Baik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Mar 2025 08:30:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Baik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program BAIK bantu pelajar miliki komputer riba https://sabahmedia.com/2025/03/11/program-baik-bantu-pelajar-miliki-komputer-riba/ https://sabahmedia.com/2025/03/11/program-baik-bantu-pelajar-miliki-komputer-riba/#respond Tue, 11 Mar 2025 08:29:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70195
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Program Bantuan Ihsan Komputer atau BAIK yang diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah antara usaha untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan memiliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru, beliau melahirkan rasa syukur kerana program yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS itu telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 pelajar Sabah sejak bantuan ini diperkenalkan pada tahun 2022.

Penerima Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Trenngo Masingkin (kiri), Rosammizah Jamri (tengah) dan Sulpika Aini (kanan) gembira melihat komputer riba baharu yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Program BAIK ini adalah antara inisiatif tambahan kepada program sedia ada yang lain bagi memastikan semua pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) memiliki komputer riba.

“Pada masa kini, komputer menjadi alat penting kepada pelajar dan atas faktor itu, kerajaan negeri telah memperkenalkan program BAIK, yang mana tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Program BAIK ini juga diteruskan lagi pada tahun ini bagi memberi peluang kepada anak-anak Sabah di IPT memohon.

“Selain BAIK, beberapa program lain untuk membantu pelajar diteruskan antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara sekali bayar (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI). Banyak inisiatif yang kita sediakan bagi membantu dan memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir dalam meneruskan pengajian mereka,” katanya di sini pada Selasa.

Sementara itu, pelajar dalam jurusan perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Norshafikah Zaiddi, 24, melahirkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki komputer riba sendiri untuk kegunaan di universiti.

Norshafikah yang berasal dari Sandakan berkata sebelum ini beliau terpaksa berkongsi komputer riba dengan adiknya.

“Justeru, saya berasa gembira kerana kini sudah ada komputer sendiri sekali gus memudahkan saya membuat tugasan,” katanya sambil menambah kedua ibu bapanya hanya bekerja sendiri.

Bagi seorang ibu, Sabnah Jamdan, 43, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dengan pemberian komputer menerusi program BAIK itu.

“Komputer riba ini akan memudahkan anak kami yang kini menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, menyiapkan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah, pemberian ini amat membantu anak saya,” katanya yang juga suri rumah sepenuh masa.

Penerima komputer riba ini adalah antara 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima manfaat itu bagi permohonan tahun lalu.

Program BAIK adalah antara usaha kerajaan negeri membantu anak-anak kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT untuk memliki komputer riba sendiri.

Untuk maklumat lanjut, pemohon-pemohon Baharu boleh layari https://baik.sabah.gov.my

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/11/program-baik-bantu-pelajar-miliki-komputer-riba/feed/ 0 70195
Sambut Baik Keputusan Kebenaran Guru Berpolitik Tapi Jangan Abaikan Pendidikan Anak-Anak – Joachim https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/ https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/#respond Tue, 01 Feb 2022 13:07:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11821
Read Time:52 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik keputusan Kerajaan yang diumumkan baru-baru ini mengenai kebenaran penglibatan guru dalam politik, tetapi berharap pendidikan anak-anak terus diutamakan.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, pengetua dan guru besar sebagai ketua sekolah memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan setiap guru-guru di sekolah.

“Saranan saya, sungguhpun Kerajaan memberikan kebenaran untuk guru-guru melibatkan diri dengan politik, jangan abaikan pendidikan anak-anak,” kata beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

“Kalau guru-guru ingin berpolitik, guru besar kena pastikan bahawa tugas utama sebagai pendidik tidak terabai.

“Masa depan anak-anak dan kampung juga yang tergadai. Ini adalah satu kerugian kepada negara dan kepada Sabah khususnya,” tambahnya.

Dr. Joachim berkata demikian semasa berucap di Program Pemantapan Pemimpin Peringkat Kampung Mukim Melinsau di sini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar sekolah yang memberi kerjasama dalam memberikan kebenaran bangunan sekolah digunakan untuk tujuan perbincangan pembangunan kampung.

Dalam kawasan DUN Kundasang terdapat sebanyak empat sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan 24 sekolah kebangsaan (SK).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/feed/ 0 11821
Salleh sambut baik pendirian Ketua Menteri Sabah membenarkan aktiviti ‘Dine-in’ di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/#respond Sat, 10 Jul 2021 08:47:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2866
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk kekal membenarkan aktiviti “dine-in” di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekaligus menjelaskan keraguan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini.

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, pagi tadi mengumumkan bahawa kerajaan tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah.

“Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/feed/ 0 2866
PBS Melalap Berharap Pelajar Pedalaman Juga Dapat Manfaat Daripada BAIK https://sabahmedia.com/2021/06/09/pbs-melalap-berharap-pelajar-pedalaman-juga-dapat-manfaat-daripada-baik/ https://sabahmedia.com/2021/06/09/pbs-melalap-berharap-pelajar-pedalaman-juga-dapat-manfaat-daripada-baik/#respond Wed, 09 Jun 2021 07:06:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=852
Read Time:2 Minute, 23 Second

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap berharap pelajar Tingkatan 5 dan 6 di kawasan Pedalaman seperti Tenom akan turut mendapat manfaat daripada pemberian 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) daripada Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Bahagian PBS Melalap, Stanis Buandi.


Timbalan Ketua Bahagian PBS Melalap, Stanis Buandi, berkata demikian dalam mengalu-alukan langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk mengagihkan 10,000 komputer riba menerusi BAIK kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6, seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.


“Kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana langkah proaktif tersebut pastinya akan memberikan suntikan semangat dan membantu para pelajar yang bakal menerima bantuan tersebut, terutama sekali mereka yang daripada keluarga B40.

“Kita berharap pelajar-pelajar di kawasan Pedalaman seperti Tenom juga akan mendapat manafaat daripada bantuan tersebut. ,” kata Stanis, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) merangkap Setiausaha Penganjur PBS, ketika dihubungi media.


Pada Ahad (6 Jun) lalu, Hajiji mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tngkatan 5 dan 6,  bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.


Katanya, pemberian komputer riba itu membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pada penghujung tahun ini.

Pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta, kata Hajiji yang juga Menteri Kewangan.


“Pengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini. Kerajaan Negeri berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar yang tidak berkemampuan.

“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu agar pelajar yang tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya.


Pengagihan komputer riba nenerusi BAIK untuk Fasa 1 ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).


Menerusi Mesyuarat Kabinet sebelum ini, jemaah menteri bersetuju supaya satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibentuk untuk mencari kaedah membantu pelajar yang tidak berkemampuan, agar tidak tercicir dalam PdPR.

Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah, manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenalpasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak.


Hajiji berkata mesyuarat memutuskan untuk Fasa 1, sebanyak 10,000 komputer riba diagihkan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6, yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

Pemberian komputer riba untuk Fasa 1 itu, membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar.


Komputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


Pada awal tahun ini, Hajiji memaklumkan kerajaan akan berusaha menyediakan gajet kepada pelajar yang kurang berkemampuan berikutan pelaksanaan PdPD ketika PKP. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/09/pbs-melalap-berharap-pelajar-pedalaman-juga-dapat-manfaat-daripada-baik/feed/ 0 852