Bakti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Feb 2022 07:07:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bakti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sumbangan Khidmat, Bakti dan Pengorbanan Para Pesara Tetap Akan Dikenang – Jonathan https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/ https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/#respond Fri, 04 Feb 2022 07:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11878
Read Time:1 Minute, 20 Second

RANAU: Segala sumbangan khidmat, bakti dan pengorbanan para pesara sama ada dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri atau swasta dalam aspek pembangunan masyarakat dan negara tetap akan dikenang selamanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, meskipun mereka sudah bersara namun khidmat serta sumbangan mereka terhadap komuniti setempat amat diperlukan dan dihargai.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau menerima kunjungan hormat dari lapan orang Jawatankuasa  tertinggi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Daerah (5PMD) Ranau di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Jumaat. (4 Feb)

Dalam pertemuan itu, Jonathan menyatakan kepada para ahli persatuan itu agar sentiasa memupuk dan mengekalkan perpaduan serta persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Para pesara juga boleh mempelbagai aktiviti seperti membantu sekolah melaksanakan bimbingan atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian kepada kanak-kanak yang memerlukan disesebuah sekolah”, jelasnya sambil meluluskan RM10 ribu kepada tabung 5PMD untuk menampung kos program atau aktiviti persatuan.

Sementara itu, Pengerusi 5PMD Ranau, Deen Erwan Gunda turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana sudi meluangkan masa menerima kunjungan hormat yang julungkali diadakan itu.

“Kunjungan ini diharap menjadi landasan mengeratkan pepaduan dikalangan ahli persatuan dengan Datuk Jonathan dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau seluruhnya.

“Saya mewakili Jawatankuasa Tertinggi dan para ahli persatuan merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangannya kepada tabung persatuan.

“Sumbangan RM10 ribu  itu amat bermakna kepada persatuan  menjayakankan program terutama untuk kami sumbangkan kepada keluarga ahli yang yang meninggal dunia serta sumbangan kebajikan yang lain seperti warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan,” jelas Deen.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/feed/ 0 11878
Sumbangan Bakti 132 Individu Diiktiraf https://sabahmedia.com/2021/12/01/sumbangan-bakti-132-individu-diiktiraf/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/sumbangan-bakti-132-individu-diiktiraf/#respond Wed, 01 Dec 2021 10:48:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9149
Read Time:53 Second

SANDAKAN: Kerajaan Sabah hari ini mengiktiraf dan menghargai sumbangan bakti 132 individu.

Semua individu tersebut dianugerahkan darjah kebesaran masing-masing oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah.

Hadir menyerikan istiadat di Dewan Masyarakat Sandakan ialah isteri Tun Juhar iaitu Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Dalam istiadat berkenaan, enam daripadanya dianugerahkan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) yang didahului Ketua Bahagian Sungai Sibuga Parti Bersatu Sabah, Sariah Duling.

Diikuti 24 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 43 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 44 penerima Bintang Kinabalu dan 15 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Antara penerima ADK ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum-Gum, Kamal Said.

Sementara, penerima BSK pula antaranya ialah Guru Besar SK St Monica, Nukilis Gampilid, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Faridah Giau dan Pegawai Undang-Undang MPS, Sapiah Aliasa.

Empat warga Jabatan Penerangan Negeri Sabah juga turut dikurniakan BK iaitu Pegawai Penerangan Daerah, Abdul Aziz Abdul Karim bersama-sama tiga Juruaudio Visual (JAV), Umar Yusof dan Roslih Suhaili serta Pembantu Operasi, Masran Aking. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/sumbangan-bakti-132-individu-diiktiraf/feed/ 0 9149