banjir kilat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Feb 2023 04:10:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir kilat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 BANJIR KILAT: Sistem perparitan 50 kawasan seluruh Sabah telah dibersihkan https://sabahmedia.com/2023/02/02/banjir-kilat-sistem-perparitan-50-kawasan-seluruh-sabah-telah-dibersihkan/ https://sabahmedia.com/2023/02/02/banjir-kilat-sistem-perparitan-50-kawasan-seluruh-sabah-telah-dibersihkan/#respond Thu, 02 Feb 2023 04:04:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28900
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Sebanyak 50 kawasan yang dikenalpasti di seluruh negeri Sabah telah dibersihkan sistem perparitannya yang merupakan salah satu daripada faktor berlakunya banjir kilat.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kejadian banjir kilat ini disebabkan oleh taburan hujan yang agak tinggi tapi ada juga faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya banjir kilat seperti parit-parit yang tersumbat.

“Ia juga berpunca daripada perancangan atau pembinaan yang tidak berkolaborasi menyebabkan aliran atau saliran perparitan menjadi rumit dan ini juga boleh menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku.

“Mengenai jalan raya kerap dilanda banjir kilat, ini kita kena berurusan dengan Jabatan Perparitan dan Saliran kerana perparitan yang besar adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Memang ada perancangan, bina tebatan banjir dan sebagainya cuma mungkin disebabkan oleh pelaksanaan yang berfasa yang mengakibatkan ada gangguan terhadap apa yang dirancang.

“Justeru itu, apa yang dilakukan ialah pihak berkuasa tempatan dan juga jabatan yang terlibat adalah dengan melakukan pembersihan dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di Teluk Dumpil, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai prasarana yang terjejas akibat banjir di negeri ini, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah III berkata, pihaknya masih lagi secara berterusan untuk mendapat maklumbalas daripada jurutera-jurutera daerah di kawasan yang terlibat banjir.

“Memang kita ada infrastruktur yang terjejas akibat banjir seperti di kawasan Utara Sabah ada jalan yang terputus, hanyut, tanah runtuh dan sebagainya, yang itu jurutera kita memang sentiasa peka dalam tempoh bencana dan akan menyelesaikan secepat mungkin perkara-perkara yang dapat diselesaikan secara cepat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut memaklumkan setakat ini belum ada projek bernilai RM50 juta yang diberikan atau diuruskan di bawah kementeriannya.

“Belum lagi sebab mekanisme itu sedang diselaraskan di antara pihak negeri dan juga pihak persekutuan.

“Saya difahamkan satu bengkel akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini bagi memastikan bahawa segala keperluan yang ada akan dapat dipatuhi dan selepas itu barulah kita akan melaksanakan projek-projek RM50 juta yang akan diluluskan di negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/02/banjir-kilat-sistem-perparitan-50-kawasan-seluruh-sabah-telah-dibersihkan/feed/ 0 28900
Jahid Lawat 6 Keluarga Terjejas Banjir Kilat & Tanah Runtuh https://sabahmedia.com/2021/11/12/jahid-lawat-6-keluarga-terjejas-banjir-kilat-tanah-runtuh/ https://sabahmedia.com/2021/11/12/jahid-lawat-6-keluarga-terjejas-banjir-kilat-tanah-runtuh/#respond Fri, 12 Nov 2021 07:25:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8400
Read Time:1 Minute, 27 Second

TAMPARULI: Enam keluarga yang terjejas akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Bawang, disini menerima lawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, di rumah mereka hari ini.

Menurut laporan awal, banjir dan tanah runtuh yang berlaku, bukan sahaja menjejaskan kawasan rumah, malah turut mengancam keselamatan penduduk yang terbabit.

“Hari ini kita telah melihat sendiri keadaan yang berlaku di Kampung Bawang, dan sememangnya memerlukan perhatian dan tindakan segera.

“Kejadian ini turut menjejaskan lebih kurang enam kawasan tempat tinggal disebabkan runtuhan dan hakisan tanah, ia juga mengancam keselamatan orang kampung,” katanya.

Justeru, beliau telah mengarahkan UPPM dan kepimpinan kampung menguruskan khidmat jentera tolak bagi mengorek tanah yang menimpa rumah yang terlibat, kerana bimbang perkara sama akan berulang dan menjadi semakin teruk sekiranya tiada tindakan diambil.

Manakala, kos bagi menampung perbelanjaan khidmat jentera tolak tersebut akan ditanggung oleh Jahid sendiri.

“Kita juga akan membuat laporan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tamparuli untuk tindakan selanjutnya nanti,”katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sementara itu, beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, meminta kepada semua mangsa terlibat agar sentiasa berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan, kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Selain mengambil langkah berjaga-jaga, sekiranya keadaan menjadi semakin teruk, saya nasihatkan agar semua keluarga mengambil inisiatif untuk berpindah ke tempat lebih selamat,” katanya.

Beliau turut diiringi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Ketua Kampung Bawang, KK Petrus Kinsoi, dan beberapa pemimpin masyarakat lain.

Selain turun padang bagi meninjau sendiri keadaan rumah mangsa, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, yang turut terjejas akibat banjir, Jahid turut menyampaikan bantuan bakul makanan dan sedikit sumbangan wang tunai kepada semua ketua isi rumah (KIR) yang terlibat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/12/jahid-lawat-6-keluarga-terjejas-banjir-kilat-tanah-runtuh/feed/ 0 8400
Penduduk Rayu Pihak Berwajib Segera Tangani Banjir Kilat Di Tiga Buah Kampung Di Menumbok https://sabahmedia.com/2021/10/02/penduduk-rayu-pihak-berwajib-segera-tangani-banjir-kilat-di-tiga-buah-kampung-di-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/penduduk-rayu-pihak-berwajib-segera-tangani-banjir-kilat-di-tiga-buah-kampung-di-menumbok/#respond Sat, 02 Oct 2021 10:05:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7105
Read Time:1 Minute, 26 Second

MENUMBOK: Hujan lebat yang turun sejak pagi tadi telah mengakibatkan banjir kilat di tiga buah kampung di daerah ini menyebabkan rumah-rumah penduduknya ditenggelami air.

