Bakar isteri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Sep 2025 13:19:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bakar isteri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes bakar isteri, suami dipenjara 33 tahun https://sabahmedia.com/2025/09/30/kes-bakar-isteri-suami-dipenjara-33-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/09/30/kes-bakar-isteri-suami-dipenjara-33-tahun/#respond Tue, 30 Sep 2025 12:56:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82270
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang membakar isterinya sehingga mengakibatkan maut dalam satu kejadian di Keningau tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 33 tahun atas kesalahan membunuh oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng memerintahkan Patersius Juliteh @ Julit, 52, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapannya pada 3 Februari 2024.

Memandangkan tertuduh berusia lebih 50 tahun, tertuduh terlepas daripada hukuman sebat selaras dengan Seksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Patersius bersalah membunuh isterinya, Sansiah Tinggian, 41, pada 2 Februari 2024, kira-kira jam 11 malam, di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Tinagalan Sook, Keningau.

“Selepas meneliti semua keterangan dan mengambil kira hujahan daripada peguam bela serta timbalan pendakwa raya pada akhir perbicaraan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh mengikut pertuduhan tanpa keraguan munasabah.

“Secara khusus, mahkamah mendapati mangsa ialah Sansiah Tinggian, yang meninggal dunia akibat kecederaan dan komplikasi daripada kesan melecur teruk selepas dibakar oleh tertuduh dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu amat berbahaya serta berkemungkinan besar menyebabkan kematian atau kecederaan parah yang boleh membawa maut,” kata hakim.

Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun. Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, pesalah lelaki bawah umur 50 tahun hendaklah dihukum dengan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah antara lain mengambil kira cara pembunuhan dilakukan serta penderitaan yang dialami mangsa sebelum meninggal dunia.

Semasa rayuan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili tertuduh memohon budi bicara mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara dan bukannya hukuman mati.

Abdul Fikry antara lain berhujah bahawa tertuduh adalah pesalah kali pertama dan tiada niat untuk membunuh serta tiada perancangan awal bagi melakukan jenayah tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati dengan mengambil kira keseriusan kes itu serta kepentingan awam.

Dacia menegaskan mahkamah perlu menghantar mesej jelas bahawa sebarang keganasan dalam keluarga akan menerima hukuman paling berat.

“Tiada sesiapa seharusnya berasa tidak selamat di rumah sendiri,” katanya.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan semasa perbicaraan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/30/kes-bakar-isteri-suami-dipenjara-33-tahun/feed/ 0 82270
13 Mac untuk keputusan kes suami bakar isteri hingga mati https://sabahmedia.com/2025/02/12/13-mac-untuk-keputusan-kes-suami-bakar-isteri-hingga-mati/ https://sabahmedia.com/2025/02/12/13-mac-untuk-keputusan-kes-suami-bakar-isteri-hingga-mati/#respond Wed, 12 Feb 2025 09:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68533
Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac ini bagi keputusan sama ada seorang petani yang didakwa membakar isterinya hingga maut di Keningau tahun lepas perlu membela diri atas pertuduhan membunuh.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka pada Selasa dengan memanggil tujuh saksi.

Tertuduh, Patersius Juliteh @ Julit, 50, didakwa membunuh isterinya, Sansiah Tinggian, 41, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tingalan, Sook, pada 2 Februari 2024, kira-kira jam 11 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah mewakili tertuduh, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa meninggal dunia akibat melecur di Hospital Keningau pada 3 Februari 2024 selepas dipercayai dibakar susulan pertengkaran dengan suaminya ketika mereka sedang minum tapai di rumah.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, sebelum ini memaklumkan bahawa anak perempuan pasangan itu yang berusia 16 tahun berjaya menyelamatkan dua adiknya daripada kebakaran yang memusnahkan rumah kayu mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/12/13-mac-untuk-keputusan-kes-suami-bakar-isteri-hingga-mati/feed/ 0 68533