Bandaraya Kota Kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Feb 2022 06:31:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bandaraya Kota Kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK Komited Memperkasa, Memajukan Pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu Melalui Strategi Terancang Dan Inklusif https://sabahmedia.com/2022/02/02/dbkk-komited-memperkasa-memajukan-pembangunan-bandaraya-kota-kinabalu-melalui-strategi-terancang-dan-inklusif/ https://sabahmedia.com/2022/02/02/dbkk-komited-memperkasa-memajukan-pembangunan-bandaraya-kota-kinabalu-melalui-strategi-terancang-dan-inklusif/#respond Wed, 02 Feb 2022 06:26:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11831
Read Time:2 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) komited memperkasa dan melakarkan satu perkembangan positif melalui strategi yang terancang dan inklusif dalam memajukan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, susulan perkara itu, bagi perancangan DBKK 2022, telah mengenal pasti pelbagai potensi tinggi dalam Bandaraya Kota Kinabalu untuk diperkasakan, antaranya hasil janaan idea bersama kumpulan-kumpulan individu dan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) pada Disember tahun lalu, DBKK telah berjaya mewujudkan “Love KK Network” bertujuan untuk menghidupkan semula kesedaran awam dan rasa cinta kepada Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat DBKK sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu di perkarangan bangunan DBKK, pada Rabu.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip (dua kiri) memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat DBKK sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu di perkarangan bangunan DBKK, pada Rabu.
Upacara Menaikkan Bendera sempena Ulang Tahun Ke -22 Bandaraya Kota Kinabalu.

“Program “Love KK Network” bakal dilancarkan pada 14 Februari 2022 dan akan bertindak sebagai kompas utama DBKK dalam membuat perancangan usaha pembangunan, pengindahan, penghijauan, pendidikan, kebersihan dan kemajuan Bandaraya Kota Kinabalu melalui lima komponen utama iaitu Clean KK, Vibrant KK, Beautiful KK, Green KK dan Livable KK.

“Bersandarkan pendekatan ‘KK Moving Forward’ dan ‘Citizen Centric’ sebagai perintis budaya kerja, DBKK juga akan meneruskan usaha dalam meningkatkan penglibatan masyarakat melalui rundingan awam, Sesi Town Hall dan Sesi Dialog.

“Pandangan masyarakat dan stakeholders akan didengar, terutama dalam menangani isu kebersihan dan pembangunan. Pada tahun ini, Program Town Hall 2022′ DBKK akan diadakan pada 9 Februari 2022 secara hybrid,” katanya dalam ucapan amanat yang disampaikan selepas merasmikan Upacara Menaikkan Bandera sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu di perkarangan bangunan DBKK, pada Rabu.

Dalam pada itu, DBKK akan menyediakan pelbagai acara menarik bagi memeriahkan sambutan Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu bermula 31 Januari 2022 hingga 27 Mac 2022.

“Acara yang bakal diadakan adalah untuk semua warga Kota Kinabalu sebagai penghargaan kepada mereka yang memberikan sokongan dan komited dalam menjadikan Kota Kinabalu Sejahtera.

“Selain acara Pelancaran “Love KK Network”, antaranya acara Town Hall DBKK, Cultural Rendevouz in Borneo l, KK Scavenger Hunt, KK City Ride, KK City Half Marathon, Orchids Exhibition dan banyak lagi.

“Manakala acara berbentuk pembangunan komuniti turut akan diadakan seperti Pelancaran Urban Farming ataupun Kebun Komuniti Bandar, Pelancaran Tapak e-Waste, Bicara inovasi, Kajian Lembungan Sungai Darau, Program Ke Arah Keusahawanan Wanita Bersama Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) serta acara yang memupuk semangat berpasukan dalam organisasi iaitu Ekspedisi Mendaki Gunung Tambuyukon,” katanya.

Menurutnya, kesemua acara telahpun ditaklimatkan dan menerima kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dan semua Jawatankuasa Pelaksana program juga telah ditekankan untuk memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi oleh setiap peserta pada setiap masa.

Noorliza juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas kepimpinan jitu kepada DBKK.

“DBKK akan terus menyokong strategi dan aspirasi kerajaan serta bersiap siaga untuk mengadaptasikan transformasi dalam memenuhi keperluan masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/02/dbkk-komited-memperkasa-memajukan-pembangunan-bandaraya-kota-kinabalu-melalui-strategi-terancang-dan-inklusif/feed/ 0 11831
JQC Akan Ubah Landskap Bandaraya Kota Kinabalu Jadi Destinasi Pelancongan Menarik https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/#respond Wed, 19 Jan 2022 12:58:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11304
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan Sabah sebagai pilihan yang berdaya maju secara komersial untuk pelaburan hartanah dan destinasi menarik kepada pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri menyokong peranan utama sektor swasta dalam pasaran hartanah. Inisiatif didorong pihak swasta ini akan mendorong lagi momentum ekonomi dalam industri hartanah, meningkatkan aliran pelaburan, meningkatkan kepelbagaian ekonomi secara keseluruhan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas, dan mewujudkan limpahan ekonomi yang lain.

“Seperti yang digariskan dalam agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, strategi ekonomi Sabah adalah untuk mengukuhkan kelompok ekonomi utama.

