badminton – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Jan 2026 10:39:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png badminton – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penglibatan aktif wanita dalam sukan selari aspirasi SMJ https://sabahmedia.com/2026/01/09/penglibatan-aktif-wanita-dalam-sukan-selari-aspirasi-smj/ https://sabahmedia.com/2026/01/09/penglibatan-aktif-wanita-dalam-sukan-selari-aspirasi-smj/#respond Fri, 09 Jan 2026 10:39:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89450
Read Time:1 Minute, 20 Second

KUNDASANG :  Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan terus diperkasakan selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pembangunan masyarakat yang inklusif, berdaya saing dan seimbang.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Johari@Joe Suhaimin berkata, penganjuran kejohanan badminton khas untuk wanita bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah platform penting dalam menggalakkan penyertaan wanita secara lebih tersusun dan kompetitif dalam arena sukan.

Katanya, penganjuran kejohanan seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan pihak berkepentingan dalam menyokong pembangunan sukan wanita, khususnya di peringkat komuniti dan luar bandar.

“Sukan bukan sahaja membentuk kekuatan fizikal, malah berperanan membina disiplin, ketahanan mental, semangat kesukanan serta nilai kepimpinan dalam kalangan wanita dan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Badminton Wanita Tertutup Kundasang Piala Tuan Johari Suhaimin di sini baru- baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kundasang Norazura Salim.

Johari berkata, melalui kejohanan seumpama ini, bakat-bakat baharu dari Kundasang dan kawasan sekitarnya dapat digilap serta diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Selain itu, kejohanan berkenaan turut berfungsi sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim, menimba pengalaman dan meningkatkan mutu permainan dalam kalangan peserta, sejajar dengan hasrat melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan bersatu padu.

“Seiring dengan hala tuju SMJ, kerajaan akan terus menyokong penglibatan wanita dan belia dalam pelbagai bidang termasuk sukan agar mereka mampu berdaya saing, cergas serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri,” katanya.

Beliau turut menyeru agar wanita di daerah ini terus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, sekali gus membuktikan bahawa wanita tempatan berupaya menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosial dan komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/09/penglibatan-aktif-wanita-dalam-sukan-selari-aspirasi-smj/feed/ 0 89450
Maijol Mahap kekal terajui SBA https://sabahmedia.com/2025/07/16/maijol-mahap-kekal-terajui-sba/ https://sabahmedia.com/2025/07/16/maijol-mahap-kekal-terajui-sba/#respond Wed, 16 Jul 2025 08:36:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77426
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Datuk Maijol Mahap kekal sebagai Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) bagi penggal 2025 hingga 2029 selepas meraih kepercayaan majoriti perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-70 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, Sabtu lalu.

Beliau memperoleh 33 daripada 38 undi yang dipertandingkan dalam pemilihan tersebut, sekali gus mengekalkan kedudukan tertinggi dalam persatuan badminton negeri itu.

Ketika ditemui, Maijol menzahirkan penghargaan atas sokongan padu daripada semua perwakilan, khususnya daripada 19 daerah yang hadir melengkapkan proses penting dalam pentadbiran SBA.

“Saya amat berbesar hati menerima mandat besar ini dan menganggapnya sebagai satu penghormatan serta tanggungjawab untuk terus memperkukuh pembangunan badminton di Sabah,” katanya.

Menurutnya, fokus utama kepimpinan baharu adalah meneruskan agenda pembangunan akar umbi dan mempertingkatkan prestasi atlet negeri di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pemilihan ini penting untuk memastikan SBA terus diterima dan berfungsi secara sah mengikut perlembagaan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Kami akan terus berusaha membawa perubahan positif dalam dunia badminton negeri,” katanya.

Sementara itu, pemilihan turut menyaksikan Suriansa A. Kadir dipilih sebagai Timbalan Presiden SBA, manakala jawatan Naib Presiden disandang oleh John Baru, Sudirman Abas, Sanif Alfia dan Ag Damit A. Bakar.

Enam individu terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi iaitu Roger Langgau, Dr Joinis Longkiad, Khoo Chui Eng, Abd Husin Sairi, Sumitah Hassan dan Jimin Tibin.

