bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 Jan 2024 04:28:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga bulan selesaikan isu kebersihan tandas milik DBKK di kawasan bandaraya – Sabin https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/#respond Sat, 06 Jan 2024 04:28:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47566
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberikan tempoh selama tiga bulan bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam yang terdapat di sekitar ibu negeri.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tempoh masa tersebut dilihat sangat mencukupi memandangkan timbul sedikit rungutan dalam kalangan peniaga serta warga bandaraya terhadap tandas awam milik DBKK.

Katanya, sejak beberapa hari lalu dalam siri lawatan ke Anjung Senja, Pasar Malam Sinsuran pasar malam Sembulan isu tandas serta permukaan jubin lantai yang licin mendapat maklum balas yang kurang memuaskan.

“Kita akan pastikan dalam tempoh tiga bulan isu kebersihan tandas ini akan dapat diselesaikan sekali gus mencerminkan imej sebenar bandaraya agar menjadi tumpuan pelancong.

“Saya sendiri melihat, memeriksa beberapa tandas awam milik DBKK. Ada ruang untuk ditambah baik agar ia dapat digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan warga bandaraya.

“Dalam tempoh tersebut saya akan kerap kali turun memeriksa keadaan tandas ini serta aduan lain bagi memastikan kita dapat ambil tindakan sekali gus diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam lawatan di sekitar kawasan Foh Sang di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang dan Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.

Sabin berkata, ini adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) utama yang perlu dicapai oleh DBKK bagi memastikan Bandaraya Kota Kinabalu mesra kepada pengguna serta boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat termasuk pelancong.

“Kita akan memberikan perhatian kepada isu yang dibangkitkan oleh orang ramai dalam siri lawatan beberapa hari lalu. Bukan terhad kepada masalah tandas sahaja malah aduan lain yang ditimbulkan oleh orang ramai.

“Selain itu isu utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang termasuk kelewatan penyiapan projek Cadangan Membina Tempat Letak Kereta Bertingkat di Foh Sang Luyang boleh disiapkan dalam tempoh terdekat,” jelas Sabin.

Menurutnya, projek ini adalah dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang membina bangunan enam-tingkat untuk memasukkan pasar basah dan kering dengan 92 gerai, dengan ruang parkir yang boleh menampung sehingga 320 kereta.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/feed/ 0 47566
Jadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebuah ‘Vibrant City’ – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/01/05/jadikan-bandaraya-kota-kinabalu-sebuah-vibrant-city-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/01/05/jadikan-bandaraya-kota-kinabalu-sebuah-vibrant-city-dr-sabin/#respond Fri, 05 Jan 2024 07:58:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47519
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Aspirasi Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ke-7 yang baharu dilantik, Dato’ Sri Dr Sabin Samitah ingin menjadikan bandaraya itu sebuah bandar yang lebih meriah (vibrant city) meliputi infrastruktur dan ekonomi yang maju, landskap menarik dan ceria, serta warga kota yang lebih mesra.

Disamping itu juga beliau mahu memperkasa tahap kebersihan dan keselamatan di bandaraya Kota Kinabalu lebih terjamin kerana ia merupakan lokasi tumpuan pelancong.

Dr Sabin berkata, beliau berterima kasih kepada kesemua mayor sebelumnya kerana telahpun meletakkan asas yang kukuh terhadap pentadbiran bandaraya Kota Kinabalu.

“Mereka telahpun membuat yang terbaik walau bagaimanapun dalam setiap keadaan atau setiap mayor mereka juga mempunyai kelebihan dan juga kekangan yang dihadapi mereka, jadi berkenaan dengan visi dan aspirasi, saya akan meneruskan apa yang telahpun digariskan dalam Hala Tuju Bandaraya Kota Kinabalu.

“Mereka mempunyai pelan pembangunan dengan beberapa perubahan seperti yang diminta oleh Kerajaan Negeri Sabah dan dipihak diri saya sendiri saya akan memastikan bandaraya kita ini menjadi lebih kepada ‘vibrant city’, dia dah vibrant sebenarnya tapi we will make more vibrant,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Mayor DBKK di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau turut yakin akan mendapat sokongan dan kerjasama yang baik dari gerak kerja pasukannya dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Saya mempunyai pegawai dan staf daripada ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, warga DBKK yang sangat komited di dalam kerja mereka dan saya yakin aspirasi saya ini, inshaAllah boleh tercapai.

“Kalau kita lihat bandaraya Kota Kinabalu ini sangat indah dan cantik menjadi tarikan pelancong, kita akan teruskan menjaga alam semulajadinya, dengan adanya sumber manusia berpendidikan tinggi dan berpengetahuan serta mempunyai jati diri yang tinggi, saya yakin bukan sahaja Kerajaan Negeri Sabah tetapi syarikat-syarikat di sini serta peniaga-peniaga di sini mampu bekerjasama untuk menjadikan bandaraya ini sebuah bandaraya yang lebih maju lagi,” katanya.

Tambahnya, beliau akan memastikan tahap kebersihan dan kecantikan bandaraya serta keselamatan akan terus dipertingkatkan lagi.

“Disamping itu kita juga akan memastikan tahap kebersihan di bandaraya KK akan dipertingkatkan lagi dari segi tahap kecantikan, antaranya landskap seperti menanam bunga-bunga, lampu lebih terang, tandas bersih dan mencukupi, warga kota lebih mesra, itulah harapan saya apabila saya menjadi mayor di sini.

“Selain itu, saya melihat keadaan lalu lintas di sini dan saya akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenainya, sebenarnya perkara ini telah pun diambil tindakan oleh pihak pengurusan yang lama tapi dalam setiap keadaan dan pembaharuan akan berlaku perubahan, perubahan ini kita kena laksanakan supaya menjadi kenyataan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/05/jadikan-bandaraya-kota-kinabalu-sebuah-vibrant-city-dr-sabin/feed/ 0 47519