Bakau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 May 2025 12:12:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bakau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 850 pokok bakau ditanam di kawasan tanah lembab KKIP https://sabahmedia.com/2025/05/08/850-pokok-bakau-ditanam-di-kawasan-tanah-lembab-kkip-sejak-tiga-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2025/05/08/850-pokok-bakau-ditanam-di-kawasan-tanah-lembab-kkip-sejak-tiga-tahun-lalu/#respond Thu, 08 May 2025 12:11:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73438
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sebanyak 850 pokok bakau telah ditanam di kawasan tanah lembab Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sejak Disember 2022 sebagai usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Josie bergambar bersama yang hadir dalam sebelum aktiviti menanam bermula.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Josie Lai berkata,, pelbagai isu alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran dan kehilangan biodiversiti memberi kesan langsung kepada manusia dan sumber semula jadi. Justeru itu, program seperti penanaman pokok bakau sangat signifikan kerana hutan paya bakau bukan sahaja menjadi habitat penting ekosistem marin, tetapi juga bertindak sebagai penyerap karbon yang efektif.

“Kerajaan negeri komited memastikan pembangunan di Sabah menitikberatkan aspek kelestarian alam sekitar melalui pelbagai dasar termasuk Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah 2017. Ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, NGO dan sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penanaman Pokok Bakau Sempena Sambutan Hari Bumi 2025 di Skim Penempatan Semula Fasa 1 di  KKIP. Pada majlis itu, sebanyak 350 anak pokok ditanam oleh seramai seratus peserta daripada 40 organisasi merangkumi agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak industri, sekolah dan komuniti setempat.

Josie turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif seperti Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), serta amalan pengurusan kendiri alam sekitar (Environmental Self-Regulation – ESR) oleh pihak industri.

Tanbahnya lagi, dalam usaha memperkukuhkan pengurusan alam sekitar di KKIP, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) dan KKIP Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2022. Kerjasama ini merangkumi pelaksanaan program kesedaran, latihan pengurusan alam sekitar dan pematuhan syarat alam sekitar oleh syarikat di kawasan berkenaan.

Program hari ini merupakan kesinambungan daripada Program Kesedaran Alam Sekitar Sungai Telipok yang dilaksanakan pada 2023 dan 2024, dan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti, agensi dan pihak industri sekitar KKIP.

“Menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya ia memerlukan komitmen bersama daripada semua pihak,” kata Josie, sambil menyeru agar kerjasama seperti ini terus diperkukuh demi kesejahteraan alam sekitar di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/08/850-pokok-bakau-ditanam-di-kawasan-tanah-lembab-kkip-sejak-tiga-tahun-lalu/feed/ 0 73438
Program Komuniti Pintar: Memulihkan ekosistem bakau di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/08/27/program-komuniti-pintar-memulihkan-ekosistem-bakau-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/08/27/program-komuniti-pintar-memulihkan-ekosistem-bakau-di-sandakan/#respond Tue, 27 Aug 2024 08:11:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59744
Read Time:1 Minute, 25 Second

SANDAKAN: Sebanyak 2,000 anak benih pokok bakau Bankita (Rhizophora apiculata) ditanam di Hutan Simpan Sungai Gum Gum dan Sungai Loboh di sini, hari ini (27 Ogos).

Para peserta merakamkan gambar kenangan semasa program pemulihan ekosistem bakau di Sandakan hari ini.

Usaha murni pemulihan ekosistem bakau ini dilaksanakan melalui Program Komuniti Pintar (Smart Community Programme) bertemakan ‘Tanam Bakau, Tanam Harapan Demi Masa Depan dan SDG’.

Program ini merupakan kerjasama strategik antara Pusat Penyelidikan Perhutanan Sandakan Sabah (FRC) dan International Society Mangrove Ecosystem (ISME), dengan penyertaan aktif daripada wakil Jabatan Perhutanan, Dr. Joseph Tangah, Timbalan Ketua (Pentadbiran & Pembangunan) FRC yang juga merupakan ahli ISME.

Seramai 251 peserta termasuk pegawai pengiring dan peserta Festival Agromakanan dan Bioteknologi (FAMB) 2024 daripada Politeknik dan Kolej Komuniti menyertai program ini.

Program ini bukan sahaja memberi fokus kepada pemuliharaan ekosistem bakau, malah turut menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 14 yang menekankan kepentingan tadbir urus marin dan pantai.

Usaha pemulihan hutan bakau juga sejajar dengan SDG lain termasuk membasmi kemiskinan dan kelaparan (SDG 1 dan 2), memastikan pertumbuhan ekonomi dan mata pencarian mampan (SDG 8), serta menghentikan kehilangan biodiversiti bakau.

Program ini telah memberi pelbagai impak positif, antaranya melatih dan memberi pendedahan kepada peserta terlibat mengenai kepentingan, teknik penanaman dan penjagaan pokok bakau, memupuk kesedaran tentang pentingnya memelihara ekosistem bakau demi kesejahteraan generasi akan datang.

Selain itu program ini juga memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, dan NGO dalam usaha pemulihan hutan bakau dan mencapai SDG.

Program Komuniti Pintar ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pemuliharaan alam sekitar pada masa akan datang.

Kerjasama erat antara pelbagai pihak adalah kunci kejayaan dalam memastikan kelestarian ekosistem bakau dan mencapai matlamat pembangunan mampan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/27/program-komuniti-pintar-memulihkan-ekosistem-bakau-di-sandakan/feed/ 0 59744