bakul makanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Mar 2025 07:16:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bakul makanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 70 ibu tunggal, warga emas terima bantuan bakul makanan https://sabahmedia.com/2025/03/30/70-ibu-tunggal-warga-emas-terima-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/70-ibu-tunggal-warga-emas-terima-bantuan-bakul-makanan/#respond Sun, 30 Mar 2025 07:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71323
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Seramai 70 ibu tunggal dan warga emas dari kategori miskin tegar menerima bantuan berupa bakul makanan dan juadah berbuka puasa dalam satu program kebajikan di sini baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Persatuan Warisan Wanita Kreatif Sabah dengan kerjasama Persatuan Wiramuda Sabah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Darau Laut itu turut mendapat sokongan daripada syarikat Sazarice Sdn Bhd, yang menyumbangkan 70 kampit beras bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat bantuan sewajarnya.

Pengerusi Persatuan Wiranita Sabah merangkap Pengerusi Persatuan Warisan Wanita Kreatif Sabah, Datin Seri Nollyzai Awang Sham berkata, program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada komuniti setempat, tetapi juga sebagai satu inisiatif kebajikan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam kehidupan seharian.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh nilai kebersamaan dalam masyarakat. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat mengurangkan beban ibu tunggal dan warga emas, terutama dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Wiranita dan Timbalan Wiranita DUN Darau, yang turut sama menyumbangkan makanan berbuka puasa kepada penerima.

Menurut Nollyzai, program kebajikan seperti ini merupakan sebahagian daripada kalender tahunan Wiranita Darau dalam usaha memperkasakan aktiviti kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Kerjasama erat antara badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, dan masyarakat setempat membuktikan bahawa kebajikan dan kesejahteraan komuniti adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau berharap agar program seperti ini dapat terus diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan serta menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan dan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam masyarakat. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/70-ibu-tunggal-warga-emas-terima-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 71323
100 Keluarga Terima Sumbangan Bakul Makanan TH https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/#respond Thu, 23 Dec 2021 08:36:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10230
Read Time:1 Minute, 2 Second

SIPITANG : Seramai 100 buah keluarga di daearah ini menerima sumbangan Bakul Makanan Tabung Haji (TH) berjumlah RM10,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan itu disalurkan kepada keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan B40 di daerah ini.

“TH menyalurkan bantuan berupa Bakul Makanan dengan memperuntukkan kira-kira RM100 kepada setiap 100 buah keluarga yang terlibat.

“Sumbangan ini terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung,gula, biskut, susu krimer manis, sardin, bihun dan mi segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan  pada Majlis Sumbangan Bakul Makanan TH di Masjid Pekan Sipitang disini hari ini.

Hadir sama  Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said serta Ketua-ketua Agensi Agama Islam Sabah.

Ahmad berkata, kerajaan terus prihatin dengn nasib rakyat khususnya golongan asnaf dan B40 di seluruh negara khususnya di kala negara sedang dilanda pelbagai musibah.

“Dengan penyerahan sumbangan Bakul Makanan TH pada hari ini adalah diharapkan dapat meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung semua,”katanya.

Sejak Januari hingga Disember 2021, TH telah menjalankan 17 program zakat yang juga sebahagian daripada inisiatif CSR.

Kesemua program ini dilaksanakan dengan jumlah peruntukan melebihi RM19 juta. Antaranya adalah Program A’fiat, Program Iqra’ TH-IPTA dan Program Mobiliti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/feed/ 0 10230
1,100 Sumbangan Bakul Makanan Sempena Deepavali Diagihkan Kepada Masyarakat India Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/01/1100-sumbangan-bakul-makanan-sempena-deepavali-diagihkan-kepada-masyarakat-india-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/01/1100-sumbangan-bakul-makanan-sempena-deepavali-diagihkan-kepada-masyarakat-india-di-sabah/#respond Mon, 01 Nov 2021 08:21:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8099
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,100 sumbangan bakul makanan akan diagihkan kepada masyarakat India di Sabah bagi membantu meringankan beban mereka akibat pandemik COVID-19, disamping sebagai persiapan merayakan sambutan Hari Deepavali.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat, terutama kumpulan B40 akibat pandemik COVID-19.

“Sumbangan bakul makanan kepada rakyat golongan B40 termasuklah masyarakat India membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat di Sabah”, kata Hajiji semasa majlis penyampaian sumbangan bakul makanan kepada masyarakat India B40 di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, hari ini.

Katanya, kerajaan melalui pelbagai agensi menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat kumpulan B40 bagi membantu meringankan sara hidup mereka.

Hajiji berkata, semangat Keluarga Malaysia yang menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment) turut diterjemahkan pada majlis hari ini.

Beliau berharap, sumbangan daripada Kerajaan Negeri ini akan memberi sinar kegembiraan kepada keluarga yang menerima sumbangan, sebagai persediaan menyambut Hari Deepavali.

“Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat India di Sabah khasnya dan di seluruh negara amnya.