“Sektor hartanah adalah komponen utama dalam agenda transformasi ekonomi ini, sebahagiannya, kerana rekod prestasinya yang terbukti dalam membangunkan rangkaian sumber manusia dan dalam pusingan rantaian perbekalan,” katanya pada Majlis Lighting-Up Ceremony Jesselton Quay Central (JQC) di sini pada Rabu.

Dalam hal ini, Hajiji berkata JQC, projek usaha sama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suria Capital Holdings Berhad dan SBC Corporation Berhad akan menambah satu lagi transformasi kepada landskap bandar.

“Projek pembangunan bercampur ini terletak secara strategik di kawasan dermaga bandar yang sedang dibangunkan menjadi pusat dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, berlatarbelakangkan tepi laut yang indah, dan matahari terbenam yang menakjubkan.

“Pelan Induk Jesselton Waterfront City, yang mana Jesselton Quay Central dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah adalah bahagian penting dan pembangunan yang berterusan di lokasi ini merupakan petanda baik untuk pembangunan hartanah yang berkualiti.

“Apabila siap sepenuhnya, kami dengan bangganya boleh mengatakan bahawa pembangunan infrastruktur di sini dan kebangkitan bahagian lama bandar telah membuahkan hasil,” katanya.

Beliau juga menambah, Jesselton Quay dan One Jesselton Waterfront, serta pelengkap pembangunan di kawasan sekitar, akan mengubah kawasan dermaga ini menjadi satu destinasi yang berwajah baharu di kawasan bandar.

“Pelan yang dicadangkan untuk membangunkan terminal pelayaran antarabangsa sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meletakkan Kota Kinabalu sebagai terminal pelabuhan serantau dan antarabangsa kini terlaksana,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada fasa pertama projek pembangunan bercampur Jesselton Quay, JQC dibina terletak di kawasan seluas 16.25 ekar di Pelabuhan Kota Kinabalu dan akan berfungsi sebagai lanjutan dari pusat perniagaan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sijil Layak Menduduki (OC) dijangka diperoleh pada suku pertama tahun ini untuk JQC yang terdiri daripada dua menara suite komersial 25 tingkat, satu menara i-hotel 25 tingkat, Gallery Shoppes dan kelab rekreasi bertemakan tropika, di podium atas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/feed/ 0 11304
DBKK Laksana Projek Naiktaraf Kawasan Pusat Persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2021/09/21/dbkk-laksana-projek-naiktaraf-kawasan-pusat-persekitaran-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/dbkk-laksana-projek-naiktaraf-kawasan-pusat-persekitaran-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Tue, 21 Sep 2021 06:52:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6683
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan projek menaiktaraf kawasan pusat persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata, Projek Menaiktaraf Kawasan Pusat Persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu Pakej 3 termasuklah Peningkatan Fizikal Kawasan Menara Jam Atkinson dan Australian Place merupakan satu daripada projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang telah diluluskan pada tahun 2009 yang telah diteliti semula pada tahun 2020 dan diluluskan untuk pembinaan pada tahun 2021.

“Projek ini dibiayai melalui peruntukan di bawah Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) di mana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu merupakan agensi pelaksana projek,” katanya.

Menurut Noorliza, Projek ini merangkumi tiga komponen iaitu menaiktaraf kawasan persekitaran Menara Jam Atkinson termasuk kerja-kerja pembaikan dan pembinaan tembok penahan cerun serta penyediaan kemudahan asas, menaiktaraf kawasan Menara Pemerhatian (Observatory Tower) di Jalan Bukit Bendera (Signal Hill) dan pembinaan Treetop Walkway yang menghubungkan kawasan Menara Jam Atkinson dengan Menara Pemerhatian (Observatory Tower).

“Secara keseluruhannya projek ini melibatkan kerja-kerja landskap serta penaiktarafan dan pembaikan kawasan persekitaran tanpa melibatkan pengubahsuaian terhadap struktur Menara Jam Atkinson.

“Projek ini dijangka mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/dbkk-laksana-projek-naiktaraf-kawasan-pusat-persekitaran-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 6683
Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu Secara ‘Walk in’ Di Padang Merdeka https://sabahmedia.com/2021/08/29/program-vaksinasi-bandaraya-kota-kinabalu-secara-walk-in-di-padang-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/program-vaksinasi-bandaraya-kota-kinabalu-secara-walk-in-di-padang-merdeka/#respond Sun, 29 Aug 2021 11:03:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5486
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Warga bandaraya yang layak dan belum mendapat suntikan vaksin Covid-19 dijemput hadir secara ‘Walk in’ ke Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka dekat sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput semua warga pusat bandaraya di sini yang masih belum menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya dos pertama, untuk mengunjungi Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 30, 31 Ogos dan 1 September ini bagi mendapatkan suntikan vaksin semasa Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan seawal jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Katanya, program ini diadakan bagi mencapai sasaran 100% warga bandaraya Kota Kinabalu divaksin sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin dan dialu-alukan untuk mengambil peluang ini.

‘DBKK berharap warga bandaraya memberi kerjasama menjayakan program vaksinasi ini dan memahami kepentingan mendapat suntikan vaksin serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepat proses pemberian vaksin,” kata Noorliza.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/program-vaksinasi-bandaraya-kota-kinabalu-secara-walk-in-di-padang-merdeka/feed/ 0 5486