bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Mar 2022 09:34:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 Dibuat Sebelum Naiktaraf Status ‘Bandaraya’ Sandakan https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-pindaan-ordinan-kerajaan-tempatan-1961-dibuat-sebelum-naiktaraf-status-bandaraya-sandakan/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-pindaan-ordinan-kerajaan-tempatan-1961-dibuat-sebelum-naiktaraf-status-bandaraya-sandakan/#respond Tue, 22 Mar 2022 09:34:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13342
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Pindaan terhadap Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 akan dilaksanakan sebelum menaik taraf status Sandakan sebagai sebuah bandar raya.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, pindaan bagi ordinan itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.

“Pindaan-pindaan yang perlu kepada Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 untuk tujuan menaik taraf tersebut akan dibentangkan dalam sidang DUN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Poon Ming Fung @ Frankie (DAP- Tanjong Papat pada persidangan DUN Sabah disini hari ini.

Isnin berkata, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Sandakan turut mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.

“Pelan Tindakan Ke Arah Bandaraya telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan. Ini bagi memastikan pelaksanaan ke arah Bandaraya kelak dapat dilaksanakan secara teratur dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-pindaan-ordinan-kerajaan-tempatan-1961-dibuat-sebelum-naiktaraf-status-bandaraya-sandakan/feed/ 0 13342
Dewan Bandaraya Bentang Pelan Strategik Bagi Bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2021/12/22/dewan-bandaraya-bentang-pelan-strategik-bagi-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/dewan-bandaraya-bentang-pelan-strategik-bagi-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Wed, 22 Dec 2021 07:20:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10189
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pelbagai pelan strategiknya untuk bandaraya itu, mulai tahun depan.

Taklimat itu disampaikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip yang mengetuai rombongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di Menara Kinabalu di sini, pada Rabu.

Antara kertas kerja yang dibentangkan kepada Ketua Menteri ialah Pelan Strategik Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu (2022-2026) dan Pelan Strategik DBKK (2022- 2027).

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/dewan-bandaraya-bentang-pelan-strategik-bagi-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 10189
Sabah Tubuh Jawatankuasa Bantu Capai Matlamat Jadikan Sandakan Sebagai Bandar Raya https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-tubuh-jawatankuasa-bantu-capai-matlamat-jadikan-sandakan-sebagai-bandar-raya/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-tubuh-jawatankuasa-bantu-capai-matlamat-jadikan-sandakan-sebagai-bandar-raya/#respond Tue, 29 Jun 2021 13:23:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2240
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sandakan (JPEPS) bagi membantu mencapai matlamat menjadikan daerah Sandakan sebagai bandar raya kedua di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jawatankuasa itu nanti akan berperanan dalam soal merancang dan melaksanakan program pembangunan Sandakan dengan lebih bersistematik dan berdaya maju.

“Pembangunan ini akan terus dipacu oleh kluster-kluster ekonomi utama seperti pelancongan, perindustrian, perniagaan, pertanian dan pembangunan modal insan.

“Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengumpul maklumat dan membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan ekonomi dan pelaburan daerah selaras dengan usaha menjadikan Sandakan sebagai Majlis Bandar Raya selain mencapai objektif hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut di Bangunan UMNO Sabah di sini,

Mesyuarat tersebut turut dihadiri  Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Jafry Arifin dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Mohamad Hamsan Awang Supain.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, antara fungsi jawatankuasa tersebut adalah mengesyorkan kepada kerajaan negeri mengenai projek pembangunan yang berpotensi  bagi pertumbuhan ekonomi dan peluang-peluang pelaburan untuk dimasukkan dalam perancangan pembangunan ekonomi Sandakan.

“Daerah Sandakan mempunyai pelbagai potensi untuk dimajukan antaranya Biodiversiti yang cukup menarik untuk sektor pelancongan, perindustrian dan lain-lain selain menyediakan sistem perhubungan jalanraya, bekalan air dan elektrik yang mencukupi bagi menarik pelawat dan pelabur  untuk melabur di Sandakan.

“Jawatankuasa yang dibentuk ini turut berperanan menggalakkan dan memasarkan pembangunan  Sandakan sebagai satu lokasi perniagaan  dan pelaburan yang menarik selain turut memperkasakan daerah-daerah lain yang diluar dari kawasan Majlis Perbandaran seperti Beluran,Kinabatangan dan Tongod.

Katanya, perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan kelak sudah tentu memberikan kesan positif khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi kepada Sabah khususnya daerah Sandakan.

Perpindahan itu akan menyaksikan banyak pembangunan dilaksanakan di Kalimantan termasuk pembangunan infrastruktur.

“Oleh itu kita yang berhampiran dengan mereka, sudah tentu membantu dari segi membekalkan pelbagai keperluan antaranya tenaga elektrik dan dalam masa yang sama kita dapat menyediakan  sesuatu yang boleh menarik mereka melawat ke daerah Sandakan dan ini sudah tentu  memberi impak positif dari segi pulangan ekonomi rakyat khususnya di daerah Sandakan” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-tubuh-jawatankuasa-bantu-capai-matlamat-jadikan-sandakan-sebagai-bandar-raya/feed/ 0 2240