“Walaupun dalam suasana yang sederhana dan masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa, kita masih berpeluang sama-sama meraikan perayaan ini melalui semangat Kebersamaan dan Kesyukuran sebagai tanda bahawa kita adalah ‘Keluarga Malaysia’,” ujarnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Ag.Sahari, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajian Am Sabah, Encik Jais Asri, Presiden Gabungkan Masyarakat India Sabah (GMIS), Datuk Nagaraju Applasamy, Sivathalayan Subramaniam (Penasihat GMIS), Setiausaha, Rishi Kumar Loganathan, Bendahari, Sukawathi Shunmugan dan wakil komuniti Sikh, Datuk Ir. Ts. Amarjit Singh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/01/1100-sumbangan-bakul-makanan-sempena-deepavali-diagihkan-kepada-masyarakat-india-di-sabah/feed/ 0 8099
Ko-Nelayan Serah 400 Bakul Makanan Di Kota Marudu & Pitas https://sabahmedia.com/2021/10/19/ko-nelayan-serah-400-bakul-makanan-di-kota-marudu-pitas/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/ko-nelayan-serah-400-bakul-makanan-di-kota-marudu-pitas/#respond Tue, 19 Oct 2021 05:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7664
Read Time:42 Second

KOTA MARUDU : Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menyerahkan 400 bakul makanan kepada penduduk di daerah ini dan Pitas.

Sumbangan khusus kepada peserta bimbingan Ko-Nelayan dan nelayan umum itu disempurnakan Pengerusi Ko-Nelayan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Mohd Arsad Bistari.

Ko-Nelayan dalam satu kenyataan menyatakan, sumbangan yang dilaksanakan di Pejabat Ko-Nelayan daerah Kota Marudu itu merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Shell Timur Sdn Bhd dengan kerjasama Ko-Nelayan.

Katanya, Shell Timur Sdn Bhd merupakan pembekal utama minyak diesel dan pelincir kepada Ko-Nelayan.

“Bantuan ini juga adalah untuk meringankan beban nelayan yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Bakul Makanan itu merangkumi keperluan asas harian seperti beras; gula; garam dan lain-lain.

Majlis penyerahan sama turut dilaksanakan di Dewan Terbuka Dataran Bengkoka Pitas, Sabah yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Ko-Nelayan Muhammad Tassan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/ko-nelayan-serah-400-bakul-makanan-di-kota-marudu-pitas/feed/ 0 7664
16 Warga JaPen Sabah Terima Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/28/16-warga-japen-sabah-terima-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/28/16-warga-japen-sabah-terima-bakul-makanan/#respond Tue, 28 Sep 2021 09:58:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6945
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Enam belas warga Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah yang terjejas pandemik Covid-19 menerima bakul makanan menerusi Program Sepakat@Komuniti.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban warganya yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Atas keprihatinan warga JaPen Sabah, kita menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 16 warga jabatan yang terjejas disebabkan Covid-19 dan golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD di kawasan kediaman masing-masing.

“Kita berharap sumbangan sebegini dapat meringankan beban yang ditanggung,” ujarnya kepada media di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Wisma Dang Bandang dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Sabah Azman Sipan dan para penerima sumbangan. –PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/28/16-warga-japen-sabah-terima-bakul-makanan/feed/ 0 6945
YNJ Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 500 Penduduk Terjejas Banjir Di Kg Sugud https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/#respond Thu, 23 Sep 2021 09:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6776
Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 500 penduduk Kampung Sugud yang terjejas banjir menerima bakul makanan.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Jeneral Al Hambra Juhar menyampaikan sumbangan tersebut di Dewan Datu Damidal, Kg Sugud.

” YNJ menyampaikan sumbangan kepada 500 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di Kg Sugud.

“Sumbangan ini hasil kerjasama dengan beberapa syarikat swasta seperti Sawit Kinabalu dan Syarikat Adabi.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir yg menimpa Kg Sugud baru-baru ini”, ujar beliau.

Al Hambra ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di sini, pada Khamis.

Tambahnya, YNJ juga merancang untuk mengedarkan sumbangan ke daerah lain yang turut terjejas akibat bencana terbabit.

Hadir sama dalam majlis ini Penaung YNJ Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Bacho Jansie dan Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. Muhamad Zahari Muhd Nasir. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/feed/ 0 6776
Golongan Memerlukan Terima Bakul Makanan Di DUN Tanjung Keramat https://sabahmedia.com/2021/09/18/golongan-memerlukan-terima-bakul-makanan-di-dun-tanjung-keramat/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/golongan-memerlukan-terima-bakul-makanan-di-dun-tanjung-keramat/#respond Sat, 18 Sep 2021 09:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6528
Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Golongan memerlukan terus disantuni dalam menjayakan konsep Malaysia Prihatin di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Ir. Shahelmey Yahya berkata, bertepatan dengan tema Hari Malaysia kali ini, Malaysia Prihatin, golongan sasar terus dibantu bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung.

Beliau yang berkesempatan melakukan lawatan dan menyampaikan bakul makanan Hari Malaysia di kawasan sekitar Putatan hari ini, turut berharap, semangat nasionalisme dapat dipupuk oleh masyarakat setempat.

