bahasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Oct 2025 02:57:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bahasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penguasaan bahasa kebangsaan sentiasa diberi keutamaan  https://sabahmedia.com/2025/10/17/penguasaan-bahasa-kebangsaan-sentiasa-diberi-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/penguasaan-bahasa-kebangsaan-sentiasa-diberi-keutamaan/#respond Fri, 17 Oct 2025 02:57:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83491
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Penguasaan bahasa kebangsaan sentiasa menjadi perkara yang diberi keutamaan oleh kerajaan kerana ia memainkan peranan penting dalam menyatukan rakyat serta membentuk jati diri bangsa Malaysia.   

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mempromosi bahasa kebangsaan di Sabah.

Katanya ini termasuk memperkukuh ekosistem bahasa, sastera dan penerbitan di negeri ini melalui pelbagai bentuk kolaborasi strategik, serta dalam bidang penerbitan ilmiah, pengembangan bakat penulis muda dan penyelidikan bahasa dan dialek tempatan Sabah.   

“Saya berharap agar sinergi ini akan terus diperkukuh supaya Sabah menjadi antara negeri terkehadapan dalam pemupukan budaya ilmu dan penggunaan bahasa kebangsaan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Dewan Amil Jaya, DBP cawangan Sabah di sini pada Khamis

Teks ucapan beliau dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya. 

Ketika  membentangkan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen beliau supaya penggunaan bahasa Melayu diperkukuhkan, katanya. 

Hajiji berkata penganjuran Bulan Bahasa Kebangsaan wajar diteruskan sebagai wahana untuk menyemai rasa cinta terhadap bahasa serta memperkukuh perpaduan rakyat pelbagai kaum. 

“Pelbagai usaha dibuat termasuk program ini bukan saja  untuk menjadikan  Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi  penting tetapi juga bahasa ilmu, budaya dan perpaduan.  

“Ini sudah tentu akan membantu memastikan rakyat berbilang bangsa di negara ini terus  menguasai  bahasa kebangsaan ini,” katanya 

Hajiji berharap melalui pelbagai program yang diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan ini, ia dapat mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Selain itu katanya program itu juga turut mengeratkan serta memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan; serta menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara. 

“Saya juga amat menyambut baik penganjuran Karnival Bahasa Jiwa Bangsa yang diadakan bersempena dengan kempen Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah, sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini. 

“Usaha sebegini menunjukkan bahawa bahasa Melayu terus hidup dan subur dalam jiwa rakyat Sabah, dan menjadi simbol perpaduan, keilmuan, dan kemajuan kita melalui bahasa yang mempersatukan bangsa.  

“Penglibatan pelbagai pihak dari peringkat pelajar hinggalah masyarakat awam, sesuai demi memastikan roh dan jiwa “Bahasa Jiwa Bangsa” dirasai oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya. 

Beliau berharap dengan segala usaha yang dilaksanakan ini, generasi muda akan terus mencintai bahasa kebangsaan selain menguasai pelbagai bahasa lagi. 

“Saya yakin melalui kerjasama erat antara DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan kerajaan negeri, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan terus diperkukuh, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/penguasaan-bahasa-kebangsaan-sentiasa-diberi-keutamaan/feed/ 0 83491
Bahasa: Lambang Budaya Dan Asas Pembinaan Negara https://sabahmedia.com/2025/04/27/bahasa-lambang-budaya-dan-asas-pembinaan-negara/ https://sabahmedia.com/2025/04/27/bahasa-lambang-budaya-dan-asas-pembinaan-negara/#respond Sun, 27 Apr 2025 01:46:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72751
Read Time:2 Minute, 29 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

Kuala Lumpur : Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya menjadi lambang budaya yang mencerminkan identiti, sejarah dan jati diri sesebuah bangsa.

Seiring pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperluaskan penawaran bahasa elektif di sekolah termasuk bahasa Thai, Khmer dan Vietnam sebagai usaha memperkukuh hubungan serantau ASEAN, isu kedudukan bahasa kebangsaan dan penguasaan dwibahasa kembali menjadi topik perdebatan.

