Bahasa Inggeris – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Jun 2026 06:49:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bahasa Inggeris – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Remaja, kanak-kanak rebut peluang ikuti kelas bahasa inggeris https://sabahmedia.com/2026/06/25/remaja-kanak-kanak-rebut-peluang-ikuti-kelas-bahasa-inggeris/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/remaja-kanak-kanak-rebut-peluang-ikuti-kelas-bahasa-inggeris/#respond Thu, 25 Jun 2026 06:49:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98853
Read Time:2 Minute, 24 Second

TAMPARULI: Kehadiran beberapa remaja dan kanak-kanak dalam Program ‘English For Employability’ di Kampung Molisau, Tenghilan, walaupun tidak termasuk dalam kategori peserta rasmi, membuktikan minat yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda terhadap penguasaan Bahasa Inggeris.

Program yang dikhususkan kepada peserta berumur antara 18 hingga 45 tahun itu turut menarik perhatian golongan muda yang sanggup meluangkan masa pada waktu malam untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama peserta lain.

Mereka hadir bukan sebagai peserta berdaftar, namun mengambil peluang untuk mendengar dan mempelajari asas-asas Bahasa Inggeris yang diajar sepanjang program berlangsung.

Perkembangan itu mencerminkan kesedaran yang semakin tinggi mengenai kepentingan Bahasa Inggeris sebagai kemahiran penting untuk pendidikan, pekerjaan dan masa depan.

Salah seorang yang mengikuti sesi berkenaan, Viola Vicentia, 12, berkata beliau berasa gembira kerana diberi peluang untuk turut serta dalam kelas tersebut walaupun tidak layak menyertai program sebagai peserta rasmi.

Menurutnya, setiap sesi pembelajaran memberi pengalaman baharu dan membantu meningkatkan pemahamannya terhadap penggunaan Bahasa Inggeris.

“Walaupun kami hanya datang untuk mendengar dan belajar bersama-sama, kami sangat menghargai peluang ini kerana dapat menambah pengetahuan serta keyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan dan diperluaskan kepada lebih ramai golongan muda.

“Kami berharap suatu hari nanti apabila umur kami sudah mencapai 18 tahun, kami juga akan berpeluang menyertai program seperti ini sebagai peserta rasmi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Sadiona Rudy, 15, berkata minat yang mendalam terhadap Bahasa Inggeris mendorongnya untuk hadir bersama rakan-rakan walaupun menyedari program tersebut hanya terbuka kepada peserta berusia 18 tahun ke atas.

Katanya, peluang belajar daripada tenaga pengajar dan peserta yang lebih berpengalaman memberi manfaat besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

“Saya memang meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Sebab itu saya datang bersama rakan-rakan untuk mendengar dan belajar walaupun kami belum cukup umur untuk menjadi peserta rasmi program ini,” katanya.

Menurutnya, penyertaan dalam sesi pembelajaran itu juga merupakan cara yang lebih bermanfaat untuk mengisi masa lapang.

“Daripada hanya duduk di rumah atau bermain telefon, lebih baik kami datang belajar sesuatu yang boleh membantu kami dalam pelajaran dan masa depan,” katanya.

Kehadiran golongan kanak-kanak dan remaja dalam program berkenaan turut mendapat perhatian masyarakat setempat yang melihatnya sebagai satu perkembangan positif dalam usaha membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Masyarakat berpendapat minat yang ditunjukkan oleh golongan muda itu perlu terus diberi galakan kerana mampu membantu meningkatkan prestasi akademik, memperkukuh kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri sejak usia muda.

Selain memberi manfaat kepada peserta dewasa yang ingin meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan melalui penguasaan Bahasa Inggeris, program itu turut menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk terus menuntut ilmu dan memperkasa diri.

Semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dan remaja di Kampung Molisau membuktikan bahawa keinginan untuk belajar tidak mengenal usia. 

Dengan sokongan masyarakat serta peluang pembelajaran yang berterusan, usaha memperkasakan pendidikan di peringkat komuniti diyakini mampu melahirkan generasi yang lebih berilmu, berkeyakinan dan berdaya saing pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/remaja-kanak-kanak-rebut-peluang-ikuti-kelas-bahasa-inggeris/feed/ 0 98853
Pemerkasaan AI, Pendidikan dan Bahasa Inggeris Jadi Fokus Utama Tahun 2025 https://sabahmedia.com/2025/02/11/pemerkasaan-ai-pendidikan-dan-bahasa-inggeris-jadi-fokus-utama-tahun-2025/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/pemerkasaan-ai-pendidikan-dan-bahasa-inggeris-jadi-fokus-utama-tahun-2025/#respond Tue, 11 Feb 2025 06:13:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68435
Read Time:2 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pelbagai inisiatif baharu bakal dilaksanakan tahun ini dalam usaha memperkasakan teknologi, pendidikan serta Bahasa Inggeris di negeri Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) Merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengucapkan syabas dan tahniah KSTI, agensi-agensi berkaitan serta jabatan-jabatan di bawah seliaan beliau atas kejayaan melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang tahun 2024.

Arifin menyampaikan sumbangan BAIK kepada salah seorang penerima pelajar universiti pada Majlis Amanat KSTI itu.

“Saya berharap kejayaan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada tahun 2025. Majlis ini menjadi platform penting untuk menyatukan tenaga semua agensi agar mereka dapat bekerjasama dalam bidang masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Sempena Majlis Perhimpunan Amanat Tahun 2025 KSTI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa (11 Feb).