Penduduk merayu kepada pihak berwajib agar segera tampil menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Abdul Rahman Taib berkata, kejadian ini merupakan banjir kali kedua dalam tempoh seminggu melibatkan tiga kampung iaitu Kg Kinanap, Kg Darat dan Kg Padang Golf.

“Kampung-kampung berkenaan telah mengalami banjir minggu lepas dan hari ini ia sekali lagi ditimpa bencana banjir,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sudah menghubungi jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Penyu mengenai kejadian banjir kilat itu agar tindakan segera dapat diambil.

“Kita meminta mereka memeriksa dan memantau keadaan beberapa kalbut yang tidak mampu menampung air menyebabkan limpahan ke kawasan rumah penduduk terlibat,” kata Rahman.

Beliau menambah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan mencari jalan penyelesaian memandangkan terlalu kerap berlaku banjir di daerah ini terutama ketika musim hujan.

“Kita sangat sedih dan kasihan melihat keadaan penduduk apabila rumah-rumah mereka ditenggelami air dan terpaksa meredah air banjir hingga ke paras leher untuk keluar rumah menyelamatkan diri,” tegasnya.

Sementara itu, penduduk meminta Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury atau pegawai-pegawainya untuk tampil memantau masalah yang dihadapi penduduk.

Seorang penduduk, Mohd Ariffin Said, berkata, penduduk di kawasan tersebut baru sahaja berhadapan dengan situasi bekalan air paip yang sangat keruh dalam minggu ini dan kali ini ditimpa bencana dua kali banjir dalam seminggu, memang sangat kecewa dan menyedihkan.

Ariffin berharap pihak berwajib atau wakil rakyat segera tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/penduduk-rayu-pihak-berwajib-segera-tangani-banjir-kilat-di-tiga-buah-kampung-di-menumbok/feed/ 0 7105
Sabah Tubuh Jawatankuasa Menangani Banjir Kilat https://sabahmedia.com/2021/09/25/sabah-tubuh-jawatankuasa-menangani-banjir-kilat/ https://sabahmedia.com/2021/09/25/sabah-tubuh-jawatankuasa-menangani-banjir-kilat/#respond Sat, 25 Sep 2021 02:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6825
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menubuhkan satu Jawatankuasa Menangani Banjir Kilat yang sering berlaku di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi memantau kejadian bencana banjir yang berlaku selain akan melaksanakan tindakan yang perlu diambil.

“Objektif utama penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi menangani isu  banjir kilat di Sabah khususnya di kawasan Bandaraya Kota Kinabalau dan di lain-lain daerah menerusi tindakan pemantauan, penguatkuasaan punca serta  tindakan jangka pendek dan panjang untuk menangani isu ini.

“Selain itu, jawatankuasa  ini akan menyelaraskan tindakan antara agensi menerusi bidang kuasa masing-masing supaya tindakan bersepadu dapat diambil” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut di Bilik Mesyuarat Kinabalu bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sembulan disini semalam.

Bung yang juga Pengerusi Jawatankuasa ini berkata, ianya akan dianggotai  pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran, JKR, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan .

“Pembabitan pelbagai agensi dalam jawatankuasa  pemandu  ini adalah amat penting kerana isu  banjir kilat  bukan sesuatu masalah yang bersifat ‘silo’.

“Punca selain faktor cuaca adalah pelbagai dan memerlukan tindakan bersepadu yang pintar serta cekap demi kesejahteraan rakyat” katanya

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, jawatankuasa tersebut bertindak sebagai jawatankuasa pemandu yang akan turun ke lapangan untuk membuat kajian terperinci bagi mengenalpasti punca banjir kilat yang sering berlaku selain dari faktor cuaca.

“Jawatankuasa pemandu ini akan mencadangkan cara mengatasinya selain menyediakan anggaran kos bagi membina atau mendalamkan sungai serta perparitan perlu di perbesarkan yang menjadi punca kepada masalah banjir kilat” katanya

Katanya, Negara berdepan tiga bencana alam utama, iaitu banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Umumnya, hujan lebat dibawa angin monsun timur laut adalah faktor semula jadi utama menyebabkan berlaku bencana banjir.

“Namun, faktor campur tangan keterlaluan manusia melalui aktiviti pembangunan dan perlakuan tidak lestari memburukkan lagi kejadian banjir di sesuatu kawasan,” katanya.

Katanya, terdapat keperluan segera untuk mengutamakan penyesuaian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana dengan menjadikan sebagai agenda arus perdana dalam perancangan pembangunan.

“Langkah utama mengatasi banjir adalah dengan mempunyai dasar, perancangan dan pelan tindakan mengurangkan risiko banjir yang mantap.

“Pelan ini perlu diintegrasi dengan pelan pembangunan sosial dan ekonomi supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan,” katanya

Dalam pada itu Bung berkata, masyarakat juga harus diberi kesedaran berterusan bahawa bencana alam seperti banjir sering kali berlaku tanpa diduga, justeru adalah amat penting menjaga dan menghargai alam semula jadi melalui interaksi lestari dalam segala aspek kehidupan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/25/sabah-tubuh-jawatankuasa-menangani-banjir-kilat/feed/ 0 6825