banji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Dec 2024 08:31:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hujan lebat tahap waspada di 5 negeri hingga Jumaat https://sabahmedia.com/2024/12/18/hujan-lebat-tahap-waspada-di-5-negeri-hingga-jumaat/ https://sabahmedia.com/2024/12/18/hujan-lebat-tahap-waspada-di-5-negeri-hingga-jumaat/#respond Wed, 18 Dec 2024 08:31:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65634
Read Time:37 Second

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Jumaat ini.

METMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan di Terengganu, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Johor pula, katanya amaran sama dikeluarkan bagi daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Selain itu, amaran hujan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak dan Sabah mulai esok hingga Ahad ini.

METMalaysia memaklumkan di Sarawak, cuaca itu dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.”Di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/18/hujan-lebat-tahap-waspada-di-5-negeri-hingga-jumaat/feed/ 0 65634