bakal miliki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Mar 2023 08:09:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bakal miliki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penghuni Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Sakinah bakal miliki rumah baharu https://sabahmedia.com/2023/03/10/penghuni-rumah-anak-yatim-asnaf-as-sakinah-bakal-miliki-rumah-baharu/ https://sabahmedia.com/2023/03/10/penghuni-rumah-anak-yatim-asnaf-as-sakinah-bakal-miliki-rumah-baharu/#respond Fri, 10 Mar 2023 07:21:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30621
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah (RAY As- Sakinah) bakal memiliki sebuah rumah baharu yang akan dibina di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut dekat sini.

Shahemey diiringi Haji Samin menyempurnakan Upacara Pecah Tanah sebagai simbolik memulakan projek pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah pagi tadi.

Projek pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah yang menelan kos sebanyak RM3.1 juta itu akan mula dibina pada Mac tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, projek pembinaan kompleks iaitu rumah baharu Anak Yatim As-Sakinah itu dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Rumah As- Sakinah, ia adalah hasil daripada sumbangan individu-individu yang berminat.

“Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah telah beroperasi sejak tahun 2011, Alhamdulillah, pada tahun 2023 hasrat pengurusan Rumah As- Sakinah ini untuk mendapatkan bangunan yang baharu telah tercapai dan sekarang adalah proses pembinaan rumah baharu ini yang akan bermula pada bulan Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun daripada sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Upacara Pecah Tanah Tapak Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah di sini, hari ini.

Tambah beliau, dengan adanya rumah baharu ini nanti ianya akan dapat memuatkan lebih kurang 80 orang penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah.

Sehubungan dengan itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat turut mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang dalam Tabung Rumah As-Sakinah tersebut.

“Saya selaku pemimpin masyarakat di kawasan ini mengalu-alukan pada para dermawan yang ingin turut turun menyumbang masih boleh terus menyumbang kepada Tabung Rumah As Sakinah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim Papar, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah Haji Samin Ongki berkata dalam ucapannya turut merakamkan terima kasih kepada pihak Datuk Shahelmey selaku pemimpin masyarakat di kawasan itu, pihak pengurusan rumah As-Sakinah dan individu-individu yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan sumbangan untuk anak-anak rumah As-Sakinah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/10/penghuni-rumah-anak-yatim-asnaf-as-sakinah-bakal-miliki-rumah-baharu/feed/ 0 30621
PRU15: Libaran bakal miliki mercu tanda baharu https://sabahmedia.com/2022/11/15/pru15-libaran-bakal-miliki-mercu-tanda-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/11/15/pru15-libaran-bakal-miliki-mercu-tanda-baharu/#respond Tue, 15 Nov 2022 04:07:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24636
Read Time:1 Minute, 25 Second

SANDAKAN : Libaran bakal memiliki satu mercu tanda baharu menerusi pembinaan sebuah jambatan yang akan direalisasikan tidak lama lagi.

Jambatan tersebut adalah sebahagian daripada projek pembinaan jalan diantara Semawang ke Kuala Gum-Gum.

Calon Barisan Nasional (BN) Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, majlis pecah tanah jambatan itu sepatutnya diadakan pada 15 November, tetapi ditangguhkan kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kalau semua pernah nampak satu jalan diantara Johor dan Desaru, itulah jambatan yang akan kita buat di sini. Majlis pecah tanah telah ditangguhkan sebab PRU-15, tetapi mungkin akan dibuat pada 15 Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Sentuhan Kasih bersama penduduk Kampung Pangkalan Baru di Pekan Muhibbah, Rancangan Sungai Manila, pagi tadi.

Suhaimi berkata pembinaan jalan raya dan jambatan itu sekaligus akan membantu membangunkan industri pelancongan di Sungai Manila.

Katanya, ke arah itu beliau bersama ADUN Sungai Manila, Mokran Ingkat berusaha untuk melengkapkan prasarana di kawasan tersebut termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Kami mahu membangunkan tempat ini untuk pelancongan ‘river cruise’. Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya berharap tempat ini akan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mampu menarik kehadiran pelancong luar.

“Ini kerana kita tahu kawasan Sungai Manila ini kaya dengan pelbagai sumber alam yang sepatutnya kita dedahkan kepada negara luar,” jelasnya.

Serentak itu, Suhaimi mengajak penduduk Sungai Manila agar meneruskan sokongan kepada BN untuk memimpin kerajaan bagi memastikan semua yang dirancang akan dapat direalisasikan.

Jelasnya, usaha itu tidak boleh direalisasikan dalam sekelip mata umpama membuat permintaan dengan lampu Aladdin.

“Kita akan rancang dan pastikan perancangan itu dilaksanakan. Kita mahu memacu ekonomi di Libaran yang boleh memberi impak kepada penduduk secara keseluruhannya. Tetapi kita (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada 19 November ini,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/15/pru15-libaran-bakal-miliki-mercu-tanda-baharu/feed/ 0 24636