bahasa ibunda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 09 Jul 2025 03:09:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bahasa ibunda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bahasa ibunda tidak terancam pupus, wujud inovasi modul – Dr Henry Bating https://sabahmedia.com/2025/07/09/bahasa-ibunda-tidak-terancam-pupus-wujud-inovasi-modul-dr-henry-bating/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/bahasa-ibunda-tidak-terancam-pupus-wujud-inovasi-modul-dr-henry-bating/#respond Wed, 09 Jul 2025 03:09:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76965
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Semua bahasa etnik Sabah masih memiliki kekayaan perbendaharaan kata dalam persekitran hidup harian mereka untuk mendukung inovasi penyusunan modul pembelajaran bahasa ibunda bagi mengatasi kerisauan berlakunya gejala kepupusan bahasa suatu etnik.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Henry Bating bagaimanapun berkata inovasi penyusunan modul pertuturan asas memerlukan tambahan inisiatif di kalangan anggota etnik khususnya generasi muda untuk memasyarakatkan pertuturan bahasa ibunda.

“Inovasi pembelajaran bahasa dapat dilakukan kerana setiap etnik memiliki anggota terlatih dalam bidang pedagogi bahasa, di mana golongan berkenaan dapat menyumbang merealisasi hasrat setiap etnik untuk mewujudkan panduan asas melestarikan bahasa ibunda,” katanya.

Sungguhpun begitu, Dr Henry menegaskan kekayaan perbendaharaan kata suatu etnik beserta kepakaran bidang pedagagoi anggota masyarakatnya memerlukan dukungan daya usaha di kalangan pemimpin dan penggerak kemasyarakatan etnik berkaitan.

Dr Henry yang juga Pengerusi Bahasa Kadazandusun di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, menegaskan demikian ketika menyimpulkan penilaiannya ke atas dua buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bertajuk ‘Rumah Tradisi Kadayan’ dan ‘Bhahul: Puisi Etnik Rungus’ sempena Ulang Tahun DBP Ke-69 di SICC.

Bicara buku yang dimoderatorkan oleh Lailah Elok itu turut menampilkan dua penulis buku berkenaan, Jamaidah Yahya dan Dr Raymond Majumah.

Menurut Dr Henry, buku tulisan Jamaidah tentang masyarakat Kadayan yang majoritinya menempati daerah Sipitang, Beaufort dan Labuan menampilkan banyak kata nama, kata kerja dan kata sifat sehingga memungkinkan inovasi penyusunan modul pembelajaran bahasa etnik itu dapat disusun secara sistematik.

Manakala buku tulisan Raymond menampilkan filsafat, sudut pandang dan amalan hidup masyarakat Rungus yang dapat dijadikan sumber untuk memperkenalkan kesusasteraan, kebahasaan dan kesejagatan masyarakat Rungus.

Hadir sama pada majlis peringkat kebangsaan itu ialah Pengarah DBP Sabah, Jennitah Noordin, Timbalan Pengarah, Julianah Kuli, Ketua Unit Penerbitan Noorzanani Kata serta guru-guru pelatih dari IPG Gaya dan Kent.

Dr Henry menambah, pembelajaran bahasa suatu etnik boleh dilaksanakan sebagai sebahagian dari pelestarian tradisi yang dicadangkan dalam buku Kadayan sebagai sesuatu yang boleh dijalankan menerusi usaha niaga pusat inap desa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/bahasa-ibunda-tidak-terancam-pupus-wujud-inovasi-modul-dr-henry-bating/feed/ 0 76965
Bahasa Ibunda dan alam sekitar prospek utama Evo Camp 2023 https://sabahmedia.com/2023/06/15/bahasa-ibunda-dan-alam-sekitar-prospek-utama-evo-camp-2023/ https://sabahmedia.com/2023/06/15/bahasa-ibunda-dan-alam-sekitar-prospek-utama-evo-camp-2023/#respond Thu, 15 Jun 2023 11:32:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36450
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kebun Atuk Farmstay, Telipok menjadi lokasi kembara ilmu bagi 112 orang peserta dan 20 orang pegawai Evo Camp anjuran Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) pada hujung minggu lalu.

Seramai 10 orang panel yang profesional dalam bidang masing-masing termasuk berkelas antarabangsa, pempengaruh media sosial serta Lembaga Kebudayaan Sabah, turut tampil menyumbangkan kepakaran mereka bagi menjayakan Kem tersebut.

Kem ini telah mendapat sokongan dan kunjungan daripada pemimpin-pemimpin muda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mewakili Gagasan Rakyat, USNO, PBS, STAR dan LDP.

Mereka turut menyertai upacara tradisi menyarungkan skaf sebagai tanda penerimaan Kadet Evo yang baharu.

Ketua Pemuda SAPP merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Jamain Sarudin berkata, Evo Camp bertujuan untuk memberikan pendidikan sejarah, kerja berpasukan dan kemahiran berfikir kritis melalui bengkel-bengkel yang diadakan kepada anak muda Sabah.

“Menyedari tanggungjawab memelihara dan memulihara budaya bangsa, maka sejak tahun lalu Evo Camp memperkenalkan pendidikan tarian budaya. Untuk kali ini, selain tarian, aspek penting membina Budaya Bangsa ialah pengkhususan Bahasa Ibunda,” katanya.

Menurut Jamain, peserta Evo Camp telah menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam membaca puisi, pantun dan cerita dalam pelbagai bahasa ibunda seperti Dusun, Kadazan, Murut, Rungus, Bajau Samah, Iranun, Brunei Bongawan, Kedayan, Cina Hakka, Bugis dan Jawa. Beliau sendiri telah berucap dalam bahasa Bisaya pada majlis penutupan.

Sementara itu, Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dalam ucapannya menegaskan bahawa setiap individu perlu bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Menurut beliau, kebimbangan terhadap pupusnya bahasa ibunda ini adalah kerana majoriti anak-anak muda biasanya bertutur dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa Mandarin.

“Akibat perubahan zaman, penguasaan bahasa ibunda terus menurun dan ianya perlu diperbetulkan,” ujar beliau.

Beliau turut mengajak kadet Evo untuk menerokai pendidikan di bidang berteknologi tinggi pada masa akan datang.

Selain aktiviti pembelajaran di dalam kem, peserta Evo Camp juga berpeluang melawat muzium dan monumen bersejarah serta menjadi sukarelawan membersihkan kawasan hutan bakau di Kota Kinabalu City Bird Sanctuary yang juga dikenali sebagai “KK Wetland”.

Dalam pada itu, Jamain berkata pihak penganjur Evo Camp mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menyertai kem itu dan berharap dapat meneruskan program ini pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/15/bahasa-ibunda-dan-alam-sekitar-prospek-utama-evo-camp-2023/feed/ 0 36450