banduan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jul 2024 10:15:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banduan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banduan lari dari mahkamah dan sembunyi dalam reban ayam, berjaya dicekup polis https://sabahmedia.com/2024/07/30/banduan-lari-dari-mahkamah-dan-sembunyi-dalam-reban-ayam-berjaya-dicekup-polis/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/banduan-lari-dari-mahkamah-dan-sembunyi-dalam-reban-ayam-berjaya-dicekup-polis/#respond Tue, 30 Jul 2024 10:14:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58320
Read Time:1 Minute, 15 Second

KENINGAU: Seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret Keningau dijumpai bersembunyi dalam reban ayam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada jam lebih kurang 2.30 petang pada Isnin (29 Julai), suspek lelaki berusia 24 tahun sedang dibacakan hukuman oleh Majistret Keningau, Flavian Edward Henry di Kamar Mahkamah Majistret Keningau atas pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Sebaik sahaja hukuman penjara selama bulan dibacakan, suspek secara tiba-tiba telah melompat keluar dari kandang tertuduh, lalu menolak tingkap kaca dan melompat dari tingkat 2 dan terus sampai di atas bumbung garaj setinggi lebih kurang 2 meter, seterusnya melompat ke bawah dari bumbung garaj setinggi lebih kurang 4 meter dan terus berlari menghala ke pagar kawasan mahkamah sejauh lebih kurang 70 meter lalu memanjat keluar dan terus menghala ke jalan raya utama berhampiran Bulatan Rusa, Pekan Keningau dan gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Yampil berkata bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 9.30 malam tadi, bertempat di kawasan perumahan kuarters kerajaan, berhampiran bangunan hospital lama Keningau, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah berjaya menangkap suspek semasa sedang bersembunyi di dalam reban ayam.

“Tangkapan dibawa balik ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut. Siasatan diteruskan,” katanya.

Terdahulu, suspek yang melarikan diri tu adalah antara
tujuh banduan dari lokap Balai Polis Keningau dibawa ke Mahkamah Keningau untuk sesi perbicaraan.

Menurut Yampil, suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk kes jenayah narkotik.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/banduan-lari-dari-mahkamah-dan-sembunyi-dalam-reban-ayam-berjaya-dicekup-polis/feed/ 0 58320
Bekas Banduan Bakal Dikenakan Hukuman Penjara, Pecah Masuk Restoran https://sabahmedia.com/2021/06/08/bekas-banduan-bakal-dikenakan-hukuman-penjara-pecah-masuk-restoran/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/bekas-banduan-bakal-dikenakan-hukuman-penjara-pecah-masuk-restoran/#respond Tue, 08 Jun 2021 08:44:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=806
Read Time:1 Minute, 0 Second

8 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]


BEAUFORT:  Tidak serik atas kesalahan kes jenayah lampau, seorang lelaki bekas banduan bakal dikenakan hukuman penjara selepas memecah masuk sebuah restoran di sini.

Dalam kejadian Ahad lalu, suspek berumur 38 tahun itu telah memecah masuk sebuah restoran hasil aduan dari pemilik premis tersebut.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh di dalam premis terbabit termasuk mengesan cap jari suspek.

Setelah pihak polis mengenalpasti segala maklumat,  suspek berjaya ditahan di Anjung Jaya di sini kira-kira jam 8 malam.

Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, akhirnya suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan dan telah menjual semua barangan yang dicuri di sekitar daerah ini.

“Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuklah tiga projektor TV, mesin pencetak, basikal jenis Mountain Bike, balang berisi duit syiling dan empat kanvas.

“Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai empat kes jenayah lampau dan pernah dijatuhi hukuman sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, suspek akan dirujuk ke mahkamah untuk mendapatkan kelulusan permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/bekas-banduan-bakal-dikenakan-hukuman-penjara-pecah-masuk-restoran/feed/ 0 806