banjir beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Feb 2026 10:30:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Terusan baharu dicadang dibina, kurangkan limpahan Sungai Padas https://sabahmedia.com/2026/02/12/terusan-baharu-dicadang-dibina-kurangkan-limpahan-sungai-padas/ https://sabahmedia.com/2026/02/12/terusan-baharu-dicadang-dibina-kurangkan-limpahan-sungai-padas/#respond Thu, 12 Feb 2026 10:30:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91526
Read Time:1 Minute, 42 Second

BEAUFORT: Satu terusan baharu sepanjang kira-kira tujuh kilometer dicadangkan untuk dibina dari Kampung Suasa bagi mengurangkan limpahan Sungai Padas yang sering mengakibatkan banjir di beberapa kampung di daerah ini sejak semalam.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslam Muharam berkata, selain pembinaan terusan itu, beberapa sungai lain turut dicadang untuk diperbesar dan didalamkan bagi memastikan aliran air dapat mengalir dengan lebih lancar.

Menurutnya, cadangan pembinaan terusan berkenaan merupakan antara langkah jangka panjang yang dilihat mampu mengurangkan impak limpahan air sungai, meskipun tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah banjir di kawasan terlibat.

“Hari ini kita bersama beberapa agensi kerajaan bagi meneliti situasi semasa. Kita mencadangkan pembinaan satu laluan atau terusan dari Kampung Suasa menghala ke Sungai Bambangan sepanjang lebih kurang tujuh kilometer yang akan terus mengalir ke dasar laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau beberapa kawasan yang dinaiki air sejak semalam.

Ruslam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, selain pembinaan terusan baharu, beberapa sungai sedia ada turut dicadangkan untuk dibesarkan dan didalamkan bagi mempercepatkan aliran air keluar ke Sungai Klias sebelum ke laut.

“Antara sungai terlibat ialah Sungai Kebunau dan Sungai Gadong yang ketika ini didapati semakin cetek dan sempit berikutan pemasangan struktur oleh penduduk serta perubahan fizikal sungai berbanding dahulu.

“Turut dicadangkan kerja-kerja pembesaran dan pendalaman di Sungai Nusung, Sungai Kebajang, Sungai Gemarit Lago yang melalui Kuala Balai, Indomadi dan Padas Damit sebelum ke Bintuka, serta Sungai Rantis di Jalan Bangkalalak.

“Semua sungai ini akan disambungkan alirannya ke Sungai Klias dan seterusnya ke laut. Dengan adanya lebih banyak laluan keluar, kita harap air yang melimpah dari Sungai Padas dapat surut lebih cepat dan paras banjir tidak terlalu tinggi,” katanya.

Beliau berkata cadangan tersebut telah dikemukakan di peringkat daerah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membuat pengiraan kos sebenar sebelum dibawa ke peringkat negeri dan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan.

Dalam perkembangan sama, Ruslam berkata pihaknya turut mencadangkan supaya aras beberapa jalan yang sering ditenggelami air dinaikkan bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan, khususnya untuk penghantaran bekalan keperluan ketika banjir. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/12/terusan-baharu-dicadang-dibina-kurangkan-limpahan-sungai-padas/feed/ 0 91526
Hajiji serah bantuan kewangan kepada mangsa terjejas banjir di Beaufort, Membakut https://sabahmedia.com/2025/03/11/hajiji-serah-bantuan-kewangan-kepada-mangsa-terjejas-banjir-di-beaufort-membakut/ https://sabahmedia.com/2025/03/11/hajiji-serah-bantuan-kewangan-kepada-mangsa-terjejas-banjir-di-beaufort-membakut/#respond Tue, 11 Mar 2025 05:18:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70179
Read Time:1 Minute, 39 Second

Beaufort : Keluarga yang terjejas akibat banjir di sini dan di Membakut menerima bantuan kewangan kecemasan sebanyak RM1,300 masing-masing daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata daripada jumlah itu, RM1,000 adalah daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM300 daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Katanya, selain bantuan tunai, setiap keluarga yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga akan menerima bantuan makanan.

“Hari ini saya berkesempatan untuk turun melihat sendiri keadaan banjir di kawasan Beaufort ini dan seterusnya untuk berjumpa dengan mangsa-mangsa yang terlibat.  Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir RM1,000 daripada NADMA dan juga RM300 daripada YKS Negeri Sabah berserta bakul makanan kepada semua mangsa-mangsa banjir di PPS ini.

“Kerajaan amat prihatin terutama sekali dalam bulan Ramadan yang mulia ini kerana keadaan kampung mereka yang dilanda dengan banjir tentu mendatangkan sedikit kesusahan dan ketidakselesaan kepada mereka yang terlibat.

