Baharu Di Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Aug 2021 14:39:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Baharu Di Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Hadir Majlis Pengebumian & Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Tue, 31 Aug 2021 14:39:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5624
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Nasakot, Ranau dan Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu masing-masing melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Nasakot, Ranau adalah kluster jenis komuniti yang berlaku di Kg Nasakot, Ranau iaitu menghadiri satu majlis pengebumian.

Katanya, kes indeks adalah wanita, 40, yang membawa anak yang juga pesakit Talasemia dan dikesan positif (RTK-Ag) semasa saringan pra-kemasukan wad pada 20 Ogos 2021.

“Siasatan awal mendapati, kes indeks membawa anaknya untuk transfusi di Hospital Ranau pada 03 Ogos 2021 dan saringan kemasukan wad adalah negatif.

“Oleh itu, mereka telah dibenarkan keluar pada 05 Ogos 2021 dan hanya berada di rumah sejak 06 Ogos 2021. Namun, pada 12 Ogos 2021 kes indeks mula menunjukkan gejala demam, selesema, hilang deria rasa dan bau,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Menurut Masidi, kes indeks tidak mengendah dengan simptom, pada 14 Ogos 2021 malah telah menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga yang berlanjutan selama tujuh hari bersama-sama hampir keseluruhan penduduk Kg Nasakot.

Berikutan dengan kes tersebut, saringan kontak rapat telah dijalankan pada 21 hingga 23 Ogos 2021 dan berjaya mengesan empat kontak rapat yang menjadi sub-indeks untuk kes-kes seterusnya.

Perkumpulan beramai-ramai semasa majlis pengebumian ini mencetus penularan wabak dalam komuniti Kg Nasakot dan Kg Tanid di Mukim Malinsau. Daripada 95 kontak yang disaring, 31 individu dikesan positif dalam kluster ini termasuk dua kes baharu hari ini.

Sementara Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu pula dikesan berlaku di Mukim Segama dalam kategori tempat kerja.

Masidi turut memaklumkan bahawa, kes indeks adalah pekerja kilang, lelaki, 27, yang disahkan positif COVID-19 di klinik swasta pada 26 Ogos 2021 selepas bergejala sejak 25 Ogos 2021.

Pihak pengurusan kilang dan klinik panel telah melakukan saringan kontak dan saringan bersasar mulai 26 hingga 28 Ogos 2021.

Namun daripada 215 kontak yang disaring, 57 individu didapati positif termasuk 25 kes baharu hari ini, manakala 194 individu negatif saringan pertama.

“Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

“Sementara kontak-kontak rapat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di ladang tersebut. Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara yang masih belum menerima vaksin. Punca jangkitan masih dalam siasatan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5624
COVID-19: Jumlah Kes Sembuh lagi Tinggi Dari Kes Positif Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/30/covid-19-jumlah-kes-sembuh-lagi-tinggi-dari-kes-positif-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/covid-19-jumlah-kes-sembuh-lagi-tinggi-dari-kes-positif-baharu-di-sabah/#respond Mon, 30 Aug 2021 12:58:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5561
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes sembuh sepenuhnya lebih tinggi iaitu 3,067 berbanding kes positif baharu COVID-19 2,310 kes hari ini, selain turut merekodkan 42 kes kematian iaitu 10 di Tuaran, sembilan di Kota Kinabalu, tujuh di Tawau, empat di Sandakan, tiga di Beaufort, dua di Penampang, Papar dan Keningau manakala Kudat, Putatan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital dan sembuh sepenuhnya sebanyak 3,067 menjadikan jumlah kumulatif 112,378 orang.

Walau bagaimanapun, menurut Masidi, seramai 5,012 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,509 orang di hospital, 3,368 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 51 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 220 orang merangkumi 140 di ICU/repurposed kritikal care serta 80 di open war (HDW/kubikel akut) dan 79 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Namun saringan melalui Kontak Rapat kekal penyumbang utama dengan 1,342 kes atau 58.10%, Saringan Bergejala 680 kes atau 29.4% dan 37 kes adalah daripada Saringan Kluster sedia ada.

Masidi juga turut memaklumkan bahawa masih ada keputusan kes-kes yang lewat didaftar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Hari ini, 882 kes atau 38.2% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 216 kes atau 9.4% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan (260) kes atau 11.3% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.

“Dalam perkembanan lain, Sehingga semalam (29 Ogos 2021), 38.0% penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2% telah memperolehi satu dos. Manakala menjelang malam Hari Kebangsaan 31 Ogos 2021 di jangka 40% penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/covid-19-jumlah-kes-sembuh-lagi-tinggi-dari-kes-positif-baharu-di-sabah/feed/ 0 5561