Bandau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 07:34:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bandau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 1,443 ahli STAR DUN Bandau sertai GRS https://sabahmedia.com/2025/11/26/1443-ahli-star-dun-bandau-sertai-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/1443-ahli-star-dun-bandau-sertai-grs/#respond Wed, 26 Nov 2025 07:33:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87105
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA MARUDU: Seramai 1,443 ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.6 Bandau dilaporkan meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan pemecatan ketua bahagian mereka, Ardino Diris.

Perkembangan tersebut berlaku selepas pengumuman pemecatan Ardino dibuat pada satu ceramah perdana yang dihadiri Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, di Astaka Padang Daerah Kota Marudu di sini, pada Selasa.

Ardino berkata, tindakan pucuk pimpinan parti menamatkan jawatannya bukan sesuatu yang mengejutkan dan beliau telah menjangkakan keputusan itu lebih awal berikutan beliau kekal setia bersama GRS.

” Sebaik dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut, saya terus menghubungi semua 51 Ketua Cawangan melalui Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

” Hasil perbincangan itu, seramai 1,443 ahli STAR di N.6 Bandau menyatakan pendirian untuk meninggalkan parti dan kekal menyokong GRS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ardino, sokongan akar umbi itu mencerminkan keutamaan ahli terhadap kestabilan politik dan masa depan pembangunan negeri Sabah, berbanding konflik dalaman parti itu sendiri.

Beliau turut berpandangan pengumuman pemecatannya dibuat pada waktu yang memberi kelebihan strategik kepada GRS dalam persaingan di DUN Bandau.

” Saya yakin sokongan terhadap GRS akan terus kukuh kerana selama ini terbukti telah banyak memperjuangkan hak Sabah sehingga berjaya memihak kepada kita termasuk isu minyak dan gas serta tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan.

Ardino turut memaklumkan dengan gerak kerja tersusun bersama bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian, jumlah bekas ahli STAR yang menyokong GRS berpotensi mencecah sehingga 2,000 pengundi menjelang hari pengundian.

Beliau yakin sokongan yang disusun mengikut PDM akan memberi kelebihan kepada calon GRS di DUN Bandau serta akan terus bekerjasama dengan jentera GRS bagi memastikan DUN Bandau kekal bersama kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17, Datuk Redonah Bahanda diangkat sebagai calon GRS DUN Bandau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/1443-ahli-star-dun-bandau-sertai-grs/feed/ 0 87105
Parti komponen bantu kempen pastikan calon GRS Bandau menang https://sabahmedia.com/2025/11/21/parti-komponen-bantu-kempen-pastikan-calon-grs-bandau-menang/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/parti-komponen-bantu-kempen-pastikan-calon-grs-bandau-menang/#respond Thu, 20 Nov 2025 23:26:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86556
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA MARUDU: Memasuki hari kelima semalam, kempen calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 jelas membuktikan parti komponen dalam GRS iaitu USNO, PBS dan PCS turut membantu usaha kempen bagi memastikan calon GRS Bandau menang.

Ketua Bahagian USNO DUN Bandau, Azahari Amit berkata, tiada sebab dan alasan untuk menolak Calon GRS DUN Bandau, Datuk Redonah Bahanda. Penduduk di Kota Marudu pastinya amat bertuah sekiranya calon ini menang seterusnya diangkat menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

Menurut Azahari, secara kebetulan, satu-satunya calon wanita daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) ini merupakan calon nombor satu daripada 13 orang calon yang berentap merebut kerusi DUN Bandau.

” Pepatah mengatakan tangan yang lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia, amat bertepatan dengan Redonah, seorang wanita yang begitu teguh berjuang demi parti dan rakyat meskipun ini merupakan kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya. Semoga tuah menyebelahi beliau,” katanya.

Azahari menegaskan bahawa rakyat khususnya warga Kota Marudu seharusnya tidak melayan calon yang kecewa hanya kerana tidak dipilih menjadi calon mewakili parti. Tidak ada masa lagi kita mahu layan orang-orang kecewa begini, katanya.

Beliau turut menasihatkan seluruh ahlinya dan juga jentera parti dibawah GRS DUN Bandau agar menjadi tulang belakang bagi memastikan calon GRS menang. Jangan ada antara kita seperti musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan atau api dalam sekam, katanya.

