Banjir bencana – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Mar 2025 21:36:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Banjir bencana – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keningau, Tenom diisytiharkan kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2025/03/09/keningau-tenom-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/09/keningau-tenom-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/#respond Sat, 08 Mar 2025 21:36:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70041
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Daerah Keningau dan Tenom masing- masing diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Keningau, Peter Jonu @ Peter J Moinjil berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 10 malam semalam.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di kawasan Keningau.

“Pengisytiharan bencana dibuat pada jam 10 malam pada 8 Mac” katanya dalam kenyataan di sini.

Peter berkata, berikutan itu, pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Daerah Keningau dan Perpustakaan Desa Senagang turut diaktifkan.

“Selaras dengan pengisytiharan bencana  ini mohon semua agensi yang terlibat bersiap sedia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Tenom turut diisytiharkan mengalami bencana banjir pada jam 12.30 tengah malam tadi

Perkara itu dinyatakan Pengerusi JPBD Kota Tenom Mas Syazwan Masood. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin dalam kemaskini di Facebooknya meminta semua pihak termasuk penduduk kampung untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga. 

Katanya, Dewan DSP Antanom akan dibuka bagi membolehkan mereka yang terperangkap di pekan dapat bermalam sementara menunggu keadaan beransur pulih. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/09/keningau-tenom-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 70041
Daerah Pitas diisytiharkan kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2025/01/17/daerah-pitas-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/01/17/daerah-pitas-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/#respond Fri, 17 Jan 2025 11:57:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67083
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Daerah Pitas hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Penolong Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas Asdi  @ Mohd Faizal Hussin berkata,  keadaan itu menyebabkan daerah Pitas dilanda banjir yang serius.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPDB maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Pitas.

“Pengisytiharan bencana dibuat pada jam 2.42 petang hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Asdi berkata, arahan pemindahan penduduk di kawasan yang terjejas diminta untuk segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah disediakan.

Katanya, langkah keselamatan kepada semua penduduk adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Penyediaan Bantuan kecemasan seperti makanan, tempat tinggal, dan perubatan akan disediakan di PPS yang ditetapkan.

“Kami meminta semua pihak agar memberikan kerjasama penuh kepada petugas penyelamat dan agensi terlibat dalam usaha menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kesan bencana ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/17/daerah-pitas-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 67083