Balung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Nov 2025 00:29:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Balung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Calon GRS Syed Ahmad bawa penyelesaian berfasa isu infra di Balung https://sabahmedia.com/2025/11/23/calon-grs-syed-ahmad-bawa-penyelesaian-berfasa-isu-infra-di-balung/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/calon-grs-syed-ahmad-bawa-penyelesaian-berfasa-isu-infra-di-balung/#respond Sun, 23 Nov 2025 00:29:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86760
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh  Ahmad Husnayan

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Syed Ahmad Syed Ali, berikrar membawa pendekatan penyelesaian berfasa bagi menangani isu-isu kritikal yang membelenggu kawasan itu, sekiranya diberikan mandat rakyat.

Menurut beliau, isu asas seperti air, elektrik, jalan dan lampu jalan kekal menjadi rungutan utama penduduk, dan beliau mengambil pendekatan mendengar keluhan rakyat secara terus melalui program jelajah dan ceramah di sekitar Ranggu.

“Isu di Balung ini bukan mudah untuk diselesaikan kerana sebahagian berada di bawah bidang kuasa Persekutuan.

“Namun, kerajaan negeri juga ada perancangan jangka panjang. Saya sendiri ada cadangan jangka pendek bagi isu air untuk beberapa kawasan terjejas, insya-Allah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa bagi isu lampu jalan dan sebahagian jalan raya yang di bawah kuasa kerajaan Persekutuan, segala tindakan akan tertakluk kepada keputusan pihak berkenaan.

“Lampu jalan ini bukan di bawah negeri, begitu juga sebahagian jalan. Kalau jalan itu di bawah negeri, kita akan cari punca kerosakan dahulu.

“Selalunya orang repair, rosak, repair… jarang orang tanya kenapa ia rosak. Itu persoalan sebenar,” katanya.

Sebagai calon muda pertama kali bertanding, Syed Ahmad berkata beliau membawa semangat bekerja bersungguh-sungguh dan komited menyiapkan setiap tugasan sehingga selesai.

“Bila diberi tanggungjawab, saya buat sehabis baik sampai siap. Itu prinsip saya,” katanya.

Beliau juga yakin dengan kekuatan jentera GRS dan sokongan tokoh berpengaruh tempatan, termasuk bekas ADUN Balung, Datuk Hamild, Datuk Nizam serta bapanya, Datuk Seri Syed Abbas Syed Ali, untuk memastikan strategi menawan hati pengundi berjaya.

Selain itu, Syed Ahmad menekankan perhatian khusus terhadap golongan belia, yang majoritinya memerlukan peluang pekerjaan, pendidikan dan kemudahan sukan.

“Belia ini penting. Untuk menawan hati mereka, kita ada strategi step by step. GRS komited memastikan suara dan keperluan belia tidak dipinggirkan,” katanya.

Beliau menambah, pendekatan sistematik ini diharap mampu meyakinkan pengundi Balung terhadap kesungguhan dan komitmen beliau.

“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menawan hati rakyat Balung,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/calon-grs-syed-ahmad-bawa-penyelesaian-berfasa-isu-infra-di-balung/feed/ 0 86760
DUN Balung catat persaingan 11 penjuru https://sabahmedia.com/2025/11/15/dun-balung-catat-persaingan-11-penjuru/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/dun-balung-catat-persaingan-11-penjuru/#respond Sat, 15 Nov 2025 07:52:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85901
Read Time:44 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Balung muncul sebagai antara kerusi paling panas pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 apabila mencatatkan pertandingan 11 penjuru.

Pertandingan padat ini membabitkan kombinasi parti-parti utama, parti tempatan serta calon bebas, menandakan persaingan yang dijangka sengit untuk menguasai kerusi tersebut.

Calon-calon yang disahkan bertanding terdiri daripada Syed Ahmad Syed Abas (GRS), Norazizah Pelari @ Palari (RUMPUN), Chee Kheng Moi (STARSABAH) dan Rosdiansa Mohd Noor (PPRS).

Calon lain ialah, Ahmad Awang (PN), Frank Salazar @ Franco (PBK), Hartono Muhamad Juno (Warisan), Erwan Palette (BN), Shafie Hassan (Bebas), Dr. Munzier Mahamud (PN) dan Datu Ugis Datu Pula (PIS).

Pertandingan melibatkan ramai calon ini dijangka menyebabkan undi berpecah kepada pelbagai blok sokongan, sekaligus menjadikan keputusan sukar diramal.

