Bajet 2025 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 17 Nov 2024 02:15:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bajet 2025 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belanjawan Sabah 2025 tawar pelbagai insentif bermanfaat https://sabahmedia.com/2024/11/17/belanjawan-sabah-2025-tawar-pelbagai-insentif-bermanfaat/ https://sabahmedia.com/2024/11/17/belanjawan-sabah-2025-tawar-pelbagai-insentif-bermanfaat/#respond Sun, 17 Nov 2024 02:15:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63864
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Belanjawan Sabah 2025 yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ telah menawarkan pelbagai insentif yang cukup bermanfaat kepada semua lapisan rakyat di negeri ini.

Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin berkata, ia termasuklah memperkenalkan bantuan baharu kepada golongan sasar dan para peniaga kecil.

Katanya, belanjawan bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’  itu turut membuktikan kerajaan bertekad untuk membasmi kemiskinan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan terutama sekali dari aspek taraf hidup, kebajikan dan juga ekonomi.

“Bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, kerajaan menyediakan peruntukan RM358.5 juta bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam kategori itu sebanyak RM300 sebulan selama setahun melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

“Jumlah itu sudah pasti dapat mengurangkan sedikit beban mereka akibat kos sara hidup yang tinggi memandangkan golongan itu tidak mempunyai pendapatan yang tetap namun berdepan dengan kenaikan harga barangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias turut menyambut baik insentif dalam bentuk bantuan secara sekali bayar yang diberikan kepada peniaga kecil tepi jalan sebanyak RM5,000.

Katanya, insentif itu dilihat dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan masing-masing bagi membolehkan mereka menjana lebih banyak pendapatan.

“Sudah pasti dengan pemberian insentif ini akan dapat menjadi dorongan kepada para peniaga tepi jalan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

“Setiap bantuan atau program yang dilaksanakan juga diyakini akan dapat memberi kesan baik kepada rakyat selain mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shahril berkata, Kerajaan juga tidak melupakan penjawat awam di negeri ini yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan agenda Kerajaan selain pentadbiran perkhidmatan di negeri ini.

“Selain itu, hampir 19,000 kakitangan awam negeri, termasuk pekerja kontrak dan sambilan, akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000 pada Januari 2025.

“Inisiatif ini diharapkan dapat memacu ekonomi dan kualiti hidup rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/17/belanjawan-sabah-2025-tawar-pelbagai-insentif-bermanfaat/feed/ 0 63864
Belanjawan masih berpaksi teguh kepada ekonomi baik, bukan ‘gula-gula’ PRN https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-masih-berpaksi-teguh-kepada-ekonomi-baik-bukan-gula-gula-prn/ https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-masih-berpaksi-teguh-kepada-ekonomi-baik-bukan-gula-gula-prn/#respond Sat, 16 Nov 2024 08:31:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63839
Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Spekulasi berhubung Belanjawan Sabah 2025 yang dikatakan bakal menawarkan ‘gula-gula’ menjelang Pilhan Raya Negeri (PRN) tahun depan dilihat agak tersasar jauh.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS) Datuk Dr Ramzah Dambul berkata, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun semalam masih berpaksi teguh kepada ekonomi yang baik.

“Disebabkan Sabah sekarang ini sedang menuju ambang pilihan raya, ramai yang bersangka-sangka bahawa Belanjawan Sabah 2025 mungkin bakal ditaburi ‘gula-gula’ politik. Mungkin sampai boleh menyebabkan hilang tumpuan kepada keperluan hakiki yang sebenar iaitu bajet yang membolehkan negeri ini terus membangun secara seimbang dan lestari.

“Tetapi nampaknya andaian dan spekulasi tentang gula-gula politik itu agak tersasar jauh. Kita lihat kepada asas pertimbangan, jika diteliti, belanjawan negeri 2025 konteksnya masih lagi berpaksi teguh pada praktis ekonomi yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menerusi aplikasi Tiktoknya di sini semalam.

Ramzah berkata, belanjawan itu disusun berdasarkan perkembangan ekonomi global, nasional dan juga tempatan.