Langkah itu diumumkan sempena Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025 bertemakan ‘Membentuk Masa Depan ASEAN Melalui Kemahiran dan Inovasi’, yang disasarkan kepada generasi muda serantau memandangkan lebih separuh daripada 670 juta penduduk ASEAN kini berusia bawah 35 tahun.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam kenyataannya menyebut bahawa pelaksanaan dasar dwibahasa negara melalui Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah lama menjadi tonggak kolaborasi serantau.

ASEAN: Pasaran Berkembang, Keperluan Bahasa Berkembang

Penubuhan ASEAN pada Ogos 1967 yang kini merangkumi 10 negara — termasuk Malaysia — telah membuka ruang kerjasama dalam pelbagai bidang. Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah USD3.8 trilion pada 2023 dan dijangka menjadi kuasa ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, kemahiran pelbagai bahasa dianggap aset penting.

Namun, dalam keghairahan memperkenalkan bahasa asing tambahan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) tidak boleh diketepikan.

“Pelaksanaan bahasa elektif wajar disokong, tetapi tidak seharusnya mengorbankan sumber yang sepatutnya memperkasa dasar MBMMBI, apatah lagi apabila sumber sedia ada di sekolah masih terhad,” tegas Wan Azrain.

Bahasa Melayu: Masih Gagal Dikuasai Rakyat Sendiri

Realitinya, penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat masih membimbangkan. Terdapat individu – termasuk segelintir pemimpin – yang masih gagal menguasai bahasa kebangsaan, walaupun telah melalui sistem pendidikan negara.

Sebagai contoh, insiden pada Mac 2024 menyaksikan beberapa Ahli Parlimen mendakwa tidak memahami ucapan Bahasa Melayu oleh Menteri Pelancongan dalam sesi Dewan Rakyat, sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap komitmen kepimpinan terhadap bahasa kebangsaan.

“Jika pemimpin sendiri gagal, apa lagi yang boleh diharapkan daripada rakyat? Ikan busuk bermula dari kepala,” katanya sinis.

Tambah beliau, isu penguasaan Bahasa Melayu turut menjadi polemik apabila segelintir pihak mempertikai pelaksanaan Ujian Pengesahan Literasi Bahasa Melayu (UPLBM) untuk murid Tahun 6 di Sekolah Jenis Kebangsaan sebagai syarat memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan.

Bahasa Inggeris: Masih Jauh dari Tahap Kompetitif

Di sebalik kelemahan penguasaan Bahasa Melayu, prestasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar turut menunjukkan kemerosotan. Analisis keputusan SPM 2023 mendapati 40.7% daripada 369,674 calon memperoleh gred D, E dan Gagal bagi subjek tersebut.

Kelemahan ini turut diakui Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah pada akhir 2023 yang menyatakan ramai graduan gagal menguasai Bahasa Inggeris hingga menjejaskan peluang pekerjaan.

Fokus MBMMBI: Antara Aspirasi dan Realiti

Menurut Wan Azrain, Malaysia sebagai pengasas dan Pengerusi ASEAN semasa mempunyai kepentingan untuk memupuk integrasi serantau. Namun, keutamaan nasional tetap harus diberi kepada pembangunan modal insan berteraskan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Segala dana dan sumber mesti diutamakan untuk memperkasakan MBMMBI, termasuk mempertingkat kemahiran guru, menambah bilangan sekolah program dwibahasa (DLP) serta menyediakan kelengkapan pengajaran secukupnya,” katanya.

Beliau menutup kenyataan dengan mengingatkan bahawa bahasa adalah asas kepada pembentukan negara bangsa:

“Bahasa adalah lambang budaya – dan budaya ialah akar jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.”

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/27/bahasa-lambang-budaya-dan-asas-pembinaan-negara/feed/ 0 72751
Bahasa Ibunda KDMR Terus Diperkasa – Maximus https://sabahmedia.com/2021/10/16/bahasa-ibunda-kdmr-terus-diperkasa-maximus/ https://sabahmedia.com/2021/10/16/bahasa-ibunda-kdmr-terus-diperkasa-maximus/#respond Sat, 16 Oct 2021 10:35:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7585
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa ibunda KadazanDusun Murut Rungus (KDMR), terutama dalam institusi keluarga mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, penguasaan bahasa KDMR kini semakin lemah, terutamanya di kalangan generasi muda.

