bagang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Mar 2022 10:34:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bagang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tidak mempunyai lesen bagang, sembilan warga tempatan ditahan https://sabahmedia.com/2022/03/25/tidak-mempunyai-lesen-bagang-sembilan-warga-tempatan-ditahan/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/tidak-mempunyai-lesen-bagang-sembilan-warga-tempatan-ditahan/#respond Fri, 25 Mar 2022 10:34:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13489
Read Time:1 Minute, 26 Second

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah menahan sembilan individu warga tempatan dalam satu operasi terhadap lima buah peranti menangkap ikan atau dikenali bagang ikan bilis di kawasan sekitar Tanjung Limau-Limauan Kudat, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, dalam operasi yang bermula jam 10 malam hingga 12 malam semalam, sebuah bot ronda Zon Maritim Kudat telah diatur gerak bagi membuat pemantauan serta pemeriksaan keatas bagang-bagang ikan bilis yang terdapat di sekitar perairan Tanjung Limau-Limauan, Kudat.

Katanya, sebanyak lima buah peranti bagang telah diperiksa di lokasi antara 0.2 hingga 0.5 batu nautika timur Tanjung Limau-Limauan Kudat.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sembilan individu warga tempatan berumur lingkungan antara 19 hingga 35 tahun telah ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen diri yang sah semasa diperiksa.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua peranti bagang yang diperiksa dipercayai tidak mempunyai lesen bagang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Boon berkata, semua yang ditahan dibawa masuk ke Jeti Marina Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak membawa Kad Pengenalan semasa diperiksa serta Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen Bagang.

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088- 611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/tidak-mempunyai-lesen-bagang-sembilan-warga-tempatan-ditahan/feed/ 0 13489
Maritim Malaysia Dan Jabatan Perikanan Banteras Pembinaan Bagang Haram https://sabahmedia.com/2022/03/11/maritim-malaysia-dan-jabatan-perikanan-banteras-pembinaan-bagang-haram/ https://sabahmedia.com/2022/03/11/maritim-malaysia-dan-jabatan-perikanan-banteras-pembinaan-bagang-haram/#respond Fri, 11 Mar 2022 11:54:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12892
Read Time:1 Minute, 40 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau bersama Jabatan Perikanan Sabah Cawangan Tawau telah melaksanakan Operasi Bersepadu Khas di kawasan perairan Inderasabah dan Kalumpang disini kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, operasi khas ini bertujuan mengesan kewujudan struktur bagang yang didirikan secara haram dan mengenal pasti pembinaan bagang di luar kawasan zon dibenarkan seperti termaktub dalam syarat sah lesen yang dikeluarkan Jabatan Perikanan.

Katanya, seramai 14 anggota dan dua aset bot terlibat dalam operasi khas ini.

“Operasi ini juga bertujuan memberi peringatan kepada komuniti setempat yang menjalankan

perusahaan hasil laut, termasuk pengusaha bagang untuk sentiasa mematuhi peraturan dan syarat sah lesen yang dikeluarkan.

“Dalam ops khas bersepadu yang dijalankan semalam (kelmarin), kira-kira 50 bagang haram telah dikenal pasti melakukan kesalahan seperti beroperasi tanpa lesen dan binaan yang berada di luar had kawasan yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Sementara itu, Ketua Pangkalan Utama Cawangan Tawau, Jabatan Perikanan Sabah, Laester Bulun yang mengetuai pasukan Jabatan Perikanan dalam operasi itu telah mengeluarkan notis perobohan bagang serta memberi tempoh selama sebulan sebelum tindakan susulan diambil.

Pelaksanaan operasi ini juga adalah bagi mematuhi arahan Mesyuarat Ops Gasak Laut Bil.2/2022yang memutuskan untuk mengambil tindakan mengeluarkan notis perobohan kepada pengusaha bagang yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pembinaan struktur bagang di kawasan laut juga perlu diberi perhatian dan kawalan, kerana kewujudan struktur bagang haram yang berkemungkinan dijadikan persinggahan penjenayah melakukan jenayah di laut seperti rompakan dan penyeludupan.

Pemantauan dari semasa ke semasa amatlah penting bagi memastikan keselamatan perairan negara terus dipelihara.

Siva Kumar  dalam pada itu berkata, Maritim Malaysia turut menyambut baik usaha sama yang dijalankan bagi melaksanakan operasi bersepadu antara agensi-agensi setempat.

Katanya, kerjasama baik antara agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan negara terus diperkasa.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/11/maritim-malaysia-dan-jabatan-perikanan-banteras-pembinaan-bagang-haram/feed/ 0 12892