PUTATAN: Warga Putatan bakal menikmati kemudahan mini stadium baharu yang menelan kos RM7.89 juta dijangka siap pada 26 Januari 2025.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, satu khabar gembira bagi warga putatan kerana mereka telah lama menanti bermulanya pembinaan mini stadium ini.
“Projek menaiktaraf dan membaikpulih mini stadium yang menelan kos RM7.89 juta, pembinaannya dalam tempoh 18 bulan iaitu bermula dari 27 Julai 2023 dan dijangka siap pada 26 Januari 2025.
“Kita berharap bahawa pembinaan projek ini mengikut spesifikasi dan juga kualiti yang ditetapkan, oleh itu saya menyeru kepada pihak yang terlibat kontraktor, juru perunding, pegawai-pegawai kerajaan untuk bersikap proaktif dalam pelaksanaan projek ini yang mempunyai satu jangka masa yang agak pendek juga iaitu selama 18 bulan untuk disiapkan.
“Jadi kunci untuk berjayanya projek ini adalah pengurusan projek yang cekap,” kata Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Tapak Projek Cadangan Menaiktaraf dan Membaikpulih Mini Stadium Majlis Daerah Putatan di sini, hari ini.
Menurutnya, mini stadium tersebut akan ada disediakan trek larian dengan permukaan sintetik yang diiktiraf oleh International Association of Athletics Federations (IAAF) dan juga lampu untuk acara pada sebelah malam. Selain itu fasiliti balapan juga turut disediakan.
“Ini apabila siap mini stadium bersama trek dan juga padang yang baharu nanti maka masyarakat Putatan termasuklah sekolah-sekolah dan semua penggiat aktiviti-aktiviti sukan trek dan balapan akan mempunyai kemudahan di Daerah Putatan kelak,” katanya.
]]>KOTA KINABALU: Kelab golf tertua di Sabah iaitu Kinabalu Golf Club (KGC) bakal mendapat limpahan manfaat daripada pembangunan Tanjung Aru Eco Development (TAED).
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, pada masa yang sama, KGC akan memberi nilai tambah kepada TAED dan pembangunan sekitarnya.
“Seperti kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri akan meneruskan pembangunan TAED. Apabila TAED siap kelak beserta dengan pembangunan infrastruktur yang canggih dan moden, saya pasti KGC akan turut mendapat manfaat yang akan melonjakkan imej dan nilai keahlian KGC.
“Pada masa ini, KGC dizonkan sebagai ‘Green Belt” dan sudah tentunya kewujudan KGC akan memberi nilai tambah kepada TAED dan pembangunan sekitarnya,” katanya ketika merasmikan Hari KGC di kelab tersebut di Tanjung Aru, di sini, hari ini.
Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) turut menyokong hasrat yang disuarakan oleh Presiden KGC, Datuk Joannes Solidau untuk berkerjasama dengan TAED bagi mendapatkan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk memberikan tanah bagi pembinaan 9 lubang lagi supaya KGC menjadi padang golf 18 lubang (18-hole golf course).
“Walaupun saya tidak mempunyai maklumat samada terdapat lagi kawasan tanah kerajaan yang berhampiran yang boleh dijadikan sebagai padang golf, tetapi saya secara peribadi amat menyokong cadangan tersebut. Apa yang penting adalah usaha dan perancangan yang baik dan konsisten daripada KGC.
“Dalam pengamatan saya, KGC mempunyai potensi baik untuk mengharumkan lagi reputasi Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang sejahtera, menarik dan sebagai destinasi pelancongan dari luar dan dalam negara. Penganjuran kejohanan golf seperti KGC Open, Senior Open dan Ladies & Youth Open Golf Tournament sudah tentu boleh membantu Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan lagi sektor pelancongan golf (golf tourism),” katanya.
Menurut beliau, KKTP melalui Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah sedang berusaha untuk mengutamakan kebersihan dan keceriaan di setiap bandar dan pekan di seluruh Sabah.
