Bakar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 02:51:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bakar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua AMK Keadilan Kecam Tindakan Bakar Karikatur Wajah PM https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/#respond Mon, 23 Jun 2025 02:51:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76001
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim mengecam tindakan peserta demonstrasi di Sabah yang membakar karikatur menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkannya sebagai “biadab” dan “berlebihan”.

Menurut Kamil, aksi tersebut bukan sahaja mencemarkan semangat demokrasi, malah menggambarkan kegagalan penunjuk perasaan untuk menyampaikan hujah secara matang dan bertanggungjawab.

“Tindakan ini berlebihan dan biadab. Ia tidak boleh dianggap sebagai protes aman kerana membahayakan diri dan orang awam. Lebih parah, ia langsung tidak memahamkan masyarakat umum tentang mesej yang ingin disampaikan,” kata Kamil dalam satu kenyataan

“Paling utama, ini tanda kekalahan dalam perlawanan hujah. Hanya aksi kosong untuk kelihatan berani bagi mencuri perhatian,” tambahnya.

Kamil yang juga setiausaha politik kepada perdana menteri di Kementerian Kewangan berkata beliau akan menolak pendekatan sedemikian tanpa mengira siapa yang menjadi sasaran aksi tersebut.

“Muka sesiapa pun (saya tak setuju). Saya secara peribadi menolak pendekatan seperti ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah turut  tampil menyatakan pendirian tegas menolak tindakan membakar lukisan karikatur yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang diadakan baru-baru ini.

karikatur yang dibakar kumpulan benci rasuah semalam

Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak menghormati prinsip perbezaan secara matang dan beradab, malah bertentangan dengan semangat serta sejarah panjang perjuangan Perdana Menteri dalam menentang rasuah dan salah guna kuasa sejak era 1998.

Beliau menegaskan bahawa AMK Sabah kekal komited menjadi suara progresif anak muda yang memperjuangkan agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembinaan Malaysia yang adil serta bersih.

Semalam tular video Insiden tersebut yang berlaku pada penghujung protes pelajar anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah di Kota Kinabalu.  Karikatur yang dibakar itu turut disertakan kain rentang bertulis “Madani Pelindung Rasuah Sabah”, sebagai kritikan kepada pentadbiran Anwar yang didakwa gagal menunaikan janji reformasi institusi.

Jurucakap kumpulan itu, Fadhil Kasim berkata tindakan tersebut bertujuan menggariskan kekecewaan rakyat terhadap beberapa pelantikan kontroversi, termasuk perlantikan semula Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/feed/ 0 76001
Kes bakar isteri, petani diperintah bela diri atas tuduhan bunuh https://sabahmedia.com/2025/03/13/kes-bakar-isteri-petani-diperintah-bela-diri-atas-tuduhan-bunuh/ https://sabahmedia.com/2025/03/13/kes-bakar-isteri-petani-diperintah-bela-diri-atas-tuduhan-bunuh/#respond Thu, 13 Mar 2025 09:51:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70327
Read Time:51 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang petani yang didakwa membakar isterinya hingga maut di Keningau tahun lalu diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Patersius Juliteh @ Julit, 50.

Mahkamah menetapkan 21 Mac ini untuk perbicaraan peringkat pembelaan bagi tertuduh.

Patersius didakwa membunuh isterinya, Sansiah Tinggian, 41, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tingalan, Sook, pada 2 Februari 2024, kira-kira jam 11 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah mewakili tertuduh, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus.

Seramai tujuh orang saksi dipanggil semasa perbicaraan peringkat pendakwaan.

LINK BERITA TERDAHULU:

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/13/kes-bakar-isteri-petani-diperintah-bela-diri-atas-tuduhan-bunuh/feed/ 0 70327
Keputusan cemerlang SPM kakak bakar semangat 3 beradik daki bukit ikuti kelas dalam Talian https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/#respond Sun, 20 Jun 2021 04:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1600
Read Time:1 Minute, 34 Second

Bernama

PAPAR: Keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kakak mereka membakar semangat tiga beradik untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga sanggup mendaki bukit hampir setiap hari bagi mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira 2km dari kampung mereka di Kopozon Gana, semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet.

Mereka kebiasaannya memulakan PdPR seawal 8 pagi, dan mereka nekad untuk melakukan terbaik bagi mengikut jejak langkah kakak mereka Debra Penny David, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Dona Fiona berkata, mereka tiga beradik kebiasaannya akan ditemani bapa mereka, David Lamaris, 57, dan ibu Rosalia Onlon, 46, dan akan menghabiskan masa sehingga lewat petang sekiranya cuaca baik untuk menghantar kerja sekolah.

“Rasa putus asa memang ada, rasa macam saya malas sudah mahu ikut PdPR tapi lepas saya nampak keputusan kakak, saya pun rasa mahu macam dia

“Kalau setiap kali PdPR kami mesti naik di sini, untuk hantar tugasan paling kurang satu minggu tiga kali,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rosalia berkata, anak-anaknya terpaksa ke bukit berkenaan kerana hanya kawasan itu mempunyai isyarat Internet yang baik.

“Memang di sini saja yang ada isyarat Internet, mula-mula kami penoreh getah di sini…jadi kami suka-suka tengok macam mencari-cari ‘line’…tiba-tiba di sini ada isyarat penuh.

“Jadi (mereka) fikir mahu belajar di sini, sebab itulah kami buka pondok, dahulu kami menoreh getah tiada pondok,” katanya.

Kata David pula, disebabkan hanya bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik, mereka telah membersihkan kawasan berkenaan, malah lebih ramai pelajar lain dari kampung itu yang datang ke sini untuk mengikuti PdPR.

“Budak-budak ramai datang ke bukit berkenaan sejak PKP pertama kerana bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik dan ia berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/feed/ 0 1600