banjir bomba – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Apr 2025 05:12:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir bomba – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kampung Pengkalan Bukit Garam dinaiki air banjir https://sabahmedia.com/2025/04/02/kampung-pengkalan-bukit-garam-dinaiki-air-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/04/02/kampung-pengkalan-bukit-garam-dinaiki-air-banjir/#respond Wed, 02 Apr 2025 05:12:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71381
Read Time:30 Second

Kinabatangan : Beberapa buah rumah di Kampung Pengkalan Bukit Garam di sini dilaporkan dinaiki air dalam insiden bencana banjir pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, N. Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai bencana banjir itu pada jam 9.16 pagi.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, seramai lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

“Pemanggil memaklumkan terdapat beberapa buah rumah telah dinaiki air. Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menjalankan operasi penyelamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/02/kampung-pengkalan-bukit-garam-dinaiki-air-banjir/feed/ 0 71381