“Tetapi syukur Alhamdulillah nampak hari ini cuaca agak baik dan mungkin jawatankuasa bencana di daerah Beaufort ini akan boleh membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing jika keadaan sudah selamat untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa terjejas banjir di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini hari ini.

Tujuh PPS telah dibuka sejak banjir bermula pada 7 Mac, memberikan perlindungan kepada sejumlah 1,944 orang daripada 614 keluarga di sini.

Dalam lawatan itu, Hajiji turut melawat kawasan pekan yang masih ditenggelami air, di mana beliau diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Mohd Nazri Ajun.

Justeru, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan semua saluran air, terutamanya longkang-longkang untuk mengurangkan banjir pada musim hujan ini.

Sejurus selepas itu, Hajiji turut melawat melawat PPS Dewan Kesenian Islam, Membakut iaitu  salah satu daripada empat PPS yang dibuka di daerah Membakut untuk memberikan bantuan serupa kepada mangsa banjir di sana.

PPS Membakut kini menampung kira-kira 278 keluarga yang terdiri daripada 836 mangsa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/11/hajiji-serah-bantuan-kewangan-kepada-mangsa-terjejas-banjir-di-beaufort-membakut/feed/ 0 70179
Satu PPS di Beaufort ditutup, jumlah mangsa terus menurun https://sabahmedia.com/2025/02/12/satu-pps-di-beaufort-ditutup-jumlah-mangsa-terus-menurun/ https://sabahmedia.com/2025/02/12/satu-pps-di-beaufort-ditutup-jumlah-mangsa-terus-menurun/#respond Wed, 12 Feb 2025 12:38:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68558
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya daerah Beaufort yang sebelum ini menempatkan seramai 176 orang mangsa terjejas banjir ditutup sepenuhnya jam 5 petang tadi.

Penutupan PPS itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Saya selaku Pengerusi JPBD Beaufort mengisytiharkan Dewan Kesenian Dan Kebudayaan Bisaya ditutup jam 5 petang tadi,” katanya.

Berikutan penutupan itu, mangsa yang masih berlindung di PPS di daerah itu adalah seramai 33 orang dan ditempatkan di PPS Dewan DSP Dun Banir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Beaufort, seramai 173 mangsa di Kinabatangan masih berlindung di dua PPS.

“Setakat jam 8 malam ini, seramai 206 mangsa melibatkan dua daerah masih berlindung di tiga PPS yang dibuka.

“Di Beaufort, seramai 33 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan DSP Dun Banir.  Manakala di Kinabatangan seramai 173 mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau dan SK Bukit Garam,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/12/satu-pps-di-beaufort-ditutup-jumlah-mangsa-terus-menurun/feed/ 0 68558
Dua PPS di Keningau ditutup sepenuhnya https://sabahmedia.com/2025/02/08/dua-pps-di-keningau-ditutup-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2025/02/08/dua-pps-di-keningau-ditutup-sepenuhnya/#respond Sat, 08 Feb 2025 05:28:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68224
Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang dibuka di Keningau pada Khamis lalu berikutan bencana banjir yang berlaku di daerah itu ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Keningau Peter Jonu @ Peter J Moinjil berkata, penutupan itu adalah selepas kejadian bencana banjir di daerah ini telah pulih sepenuhnya.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana banjir telah pulih sepenuhnya di Keningau.

“Saya selaku Pengerusi JPBD Keningau mengisytiharkan PPS Dewan Koningau, Majlis Daerah Keningau dan Dewan Masyarakat Keningau ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PPS Dewan Koningau, Majlis Daerah Keningau sebelum ini menempatkan seramai 77 orang melibatkan 19 ketua isi rumah (KIR).

Manakala di PPS Dewan Masyarakat Keningau, seramai 55 orang mangsa melibatkan 13 kir ditempatkan di PPS berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/08/dua-pps-di-keningau-ditutup-sepenuhnya/feed/ 0 68224
Dua PPS dijangka diaktifkan sekiranya paras air meningkat https://sabahmedia.com/2025/02/06/dua-pps-dijangka-diaktifkan-sekiranya-paras-air-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/dua-pps-dijangka-diaktifkan-sekiranya-paras-air-meningkat/#respond Thu, 06 Feb 2025 14:22:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68128
Read Time:1 Minute, 15 Second

Beaufort : Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijangka akan diaktifkan di daerah ini sekiranya air banjir terus meningkat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, pengaktifan PPS itu juga akan dilihat menerusi perkembangan cuaca dari masa ke semasa.

“Jika kita lihat situasi cuaca sebelum ini, walaupun jangkaan hujan berterusan sehingga esok, tapi kita meramalkan ia masih berterusan. Sebab keadaan cuaca sekarang pun masih hujan dan belum pasti lagi ia akan berakhir bila. Sudah pasti kita akan bersiap siaga daripada masa ke semasa.

