejohanan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan hadiah iringan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/13/19-pasukan-berentap-pada-kejohanan-badminton-bergu-veteran/feed/ 0 45141