Bandaraya KK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 17 Feb 2024 10:56:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bandaraya KK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesta Buah-Buahan Tempatan tarikan utama ke Homestay di Bandaraya KK – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/#respond Sat, 17 Feb 2024 10:56:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49651
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : ‘Pesta Buah-Buahan Tempatan’ akan diwujudkan bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong dalam dan luar negara berkunjung di empat Homestay berdaftar di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, empat homestay terbabit iaitu Desa Cinta Kobuni, Homestay Id Kalangadan, manakala Homestay Darau Wetland dan Homestay Id Pogimpan, Kampung Binaung Baru Manggatal.

Katanya, dalam tempoh terdekat satu perbincangan secara terperinci akan diadakan membabitkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta beberapa agensi berkaitan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita melihat ini merupakan potensi menarik kehadiran pelancong melawat Homestay serta sebagai produk pelancongan terbaharu yang boleh dikomersialkan sekali gus menambah produk yang sedia ada.

“Sebagai contoh kawasan pelancongan Homestay Id Pogimpan, Kampung Binaung Baru Manggatal yang terkenal dengan pemandangan yang menarik serta mempunyai sedia ada kawasan pertanian buah-buahan yang boleh mencapai hasrat terbabit,” katanya kepada media di sini hari ini.

Dr Sabin berkata, sudah tentu langkah mewujudkan Pesta Buah-Buahan tempatan adalah cadangan baik sekali gus boleh meningkatkan hasil pendapatan pengusaha homestay itu sendiri.

“Kita akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan kelak memandangkan ia adalah tujuh strategi telah digariskan dengan membabitkan 16 program dijalankan dan akan dijalankan oleh DBKK.

“Antara objektif dalam program ini ialah ingin Meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat dengan melalui penglibatan dalam aktiviti pelancongan dengan mempelbagaikan serta menaiktaraf pelbagai produk pelancongan dan mampu memulihara sumber alam semula jadi sekali gus mengekalkan warisan serta budaya komuniti setempat,” jelas Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/feed/ 0 49651
Suspek kes samun sekitar bandaraya KK berjaya diberkas https://sabahmedia.com/2024/01/08/suspek-kes-samun-sekitar-bandaraya-kk-berjaya-diberkas/ https://sabahmedia.com/2024/01/08/suspek-kes-samun-sekitar-bandaraya-kk-berjaya-diberkas/#respond Mon, 08 Jan 2024 12:41:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47695
Read Time:3 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas dua suspek lelaki warga asing dipercayai terlibat kes samun di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Kedua-dua suspek berumur 32 dan 45 tahun itu ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Air di sini pada jam 11.20 malam Ahad (7 Jan).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihak polis menerima satu laporan polis pada 9 Disember 2023, jam 2.01 petang yang dibuat oleh pengadu iaitu seorang ahli perniagaan berumur 48 tahun yang mengatakan telah disamun oleh seorang lelaki yang tidak dikenali bertempat di kawasan tangga bangunan kedai di bandaraya Kota Kinabalu.

“Dalam kejadian tersebut, suspek telah mengambil telefon bimbit, dokumen pengenalan diri dan kad bank milik pengadu sebelum melarikan diri anggaran kerugian lebih kurang RM400.00. Kes seterusnya disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian pengadu sedang memegang telefon bimbit miliknya dan secara tiba-tiba suspek telah merampas telefon bimbit pengadu serta mengambil dompet pengadu yang mengandungi dokumen penting milik pengadu.

“Kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berdekatan telah berjaya merakam kelibat suspek semasa kejadian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, tertangkapnya kedua-dua suspek, siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek utama dan dia telah mengaku terlibat dalam kes ini secara bersendirian manakala suspek kedua merupakan rakan suspek yang turut sama menghisap dadah.

“Suspek mengaku barang kes iaitu satu telefon bimbit yang dicurinya semasa kejadian, telah dijual kepada seorang individu yang baru dikenalinya di sekitar bandar Kota Kinabalu.

“Hasil barang-barang yang dicuri akan dijual kepada mana-mana individu dengan harga yang rendah bagi tujuan membeli dadah,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, modus operandi suspek adalah dengan menyamun mangsa yang sedang leka menggunakan telefon bimbit di kawasan yang sunyi sebelum melarikan diri.

“Hasil semakan pada bulan Disember 2023, sebanyak tujuh kes samun telah dilaporkan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan pihak polis percaya berkemungkinan suspek turut terlibat dalam kes tersebut.

“Buat masa ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya lebih banyak kes yang akan berjaya diselesaikan berdasarkan pendedahan suspek,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek adalah penganggur dan difahamkan sudah berada di Kota Kinabalu dalam 3-4 tahun. Dan keduanya positif dadah jenis syabu.

“Hasil semakan mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan satu kes penyalahgunaan dadah.

“Kita telah membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek selama seminggu untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Zaidi turut memaklumkan pihak polis kini giat menjalankan Walkabout Bersepadu melibatkan pasukan dari IPD Kota Kinabalu dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di sekitar Jalan Gaya, Jalan Pantai, dan kampung-kampung sekitar untuk menangani kes-kes samun.

Katanya, terdapat dua jenis walkabout ataupun tinjuan yang dijalankan iaitu walkabout harian terdiri tiga shift (pagi, petang, malam) yang dikendalikan IPD KK meliputi empat zon di bandar iaitu, Waterfront ke Suria Sabah, Centre Point ke Imago, Anjung Senja ke Api-Api, Sinsuran ke Segama, Wisma Merdeka dan Bandaran Berjaya.

“Manakala pada hujung minggu pula (Sabtu, Ahad), kita buat operasi bersepadu dengan 150 pegawai termasuk IPD KK dan IPK untuk walkabout di keempat-empat zon tersebut,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, beliau yakin dengan kehadiran pihak PDRM yang meliputi semua kawasan tumpuan dan berpotensi untuk kejadian jenayah di bandar ini, akan merintis rasa selamat pada penduduk dan juga pelancong yang berkunjung.

“Insiatif ini, pihak polis jamin dapat meningkatkan tahap keselamatan terutamanya pelancong-pelancong asing yang sekarang ini membanjiri bandaraya ini.

“Ini adalah satu pendekatan agresif yang diperkenalkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun pada dua bulan lepas. Sekarang kita tingkatkan, konsep walkabout harian ataupun mingguan atau bersepadu.

“Bila ada walkabout, kita dapat lihat kes jenayah termasuk kes pecah tingkap kereta menurun secara mendadak di sekitar bandaraya Kota Kinabalu,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/08/suspek-kes-samun-sekitar-bandaraya-kk-berjaya-diberkas/feed/ 0 47695