Ketua Wanita Bahagian PCS DUN Bandau, Kelista Jaitin berkata, wanita di kawasan Bandau dan Kota Marudu tidak harus melepaskan peluang keemasan ini kerana pemimpin wanita yang terbaik, berkebolehan dan berjiwa rakyat kini merupakan calon GRS DUN Bandau. Calon yang wajar diangkat menjadi pemimpin.

Sementara itu, Naib 1 PBS DUN Bandau Kosman Sura berkata, isu-isu yang bermain di laman sosial disifatkan sebagai tuduhan melulu dan tuduhan yang tidak releven. Isu tersebut kalau dibidas hanya mengundang perdebatan sia-sia.

“Bagaimanapun saya berbangga dengan Redonah, kerana beliau lebihkan bekerja daripada melayan karenah pihak lawan yang jelas membuat tuduhan liar, menfitnah dan membangkitkan isu-isu tidak sepatutnya bagi menjatuhkan beliau.

” Apa yang patut diberi keutamaan ialah kesetiaan itu penting, siapapun yang dicalonkan dalam GRS, kami sokong, kami undi dan kami bantu berkempen atas kepercayaan sehingga mencapai kemenangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/parti-komponen-bantu-kempen-pastikan-calon-grs-bandau-menang/feed/ 0 86556
Penduduk kawasan bukit di Bandau yakin kerajaan GRS yang terbaik https://sabahmedia.com/2025/11/18/penduduk-kawasan-bukit-di-bandau-yakin-kerajaan-grs-yang-terbaik/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/penduduk-kawasan-bukit-di-bandau-yakin-kerajaan-grs-yang-terbaik/#respond Tue, 18 Nov 2025 11:22:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86299
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Penduduk kampung di kawasan bukit di sini percaya bahawa kelebihan pasti ada sekiranya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat dikekalkan serta mengangkat calon GRS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Datuk Redonah Bahanda pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 ini.

Ketua Kampung Gontoi, Guhan Galabih berkata, beliau amat berharap dan sering menasihatkan penduduk kampung, termasuk di lima buah kampung lain dibawah jagaannya agar tidak salah memilih calon untuk diangkat menjadi pemimpin di kawasan Bandau.

Katanya, beliau yakin bahawa jika kerajaan GRS dapat dikekalkan, ditambah pula jika Bandau dipimpin oleh wakil rakyat GRS, pastinya akan ada lebih banyak manfaat lagi yang bakal diperoleh rakyat di kawasan ini khususnya.

” Seolah-olah kami di kawasan bukit ini suda ketinggalan, kerana masih banyak lagi kemudahan prasarana yang belum ada di kawasan kami, disebabkan itu kami tidak akan mengambil risiko untuk mengundi calon lain apatah lagi calon bebas yang jelas belum ada hala tuju,” katanya.

Sementara itu, Redonah berkata, calon Bebas kalau menang pun, tidak dapat peruntukan daripada kerajaan. Sebaliknya jika wakil rakyat dari blok kerajaan, kita boleh membuat permohonan jika memerlukan peruntukan, dan pastinya akan ada harapan.

” Saya tidak mahu naik dengan menjatuhkan orang lain, sebab itu kita berkempen kerana mahu pihak kerajaan dikekalkan, agar ada kerajaan yang boleh mmbantu kita di kawasan ini selepas PRU DU 17.

Sementara itu, salah seorang penduduk Kampung Gontoi, Joh Yorot, 29, berkata, majoriti penduduk di kampung tersebut bijak menilai, mereka sedia maklum bahawa siapa sahaja calon yang mewakili kerajaan iaitu GRS, wajar untuk disokong dan diangkat menjadi wakil rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/penduduk-kawasan-bukit-di-bandau-yakin-kerajaan-grs-yang-terbaik/feed/ 0 86299
Keputusan Ketua Bahagian STAR Bandau cerminkan suara akar umbi https://sabahmedia.com/2025/10/16/keputusan-ketua-bahagian-star-bandau-cerminkan-suara-akar-umbi/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/keputusan-ketua-bahagian-star-bandau-cerminkan-suara-akar-umbi/#respond Thu, 16 Oct 2025 04:58:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83405
Read Time:2 Minute, 19 Second

BANDAU:  Pendirian Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bandau, Ardino Diris, untuk terus menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bukan keputusan peribadi, sebaliknya hasil muafakat akar umbi parti di kawasan itu.

