Bahan letupan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Jun 2026 06:07:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bahan letupan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TLDM musnahkan bahan letupan lama di perairan Pulau Mamutik https://sabahmedia.com/2026/06/13/tldm-musnahkan-bahan-letupan-lama-di-perairan-pulau-mamutik/ https://sabahmedia.com/2026/06/13/tldm-musnahkan-bahan-letupan-lama-di-perairan-pulau-mamutik/#respond Sat, 13 Jun 2026 06:07:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98160
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya melaksanakan operasi pemusnahan objek disyaki bahan letupan tidak meletup (UXO) yang ditemui di perairan Pulau Mamutik menerusi kerjasama antara Cawangan Selam Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) dan Depot Peluru dan Bahan Letupan Timur (DPBLT).

Objek berkenaan ditemui pada 9 Jun lalu selepas seorang pemandu aktiviti snorkeling terserempak dengan objek berkarat sepanjang kira-kira 25 sentimeter di dasar laut sebelum penemuan itu dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pengurusan Taman-Taman Sabah di Taman Tunku Abdul Rahman.

Susulan laporan diterima, penilaian awal mendapati objek tersebut berpotensi sebagai bahan letupan lama yang masih boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam.

Memandangkan lokasi penemuan berada di kawasan perairan, operasi pemusnahan diserahkan kepada pasukan Explosive Ordnance Disposal (EOD) TLDM selaras dengan Operation Planning Committee (OPC) No. 8.

Pasukan EOD TLDM yang terdiri daripada anggota Cawangan Selam MPA Timur dan DPBLT kemudian menjalankan penilaian teknikal menyeluruh sebelum melaksanakan prosedur pemusnahan terkawal mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Operasi khas itu diketuai Komander Ts. Ahmad Firdaus Zakaria yang bertanggungjawab menyelaras serta memastikan setiap fasa operasi dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan dan piawaian EOD.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Timur hari ini, operasi berkenaan berjaya disempurnakan dengan selamat, teratur dan tanpa sebarang insiden.

“Hasil operasi ini, kawasan perairan Pulau Mamutik kini disahkan selamat untuk aktiviti pelancongan, rekreasi marin dan pelayaran setempat, sekali gus memastikan keselamatan pengunjung serta komuniti maritim terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Markas Pemerintahan Armada Timur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang pelaksanaan operasi, khususnya PDRM Kota Kinabalu atas tindakan pantas dan penyelarasan operasi di lapangan, Taman Tunku Abdul Rahman yang membantu dari segi logistik serta kawalan keselamatan kawasan, selain komuniti maritim, pengusaha resort dan pengendali aktiviti pelancongan yang segera melaporkan penemuan objek mencurigakan.

Menurut kenyataan itu, kejayaan operasi berkenaan membuktikan komitmen berterusan TLDM dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi di samping memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan komuniti maritim dalam menangani ancaman keselamatan di kawasan perairan.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menyentuh, mengalihkan atau cuba memusnahkan sendiri sebarang objek mencurigakan yang ditemui di laut.

Sebaliknya, sebarang penemuan hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut demi menjamin keselamatan semua pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/13/tldm-musnahkan-bahan-letupan-lama-di-perairan-pulau-mamutik/feed/ 0 98160
Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan https://sabahmedia.com/2024/05/17/cubaan-tangkap-ikan-guna-bahan-letupan-berjaya-digagalkan/ https://sabahmedia.com/2024/05/17/cubaan-tangkap-ikan-guna-bahan-letupan-berjaya-digagalkan/#respond Fri, 17 May 2024 09:30:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54549
Read Time:1 Minute, 21 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  berjaya menahan sebuah bot pam lebih kurang 0.1 batu nautika di kawasan perairan Pulau Sakar, Lahad Datu kerana disyaki cuba melakukan aktiviti bom ikan petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata hasil rondaan yang dilakukan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot pam berwarna biru dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pukul 2.15 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26, (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya).

“Dua orang lelaki dewasa yang menaiki bot tersebut berjaya melarikan diri dengan terjun dan berenang ke pesisir daratan berhampiran selepas menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

“Bot ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. Turut dirampas sebuah enjin bot, sebuah kompressor, enam botol bom ikan, peralatan menyelam dan lima set jaring menyimpan ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suzanna berkata, komuniti maritim terutamanya di Sabah diingatkan agar tidak melakukan aktiviti bom ikan ini kerana ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang laut negara malah membawa kesan negatif kepada ekosistem laut.

Selain itu katanya, ia juga turut  membahayakan nyawa pelaku serta mereka yang sedang melakukan aktiviti menyelam.

“Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran  undang-undang  dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

“Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089- 885727 atau MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/17/cubaan-tangkap-ikan-guna-bahan-letupan-berjaya-digagalkan/feed/ 0 54549