Bagi jawatan lantikan, Anthony Liaw diumumkan sebagai Naib Presiden; Rechine Jikah sebagai Setiausaha Kehormat dan dibantu oleh Samsuddin Abu Bakar Gait; manakala Bendahari Kehormat disandang oleh Felix Francis Ganang dengan Steeve Koh sebagai Penolong Bendahari.

Empat Ahli Majlis Tertinggi lantikan pula ialah Mohd Ak Yazri Ak Yahya, Androw Celyron Sindeh, Lily Lidond dan Dr Ovelyn Matanluk.

Maijol berkata, barisan kepimpinan baharu akan bergerak secara kolektif dalam memastikan hala tuju SBA kekal relevan dan terus melonjak prestasi sukan badminton di negeri ini. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/16/maijol-mahap-kekal-terajui-sba/feed/ 0 77426
148 peserta sertai Kejohanan Badminton Tertutup Ranau 2024 https://sabahmedia.com/2024/11/29/148-peserta-sertai-kejohanan-badminton-tertutup-ranau-2024/ https://sabahmedia.com/2024/11/29/148-peserta-sertai-kejohanan-badminton-tertutup-ranau-2024/#respond Fri, 29 Nov 2024 04:44:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64590
Read Time:1 Minute, 4 Second

Ranau : Seramai 148 orang peserta menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Ranau 2024 yang berlangsung selama dua hari berakhir 24 November lalu di Dewan Masyarakat Ranau d sini baru-baru ini.

Kejohanan yang dianjurkan The People BC dengan kerjasama Goodminton BC dan Rukut Rukut BC itu mempertandingkan lima kategori.

Presiden The People BC, Kahirul Fuad Junaidi berkata kejohanan itu berjaya memberikan platform kepada para atlet tempatan untuk menunjukkan bakat sekali gus mempromosikan semangat persaingan yang sihat. 

Katanya, pihaknya amat gembira dengan sambutan yang sangat positif daripada masyarakat tempatan terhadap penganjuran kejohanan itu. 

“Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan sukan badminton, malah mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat di Ranau.

“Kami berharap acara ini akan menjadi acara tahunan yang dapat menarik lebih ramai individu untuk menyertai aktiviti sukan dan gaya hidup sihat,” katanya.

Seramai 30 orang ahli jawatankuasa, termasuk pegawai pengadil dan urusetia, terlibat secara langsung bagi memastikan kelancaran kejohanan berkenaan,

Acara ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa, menunjukkan minat yang tinggi terhadap sukan badminton dalam kalangan komuniti setempat.

Hadir sama, Presiden Rukut Rukut BC, Asoh Shiung dan Presiden GOODminton BC, Hazimin Hamin.

Pasukan penganjur kini sedang merancang untuk menganjurkan acara-acara serupa pada masa akan datang untuk terus menggalakkan penglibatan dalam sukan di seluruh daerah ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/29/148-peserta-sertai-kejohanan-badminton-tertutup-ranau-2024/feed/ 0 64590
244 pemain sertai Kejohanan Badminton Piala Mayor https://sabahmedia.com/2024/05/27/244-pemain-sertai-kejohanan-badminton-piala-mayor/ https://sabahmedia.com/2024/05/27/244-pemain-sertai-kejohanan-badminton-piala-mayor/#respond Mon, 27 May 2024 08:26:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55105
Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Seramai 244 pemain dari seluruh Sabah termasuk Sarawak dan Indonesia telah menyertai Kejohanan Badminton Piala Mayor kali keempat 2024 yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu telah dirasmikan penutupan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu di sini.

Sabin ketika ditemui berkata, sebanyak lima kategori dipertandingkan pada kejohanan yang mendapat menyertai sebanyak 122 penyertaan.

“Objektif utama penganjuran Kejohanan ini adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dengan menerapkan elemen sukan dalam kehidupan seharian.

“Kejohanan kali ini merupakan anjuran bersama DBKK Shuttlers, Kelab Badminton Rasmi DBKK bersama Sabah Badminton Association (SBA), dengan Hurricane Sports Enterprise sebagai penaja utama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada kejohanan itu, sebanyak lima kategori dipertandingkan antaranya kategori lelaki Semi-Pro; Bergu Wanita Novis; Lelaki Novis; Wanita Novis Gabungan 80 Tahun dan Veteran Lelaki Novis Gabungan 90 Tahun. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/27/244-pemain-sertai-kejohanan-badminton-piala-mayor/feed/ 0 55105
Tak Rela Dimalukan Singapura https://sabahmedia.com/2022/02/16/tak-rela-dimalukan-singapura/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/tak-rela-dimalukan-singapura/#respond Wed, 16 Feb 2022 03:44:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12251
Read Time:1 Minute, 39 Second