Katanya, ekonomi dunia kini masih tumbuh secara sederhana dan ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang pada tahun depan dimana sektornya akan berkembang sekitar 4.5 hingga 5.5 peratus.

Berdasarkan asas itu katanya, Sabah mengambil pendekatan selamat dengan mengekalkan tumpuan kepada tiga sektor utama yang paling produktif iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

“Strategi ini saya fikir selari dengan inisiatif negeri sejak beberapa tahun lalu menerusi pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Ini juga mencerminkan kesinambungan polisi dan tata kelola yang saya fikir padu kerana kesinambungan ini akan menjamin ekosistem ekonomi domestik yang stabil dan konsisten.

“Berdasarkan rangka belanjawan pula, dua tonggak utama yang diangkat adalah pertumbuhan yang produktif dan agihan yang saksama. Saya fikir ini adalah merupakan tonggak yang penting terutama bagi negeri marginal seperti Sabah.

“Ini bermaksud fokus bajet ini bukan sekadar membesarkan kek ekonomi negeri tetapi juga untuk memastikan semua orang boleh merasa bahagian masing-masing secara saksama dan adil,”katanya.

Dalam pada itu, Ramzah berkata, sebanyak tiga tonggak pemboleh daya dipilih untuk memacu dua fokus penting iaitu pembangunan modal insan dan penambahbaikan infrastruktur selain kecekapan urus takdir.

“Maksudnya, bajet ini bukan sahaja ada stering dan juga roda iaitu yang dua pertama tadi tapi dia juga dilengkapi dengan tiga enjin turbo. Maksudnya dia ada matlamat dan dia ada pemacu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-masih-berpaksi-teguh-kepada-ekonomi-baik-bukan-gula-gula-prn/feed/ 0 63839
Belanjawan 2025 bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dibentang esok https://sabahmedia.com/2024/11/14/belanjawan-2025-bertemakan-sabah-makmur-rakyat-sejahtera-dibentang-esok/ https://sabahmedia.com/2024/11/14/belanjawan-2025-bertemakan-sabah-makmur-rakyat-sejahtera-dibentang-esok/#respond Thu, 14 Nov 2024 09:12:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63753
Read Time:29 Second

Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun hari ini menerima dan membuat semakan terakhir terhadap Teks Ucapan Belanjawan 2025.

Belanjawan 2025 yang bertemakan Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok pada jam 3 petang.

Teks Ucapan Belanjawan 2025 itu diserahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Operasi), Anthea James Jipanus, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir.

Penyerahan teks itu disaksikan Pembantu Menteri I Datuk Julita Majungki dan Pembantu Menteri II Tan Lee Fatt, serta pegawai-pegawai lain. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/14/belanjawan-2025-bertemakan-sabah-makmur-rakyat-sejahtera-dibentang-esok/feed/ 0 63753
Bajet 2025 : PIBKS cadang BAGUS dijadikan sebagai geran tahunan, teruskan bantuan sedia ada https://sabahmedia.com/2024/11/11/bajet-2025-pibks-cadang-bagus-dijadikan-sebagai-geran-tahunan-teruskan-bantuan-sedia-ada/ https://sabahmedia.com/2024/11/11/bajet-2025-pibks-cadang-bagus-dijadikan-sebagai-geran-tahunan-teruskan-bantuan-sedia-ada/#respond Mon, 11 Nov 2024 05:48:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63582
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah mencadangkan agar Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) yang diperkenalkan Kerajaan negeri sebelum ini dijadikan sebagai geran tahunan.

Perkara itu disuarakan Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mohd Arif Tun Sakaran ketika ditemui Sabah Media di sini baru-baru ini.

Katanya, menerusi bantuan itu, PIBG sekolah akan dapat melaksanakan program dan aktiviti bermanfaat kepada murid di sekolah terlibat.

“Saya mencadangkan agar bantuan BAGUS yang disalurkan Kerajaan Negeri ini diberikan sebagai geran tahunan dan diberikan terus kepada PIBG sekolah terlibat.