“Usaha tersebut tidak akan mencapai matlamatnya tanpa kerjasama semua pihak termasuk kelab-kelab golf di seluruh Sabah. Oleh itu, saya mempunyai keyakinan tinggi kepada pihak pengurusan KGC dan ahli-ahli KGC untuk meneruskan program-program yang mampan bagi menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.
Dr. Joachim yang juga merupakan ahli KGC turut berbangga dan mengalu-alukan usaha AJK KGC menganjurkan Hari KGC dan mengisinya dengan aktiviti menanam pokok, gotong-royong membersih dan menutup divot-divot di padang golf dan perasmian pembukaan Buggy Shed.
Selain itu, turut diadakan pertandingan golf 9 lubang menggunakan 3 batang kayu golf dan putter.
Hari KGC diadakan dengan objektif utamanya untuk memperingati penubuhannya yang telah dicatatkan pada bulan Mac 1933., iaitu 90 tahun yang lalu.
Kedudukan KGC yang berhampiran dengan laut dan Pusat Bandaraya Kota Kinabalu amat strategik dan menjadi aset utama bukan sahaja kepada kelab tersebut tetapi juga kepada Bandaraya Kota Kinabalu dan Negeri Sabah.
Terdahulu, Joannes dalam ucapannya berkata, selain untuk memperingati penubuhan KGC, Hari KGC juga bertujuan untuk memperbaharui dan meningkatkan semangat kerjasama dan silatulrahim di kalangan ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.
“Salah satu keunikan dan kebaikan KGC adalah kemesraan dan sikap toleransi yang tinggi dikalangan ahli-ahli KGC. Selama saya menjadi ahli KGC hampir 30 tahun, saya rasa selesa dengan suasana yang harmoni tanpa wujudnya diskriminasi dan amalan berpuak-puak. Suasana ini harus kita kekalkan dan pelihara supaya KGC terus menjadi sebuah Kelab Golf yang ideal dan pilihan terbaik,” katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada semua yang menderma pokok dan bunga yang ditanam pada hari tersebut.
]]>TONGOD: Satu lagi projek pembangunan menjadi mercu tanda daerah Tongod apabila Kerajaan Negeri bersetuju mewujudkan pekan baharu di daerah itu.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, RM6 juta telah diperuntukan untuk membina dua deret kedai bertingkat mengandungi 12 unit di atas tapak seluas 6.24 ekar.
Katanya, bagi fasa pertama sebanyak enam unit akan mula dilaksanakan pada awal tahun ini sebaik sahaja juru perunding menperolehi kelulusan dari Majlis Daerah Tongod.
“ Pelan cadangan projek komersial itu telahpun siap sepenuhnya dan kita telahpun mendapat tempahan awal daripada syarikat pasaraya termasuk restoran KFC,” katanya sejurus melawat tapak Projek Pekan Baharu Tongod, semalam.
Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Kuamut, yakin daerah Tongod mampu menjana lebih banyak program pembangun untuk tempoh lima tahun ke hadapan memandangkan daerah itu terletak di bawah program koridor pembangunan “Sabah Maju Jaya”
Menurut beliau, sebaik sahaja projek komersial itu didirikan, maka akan menyusul satu lagi projek perumahan kos rendah melibatkan 50 unit yang terletak bersebelahan bangunan kedai bertingkat tersebut.
Perumahan kos rendah itu kelak akan dibina secara berfasa dan akan dijual kepada orang awam yang berkelayakan dengan harga di bawah RM50 ribu.
Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping, Pengurus Bahagian Komersial, Della Sindul berserta para pegawai kanan LPPB turut serta dalam lawatan tapak tersebut.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Perpustakaan Islam Sabah bakal dilancarkan pada bulan Ramadan tahun ini sebagai tempat rujukan bagi bidang-bidang teras serta disiplin ilmu Islam.
Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perpustakaan yang dibina ini adalah menjadi pusat rujukan buku-buku keilmuan Islam antarabangsa dan nusantara namun perpustakaan ini juga tidak terhad kepada penyediaan bahan bacaan kepada umat Islam tetapi sebagai pusat kepada pembudayaan minat terhadap bidang ilmu dan lambang kekuatan intelek masyarakat Islam di negeri ini.