“Inisiatif ini adalah menghulurkan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan juga ibu tunggal yang ada di kawasan Tanjung Keramat.

“Tujuannya adalah untuk sama-sama memberi rasa gembira dalam kita menghayati sambutan Hari Malaysia bertepatan dengan tema Malaysia Prihatin” katanya.

Katanya,  sumbangan itu merupakan insiatif bersama pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Tanjung Keramat yang turut diberikan kepada kawasan DUN Tanjung Aru dan DUN Petagas.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah turut mengadakan lawatan ke Kampung Lok Kawi Baru dan bertemu dengan para penduduk yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Kita turut melawat Kampung Lok Kawi Baru di mana kejadian banjir lumpur telah melanda kampung tersebut pada petang Rabu lalu dan dalam masa sama mendengar keluhan penduduk kampung dalam usaha membersihkan kawasan terjejas,” katanya.

Sejurus lawatan berkenaan, Shahelmey turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kampung Ulu, Putatan bagi melawat seorang belia yang koma akibat kemalangan setahun yang lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/golongan-memerlukan-terima-bakul-makanan-di-dun-tanjung-keramat/feed/ 0 6528
Mangsa Banjir Di PPS Penampang Terima Sumbangan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/17/mangsa-banjir-di-pps-penampang-terima-sumbangan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/17/mangsa-banjir-di-pps-penampang-terima-sumbangan-bakul-makanan/#respond Fri, 17 Sep 2021 11:01:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6480
Read Time:54 Second

PENAMPANG : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya hari ini turun padang hampir lebih 30 minit melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang disini petang tadi.

Beliau yang tiba di PPS berkenaan kira-kira jam 2.30 petang turut diberikan taklimat banjir daripada Pegawai Daerah Penampang Francis Chong Yi Shing dan

Hadir sama pada lawatan ke PPS itu ialah Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk Julita Majungki dan Flovia Ng, serta Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Dg. Rugayah Awg Basar.

Shahelmey berkata, sebanyak 27 buah kampung di daerah itu terlibat dalam bencana banjir dan tanah runtuh melibatkan lebih 40 buah keluarga turut terjejas.

“Walaubagaimanapun, hanya tujuh buah keluarga sahaja yang mendaftar di PPS ini yang selebihnya menumpang kediaman saudara-mara mereka.

“Semua mangsa yang ditempatkan di PPS ditempatkan di dalam ruangan khas mengikut keluarga masing-masing selain turut dibekalkan dengan makanan bermasak selama tiga hari,”katanya.

Dalam lawatan itu, kementeriannya turut menyalurkan sumbangan wang tunai dan bakul makanan bagi meringkan dan melegakan masalah yang dihadapi penduduk terjejas akibat banjir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/17/mangsa-banjir-di-pps-penampang-terima-sumbangan-bakul-makanan/feed/ 0 6480
100 Pemandu Bas Henti-Henti Terima Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/17/100-pemandu-bas-henti-henti-terima-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/17/100-pemandu-bas-henti-henti-terima-bakul-makanan/#respond Fri, 17 Sep 2021 09:05:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6471
Read Time:39 Second

SANDAKAN : Seramai 100 pemandu bas henti-henti daerah Sandakan menerima sumbangan bakul makanan menerusi Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Sempena Hari Malaysia baru-baru ini (15 September 2021).

Majlis yang diadakan di Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan itu telah disempurnakan oleh Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung.

Menurut Chin, jumlah penerima awal ini merupakan sebahagian daripada 300 penerima sumbangan secara keseluruhan yang akan disampaikan secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat swasta yang telah menyumbang dan berharap agar bantuan ini akan dapat meringankan beban pemandu yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” kata Chin.

Turut hadir, Ahli Lembaga LPKP Sabah, Desmond Ling ; Pengerusi Persatuan Bas Henti-Henti Sandakan, Mohd Harun Ramli serta wakil LPKP Sabah Cawangan Sandakan, Mohd Soffian Etting.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/17/100-pemandu-bas-henti-henti-terima-bakul-makanan/feed/ 0 6471
Dermawan Menyumbangkan Mesin Oxygen Concentrator & Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/15/dermawan-menyumbangkan-mesin-oxygen-concentrator-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/dermawan-menyumbangkan-mesin-oxygen-concentrator-bakul-makanan/#respond Wed, 15 Sep 2021 10:14:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6353
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Sabah menerima sumbangan daripada seorang dermawan, Tan Sri Lee Kim Yew berupa alat perubatan dan bakul makanan pada Rabu.

Lee menyerahkan sumbangan 30 mesin oxygen concentrator, 20,000 pelitup muka dan herba kesihatan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini.

Mesin oxygen concentrator akan digunakan di hospital-hospital di Sabah.

Hajiji juga menyampaikan 5,000 bakul makanan dari Lee kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad yang akan diedarkan ke jabatan cawangannya di Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong turut hadir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/dermawan-menyumbangkan-mesin-oxygen-concentrator-bakul-makanan/feed/ 0 6353