“Sudah tentu dengan bantuan itu nanti alan dapat mengiktiraf lagi peranan PIBG dalam memperkasakan sektor pendidikan di setiap sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas harapan PIBKS menjelang pembentangan Belanjawan Sabah 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Jumaat ini.

Bantuan BAGUS yang disalurkan Kerajaan negeri pada masa ini adalah sebanyak RM2,000 secara sekali bayar.

Arif berkata, pihaknya turut berharap agar bantuan sedia ada turut dikekalkan khususnya melibatkan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH); Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS);  Bantuan Khas Program Pendidikan  (BANTU) dan beberapa bantuan lain.

“Selain daripada BAGUS, saya juga berharap agar bantuan sedia ada dikekalkan selain mencadangkan agar jumlahnya mungkin boleh ditambah berdasarkan keperluan semasa pada masa kini.

“Selain itu, di Sabah jika kita lihat sektor pendidikan amat perlu diberi perhatian kerana ini banyak membawa kesan dimasa hadapan.

“Ini perlu diberi perhatian termasuklah pembangunan infra seperti sekolah-sekolah daif yang masih banyak di negeri ini selain keperluan meja dan kerusi untuk kemudahan murid,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/11/bajet-2025-pibks-cadang-bagus-dijadikan-sebagai-geran-tahunan-teruskan-bantuan-sedia-ada/feed/ 0 63582
Bajet 2025 : Latihan kemahiran, pembangunan kerjaya perlu diberi penekanan utama https://sabahmedia.com/2024/11/11/bajet-2025-latihan-kemahiran-pembangunan-kerjaya-perlu-diberi-penekanan-utama/ https://sabahmedia.com/2024/11/11/bajet-2025-latihan-kemahiran-pembangunan-kerjaya-perlu-diberi-penekanan-utama/#respond Mon, 11 Nov 2024 00:56:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63559
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mahu Kerajaan negeri memberi penekanan kepada pemerkasaan program berbentuk latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya di dalam Belanjawan Sabah 2025 yang akan dibentang Jumaat ini.

Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang berkata, Kerajaan juga perlu memberikan perhatian serius dalam meningkatkan akses rakyat kepada pendidikan yang berkualiti khususnya di kawasan pedalaman termasuk memantapkan jaringan digital.

Katanya, peruntukan yang lebih perlu disediakan agar golongan belia yang keciciran di dalam sistem akademik juga diberikan peluang untuk turut serta di dalam program-program yang disediakan Kerajaan.

“Mungkin kita boleh fikirkan tentang bentuk-bentuk program yang menggabungkan nilai kemahiran dan keusahawanan kepada golongan belia terutamanya wanita yang tidak bersekolah sedari awal lagi.

“Ini semestinya akan memberikan peluang kedua kepada mereka untuk meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Emmie berkata, pelbagai inisiatif dan pendekatan strategik dilaksanakan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi memastikan ekonomi diatur dengan cukup baik dan terancang.

Katanya, antara langkah yang diputuskan adalah dengan memperkasakan sektor pelancongan, pertanian dan perindustrian yang dirangka melalui pelan tindakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurutnya lagi, tindakan-tindakan Kerajaan ini adalah bertujuan  untuk menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan negeri.

“Bagi pihak golongan belia terutamanya wanita muda, kami Beliawanis tumpang gembira dengan pelbagai program-program yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Bagi  meningkatkan penglibatan belia di dalam bidang keusahawanan, Kerajaan melalui KBS dan IKRAR mengadakan Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah  (SYABAS).

“Justeru, kita pohon kepada Ketua Menteri agar program yang bagus ini dapat diteruskan dan diperluaskan di dalam Belanjawan Negeri Sabah untuk tahun 2025 berbanding jumlah penyertaan sebanyak 2,500 peserta pada setiap tahun.