SHAH ALAM: Skuad lelaki negara tidak rela dimalukan apabila membuat perhitungan dengan Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam, hari ini

Pengarah Kejurulatihan (perseorangan) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menyifatkan aksi jiran tetangga itu sebagai wajib menang bagi meningkatkan tahap keyakinan pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Katanya, biarpun Singapura diperkuatkan dengan kehadiran juara dunia, Loh Kean Yew namun dia yakin dengan kemampuan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang berpotensi untuk menyumbang mata pertama buat pasukan negara.

“Benar, Kean Yew adalah seorang pemain yang handal dan perlu dihormati. Namun, apabila kita bertanding, kita perlu lawan tidak kira siapa pun dan kita mahu menang.

“Ini adalah kejohanan berpasukan dan kita tidak boleh bergantung kepada seorang pemain saja, kita memerlukan tiga mata untuk memenangi setiap perlawanan.

“Saya sedar beregu utama Singapura (Loh Kean Hean-Terry Hee) menunjukkan peningkatan prestasi yang baik ketika ini dan kita perlu berwaspada. Namun, saya percaya kita boleh mengatasi (Singapura) bermula dengan perlawanan pertama,” kata Choong Hann.

Malaysia yang berjaya melangkah ke final pada edisi 2020 di Filipina dijangka menurunkan barisan terkuat bagi memastikan kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan kali ini.

Zii Jia pastinya menjadi sandaran untuk menyumbang mata pertama dengan Ng Tze Yong diletakkan sebagai perseorangan kedua dan Leong Jun Hao dijangka menggalas tugas perseorangan ketiga.

Bagi acara beregu, cabaran skuad negara akan diketuai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik manakala Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dijangka turun sebagai beregu kedua.

Mengulas mengenai tekanan yang mungkin dialami barisan pemain negara apabila harapan tinggi diletakkan untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian dua tahun lalu dengan mara ke final selain beraksi di laman sendiri, Choong Hann percaya anak buahnya akan sentiasa berfikiran positif.

“Apa yang paling adalah cara kita berfikir. Kalau kita selalu berfikiran positif tidak kira betapa teruk situasi sekalipun, anda akan dapat menyelesaikan semua perkara dengan positif. Ini adalah pendekatan yang kita akan gunakan,” katanya. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/tak-rela-dimalukan-singapura/feed/ 0 12251
Hajiji Terima Kunjungan Lee Chong Wei https://sabahmedia.com/2021/10/27/hajiji-terima-kunjungan-lee-chong-wei/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/hajiji-terima-kunjungan-lee-chong-wei/#respond Wed, 27 Oct 2021 02:28:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7958
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei disini semalam.

Kunjungan yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri itu turut dihadiri Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin; Pembantu Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Suryady.

Hajiji berkata, beliau teruja kerana berpeluang untuk duduk bersama dan mendengar pengalaman serta pandangan daripada bekas pemain badminton nombor satu negara itu.

“Sebagai seorang wira negara dan bekas pemain ranking pertama dunia dalam sukan badminton, beliau (Chong Wei) sempat berkongsi dengan saya berkenaan kisah dan pengalaman hidup beliau yang bagi saya telah membantu beliau menjadi antara atlet sukan yang paling terkemuka di negara ini.

“Selain itu, beliau juga sempat memberikan pandangan dan cadangan beliau mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan dan memperkasakan industri sukan khususnya dalam membentuk pelapis sukan yang baharu terutamanya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya disini semalam.

Hajiji turut berharap agar bekas pemain badminton negara itu terus maju jaya dalam pelbagai perkara yang dilakukan.

“Terima kasih tidak terhingga atas pencapaian beliau dalam mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/hajiji-terima-kunjungan-lee-chong-wei/feed/ 0 7958
Chong Wei Serah Raket Kepada Tun Juhar & Isteri https://sabahmedia.com/2021/10/26/chong-wei-serah-raket-kepada-tun-juhar-isteri/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/chong-wei-serah-raket-kepada-tun-juhar-isteri/#respond Tue, 26 Oct 2021 08:04:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7917
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan raket kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut Chong Wei, raket yang diserah kepada Tun Juhar itu merupakan raket yang pernah digunakan beliau semasa bertanding di kejohanan sukan olimpik, sementara Toh Puan menerima raket yang digunakan Chong Wei semasa kejohanan Malaysia Open yang lalu.