“Buku-buku rujukannya adalah dari kitab-kitab yang muktabar dan terkenal dalam bidang keilmuan Islam.
“Manakala hasil seni kaligrafi khat peringkat Asean telah kita kumpulkan untuk diletakkan di dalam galeri Perpustakaan Islam ini,” kata Arifin pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Tugas-Tugas Khas 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.
Menurut Arifin, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak Universiti Al-Azhar untuk membolehkan salinan tesis-tesis doktor falsafah (PhD) yang dihasilkan sarjana Islam di universiti itu sejak awal penubuhan universiti berkenaan dan akan ditempatkan di Perpustakaan Islam Sabah sebagai bahan rujukan.
“Setakat ini sebahagian besar bahan-bahan dari dalam negara sudah disediakan hanya bahan dari luar negara belum diterima”, jelasnya.
Dalam pada itu, katanya perpustakaan yang terletak berhampiran Masjid Negeri Sabah itu akan diurus secara sistematik dengan pembangunan koleksi, pengkatalogan dan sirkulasi.
]]>KOTA KINABALU: Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM) dijangka menarik seramai 800 peserta dalam acara sukan larian denai yang akan diadakan di Kiulu pada bulan Mac, tahun ini.
Acara ekstrem tersebut akan menyaksikan pelari marathon menguji ketahanan dan stamina apabila mereka berlumba di denai, melepasi beberapa beberapa buah kampung.
Acara itu turut disokong oleh Lembaga Pelancongan Sabah dan dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 20 Mac.
Pengarah perlumbaan BUTM, Claus Pedersen, berkata seramai 400 orang telah mendaftar untuk maraton setakat ini, dengan 25 daripadanya adalah warga asing.
“Cabaran larian Ultra Trail terakhir diadakan pada tahun 2020, sejurus sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pada masa itu, terdapat 1,600 peserta tempatan dan antarabangsa.
“Kali ini, kami menghadkan acara larian maraton kepada 200 peserta setiap kategori disebabkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya, sambil menambah terdapat empat kategori dipertandingkan dalam acara BUTM iaitu 100KM, 50KM, 30KM dan 9KM.
Pedersen berkata peserta antarabangsa yang telah mendaftarkan diri dipercayai golongan ekspatriat yang menetap di Malaysia dan mereka adalah dari negara Australia, Jerman, Jepun, Afrika Selatan, Rusia, Romania, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Katanya, Kiulu kekal sebagai lokasi pilihan BUTM kerana reputasinya sebagai destinasi eko-pengembaraan dan jaraknya yang dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu.
Baru-baru ini, jawatankuasa BUTM yang diketuai oleh Pedersen bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, untuk memberi taklimat mengenai acara sukan yang akan datang itu.
Pedersen memberi jaminan bahawa SOP yang ketat akan dilaksanakan, dan semua peserta dikehendaki menjalani ujian calitan Covid-19 untuk mencegah jangkitan.
Sementari itu, Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, berkata BUTM bukan sekadar acara sukan tetapi juga menjadi tarikan utama pelancongan.
“Ini sangat menarik untuk Sabah dan Kiulu khususnya kerana acara BUTM membolehkan peserta menerokai destinasi luar bandar sambil menyertai aktiviti sukan luar dan menikmati udara segar serta pemandangan sungai dan alam semula jadi.
“Kiulu terkenal dengan konsep pelancongan berasaskan komuniti. Komuniti boleh menggunakan peluang ini untuk mempromosikan kampung, inap desa dan budaya mereka agar peserta tinggal lebih lama dan dapat menikmati destinasi luar bandar di negeri ini.
“Selain menggalakkan rakyat Malaysia melawat Sabah, kita juga melihat golongan ekspatriat sebagai bakal pelancong ketika sempadan antarabangsa masih ditutup. Oleh itu, kita mesti terus mempromosikan apa-apa acara yang berpotensi menarik minat kumpulan ekspatriat untuk datang ke Sabah,” katanya.
Pendaftaran BUTM 2022 dibuka sehingga Februari, dan prosedur pendaftaran boleh didapati di https://www.borneoultra.com/butm/registration.