Ketua Penerangan STAR Bahagian Bandau, Felix Kain, berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan menyeluruh bersama pemimpin di semua peringkat melibatkan 10 Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta lebih 50 Jawatankuasa Pemimpin Komuniti (JPK) di kawasan itu.

“Ketua Bahagian tidak bertindak sendirian. Beliau mendengar dan menghormati suara ramai kerana kepimpinan yang baik berpaksikan pandangan akar umbi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas dakwaan Timbalan Ketua Bahagian mengenai jumlah PDM dan keahlian aktif, Felix berkata semangat dan usaha yang ditunjukkan dalam menggerakkan parti amat dihargai, namun setiap aktiviti dan laporan rasmi perlu disalurkan melalui Pejabat Bahagian.

Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan Setiausaha Bahagian, wujud gerakan tertentu yang tidak dimaklumkan secara rasmi sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah terdapat dua kumpulan kepimpinan dalam Bahagian Bandau.

“Saya pernah mengingatkan rakan-rakan AJK, janganlah kita undi Ketua Bahagian kemudian meninggalkan beliau. Ibarat menanam benih tetapi tidak menyiramnya. Malangnya, apa yang dirisaukan dahulu kini benar-benar berlaku,” ujarnya.

Felix berkata, keputusan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, tetap dihormati dan diterima sebagai arahan parti, namun beliau yakin Presiden memahami tindakan Ketua Bahagian yang berpaksikan suara majoriti akar umbi.

“Presiden kita seorang pemimpin yang rasional dan sentiasa mendengar pandangan di bawah. Ketua Bahagian tidak melawan, sebaliknya menyuarakan kehendak ramai yang mahu terus bersama GRS,” katanya.

Beliau menolak dakwaan bahawa tindakan Ketua Bahagian itu bertujuan memecahbelahkan parti, sebaliknya menegaskan perbezaan pendapat adalah lumrah dalam perjuangan politik.

“Pandangan bahawa mereka yang tidak sehaluan wajar berundur boleh diterima, namun menyerahkan jawatan adalah hak individu dan tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Felix turut menjelaskan bahawa ketidakhadiran Ketua Bahagian dalam program bersama Presiden pada 19 September lalu berpunca daripada kekeliruan jadual.

Katanya, Mesyuarat Bahagian pada 17 Ogos 2025 telah memutuskan agar program bersama Presiden diadakan sekitar awal Oktober, namun tarikh sebenar belum dimuktamadkan ketika itu.

“Program 19 September itu diatur tanpa pengetahuan rasmi Bahagian. SUB Bahagian hanya menerima makluman sehari sebelum program berlangsung, sedangkan Ketua Bahagian telah dijadualkan menghadiri program di PDM Panaitan. Ini bukan disengajakan, hanya kekeliruan penyelarasan,” jelasnya.

Felix turut mendedahkan terdapat aktiviti parti yang dijalankan tanpa pengetahuan Bahagian, termasuk penghantaran borang keahlian atas nama individu yang telah meninggal dunia serta pelantikan Ketua PDM dan JPK tanpa pengesahan Ketua Bahagian.

“Tindakan membelakangkan kepimpinan Bahagian menjejaskan kredibiliti dan rekod rasmi organisasi. Semua urusan perlu berpaksikan disiplin dan saluran yang sah,” tegasnya.

Menurutnya, 12 daripada 22 ahli jawatankuasa Bahagian Bandau, termasuk enam AJK dipilih dan enam lantikan, kekal menyokong kepimpinan Ketua Bahagian untuk terus bersama dalam GRS.

“Peristiwa ini harus menjadi pengajaran kepada semua Bahagian STAR agar tidak membiarkan perbezaan pandangan memecahkan keutuhan parti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/keputusan-ketua-bahagian-star-bandau-cerminkan-suara-akar-umbi/feed/ 0 83405