“Oleh itu, penguasaan bahasa KDMR ini perlu dimulakan dari rumah, dimana ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak mereka bertutur dalam bahasa tersebut.

“Dengan cara ini, bahasa KDMR tidak akan pupus dan terus ditutur oleh generasi muda,” katanya ketika merasmikan bangunan Galeri Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Pekan Tandek, di sini, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen P168 Kota Marudu itu, sejajar dengan usaha dalam memartabatkan bahasa KDMR di kalangan generasi muda, KDCA Daerah Kota Marudu akan membuka kelas pembelajaran bahasa tersebut di daerah ini.

“Usaha ini juga penting dalam mendidik anak-anak muda untuk mendalami penggunaan bahasa KDMR melalui pembelajaran formal.

“Bahasa Dusun Liwan – Tangara akan menjadi modul pembelajaran utama dan akan diikuti dengan bahasa suku kaum lain yang terdapat di daerah ini seperti Dusun Tobilung, Kimaragang dan Rungus,” tambah beliau.

Dalam hal sama, Maximus yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KDCA Kota Marudu berkata bangunan Galeri KDCA Pekan Tandek merupakan usaha KDCA KM untuk mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli-ahli mereka daerah ini.

“Bangunan enam pintu kedai ini bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan tradisi dan budaya KDMR di daerah ini, tetapi juga membuka peluang perniagaan kepada ahli-ahli KDCA,” jelas Maximus.

Tambah beliau, pemilihan penyewa setiap unit kedai akan dibuat berdasarkan cabutan undian.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Kota Marudu Alexander Yong, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KDCA Matunggong Ribin Torutuk dan Setiausaha Sulit kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Julita Dalinsi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/16/bahasa-ibunda-kdmr-terus-diperkasa-maximus/feed/ 0 7585
Kanak-Kanak Perlu Didedahkan Dengan Bahasa Ibunda Sejak Usia Kecil https://sabahmedia.com/2021/07/17/kanak-kanak-perlu-didedahkan-dengan-bahasa-ibunda-sejak-usia-kecil/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/kanak-kanak-perlu-didedahkan-dengan-bahasa-ibunda-sejak-usia-kecil/#respond Sat, 17 Jul 2021 02:35:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3151
Read Time:1 Minute, 24 Second

TAMPARULI : Golongan ibu bapa disaran untuk memberi pendedahan kepada anak-anak terhadap bahasa ibunda sejak usia kecil lagi sebelum menguasai bahasa lain.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat agar anak-anak membesar dalam suasana bahasa yang sering didengari dan dituturkan.

“Sebelum anak-anak kita diajar bahasa lain, bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat kita.

“Ini bagi memastikan identiti mereka sentiasa terpelihara dan bahasa kita tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut rombongan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Daerah Kota Marudu di Tadika Ceria Kadazandusun Tiong Monggis, disini kelmarin.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, ibu bapa berperanan penting untuk mengajar anak mereka bahasa ibunda sejak kecil selain mendedahkan mereka dengan pengetahuan yang lain.

“Peranan tenaga pengajar juga penting, untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan relevan, serta kunci dalam membantu para pelajar menjadikan bahasa ibunda, sebagai salah satu bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha KDCA Daerah Kota Marudu, Junid Gunsalam, berkata, lawatan sambil belajar itu diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bahasa Kadazan Dusun di Tadika Ceria Tiong Monggis mengikut modul dan sukatan pelajaran yang ditetapkan.

Menurutnya, KDCA daerah Kota Marudu bercadang untuk membuka kelas pembelajaran bahasa Kadazan Dusun di daerah tersebut.

“Justeru kelas bahasa ibunda di Tiong Monggis ini akan kami jadikan sebagai salah satu panduan ke arah itu,” katanya.

Terdahulu turut diadakan taklimat ringkas mengenai Tadika Ceria Kadazandusun Tiong Monggis, yang disampaikan oleh Guru Besar, Zandi Crispaniella dan dibantu dua tenaga pengajar di sekolah tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/kanak-kanak-perlu-didedahkan-dengan-bahasa-ibunda-sejak-usia-kecil/feed/ 0 3151