]]>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka akan melahirkan seramai 4,405 graduan dalam pelbagai bidang kepakaran bagi tahun 2021.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail berkata, daripada keseluruhan jumlah tersebut, 521 pelajar terdiri daripada graduan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
“Bagi pelajar di peringkat prasiswazah, dijangka 3,663 graduan akan menerima skrol ijazah sarjana muda, di samping 134 graduan di peringkat diploma, dan 87 graduan peringkat Diploma Pascasiswazah.
“Ini merupakan usaha berterusan universiti bagi memenuhi keperluan negara dan tuntutan masyarakat bagi menghasilkan graduan yang berkepakaran dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu,” katanya.
Beliau berkata demikian satu kenyataan di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Rasid memaklumkan, senarai muktamad para graduan itu akan diisytiharkan Yang DiPertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun (Dr.) Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin sebelum penghujung tahun 2021.
“Untuk makluman, istiadat konvokesyen yang biasanya diadakan pada bulan November setiap tahun ditangguhkan berikutan ancaman dan isu keselamatan ekoran penularan pandemik Covid-19.
“Dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kelancaran dan hal-hal keselamatan yang saya nyatakan tadi, maka majlis istiadat konvokesyen bagi graduan UMS 2021 dirancang untuk dilaksanakan pada Jun 2022,” jelas Rasid.
Sementara itu, hampir kesemua 4,639 graduan prasiswazah dan pascasiswazah UMS yang diisytiharkan Canselor UMS pada 30 Disember 2020 telah pun menerima skrol dan transkrip keputusan masing-masing.
Menurut Rasid, skrol tersebut dihantar melalui pos, dan terdapat juga yang hadir mengambil sendiri di UMS.
“Satu berita gembira untuk graduan yang tamat pengajian pada tahun berkenaan, UMS merancang untuk mengadakan majlis istiadat konvokesyen bagi kesemua anda pada bulan Mac 2022.
“Penangguhan majlis ini, yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan November 2020 adalah disebabkan halangan dan isu keselamatan kesihatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Jika keadaan mengizinkan, majlis istiadat konvokesyen bagi graduan tahun 2022 pula akan dilaksanakan pada bulan November, sekali gus menjadikan tiga majlis konvokesyen diadakan UMS pada tahun hadapan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rasid turut memaklumkan bahawa komposisi graduan UMS adalah terdiri daripada 40-45 peratus berasal dari luar Sabah, termasuk pelajar antarabangsa.
“Justeru, keadaan ini memerlukan perancangan yang lebih rapi, berbanding rakan Istitusi Pengajian Tinggi yang lain terutama keperluan perjalanan dan pergerakan rentas negeri dalam kalangan graduan dan keluarga mereka.
“Pada masa ini, semua proses persiapan sedang giat dijalankan, dan harapan kita semoga ketiga-tiga istiadat majlis konvokesyen UMS ini dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang dibuat,” katanya.
]]>8 Jun 2021
Normimie Diun
BEAUFORT: Tidak serik atas kesalahan kes jenayah lampau, seorang lelaki bekas banduan bakal dikenakan hukuman penjara selepas memecah masuk sebuah restoran di sini.
Dalam kejadian Ahad lalu, suspek berumur 38 tahun itu telah memecah masuk sebuah restoran hasil aduan dari pemilik premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh di dalam premis terbabit termasuk mengesan cap jari suspek.
Setelah pihak polis mengenalpasti segala maklumat, suspek berjaya ditahan di Anjung Jaya di sini kira-kira jam 8 malam.
Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, akhirnya suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan dan telah menjual semua barangan yang dicuri di sekitar daerah ini.
“Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuklah tiga projektor TV, mesin pencetak, basikal jenis Mountain Bike, balang berisi duit syiling dan empat kanvas.
“Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai empat kes jenayah lampau dan pernah dijatuhi hukuman sebelum ini,” katanya.
Tambahnya, suspek akan dirujuk ke mahkamah untuk mendapatkan kelulusan permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
]]>