Menurut beliau, kerjasama antara pelbagai agensi seperti KSTI, Jabatan Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan agensi lain di bawahnya amat penting kerana bidang sains, teknologi dan inovasi mempunyai kaitan rapat dengan usaha memperkasa pendidikan serta digitalisasi.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, Arifin turut menyatakan hasrat menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) Negeri Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Pada peringkat awal, kita akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UMS. Saya yakin pusat ini akan menjadi landasan untuk memperkasa AI dengan memberi tumpuan kepada produk dan keunikan Sabah seperti alam semula jadi dan budaya,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata fokus utama kementerian tahun ini adalah memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris menerusi pendekatan acuan tempatan yang akan dirangka bersama tokoh-tokoh pendidikan.

“Usaha ini melibatkan pakar dari UMS, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Institut Pembangunan Sabah (IDS).

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar pendidikan untuk memastikan strategi yang dirangka bertepatan dengan keperluan negeri. Pada masa sama, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga akan terus diperkasakan,” jelasnya.

Dalam aspek kebajikan, Arifin berkata kementeriannya turut meminta JHEAINS dan agensi-agensi lain meneliti langkah meningkatkan kesejahteraan kakitangan.

Beliau juga menekankan kepentingan digitalisasi dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kami akan terus fokus pada usaha memperbaiki ketersambungan serta digitalisasi yang melibatkan pelbagai sektor seperti perpustakaan dan media penerangan,” katanya.

Beliau turut menyentuh perbincangan bersama pakar-pakar akademik dan pihak industri bagi memperkasa pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan kebangsaan.

“Ini satu langkah penting untuk membangunkan negeri Sabah, dan saya yakin kita akan mencapai kejayaan yang lebih besar melalui kerjasama semua pihak,” katanya.

Pengamal media yang menerima penghargaan pada majlis itu.

Dalam majlis itu, turut diadakan penyerahan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada seramai 30 penerima terdiri daripada pelajar universiti dan kolej di Sabah dan sijil penghargaan kepada pengamal media di Sabah.

Selain itu, pada majlis sama penyerahan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) fasa kedua bantuan berjumlah RM5,024,000.00 kepada 628 buah sekolah di Sabah. Bantuan ini khusus untuk pembelian peralatan ICT dan digital.

Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) juga turut disampaikan dengan peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 diberikan kepada 1,500 PIBG di Sabah. Bantuan bertujuan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti PIBG.

Manakala penyerahan sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES), inisiatif baharu ini diperkenalkan pada tahun ini dengan jumlah bantuan RM4,500,000.00 disalurkan kepada 1,500 buah sekolah bagi aktiviti, program, dan kegiatan sekolah.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/pemerkasaan-ai-pendidikan-dan-bahasa-inggeris-jadi-fokus-utama-tahun-2025/feed/ 0 68435
HIP Bantukan Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar https://sabahmedia.com/2021/12/09/hip-bantukan-tingkatkan-penguasaan-bahasa-inggeris-dalam-kalangan-pelajar/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/hip-bantukan-tingkatkan-penguasaan-bahasa-inggeris-dalam-kalangan-pelajar/#respond Thu, 09 Dec 2021 13:19:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9654
Read Time:1 Minute, 45 Second

TUARAN: Pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) diyakini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar khususnya di daerah ini.

Isteri kepada Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, berkata ia sejajar dengan matlamat program itu yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, warga sekolah seterusnya komuniti setempat.

“Program HIP ini perlu diteruskan, memandangkan komunikasi dalam bahasa Inggeris umpama satu keperluan asas dalam kehidupan. Ia termasuk untuk mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran globalisasi pada hari ini tanpa mengabaikan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu.

“Justeru, semua warga pendidik dan ibu bapa ada peranan masing-masing dalam mempersiapkan generasi muda dengan penguasaan bahasa Inggeris demi menghadapi cabaran globalisasi semasa,” katanya ketika merasmikan Penutupan Karnival HIP Peringkat Kebangsaan 2021 di Nexus Resort & Spa Karambunai, sini pada Khamis.

Juliah berkata, penguasaan bahasa Inggeris tidak akan tercapai sekiranya pihak yang berkepentingan tidak memainkan peranan masing-masing.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah serta semua warga sekolah adalah pemain utama dalam melaksanakan program HIP, dengan sokongan yang kuat daripada ibu bapa dan murid-murid serta komuniti setempat seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin di peringkat akar umbi.

“Semua guru harus menjadi model dan sebahagian dalam HIP sekolah, dalam usaha mempromosikan bahasa Inggeris dengan memulakan Program Sehari Berbahasa Inggeris setiap minggu,” katanya.

Juliah berkata aktiviti bertutur bahasa Inggeris dalam kalangan guru terlebih dahulu di kawasan sekolah boleh dimulakan bagi memotivasikan murid-murid tanpa menghiraukan ketidakpetahan ataupun kesilapan tatabahasa secara langsung ataupun tidak langsung.

Katanya, guru bahasa Inggeris perlu membimbing mengikut kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk menimbulkan rasa minat dalam kalangan pelajar agar lebih berani serta yakin bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Saya berharap agar Program HIP ini dapat diteruskan, bukan sahaja memperkukuhkan bahasa ini dalam kalangan murid tetapi turut meningkatkan kebolehpasaran anak-anak muda yang bakal masuk ke alam pekerjaan kelak,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Wanihim Othman,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran (Sektor Pembelajaran), Rusdih Linah; Pegawai SISC dan Penyelaras Bahasa, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, merangkap Setiausaha PeWaniS Tuaran, Dr. Bitty Ansawi dan Penyelaras Karnival Highly Immersive Programme (HIP) Peringkat Kebangsaan 2021, Kohaye Kuasah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/hip-bantukan-tingkatkan-penguasaan-bahasa-inggeris-dalam-kalangan-pelajar/feed/ 0 9654