Baik Pulih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Sep 2025 13:19:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Baik Pulih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasukan Teknikal Sabah Electricity berjuang membaikpulih bekalan elektrik https://sabahmedia.com/2025/09/15/pasukan-teknikal-sabah-electricity-berjuang-membaikpulih-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/pasukan-teknikal-sabah-electricity-berjuang-membaikpulih-bekalan-elektrik/#respond Mon, 15 Sep 2025 12:24:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81329
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) kini giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tiang menara yang tumbang di Kampung Sarapung, Penampang.

Pasukan Teknikal mengangkat peralatan membina ERS . – Foto ihsan Sabah Electricity

Ketika ini, pasukan teknikal Sabah Electricity berhadapan dengan cabaran dalam usaha untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan disebabkan cuaca hujan yang menyebabkan perjalanan berjalan kaki untuk masuk ke lokasi tiang menara menjadi sukar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, keselamatan anggota kerja diberikan keutamaan ketika melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

“Walaupun berhadapan dengan keadaan cuaca buruk dan akses yang terhad, mereka tetap meneruskan kerja siang dan malam untuk memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Pasukan teknikal Sabah Electricity berjuang di lapangan menggunakan segala kepakaran dan peralatan yang ada untuk memulihkan penyaluran bekalan elektrik dengan selamat dan cepat.

Kerja-kerja mengangkat peralatan ERS menggunakan helikopter. – Foto ihsan Sabah Electricity

Dalam pada itu, Sabah Electricity menzahirkan penghargaan kepada Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. kerana memberikan bantuan helikopter untuk kerja-kerja mengangkat peralatan membina tiang Emergency Restoration System (ERS) yang akan dibangunkan sebagai satu usaha menggantikan tiang menara yang tumbang.

Menurut beliau, bantuan menggunakan helikopter untuk mengangkat peralatan dan keperluan mendirikan ERS telah dijalankan pada ketika hujan berhenti pagi tadi.

“Kami mohon kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan ini dan pasukan teknikal kami akan terus komited memastikan bekalan elektrik kembali stabil demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/pasukan-teknikal-sabah-electricity-berjuang-membaikpulih-bekalan-elektrik/feed/ 0 81329
Kerja-Kerja Baik Pulih, Pembersihan & Pengagihan Bantuan Giat Dijalankan Di kawasan Terlibat Bencana Banjir Di Penampang https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/#respond Sat, 18 Sep 2021 11:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6547
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,000 bakul makanan sedang diagihkan kepada penduduk-penduduk di Daerah Penampang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain pengagihan bantuan, kerja-kerja membaik pulih serta pembersihan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan.

Katanya, beberapa penduduk yang telah menerima bantuan bakul makanan ini antaranya daripada Kg Suok, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Ramayah, Kg Terawi, Kg Tinduzon, Kg Baru Penampang, Kg Kuai Kandazon, Kg Kivatu dan Kg Penampang Proper. Pihak kerajaan akan terus mengenal pasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan ini.

“Selepas kejadian banjir yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Penampang, saya telah mengarahkan dengan kadar segera semua agensi untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Pembersihan dan pembaikan kawasan tanah runtuh sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi yang lain. Beberapa jalan raya yang terputus akibat kerosakan juga sedang diselenggara bagi memudahkan laluan keluar masuk di kawasan yang terlibat,” katanya.

Menurut Hajiji, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah diarah melakukan pembaikan dan penyambungan bekalan air paip yang banyak rosak dan terputus akibat bencana ini.

“Alhamdulillah kebanyakan bekalan air sudah dipulihkan dan Jabatan Air Negeri Sabah juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan tekanan air mencukupi.,” Jelasnya.

Berkenaan dengan kerosakan tiang-tiang dan sambungan wayar elektrik, Hajiji telah mengarah pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk membuat kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan adanya bekalan elektrik demi menjamin keselamatan penduduk kampung kerana banyak wayar sambungan yang tercabut dan terjatuh akibat bencana ini.

Hajiji juga memaklumkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah, dewan, sekolah dan lain-lain bangunan akan diteruskan.

“Pasukan-pasukan yang terlibat akan mengadakan pembersihan rumah-rumah yang terlibat esok di Kg Sugud dan akan meneruskan aktiviti pembersihan ini di Sekolah Kebangsaan Sugud pada hari Isnin.

“Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Penampang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan Senator Datuk John Ambrose untuk menyelaras dan memantau keadaan gerak kerja di kawasan ini sepanjang masa,” katanya.

Hajiji turut berterima kasih kepada semua agensi -agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan-pimpinan parti politik dan orang awam yang bersama-sama dalam mengurus bencana ini.

“Kita akan memastikan perkara-perkara yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera,’ tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/feed/ 0 6547