Bangunan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 31 Dec 2022 06:55:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bangunan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KJMBB catat kejayaan miliki bangunan kedai bernilai RM6.5 juta https://sabahmedia.com/2022/12/31/kjmbb-catat-kejayaan-miliki-bangunan-kedai-bernilai-rm6-5-juta/ https://sabahmedia.com/2022/12/31/kjmbb-catat-kejayaan-miliki-bangunan-kedai-bernilai-rm6-5-juta/#respond Sat, 31 Dec 2022 06:05:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27198
Read Time:1 Minute, 10 Second

BEAUFORT: Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad (KJMBB) berjaya mencatat kejayaan dengan memiliki sebuah bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM6.5 juta.

Pengerusi KJMBB Datuk Ruslan Muharam berkata, pencapaian yang dicatat antara kejayaan KJMBB bagi tahun 2021-2022.

“KJMBB kini telah memiliki bangunan tiga tingkat yang mempunyai sebanyak lapan pintu kedai bernilai RM6.5juta.

“KJMBB juga turut berjaya membuka sebuah lagi cawangan Coopmart Koperasi Jaya Murni di Kampung Kebatu dengan modal sebanyak RM265,000,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 sesi 2020-2021 KJMBB di Bilik Mesyuarat Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Bandar Minggo disini, pada Jumaat.

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Ruslan yang juga ADUN Lumadan berkata, ahli koperasi telah mengemukakan usul atau cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi koperasi ini.

“Dalam mesyuarat ini juga kita telah meluluskan usul menambah modal syer sebanyak RM100,000 setiap anggota.

“Selesai mesyuarat ini juga agihan dividen telah dilakukan kepada ahli-ahli koperasi iaitu pembayaran dividen sebanyak lima peratus diberikan di mana terdapat menurun sebanyak 15 peratus berbanding 20 peratus pada tahun lalu.

“Ini adalah disebabkan koperasi telah membuka cawangan baharu seperti yang dimaklumkan serta deposit pembelian bangunan serta pengurusan guaman bagi pemilikan kedai berkenaan,” jelasnya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi KJMBB, Asmat Japar dan jemputan khas serta pemerhati, Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Beaufort, Dk Suzana Juhainin serta Pembantu Juruaudit SKM Wilayah Beaufort, Puteri Nurmaisarah Mufti.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/31/kjmbb-catat-kejayaan-miliki-bangunan-kedai-bernilai-rm6-5-juta/feed/ 0 27198
Lelaki warga China parah terjatuh dari tingkat 5 bangunan https://sabahmedia.com/2021/07/31/lelaki-warga-china-parah-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/lelaki-warga-china-parah-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/#respond Sat, 31 Jul 2021 09:12:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3860
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga negara China cedera parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan K.Avenue, Jalan Cyber City Penampang dekat sini pada Sabtu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, pihak Balai Bomba Penampang menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 8.34 pagi, hari ini 31 Julai 2021.

Katanya, 11 anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Benny Lim bersama dua buah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi kejadian, didapati mangsa seorang lelaki warga China telah terjatuh dari tingkat lima namun tersangkut di tingkat empat bangunan K.Avenue, Jalan Cyber City Penampang dan telah diturunkan oleh pekerja bangunan sebelum ketibaan jentera.

Mangsa hanya dikenali sebagai Yao Shujun mengalami kecederaan parah di bahagian tulang rusuk, kaki dan kepala.

Pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) memberikan rawatan kepada mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 9.10 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/lelaki-warga-china-parah-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/feed/ 0 3860
Jelani Tinjau Bangunan Untuk Dijadikan Ruang Pejabat https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/#respond Sun, 04 Jul 2021 01:35:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2479
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Pengurusan pasukan bolasepak wanita Sabah dijangka mempunyai ruang pejabat sebaik sahaja sebuah struktur bangunan berhampiran pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) siap diubahsuai untuk dijadikan pejabat.

Naib Presiden SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan memberitahu, pihaknya pada dasarnya bersetuju struktur bangunan tersebut diselenggara dan diubahsuai untuk dijadikan ruang pejabat dan pengurusan pasukan bolasepak wanita Sabah.

“Sebaik-baiknya pengurusan pasukan wanita juga perlu mempunyai pejabat yang berhampiran dengan pejabat SAFA dan padangnya,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA.

Beliau menyatakan perkara itu selepas meninjau keadaan bangunan itu, kelmarin.

Turut mengiringi beliau ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA yang juga Penolong pengurus B19 Sabah, Lokman Sunggim.

Dalam taklimat ringkasnya, David memaklumkan bahawa struktur bangunan berkenaan mengalami sedikit kerosakan terutama di bahagian atap berikutan ditimpa pokok yang tumbang.

Katanya, bagaimanapun kerosakan di bahagian atap itu tidak terlalu teruk namun telah menyebabkan bahagian silingnya terjejas.

“Ia masih boleh dibaikpulih dan bersetuju sekiranya bangunan itu dibuat tambahan meluaskannya untuk dijadikan ruang pejabat,” katanya.

Jelani yang juga Pengarah Sabah FC berkata, pihaknya berterima kasih kepada pucuk pimpinan SAFA terutama Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin kerana memberi kepercayaan menerajui kelab bolasepak profesional itu.

Katanya, beliau akan memanfaatkan sepenuh pengalamannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran untuk mengendalikan Sabah FC secara lebih profesional agar ia mampu berdikari.

Pada masa sama, tambahnya, beliau juga mahu melihat SAFA sebagai badan tertinggi bolasepak di Sabah saling memberi kerjasama, sokongan dan memantau perkembangan kelab tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/feed/ 0 2479