“Justeru, kita sudah bersiap sedia untuk mengaktifkan PPS di Dewan Datuk Dun Banir dan Dewan Pa Musa sekiranya keperluan memerlukan barulah dua PPS ini akan diaktifkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa terjejas banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Selain di sini petang tadi.

Ruslan membantu membawa barang mangsa terjejas banjir pindah ke PPK

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut mengingatkan penduduk yang terjejas banjir untuk sentiasa berwaspada, terutama terhadap keselamatan anak-anak.

“Jangan biarkan mereka bermain air banjir kerana selain daripada risiko kesihatan, kita juga harus sedar bahawa banjir turut membawa ancaman binatang buas seperti buaya dan ular yang boleh membahayakan nyawa.

“Saya faham bahawa banyak keluarga yang terpaksa melalui saat-saat sukar ini, tetapi kita harus lebih berhati-hati agar tidak ada lagi kemalangan yang tidak diingini berlaku” katanya.

Sehingga jam 8 malam tadi, seramai 149 mangsa terjejas banjir di daerah ini telah dipindahkan ke PPK Dewan Selagon. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/dua-pps-dijangka-diaktifkan-sekiranya-paras-air-meningkat/feed/ 0 68128
Banjir Sabah : 228 mangsa dipindahkan di PPS Selagon https://sabahmedia.com/2023/09/23/banjir-sabah-228-mangsa-dipindahkan-di-pps-selagon/ https://sabahmedia.com/2023/09/23/banjir-sabah-228-mangsa-dipindahkan-di-pps-selagon/#respond Sat, 23 Sep 2023 12:57:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42383
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di daerah Beaufort terus mencatat trend peningkatan apabila merekodkan jumlah mangsa terjejas seramai 228 orang setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan berkata, semua mangsa melibatkan 72 ketua isi rumah (KIR) masih ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Selagon.

“Sebanyak lima buah kampung di daerah Beaufort terjejas banjir menyebabkan seramai 228 mangsa daripada 72 KIR terpaksa dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon.

“Dari jumlah itu, seramai 35 orang adalah lelaki dewasa; 68 perempuan dewasa; 70 kanak-kanak lelaki dan 55 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu malam ini.

Antara kampung terjejas banjir ialah Kampung Suasa; Kampung Bangkalalak; Kampung Berumbai; Kampung Bakalau dan Kampung Lago.

Banjir melanda kebanyakan kampung di kawasan rendah sekitar daerah ini berikutan limpahan air Sungai Padas berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan hulu di zon pedalaman sejak beberapa hari lalu.

PPS Dewan Selagon diaktifkan sejak petang semalam selepas keadaan banjir bertambah buruk terutama kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Beberapa laluan di kampung dinaiki air dilaporkan turut terjejas termasuk ada yang tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan. – SABAH MEDIA / FOTO BOMBA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/23/banjir-sabah-228-mangsa-dipindahkan-di-pps-selagon/feed/ 0 42383
Banjir Sabah : 102 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Selagon https://sabahmedia.com/2023/09/23/banjir-sabah-102-mangsa-dipindahkan-ke-pps-dewan-selagon/ https://sabahmedia.com/2023/09/23/banjir-sabah-102-mangsa-dipindahkan-ke-pps-dewan-selagon/#respond Sat, 23 Sep 2023 06:09:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42339
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Seramai 102 mangsa banjir di daerah Beaufort telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat adalah melibatkan 36 ketua isi rumah (KIR).

“Hujan lebat di beberapa daerah dalam zon pedalaman telah menyebabkan berlakunya kenaikan paras air di beberapa kawasan.

“Berikutan itu, satu PPS telah dibuka di Dewan Selagon Beaufort menempatkan seramai 102 mangsa melibatkan 15 lelaki dewasa; 32 perempuan dewasa; 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Trend semasa situasi banjir di Sabah pada masa ini adalah kekal dan difahamkan akan berlaku pertambahan jumlah mangsa berikutan hujan lebat masih berlaku.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam turut meninjau keadaan banjir di sepanjang jalan Gadong, Kampung Lago, Kampung Suasa dan transit sementara di dewan serbaguna Kampung Suasa.

Beliau berharap penduduk berhampiran tebing sungai sentiasa berwaspada dan berpindah segera sekiranya keadaan tidak selamat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Dalam cuaca yang tidak menentu ini, saya bimbang bahawa paras air Sungai Padas masih berada di tahap bahaya , sekiranya hujan masih terus turun dalam tempoh beberapa hari ini risiko limpahan air sungai akan meningkat.

“Saya menyeru dan merayu kepada semua masyarakat agar sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir akan bertambah naik lagi,” katanya. FOTO APM

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/23/banjir-sabah-102-mangsa-dipindahkan-ke-pps-dewan-selagon/feed/ 0 42339