Pemerhati politik menjangkakan Balung menjadi kerusi tumpuan kerana komposisi calon yang pelbagai serta tumpuan parti-parti besar untuk menawan kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/dun-balung-catat-persaingan-11-penjuru/feed/ 0 85901
Hamild yakin GRS mampu pertahankan DUN Balung https://sabahmedia.com/2025/10/28/hamild-yakin-grs-mampu-pertahankan-dun-balung/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/hamild-yakin-grs-mampu-pertahankan-dun-balung/#respond Tue, 28 Oct 2025 07:45:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84340
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Balung, Datuk Hamild Awang, menzahirkan keyakinan tinggi bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-17 kali ini.

Katanya, jentera GRS di kawasan itu kini berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya, dengan gerak kerja yang tersusun hingga ke peringkat akar umbi.

“Kita sudah bersiap sedia sepenuhnya. Di DUN Balung, ada enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang aktif dan masing-masing tahu peranan mereka.

“Segala program dan strategi telah diatur bagi memastikan kempen kita nanti berjalan lancar dan berkesan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hamild yang juga penyandang kerusi DUN Balung, berkata tenaga muda turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kekuatan GRS menjelang PRU kali ini.

“Alhamdulillah, sambutan anak-anak muda sangat menggalakkan.

“Dalam pertemuan baru-baru ini di Kampung Bukit Batu 5 Jalan Apas, mereka nyatakan sokongan kuat kepada GRS dan kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Hamild, pendekatan jentera GRS kali ini memberi penekanan kepada pendekatan mesra rakyat, dengan turun padang ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman bagi mendengar sendiri suara rakyat.

“Kita tidak hanya berkempen, tetapi benar-benar mendekati rakyat dan memahami keperluan mereka.

“Inilah cara kita berkhidmat. GRS sentiasa membuktikan komitmen untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamild menyatakan bahawa keyakinan mempertahankan DUN Balung berpaksikan kepada rekod khidmat dan kepercayaan rakyat yang dibina sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, kita akan pertahankan DUN Balung.

“Selama ini kita bekerja untuk rakyat dan hasilnya dapat dilihat melalui pembangunan yang dibawa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan dicalonkan semula, Hamild berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, namun menegaskan dirinya sudah bersedia jika diberi kepercayaan.

“Kita serahkan keputusan kepada Presiden parti. Tapi kalau diberikan amanah, saya bersedia sepenuhnya untuk terus berkhidmat demi rakyat Balung,” katanya.

Hamild turut mengingatkan jentera GRS agar terus kekal bersatu dan fokus dalam perjuangan menghadapi PRU, selain memastikan segala gerak kerja dijalankan dengan disiplin dan semangat setiakawan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/hamild-yakin-grs-mampu-pertahankan-dun-balung/feed/ 0 84340
Pelbagai sumbangan diberikan kepada rakyat Tawau https://sabahmedia.com/2025/05/12/pelbagai-sumbangan-diberikan-kepada-rakyat-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/pelbagai-sumbangan-diberikan-kepada-rakyat-tawau/#respond Mon, 12 May 2025 01:52:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73674
Read Time:1 Minute, 28 Second

Tawau: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semalam menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan Terbuka, Taman Sri Balung, Tawau, di sini.

Beliau turut menyempurnakan  Program Outreach Ketua Menteri bersama  badan  bukan kerajaan (NGO), penyerahan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan ramah mesra bersama penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Balung sempena majlis berkenaan.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan orang ramai sempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat serta Outreach YAB Ketua Menteri bersama NGO, Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ dan Ramah Mesra YAB Ketua Menteri bersama Penerima Syukur DUN Balung di Dewan Terbuka Taman Sri Balung, Tawau pada Ahad.

Antara pengisian utama program ialah Program Outreach Ketua Menteri bersama NGO dan usahawan muda iaitu sebuah program diilhamkan Ketua Menteri sendiri yang digerakkan  oleh  Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dengan menyasarkan 5,000 peniaga muda luar bandar.

Sebanyak 100 penerima dari DUN Balung terpilih bagi program ini.

Selain itu, penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ kepada 10 penerima dari DUN Balung; sumbangan khas berbentuk tiga unit van jenazah kepada masjid tempatan; sumbangan Hub Pemulihan, Sri Stella sebanyak RM1 juta dan sumbangan Koridor Respiratori Pantai Timur, Hospital Tawau (RM500,000).

Hajiji telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada semua penerima.

Kerajaan Negeri komited untuk terus merangka dan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi, mampan dan inklusif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sempena majlis itu, beliau turut mengambil peluang beramah mesra  dengan penerima SYUKUR DUN Balung. 

Seramai 234 daripada 665 penerima SYUKUR DUN Balung menghadiri program ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/pelbagai-sumbangan-diberikan-kepada-rakyat-tawau/feed/ 0 73674