“Mungkin jumlah RM2,000 boleh dikaji semula jumlahnya sekiranya berpadanan dengan perniagaan atau keusahawanan yang ingin peserta kembangkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/11/bajet-2025-latihan-kemahiran-pembangunan-kerjaya-perlu-diberi-penekanan-utama/feed/ 0 63559
Bajet 2025 : Peruntukan naik taraf, selenggara sekolah di seluruh negara di sambut baik https://sabahmedia.com/2024/10/19/bajet-2025-peruntukan-naik-taraf-selenggara-sekolah-di-seluruh-negara-di-sambut-baik/ https://sabahmedia.com/2024/10/19/bajet-2025-peruntukan-naik-taraf-selenggara-sekolah-di-seluruh-negara-di-sambut-baik/#respond Sat, 19 Oct 2024 01:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62419
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Sabah menyambut baik Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam khususnya melibatkan projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi Belanjawan itu, kerajaan menyediakan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut berharap agar lebih banyak sekolah-sekolah di Sabah akan mendapat manfaat dari penyaluran Belanjawan 2025 kali ini.

“Saya difahamkan, menerusi peruntukan itu, sebanyak RM1 bilion dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur.

“Manakala RM1 bilion lagi diperuntukkan bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak. Ini semua amat diperlukan untuk kita di Sabah dalam memastikan bidang pendidikan sentiasa terjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya turut mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membaik pulih kemudahan kantin dan musolla.

Katanya, sebelum ini Kerajaan telah berjaya melaksanakan baik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat.

“Dipihak Kementerian, kita turut menyokong usaha Kerajaan dalam memperkasa ketersambungan internet di sekolah-sekolah khasnya penyediaan ‘Point of Presence’ (POP) bagi membantu pembelajaran di sekolah dengan peruntukan lebih RM800 juta.

“Selain itu pelaksanaan program ketersambungan infrastruktur jalur lebar talian tetap ke Sekolah-sekolah luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta juga amat dialu-alukan.

“Justeru bagi pihak Kerajaan Sabah, saya amat berterima kasih dan menghargai peruntukan yang disalurkan kepada negeri ini terutama dalam bidang pendidikan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/19/bajet-2025-peruntukan-naik-taraf-selenggara-sekolah-di-seluruh-negara-di-sambut-baik/feed/ 0 62419
Bajet 2025 : Kerajaan Sabah fokus bantu golongan B40, tangani kos sara hidup yang semakin meningkat https://sabahmedia.com/2024/09/29/bajet-2025-kerajaan-sabah-fokus-bantu-golongan-b40-tangani-kos-sara-hidup-yang-semakin-meningkat/ https://sabahmedia.com/2024/09/29/bajet-2025-kerajaan-sabah-fokus-bantu-golongan-b40-tangani-kos-sara-hidup-yang-semakin-meningkat/#respond Sun, 29 Sep 2024 07:30:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61443
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Belud : Kerajaan Sabah akan memberi fokus bagi membantu rakyat khususnya kepada golongan B40 pada Bajet Negeri 2025.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kerajaan akan mencari jalan bagi membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat terutama.

“Fokus bajet kita pada 2025 lebih kepada membantu rakyat dalam golongan B40. Kita tahu salah satu daripada isu atau masalah yang sering kita dengar adalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Kita akan mencari jalan bagaimana sedikit sebanyak bajet pada tahun hadapan ini memberi tumpuan kepada orang kata, bagaimana membantu tapi mengurangkan tekanan hidup dikalangan mereka yang digolongkan sebagai B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tempasuk di sini hari ini.

Dalam pada itu,ketika ditanya mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Masidi yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat berkata, kerjasama itu hanya kemungkinan yang dilontarkan sebilangan pemimpin parti politik.

“Itu kemungkinan. Bukan satu fakta yang hanya dilontarkan beberapa pemimpin, ia terbentuk sebagai satu kemungkinan. Kita boleh juga lontarkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.

“Dalam politik ini, kita tidak ada pelbagai kemungkinan politik atau kemungkinan dalam gabungan. Jadi buat masa ini, saya fikir, selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri belum dibubar, belum ada kepastian siapa yang bergabung dengan siapa. Jadi lebih baik kita dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita akan turun dalam pilihan raya itu nanti sebagai GRS,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/29/bajet-2025-kerajaan-sabah-fokus-bantu-golongan-b40-tangani-kos-sara-hidup-yang-semakin-meningkat/feed/ 0 61443