Chong Wei (kiri) dan isteri Datin Wong Mei Choo (kanan) merakamkan gambar bersama Tun Juhar dan Toh puan Norlidah.

“Saya tahu bahawa Toh Puan meminati sukan badminton dan peminat saya, oleh sebab itu saya menghadiahkan raket sebagai pembakar semangat kepada pemain badminton khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah, disini hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Wong Mei Choo dianugerahkan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/chong-wei-serah-raket-kepada-tun-juhar-isteri/feed/ 0 7917
Sedia Galas Tanggungjawab Bagi Hadiah Pingat Emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 https://sabahmedia.com/2021/08/15/sedia-galas-tanggungjawab-bagi-hadiah-pingat-emas-sukan-paralimpik-tokyo-2020/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/sedia-galas-tanggungjawab-bagi-hadiah-pingat-emas-sukan-paralimpik-tokyo-2020/#respond Sun, 15 Aug 2021 10:36:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4684
Read Time:1 Minute, 17 Second

KUALA LUMPUR: Pemain badminton para lelaki negara, Cheah Liek Hou sedia menggalas tanggungjawab bagi menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia menjelang Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula 24 Ogos ini.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia yakin mampu merealisasikan misi berkenaan berdasarkan peningkatan prestasi sepanjang dalam latihan selain kejayaan muncul juara dalam Kejohanan Para Badminton Antarabangsa sebanyak enam kali berturut-turut sejak 2019 sehingga 2021.

Dia yang berada di kedudukan ranking nombor dua dunia muncul juara pada kejohanan di Denmark, Jepun, Brazil, Peru, Emiriah Arab Bersatu dan Sepanyol.

“Sejak saya pulang dari Sepanyol (Mei lalu) dan tamat tempoh kuarantin, saya terus menjalani latihan. Kini, sudah dua bulan setengah saya tidak pulang ke rumah dan memang fokus terhadap latihan saja.

“Ini adalah kali pertama sukan badminton akan dipertandingkan di Sukan Paralimpik… jadi, saya agak teruja untuk beraksi.

“Sebelum ini sasaran saya adalah mara ke final tetapi nampak ada kemajuan selain pencapaian sejak kebelakangan ini yang positif. Jadi, saya tukar sasaran saya daripada perak ke emas.

“Cuma, sekarang ini saya perlu fokus kepada latihan dan berharap tiada masalah kecederaan,” katanya yang dibimbing legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Liek Hou yang akan beraksi dalam kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas), berkata dia juga ada meminta ‘ilmu’ tambahan daripada dua pemain badminton kebangsaan, Chan Peng Soon dan Aaron Chia terutamanya berhubung tekanan kali pertama beraksi di temasya terbesar dunia itu.

“Saya minta mereka kongsikan pengalaman mereka kali pertama beraksi di Sukan Olimpik. Jadi, dari situ saya akan ikut nasihat mereka untuk mengatasi tekanan,” katanya. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/sedia-galas-tanggungjawab-bagi-hadiah-pingat-emas-sukan-paralimpik-tokyo-2020/feed/ 0 4684
Pasangan Beregu Aaron Chia- Soh Wooi Yik Berjaya Raih Gangsa Di Olimpik Tokyo https://sabahmedia.com/2021/07/31/pasangan-beregu-aaron-chia-soh-wooi-yik-berjaya-raih-gangsa-di-olimpik-tokyo/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/pasangan-beregu-aaron-chia-soh-wooi-yik-berjaya-raih-gangsa-di-olimpik-tokyo/#respond Sat, 31 Jul 2021 12:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3870
Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.

Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.

Ini kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga beregu nombor satu dunia dalam temasya Olimpik kali ini selepas pertemuan di peringkat suku akhir Khamis lalu dan ini juga merupakan pingat pertama yang berjaya diraih Malaysia selepas 9 hari kejohanan Olimpik Tokyo ini bermula.

Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/pasangan-beregu-aaron-chia-soh-wooi-yik-berjaya-raih-gangsa-di-olimpik-tokyo/feed/ 0 3870